Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2009

Bermulanye latihan jitu

Semalam aku ke gym di Kementerian Belia Sukan bersame dengan Pak guard ag Azhar. Mamat ni memang dah lame nak sangat ikut aku pergi gym di KBS. Minggu lepas die pergi, tapi aku bagi kenal besi dan machine dulu.
Kebanyakan orang pergi gym ni hangat-hangat taik ayam. Main 3 hari, sakit sikit terus stop. Orang-orang macam ni memang selalu aku kutuk. Apelah badan lembik, sakit sikit pun tak tahan.
Azahr ni lain sikit. Dah berapae kali aku uji die, nampak memang die bersungguh. Semalam die minta aku ajar die main dumble. Oklah..aku pun ajar die main dumble. Bagi orang yang baru menjinakkan diri dengan bilik besi ni, perlu tahu ape tujuan die ke situ, kalau setakat keluar peluh saje, buat lah setakat kuar peluh. Kalau nak kuruskan badan, buatlah exercise untuk kuruskan badan dan kalau nak jadi malek nor buatlah exercise yang boleh membina badan. Mentaliti orang sekarang, pergi gym je nak kurus. Memang terpesong la jawabnye. Kalau nak gemuk pun boleh la. Latihan aku semalam lebih kepada fitness …

Revenge of the fallen

Hahahaha...satu pengorbanan apabile tengok cerite pengorbanan. Mate aku hari ni gabak memang ngantuk gile. Takpe janji puas tengok movie ni. Semalam aku pergi beli tiket pukul 2 petang. Sampai je kat wayang tu, sume sold out. Kecuali 10.50 malam. Aku mulenye teragak-agak nak beli. Tanye nono, die kate 'ok lah'. So kitorang beli juga la. Memang gempak, kelamarin acik tanye kat ipoh sume sold out. Tak pernah aku tengok macam ni. Terminator dulu pun tak macam ni. Tapi pada mereke yang berkorban demi optimus prime dan gengnye, memang pua hati. Superb cite ni beb. Lagi best dari tahun lepas punye..!

Yeah i`ll come back!

Inilah lengan aku yang gagah perkasa. Sekarang dah kecut sikit. Tapi takpe aku akan train lagi. Gamabr ni mase aku tengah aktif kat gym kg pandan di kuala lumpur. Seingat aku mase tu tahun 2007.

Sekarang dah dua tahun berlalu. Tapi jangan ingat aku akan stop selamanya. Aku sudah mula training sejak bulan 4 lagi hari tu. Jai au kan teruskan .
Ini gamabr ketika aku training di gym bukit beruang. Gym inilah gym yang pertama aku masuk. Sejak dari sekolah aku berlatih di sini, sehingga kini kalau aku balik melaka aku mesti melawat gym ni.

Trainer aku masih ada di situ. Aku amat kagum dengan dia. Susuk badan tidak langsung berubah.

Teringin train kat melaka lagi...

Menuju Kejuaraan Gusti Lengan 2010

Aku ada impian untuk tahun depan. Keinginan meluap-luap untuk masuk contest gusti lengan ni datang apabila aku menyaksikan contest ni di melaka. Rasenya tak salah aku masuk. Aku minta dalam dunia bina badan ini sejak dari kecil lagi.

Dulu aku mula masuk gym ketika aku berumur 16 tahun. Tapi hanya sekadar suka-suka. Tapi bila nampak ada perubahan tubuh badan aku mula anggap sukan ni hobi tetap.

Tetapi aku berhenti selama 2 tahun. Tahun ini aku sudah mula kembali aktif. Latihan untuk kali ni lebih berat sedikit. Banyak aku kene buat. Lebih lebih lagi berat badan aku sudah bertambah.

Mengenai sukan gusti lengan ini, di dalam dunia bina badan ada tiga acara yang popular. Bina badan, gusti lengan dan angkat berat. Aku pernah menjalani ketiga-tiga acara latihan. Tetapi hanya sekadar untuk ilmu saja.

Gusti lengan merupakan acara yang paling mudah. Berbanding acara lain, gusti lengan tidak perlu berbogel di pentas seperti bina badan, tidak perlu ikut law yang tinggi seperti angkat berat. Cuma ja…

durian oh durian!

