Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2007
Satu hari nanti aku nak buat bilik aku macam ni.. Glory.... glory ...United!

Kenapa semakin kurang

Masjid rumah Allah.Gambar di atas menunjukkan ramai orang yang mengimarahkan masjid. Tetapi mungkin ianya tidak berlaku di tempat kita. Aku baru balik dari masjid. Selesaikan solat sunat terawih. Malam ni dah malam ke 8. Nampaknya jemaah makin berkurangan. Aku teringat jenaka Ustaz Akhil Hayy; Malam ramadhan pertama, Jemaah berpusu-pusu ke masjid. Keadaan di Masjid sesak,sehingga ada jemaah yang terpaksa solat di atas longkang-longkang kecil. Malam kedua, Masjid menjadi semakin sesak, Tok Siak terpaksa meminta jemaah untuk sedekahkan sejadah bagi menampung jemaah yang kian bertambah. Malam ketiga, Keaadaan masjid menjadi sedikit lenggang. Susutan jemaah ke masjid sudah bermula. Malam ke-4 Jemaah yang menunaikan sunat terawih hanya tinggal empat baris. Dan malam seterusnya mungkin tinggal imam, bilal,dan Tok siak.... Bila dengar,kita ketawa. Tapi bila dah habis ketawa baru kita perasan, kita gelakkan diri sendiri.

Balik melaka

Hari ni aku berpuasa di Melaka. Lama tak puasa bersama keluarga. Rakan aku bagi gambar baru aku ketika menganjurkan Kejohanan Futsal. Sebut pasal futsal, bulan lepas aku baru menganjurkan Kejohanan Futsal Merdeka Piala Pekida Negeri Melaka. Percaya atau tak berjaya juaga kejohanan ni. Bagi aku ada dua sejarah aku dah catat. Sempena 50 tahun negara aku merdeka aku sambut dengan menganjurkan kejohanan futsal merdeka. Satu lagi akulah satu-satunya ahli pekida yang berjaya menganjurkan kejohanan futsal.Bila aku fikri balik, aku tersenyum. Sebab Aku dah catat sejarah. Sejarah sempena 50 tahun malaysia merdeka. Kira oklah, penyertaan pun boleh tahan. 50 pasukan yang masuk. Kalau dulu aku asyik masuk tournement futsal, tapi kali ni aku pula yang anjur.(riak la pula).Tapi apa-apa pun geng-geng aku yang bertungkus-lumus macam nak mati support futsal ni, gua tabik la kat korang. Kita cipta sejarah woi!

Cukup pasal futsal...

aku masih berminat bercerita pasal business. Aku hairan bidang pertanian …