Romantis


Satu perasaan yang sering wujud bila bercinta. Kalau mereka yang bercinta tak romantis ni..aku panggil memang bengong. Tapi persoalannya, apakah cinta lebih penting dari cita-cita.
Aku tak tahu kenapa posting aku kali ni, agak jiwang. Tapi memang akunak tulis juga. Pelik, ramai bos-bos aku yang perempuan tak kahwin lagi. Dulu aku boleh cakap entah, tapi sekarang aku faham. Mereka kejar sangat cita-cita. Kenapa samapi tak kahwin. Mungkin mereka tak ada jodoh, atau malas hendak fikir pasal jodoh. Satu ketika dahulu aku pernah menolak jodoh. Keran aku bersikap ego, jodoh boleh di cari. Tetapi yang baik hanya datang sekali.
Umur aku masih muda lagi. Tahun ni baru 24. Target aku nak kahwin umur 27. Entah dapat ke tidak aku tak tahu. Ada satu perosalan, cinta atau cita-cita?
Pada aku, aku perlukan cinta itu dahulu. Baru aku dapat semangat untuk kejar cita-cita. Cinta bukan benda yang serabut. Kalau cinta itu masalah, takkanlah tuhan ciptakan perasaan tu pada adam dan hawa. Lebih baik dia ciptakan perang antara adam dan hawa. Aku lihat orang yang berumur 30-an keatas kalau tak kahwin, comfirm perangai atau tabiat jadi lain. jadi macam keras hati. Perasan tak, kasih sayang itu anugerah tuhan. Orang yang tak kahwin kerana mengejar cita-cita ni orang yang menolak anugerah tuhan.
Bayangkan jika dengan manusia yang lemah pun tak mampu di beri kasih sayang, apatah lagi pada Tuhan yang maha Esa. Comfirm tak boleh punya. Memanglah wali allah ada yang tak kahwin. Mereka tu kekasih Allah. Dah di uji dengan cabaran yang sangat hebat. Kita ni solat jemaah pun jarang nak cerita yang mampu jadi kekasih Allah. Boleh bla....
Percayalah, kasih sayang adalah satu anugerah dari Tuhan. Kita ni hamba, Allah maha pengasih lagi penyayang sangat kasih pada hambanya. Sebab tu kita di di beri anugerah. Kenapa kita mesti menolak. Sudah takdir tuhan kita tak mahu terima, anugerah tuhan pun kita tolak. Jadi pada mereka yang mengangap tak kahwin atau bercinta, hidup boleh bahagia, silalah ubah fikiran.
Mengapa kita harus berfikir begini. Pengalaman cinta silam yang hitam? Jangan begitu. Tuhan menguji hambanya kerana untuk memberi anugerah yang baik. Apa yang jadi cuma dugaan sahaja.
Aku ada satu cabaran. Dia punya dateline 31.5.2009. Aku pasti menang. Bukan menang sekadar menang, menang dengan bergaya...
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

5 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Takbir raya

Oh mat Ganja