Hari ni masuk hari kedua aku di Perak. Hahaha baru sekarang aku tau name tempat kakak aku duduk ni namenye Meru. Kalau dulu aku sendiri pun taka tau.

Aku ke Perak sebab along eksiden. Pagi tadi pergi tengok along. Teruk juga la. Tapi luke semua dah jahit. Tapi muke tu dah jadi macam doraemon. Membengkak bulat. Kaki aku tak tgk sangat.

Tujuan aku kedua, nak cari durian. Abang Shidi kate ade durian kunyit? Durian tembaga la..

Durian Kunyit ni pasal isinye kale macam kunyit. Aku baru balik beli durian. Banyak juga. Dalam 20 biji. Rasenye satu bakul.

Ni sekarang aku tengah terfikir macam mane nak makan. Esok sanak sedare ramai, kalu aku tak belasah sekarang nanti kempunan pulak. Tak aku budget malam ni 5 biji dah komferm aku yang tarah..

Haha..memang aku ni hanu durian. Tapi aku ingat lagi member kolej aku ikram, die kate boleh makan sampai sebakul. Sebakul tu 20 ke 25 biji tau tak!

Tipu kottt...

my father is a hero

Mr Abdul Jalil bin Arshad.

Ini lah hero aku. Sentiase menjadi hero aku. Sampai sekarang. Abah..aku mempunyai seorang abah yang hebat, tak kire ke mane saje abah pergi die pasti akna dihormati. Mase kecilku aku, aku tinggal dengan abah di Muar. Aku masih ingat naik motor dengan abah mase tu,petang-petang pergi layan abah minum. Aku masih ingat lagi, dulu balik kampung. Naik motor dengan abah. kami balik dari kampung ke Muar pukul 5 pagi sebab pagi tu aku nak ke sekolah. Aku naik motor dengan abah, aku tertidor sambil peluk abah kuat-kuat atas motor. Tau2 je dah sampai rumah. Selamat je. Rindu aku kenangan bersame abah. Ada sesuatu yang sangat aku bangga. Aku belajar solat dan mengaji al-quran dengan abah. Dulu mase aku kecil, aku ingat semua orang macam tu. Tapi aku silap, ada mak dan ayah sanggup mengupah ustaz mengajar anaknya membaca al-quran dangan solat. Kerana mereka tidak tahu semua itu. Tapi aku tidak semua itu. Tanyalah ape saja tentang agama pada abah, semua pasti terjawab. Bend…

Aku pernah jadi 2nd head prefect tuh~!

Sumer orang tak percaye aku penah jadi 2nd head prefect dulu. Adoiii..aii..takde muke ke aku ni. Ingat aku kat sekolah dulu penyangak ke. Ni ha bukti aku pakai baju prefect dulu. Aku ade satu rahsie..

Dulu mase aku sekolah rendah aku prefect juga. Start dari darjah 5 dulu. Mase darjah 6 ade stu kes, aku main2 la dekat tepi surau sekolah aku dulu. Nasib tak baik aku nakal sangat, aku terbaling batu kat member aku. Tapi member aku ni lincah. Die elak batu tu, batu tu kene la cermin tingkap surau yang beru dibina sebulan.

2 hari kemudian, semue budak skolah agama sbelah petang kene panggil. Mampus...cikgu kadir merangkap guru pengawas aku tu cari sape yang pecahkan tingkap tu. Hawau member aku tu die pecah lubang. Kantoi aku mase tu.

Hukumannya, anda dipecat dari badan pengawas sekolah kebangsaan bukit beruang...huhu..

Nasib dah bulan 8 mase tu, aku pakai juga baju pengawas tu. Takut kantoi ngan ibu..hahaha..akhir tahun ibu tanye mane sijil pengawas? Aku jawab tetinggal kat kelas..


