Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2007

cukai..

Kenapa orang Malaysia perlu membayar cukai?

Sebab kerajaan pungut cukai adalah untuk membiayai perbelanjaan untuk pembangunan negara. Dalam sesebuah negara, untuk melakukan kemajuan dan pembangunan, kerajaan memerlukan sejumlah peruntukan untuk menjayakannya. Oleh itu peruntukan itu di ambil daripada hasil cukai yang dikenakan kepada rakyat.

Di dalam perundangan Malaysia, di bawah seksyen 3 cukai pendapatan 1967 memperuntukan bahawa segala pendapatan yang tertunggak, diperolehi atau di bawa masuk, perlulah dikenakan cukai.( disebabkan seksyen ni la kita kena bayar cukai).

Tolonglah!!

Hari ini aku terkejut dengan berita atas pemecatan Norizan sebagai jurulatih kebangsaan. Aku memang dah jangka yang norizan akan di pecat, tetapi bukan di pecat sebelum sepak mula Malaysia dengan Iran. Ini pertama kali berlaku dalam sejarah 50 tahun bola sepak Malaysia. Kenapa sampai macam tu punya kejam FAM( Football Association Malaysia)? Bukan begitu cara nak buang atau nak pecat orang. Manakah Norizan hendak letak muka? Terfikirkah mereka yang memecat Norizan itu akan tanggapan orang luar terhadapnya. Memang tidak patut dia diperlakukan begitu. Orang pasti akan menganggap Norizan telah menconting arang di muka Malaysia.Hal ini berlaku, FAM harus di persalahkan. Pengurusan yang tidak cekap daripada pasukan negeri hinggalah ke pasukan kebangsaan. Kita sudah merdeka 50 tahun, tetapi adalah sungguh tidak relavan masalah tunggakan gaji pemain masih lagi berlaku di peringkat negeri. Adakah kerajaan Malaysia sengaja menganiaya pemain bola atau ada talam bermuka dua yang mengaut untung da…

Harimau ke Kucing

Padah bercakap sebelum berfikri. Tidak kiralah siapa yang harus di persalahkan. Sedih betul dengan skuad kebangsan kita ini. Kenapa sampai jadi begini. 5-1 kalah dengan China, 5-0 kalah dengan Uzbekistan. Lepas ni skuad kebangsaan akan bertemu dengan Iran yang memang semua orang dah tahu hebatnya pasukan itu.Marah, geram, sedih, malu semua ada. Memanglah benar berat mata rakyat Malaysia memandang, berat lagi bahu Norizan jurulatih Malaysia tu pikul. Tetapi orang tidur pun ada masa dia bangun. Takkan nak mundur sampai 500 tahun. mungkin benar sifat pilih kasih ataupun sifat dendam punca masalah ini terjadi.Tahukah anda?Tiada pemain pasukan utara untuk skuad kebangsaan di Asia Cup.Pemain di pilih atas dasar pilih kasihPemain veteran yang dah terbukti dulu pernah main untuk kejohanan luar tapi gagal, masih di pilih(mungkin atas sifat pilih kasih)FAM perlu berubah. Jangan biarkan maruah Malaysia tercalar sekali lagi. Kalau tak mampu berubah, bubarkan sahaja. Kita masih boleh naikkan nama …

Lawa Betul !!

Satu hari nanti aku mesti beli motor ni. Rasa-rasa la, 5 tahun lagi ada tak motor ni jual kat Malaysia? Harap-harap modenas ke, atau persatuan bikers ada keluarkan motor macam ni.Setakat pemerhatian dan kajian aku tentang motor ini, orang Malaysia yang mempunyai minat motor ini hanya mengubah suai motor yang ada untuk mendapat reka bentuk sebegini. Aku pusing satu KL (takla sampai 1 KL) di ampang berhadapan dengan tesco Ampang ada satu bengkel untuk motor ini EONE BIKERS. Satu lagi yang aku pernah nampak di Section 4 Bangi. Selalunya aku tonton siri american chopper di chanel Dicovery astro. Tabik spring la kat diorang, boleh buat motor macam ni dalam tempoh 1 minggu!

kadang-kadang aku dapat

Hari ini aku jumpa angah. Lama betul aku tak jumpa dia. Kadang-kadang aku selalu teringat zaman aku kanak-kanak. Masa tu rapat betul aku dengan adik beradik aku. Tetapi sayang masa aku kecil pun aku tidak lama dapat jumpa mereka.

