Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2009

Gegaran sepang!

Satu inspirasi yang membuatkan aku kagum dengan orang bijak pandai Malaysia.

Aku teruja betul dengan berita muka tengah Berita Harian. Lotus F1 1Malaysia.

Tahun depan Malaysia bukan saja menganjur, malah boleh jadi salah seorang competitor F1.

Menarik betul projek ni. Kereta f1 Malaysia yang pertama ni akan menggunakan enjin jenis Cosworth.

Gila Cosworth ni kalau nak tahu dah 43 tahun produce enjin untk F1. Tapi last sekali kalau tak silap aku dorang tahun 2006. Menurut Datuk Tony Fernandes sebagai Principal Latus F1 Malaysia ni, buat masa ni dorang menerima 6000 permohonan kerja untuk masuk team ni.

Aku pun apply juga. Tapi dah tentu position main driver kereta. Agak pening juga la sebab MIke Gacoyne selaku pengarah teknikal ni dah macam terpikat dengan Fairuz Fauzy . Mungkin Mike tu belum tengok rekod aku dekat PSP.

Dah banyak pelumba handalan aku tewaskan. Kalau dia dapat track rekod aku..memang aku kene panggil dengan team F1 ni.

Ini lagi satu projek yang mengkagumkan hasil dari kepala …

Barnsley 0 - 2 Manchester U.

Semalam berlangsungnya perlawanan
untuk Carling Cup.

Buat pertama kali Gabriel Obertan diturunkan selaku kesebelasan utama Man Utd.

Game semalam kalau sesiapa yang sempat tengok pasti nampak sedikit peningkatan dari segi permainan Man Utd.

Mungkin sebab banyak assist dari Obertan. Welbeck dan Owen masing-masing menyumbatkan gol bagaikan tahu sumbat di pintu gol Barnsley.

Memanglah team Barnseley ni tak power. Tapi apa yang kita nak lihat corak permainan Man Utd.

Kalau kalah malam tadi aku rasa Alex tua tu dah lama nak kene pecat.

Aku saja nak mengimbau zaman 4 orang star yang pernah bermain di Man Utd.

Sampai sekarang 4 orang star ni menjadi idola setiap peminatnya.

Aku teringat dulu masa pergi langkawi.

Masa tu kecik lagi. Umur pun baru darjah berapa aku pun da lupa.

Pergi langkawi sambil singgah di Padang Besar.

Angah belikan baju Eiric Cantona siap dengan seluar sekali.Entah man perginya baju tu sekarang aku pun tak tau.

Salah faham

Rasa bengang kalau kita janji dengan orang, dan orang tu pula salah tarikh dan dia menyalahkan kita pula.

Tak ke pening kepala bila ia berlaku ke atas diri aku.

Aku rasa geram dan teramat marah serta ingat aku telah ditipu. Tapi nasib baik kebenaran muncul dengan entah macamana rupanya akibat salah pemahaman.

Agaknya dulu masa belajar bahasa melayu topik pemahaman tu selalu ponteng kot .

Tu yang kantoi tu dan mengakibatkan selalu berlaku salah faham dalam hidup. So bila dah jadi macam ni timbul la satu perkataan yang dipanggil 'ghalat'.

Tapi serius dari asyik fikir salah faham tu, baik kita berbaik-baik. Lepas baik-baik kita santap semangkuk masak lemak ketam. Aku pun tak pernah makan lauk ni. Selalu tengok kat gambar je.

Lepas ni nak belajar pemahan la..patut la UPSR aku dulu dapat B je subjuk pemahaman..

LIverpool 2-0 Man United

Kebakaran berlaku di hati si tua yang berambut putih tu. Sebelum game cakap besar macam boleh menang.

Tension melihat muka Alex tua yang cakap cam boleh menang je malam tadi.

Dapat sikit pengajaran dari Benitez yang sentiasa merendah diri walaupun memang ketinggiannya yang tak cukup tinggi.

Separuh masa pertama, sambil bergayut dengan HP aku dah bajet dah, malam ni Man Utd cam nak kalah je.

Liverpool main laju gila malam tadi. Rasanya dari segi penguasaan bola 78% liverpool control.

Cuma kadang-kadang Man Utd bagi counter sikit. 2nd half Torres yang digembar-gemburkan striker Liverpool yang sudah lemah tu kasi sumbat sebiji gol. Kalau Man United di gelar pasukan yang mengila di akhir perlawanan, memang tepat la. Tapi gila sampai tak ingat nak jage gawang sendiri.

Padah kalau terlampau ghairah cari gol.

Sekarang ni aku tengah arrange game boxing benitez dengan alex. Alex dikatakan sangat tidak berpuas hati dengan kekalahan semalam. Lepas je game semalam alex msg aku, "bro..lu arrange gu…

Mana perginya plug aku

Ceh motorku kehilangan plug. Dah petang ni ade race kat sepang. Nanti spark ngan rossi mesti bising punya sebab aku lambat.