Tapi, ma…

Komik Hong Kong

Pedang Setiawan, Alam Perwira, Dendam Kesumat, Juara Wira, Raja Rimba dan macam-macam lagi komik hong kong yang satu ketika dahulu menjadi kegilaan aku. Seingat aku komik hong kong yang pertama adalah pedang setiawan. Mase tu aku beli jilid 2 dan 3. Jilid 1 aku tertinggal. Lepas aku layan komik ni, antara kegilaan aku tu alam perwira. Inilah satu-satu komik yang layan sampai habis. Memang best cerita dia. Kalau nak cari cerita yang macam tu memang susahlah. Ingat lagi mase aku darjah dua sanggup naik basikal pergi pekan Muar, tengah on da way balik terserempak dengan Abah, balik rumah abah marah.hahah..tapi komik punyer pasal apa ada hal..Aku pelik karya-karya Tony Wong dan Ma Wing Sing ni memang best. Alam Perwira aku puji bab penceritaan diela. Tapi Pedang Setiawan dari segi lukisan. Memang lawa.aku mengharapkan adalah kartun-kartun orang Malaysia yang macam ni. Aku memng peminat cerita sejarah. Kan best ada kartun cerita Hang Tuah ke, seingat aku kartun macam ni yang ada uteri gunu…

Kursus Biro Tatanegara

Sukacipta di maklumkan hari ini aku dapat kursus pergi ke BTN. Cambest je. Kursus ni pelengkapla untuk aku comfirm jadi penjawat awam. Entah apelah yang die nak basuh aku kat sini. Kursus ni akan mula 2 Julai 2009. Tarikh ni ade kenangan ni. Selama 5 hari aku kat sane. Jadual die macam best. Banyak LDK. Ade kembare. Harap-harap aku fun la kat sane. Kalau kat sane kerje dok nak memabsuh aku je silap la. Aku dah kebal dengan basuhan-basuhan politik ni..

Best ar..

Ini dia bini baru aku. Wife yang 1st tu paham-paham la ye. Pandai-pandailah sesuaikan diri. Wife aku yang bestla. Nak peluk besar pulak. Cume dalam kecik sket. Aku suke pade design. Ye la kalau besar gedabak tapi rupe macam lori sampah buat ape kan. Aku tak tau bile nak bawa balik melaka. Mayb hujung bulan ni kot. Tapi aku puas hatila, sebab aku memang minat kereta dua pintu. ramai orang tak suke due pintu. Lantaklah, kalau dorang tak suke pergi le beli 4pintu.

Bumblebee dah menjadi

Ni ha kerete tranformers yang si acik punye. Punyelah susah nak jadikan dia robot. Bumblebee ni sekarang dah senang dah nk transform jadi robot. Aku ambil mase 2 minit je nak jadi robot.

Inilah bentuk kalau dah jadi robot. Aku saje wat kaki die kepit. lawaknye robot ni boleh keluar macam-macam lagu. Kalau jadi kerete lagi la. Lagu2 old skool memang banyak. Berbaloi la beli. Ok..aku open rm 560. Sape berani nak bid call acik...



Aku rase sume dah lupe dah..

Gambar ni aku paling suke tengok. Sebab dalam banyak-banyak manusia dalam gambar ni, aku paling comel. Giler perasan aku ni. Dah lame sangat orang-orang dalam gambar ni tak dapat duduk semeje. Agaknye kenape ye..Aku tengok drama kat tv semalam. Cerita satu keluarga. Mereka ada 7 orang ahli semuanya. Same macam dalam gambar ni. Parents ngan 5 orang anaknya. Parents diorang dah tua. 3 dari anak-anak mereka dah kahwin. Seronoknya aku tengok, mereke duduk sebumbung. Walaupun anak-anak mereka dah kahwin tapi semuanya duduk sebumbung.Nampak macam happy family je. Seronok, memang ade konflik. Tapi dorang setel same-same. Kenape orang zaman sekarang tak suke macam tu? mungkin sebab orang sekarang sukekan privacy. Yup privacy yang selalu buat orang jadi sombong.Agaknye bile kali terakhir aku dapat makan sekeluarga? lupa dah agaknye...Aku pun jarang balik rumah melaka. Along, angah pun jarang balik. Nasib acik memang duduk melaka. Agak-agak kenapa semua taknak balik rumah melaka ye..Satu persoa…