Tapi aku ingat lagi,

Along masak kuih tapi tak jadi kat rumah kuala selangor,
Along jatuh basikal teruk tapi aku yang melalak,


Angah belikan macro genius masa aku periksa dapat no 5, darjah berape aku tak ingat,
Angah bawa aku tengok Beauty and the beast kat Wayang Muar

Acik dengan aku naik basikal pergi jaya jusco,
Mandi parit sampai kecut,

Banyak lagi yang aku ingat, tapi aku nak simpan. Well, thanks coz being my sibling.

Langit KL lebih biru

Huuu..hari yang sangat meletihkan. Aku berasa sangat pelik sekarang. Perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur sekarang semakin jauh rasanya. Satu ketika dulu, perjalanannya hanya mengambil masa kira-kira dalam 90 minit. Tetapi hari ini, perjalanannya mengambil masa hingga 3 jam 30 minit. Kalau di ukur jaraknya masih sama.

Aku sempat tidur dibuai mimpi ketika aku di dalam bas. Aku terfikir, masalah ini adalah disebabkan belakunya kesesakan di highway dan juga kesesakan belaku ketika di plaza tol. Mengapa jadi begini? Sepanjang jalan raya itu aku lihat, ada saja jalan yang sedang dibaiki. Persoalannya, perkara ini aku lihat sejak sepuluh tahun yang lepas. Adakah pengguna highway terlalu lasak ataupun kualiti highway itu perlu di persoalkan? Jika masalah highway adalah puncanya, apa kurangkah jurutera-jurutera yang pakar didalam bidang ini untuk mnyelesaikan masalah ini.

Hairan juga aku dengan masalah ini, mungkin peruntukan tidak cukup. Mungkin juga rakyat malaysia kurang membayar cukai..h…

Pandang ke hadapan

Satu bulan sama dengan tiga puluh hari. Akhirnya tamat sudah cuti ku di Melaka ini. Esok aku akan ke Kuala Lumpur.Rasanya terlalu berat aku nak bergerak ke sana. Mungkin sebab dah lama duduk kat rumah sendiri. Tetapi aku puas dengan cuti ini, segala yang aku rancang semuanya berjalan lancar.

Hari esok adalah hari permulaan baru untuk semester baru. Selalunya masa inilah semangat aku berkobar-kobar. Tapi kali ni berbeza. Entah lah aku terpaksa pergi kerana tuntutan kehidupan. Kali ini aku berazam akan jadikan 6 bulan ini adalah satu jangka masa yang sangat indah. Matlamat semester ini;

Hadir semua kelasBelajar bersungguh-sungguhTidak tinggal sembahyangDapat anugerah dekan.Diet dan pergi gym.Ha...semoga aku dapat lakukan apa yang aku hajati. Sekejap lagi aku nak cat hall depa rumah. Itu adalah tugas terakhir aku.Ya Allah, ampunilah aku kerana aku ini berdosa, ampuni dosa abah dan ibu kerana mereka kasihkan aku, ampunilah keluarga dan sahabat ku kerana mereka adalah semangat ku. Ya Rahman …

Tangan Emas

Petang tadi masa aku balik, aku lalu padang bola. Padang ni aku main bola dari sejak kecil lagi. Tapi hari ini aku datng bukan untuk bermain bola. Aku terkenang zaman aku main bola sepak.Masa sekolah, dulu aku akan balik rumah dengan baju yang sangatlah kotor. Berbau lumpur.

Aku bermain di posisi penjaga gol.Bakat aku menjaga gol terserlah semasa aku di tingkatan 1 lagi. Masa tu aku main di posisi itu disebabkan aku lari lembab. Kawan-kawan aku suruh aku jadi golly je.Tapi tak sangka susah betul mereka nak jaringkan gol. Nama aku di pilih menjadi golly sekolah disebabkan satu pertandingan bola sepak 7 sebelah antara kelas. Kelas aku main 1 game.Tapi aku dapat selamatkan pintu gol aku dari 5 sepakan penalti yang boleh di katakan dahsyat la.Sampai la aku tingkatan 5 aku mewakili sekolah.

Di kolej aku teruskan juga bermain bola. Masih di posisi yang sama. Sekali lagi nama aku menjadi sebutan apabila aku menjadi wira untuk pasukan aku. Masa tu karnival bola sepak kolej. Bayangkan aku tak bo…