Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2009

Best Giler...!

Best giler!!! Aku memang tak pernah tengok 1 in a milion. Ni baru tengok kat youtube. Final OIAM3 ni gempak beb!

Champ dier Tomok. Tapi bagi aku, tomok nyanyi ikut market. Tapi Aweera ni vokal power giler beb! kalau nak di lawan dengan juara AF7 ni, memang macam langit dan bumi. Tinggi giler suare die. Lagu My Baby yang feeling tu pun die tukar arrangement jadi rock.

Rugi aku tak layan dulu...

Ramai orang cerita pasal Man Utd kalah

Semalam kat ofis asyik cerita Man Utd kalah, paper pula sampai hampir satu surat khabar cerita pasal tu, tapi aku tertarik tentang cerita kes jenayah ragut yang semaikin banyak melanda di negara kita. Aku tak pelik mengapa kes ni banyak berlaku. Tidak kira di mana saje, pasti ade saje cerite ni. bodoh betul orang yang memilih untuk meragut.

Pernah juga kes ini berlaku di hadapan aku. taklah depan sangat, tapi aku ada jugala kat tempat tu, mase tu kat petaling street, peragut tu tak sempat lari dah kene belasah dengan orang ramai. Orang di ragut tu perempuan india. Tapi aku puji semangat masyarakat kita ni, mase tu semu kaum tolong. Orang yang mergut tu cine. Pakai punyelah smart. Macam budak hotel.

Orang ramai macam melpaskan kemarahan yang amat sangat sampai belasah cine tu separuh mati. Polis memang bagi orang awam belasah dulu, dah setel baru dorang heret naik kereta polis. Aku mengutuk orang yang melakukan jenayah ini. Aku sarankan pada kaum wanita sekrang, janganlah bawa handbag. B…

Hari ni penat la

Hari yang agak meletihkan aku. Bahagian Seksyen Perakaunan Persekutuan buat taklimat pasal waran pindah peruntukan. Aku dan Omar setup la evrything untuk taklimat tu. Memang letih hari ni. Ramai giler datang Memang la, semua kementerian ngan agensi hantar wakil. Banyak awek cun tu.
Bagi aku yang best ape lagi, makan free! haha..dan satu lagi, banyak aweks.. Ape pun hari ni memang amat meletihkan. Ni aku letak muke aku sebab dah agak lame juga aku tak amik gambar muka aku. Gambar ni masa awal pagi tadi. Memang la muka agak sembab kan. Tapi kalau nampak cute.....?

Boleh tahan la..

Hujung lepas aku layan citer ni..macam tiru cerite indon je..cerite asal ni adalah hasil garapan DAvid Teo. Respect gak kat apek nih. Boleh buat cerita yang menginsafkan orang. Tapi agak kureng juga la pasal senang je si Awal tu pujuk Heliza.

Bayangkanlah perempuan kalau dah kene tipu kow-kow, comfirm hati dorang tu dah kecai-kecai. Susah nak kasi cantum balik. Ape pun citer ni ade keunikan yang cube ditonjolkan. Mesej yang sangat positif. Patut bagi credit juga la kat Ahmad Idham.

Bulan Ke 6

Renung masa depan

Seminggu lagi cukuplah 6 bulan aku berkhidmat di AG ni. banyak bende aku da lalui. Banyak giler..dan ada juga yang aku buat berkaitan dengan masa depan aku. Aku dah jadi biasa dengan kerja-kerja di sini.
Perasaan untuk jadi orang sini masih tidak timbul. Kalau boleh aku nak berpindah randah mencari pengalaman di tempat orang lagi. Putrajaya ni taklah berapa asing bagi aku. Sebab dulu aku belajar pun dekat cheras. Tak lah jauh.

Kat sini aku dah mula aktif main gym. Cuma yang masih aku kesal aku masih belum boleh main futsal lagi. Memang teringin la. Dari kecik main bola, ni belum tua dah tak boleh main bola.

Cerita pasal tempat kerja aku ni, kerja yang aku buat sekarang lebih dari kepada pemantauan. Aku nak belajar tentang waran la. Sebab aku tengok waran ni perbelanjaan kerajaan. Lagi banyak aku tau mane perginya duit rakyat.