Jangan Pandang Belakang Congkak

Hujung minggu ni aku agak kebosanan juga lah. Disebabkan itu, aku ajak Nono pergi tengok movie. Semalam alamanda tak ramai. Jadi aku pun tanpa teraga-agak beli tiket Jangan Pandang Belakang Congkak.
Sebenarnye aku terpengaruh dengan cakap si Zu. Die kate citer ni memang lawak. Aku dengan harapan memang mengharapla citer ni lawak.
Cerita yang memang lawak. Dari 5 aku bagi 3 bintanglah. Lame tak tengok Lan Pet2 belakon. Memang aku dibesar dengan lawak mereka. Cerite ni lawak, tapi lawak yang menakutkan. Sarah Suryani memang cun lah.
Satu filem yang oklah dari Ahmad Idham..

ASB Loan

Bulan lepas aku ada memikirikan untuk membuat asb loan. Banyak bank aku dah survey. Rate interest semuanya lebih kurang. Macamana pun aku masih belum buat lagi. Keinginan yang kuat apabila tibul rancangan untuk membuat dua sekaligus. -unit trust -Asb loan. Pertama aku mesti buat loan sebanyak 30k. Jangka hayatnya aku tarik panjang. Langkah kedua aku keluarkan sedikit iaitu dalam 10k untuk unit trust. Jadi kedua-duanya dividen aku dapat selepas tahun pertama. Menarik juga. Bulanan hanya rm173 saja. Menarik juga ni.Kalau aku buat...bile nak start masalahnye ni. Besok juga aku nak pergi bank.

Takbestnyedemam !

Hampir seminggu aku macam orang gile . Kejap demam, kejap baik. Boleh di katakan satu hari tu adela sampai 2,3 kali demam, baik. Semalam aku telah amik keputusan yang drastik. Aku pergi ke hospital putrajaya. Sampai hospital pukul 10pg. setelah 4o minit aku tunggu barulah aku daftar. Mase daftar aku amek darah sekali.Lepas tu tugguuu....

Tepat sejam aku menunggu, aku rase lapar.Mane tak lapar, makan malam pun tak semalam. Aku pun pergilah cafe kat hosptal tu. Nampak nasi ayam terus berselere aku.

Balik je bro sebelah aku tadi cakap name aku dah dipanggil. Kelam kabut aku pergi jumpe dokter tu. Dokter tu cakap aku ni suspect denggi. So kene masuk air pastu amek darah sekali lagi. Aku terus dibawa ke observation wad.

Lepas sejam bdan aku dimasukkan air, nurse nak amek darah pula. Mase tu Nono dengan farid datang. Aku tanye senang ke cari tadi. Diorang cakap senang je, nurse yang kat depan tu kate "zulfikri yang lari tadi ek.."

Bodoh punye nurse. Aku pergi makan la!

Penuh jadual semalam

Disebabkan bengang dengan cine bodoh tu, aku pun merancang ikut abah ngan acik pergi kenduri di seremban. Best juga dapat jumper sedare kat sana. Abah rupanya orang kuat kat sane. Sume orang lama kat sana kenal dengan abah. Jumpa pak busu, sembang jap pasal ruma mesra rakyat.
Aku penat la juga pasal kene drive sepanjang perjalanan. Tapi best juga la sebab lame tak jalan-jalan dengan abah dan acik. tengok-tengok tanah seremban. Besar juga tanah tu. Aku tak sempat rase duduk situ macam along dengan angah. Aku dan acik lahir kat Melaka.
Penat berjalan, masa kat kenduri, sumer ingat aku ni angah. Agaknye dorang ingat anak bongsu abah kecik lagi kot. Tak pun dorang tak perasan tua. hahaha...
Aku saja ambil kesempatan, alang-alang aku ikut abah dengan acik pergi seremban apa salah dorang hantar aku ke rumah Equine. Saja aku bawa abah melawat putrajaya. Lepas setel aku letak barang kat rumah, sempat aku baring sebelum tetido.
Malam tu aku pergi tengok wayang untuk merehatkan otot ku. Night at mu…