Aku target paling lama aku bekerja di sini 3 tahun. Lepas tu aku nak pindah. nak pergi buat kerja mencabar. Bermain dengan sistem kewangan negara. …

Life is short

Kelakar video ni. Tapi kalau kite pk balik, baru kite sedar makne tersirat clip ni. Aku cuba memahami, mengapa kehidupan terlalu singkat? Aku sendiri seperti tidak percaya umurku sudah berusia 24 tahun. Alhamdulillah aku masih bernafas lagi.Ada di kalangan member rapat ku, tidak berjaya mencapai umur seperti aku. Dan aku bersyukur, masih diberi peluang menghirup udara segar di Bumi. Ada yang meninggal kerana mengidap barah, ada yang kerana kemalangan. Menjadi satu renungan untuk aku bende ni, ada orang lahir-lahir saja sudah mengidap penyakit. Malah sakit yang diidapi tu pulak memang berisiko membawa maut. Ada yang tuhan bagi 6 bulan, 6 tahun 23 tahun, itu pun sudah bernasib baik. Kenapa mereka-mereka ini diberi ujian sebesar ini. Mana silap mereka?Hari ini aku sedar, betapa beruntungnya aku, kerana lahir sihat seperti ni. Aku rasa menyesal kerana mengeluh tentang kehidupan. Bagaimana agaknya perasaan mereka yang sedang berusaha melawan takdir. Ada di antara manusia di bumi ini sudah …

Romapakan RM8.4j !

Hari ni tetibe aku baca kosmo. Berita yang paling menarik hari ni pasal romapan di cheras bernilai RM 8.4j. Yang menjadi persoalan di minda aku, di dalam van tu ada RM 10j. Tapi kenape mereka hanya ambil rm 8.4j?
Pelikkan, aku cuba cari sebab mengapa mereka tidak ambil kesemua wang itu. Lebih menghairankan, van keselamatan tu memang dah terjamin sistem keselamatannya. Tapi masih berjaya ditembusioleh mereka.
Apakah mereka sudah mengkaji tentang sistem van keselamatan itu ataupun memang ini perancangan orang dalam? Kalau ini hasil kajian mereka, memang aku tabik spring la diorang ni. memang macam dalam ocean eleven tu.
Tambah lagi, aku sedang memikirkan cara bagaimana mereka akan lepas dengan buruan polis. Aku harap mereka ni memang perompak yang sebenar. Bukan orang dalam, bukan berkaitan dengan orang politik atau pun orang kenamaan.
Aku lebih respect kalau mereka ini perompak yang giler punya hebat macam ocean eleven. Pastu sekerang ni cube bayangkan macamana dorangnak belanje duit tu d…

Man Utd Champion EPL 08/09

Man Utd Champion EPL musim ini...haha..pasti fan arsenal, chelsea kecewe...haha...




Exam Jabatan Selesai

Semalam aku mengadap exam jabatan untuk pertama kalinya dalam hidupku. Memanglah susah, sebab banyak yang bukan kerja aku. Panjar wang runcit antara yang paling popular di tanya.

Dalam tiga paper yang aku ambil, paper kajian kes yang paling aku bingung. Pada orang yang selalu buat benda tu memang la senang. Nasib aku selalu tengok baucar bayaran.
Pengalaman semalam macam mengimbau di zaman kolej, sebelum exam malam tu study bagai nak giler. Tido bangun balik, tido balik, bangun tengok budak-budak sibuk buat discussion. Seronok time tu.
Lepas exam lepak minum, sembang dengan bebudak bech kursus. Lama dah tak jumpa dorang. Aku pun tak tahu bila lagi baru dapat jumpa.
Dalam tengah lepak dengan dorang, sempat juga yang menjemput untuk ke hari kahwin dorang. Bulan 6 ni je adelah dalam 5 orang nak kahwin. Dorang tanya aku, aku jawab 11-11-2011. Dua tahun lagi.
Malam tu kitorang pergi karaoke. Lama juga aku tak karok. Penat juga rasenye karok sekarang. Suara aku pun dah takleh tarik tinggi-tin…

Romantis

Satu perasaan yang sering wujud bila bercinta. Kalau mereka yang bercinta tak romantis ni..aku panggil memang bengong. Tapi persoalannya, apakah cinta lebih penting dari cita-cita. Aku tak tahu kenapa posting aku kali ni, agak jiwang. Tapi memang akunak tulis juga. Pelik, ramai bos-bos aku yang perempuan tak kahwin lagi. Dulu aku boleh cakap entah, tapi sekarang aku faham. Mereka kejar sangat cita-cita. Kenapa samapi tak kahwin. Mungkin mereka tak ada jodoh, atau malas hendak fikir pasal jodoh. Satu ketika dahulu aku pernah menolak jodoh. Keran aku bersikap ego, jodoh boleh di cari. Tetapi yang baik hanya datang sekali. Umur aku masih muda lagi. Tahun ni baru 24. Target aku nak kahwin umur 27. Entah dapat ke tidak aku tak tahu. Ada satu perosalan, cinta atau cita-cita? Pada aku, aku perlukan cinta itu dahulu. Baru aku dapat semangat untuk kejar cita-cita. Cinta bukan benda yang serabut. Kalau cinta itu masalah, takkanlah tuhan ciptakan perasaan tu pada adam dan hawa. Lebih baik dia cipt…

Rempit jadi isu sebab?

Tengok je tv sekrang, berita tentang kegarangan mat rempti. Aku rasa mungkin sebab dorang balik dari tengok filem ni. Patutnya dorang hayatilah nilai positif yang cube ditonjolkan oleh anak pak usop tu. Jangan Pilih Jalan Masuk kuboq!

Pergi JB!

Johor Bahru ni antara tempat yang jarang aku pergi dalam dunia ni. Pergi JB kali ni dengan tujuan lawat cik esah dan family kak filzah. Atas direction abah, kitorang pun berjayalah disesatkan olehnya.

Setelah beberapa titik peluh aku jatuh, barulah abah suruh acik call kak filzah. "Kak, kami dah sesat dah, bestkan!" kata acik.

"La kat mana?" tanya kak Filzah.

" Kat sebelah JB Plaza. Berdepan dengan KTM JB," kata acik.

"Merlin Towerlah." tiba-tiba abah sampuk.

" Depan ni dah woodland," kata acik lagi.

"Merlin Towerlah bagitau," sampuk abah lagi.

Berkali-kali abah suruh acik bagi tahu kak filzah tentang Merlin Tower tu. "Dah abah nampak Merlin Tower tu bangunan paling tinggi kat sini, senanglah kak filzah nak cari.



Sampai rumah cik esah, lepak kejap. sambil makan nasi lemak. Dengarlah story cik esah pasal cik sa'ari. Sedih juga. Tapi kejap je la. Pastu aku duduk dengar cerita orang dewasa lelaki. Biasalah cerita politik, sana …

Gym di EQ hotel

Balik melaka kalau tak singgah gym di hotel EQ memang tak lengkaplah jawabnya. Tapi kali ni acik suruh bayar separuh. Selalunya dia yang sponsor. Di sebabkan aku bayar separuh, aku main gym dari pukul 9.30 pagi sampai 12.30 tengahari. Baru berbaloi mainkan.

Gym di Hotel EQ ni lengkap jugalah. Walaupun mesin untuk latih kaki tak cukup, tapi masih boleh jika hendak latih kaki. Gunakan mesin barbel yang panjang tu. Boleh buat squat berat-berat.


Memandangkan aku balik Melaka, jadi jadual gym aku tak dapat diikut secara tepat. Kebaiasaan aku jadual aku begini:

Isnin- Shoulder
Selasa- Chest
Rabu- Back
Khamis- Cuti
Jumaat-Arm
Sabtu-Overall
Ahad-Overall atau cuti saje. (",


Tapi minggu ini aku hanya dapat ikut sampai hari rabu saja. Jadi hari ni aku terpaksa qada' untuk semua sebab memandangkan aku akan ke Batu Pahat esok.

Berborak dengan instructor di gym Kementerian Belia Sukan, dia bagi tips nak buat sixpack kat perut. Jangan sentuh gula dan minyak. Dalam sebulan pasti nampak kesan. Kalau nak…