Terpaksa aku call trompet untk buka kedai motornya untuk plug baru.

Tadi rossi call aku..jalan nak masuk pintu sepang tu dorang pasang boncer besau-besau la..

Nak masuk je kene tunujuk sticker the doctor. Nasib aku tak cabut lagi sticker tu. Harap-harap petang ni tak ujan. Kalau menang petang ni aku angkut angelina jolie pusing satu lap kat sepang ni.

Ish kaburator sumbat plak.."Trompet bagi spanar 14' kat aku..nak buak enjin jap."

Welcome to sepang 2009 moto gp!

Hari ini dalam sejarah

Hari ini merupakan salah satu lipatan sejarah di dalam hidup aku yang akan aku kenang.Pertama kali aku melangkahkan kaki ke Parlimen Malaysia.

Sebelum ini aku hanya dapat memandang di dalam duit syiling atau gambar sahaja. Tapi pagi tadi aku menjejakkan kaki aku ke sana.

Tujuan aku ke sana kerana membuat semakan akhir untuk perbentangan Bajet 2010. Aku ke sana bertemankan 4 orang rakan sepejabatku.

Bayangkanlah betapa excitednye aku untuk ke sana. Ya lah bukan senang nak masuk Dewan Rakyat. Mak bapa aku pun tak pernah masuk dan aku percaya seluruh keturunan Endin dan Hawa pun tak pernah masuk.




Aku betul-betul teruja bila masuk Dewan Rakyat tu. Baru aku tahu macam mana keadaan sebelum perbentangan bajet. Sempat juga aku ambil gambar di tempat duduk idola aku. Cuma terkilan juga tak dapat ambil gambar di tempat dudul Perdana Menteri.

Kelakar rasanya bila baru-baru masuk asyik ambil gambar . Nasib bos aku ada kawan kat situ, memang boleh pun. Tapi tak kira apa orang nak kata, gambar aku kat …

CSKA Moscow 0-1 Man Utd

Sebelum main CSKA berkokok bukan main kencang. Tak pernah kalah tempat sendiri la. Menang 5 perlawanan berturut-turut la.

Man Utd pagi tadi cuma turun 60% je dorang punya star.

Rooney, Gygs , Evra , Park Ji sung semua mane main. Dorang semua tengah prepara nak lawan dengan liverpool.

Aku respect la Valencia semalam. Maki menjadi mamat ni. Banyak pula dia punya try semalam.

Gol kemenangan pun Valencia yang score. Aku rasa Alex tua tu comfirm belanja die makan asam pedas power pas game tadi. Man of the match comfirm Valencia dapat.
Semalam aku budget nak tidor kejap. Nak tengok game Man Utd ngan Madrid main, tapi hampeh..tidur saja jawabnya. Disebabkan itu pagi-pagi lagi aku dah buka footytube untuk tengok highlight game malam tadi. Teringin juga aku tengok real madrid vs ac milan. Real madrid 3-4 AC Milan. Agak-agak best tak game ni?

Bajet 2010-pendapat aku

Rata-rata hari ni budak-budak kat office aku cerita pasal bajet yang akan di bentangkan oleh PM Juamat ni.

Bos aku pula dah gerak pergi parlimen nak checking buku akaun awam.

Ada yang kata, " bonus takde."

Ada yang kata cola kene potong 30%
Ada yang kata elaun perumahan naik 60%.
Macamnapun semua tu andaian dorang je.
Selagi belum pukul 4.00 petang jumaat ni, maka segala andaian hanya tinggal andaian.

Menurut berita dari bernama tadi bajet kali ini mementing peningkatan pembangunan ekonomi. Jika fokus ke arah itu pada pendapat aku, tidak ada penurunan gaji atau elaun yang akan berlaku. Malah sepatutnya ia akan bertambah.

Aku teringat satu artikel yang dikeluarkan oleh Che Det, jika kerajaan ingin memacu ekonomi negara, gaji kakitangan kerajaan perlu dinaikkan. Ini kerana lebih 1.2 juta rakyat di malaysia makan gaji dengan kerajaan.Secara tak langsung, kakitangan kerajaan yang adalah golongan yang memiliki kuasa membeli dengan tetap.

Kalau dikurangkan gaji mereka, maka aliran tunai da…

Cucu To' Eid

Angah masa silat olahraga
Silat adalah seni mempertahankan diri bangsa melayu. Rasa macam sedih kalau seni ini tak dipedulikan. Minggu lepas masa towing kereta angah ke bengkel, sempat borak-borak pasal silat. Aku story sikit dokumentri bumi di pijak langit dijunjung.

Cam best je segment tu. Aku ajak angah buka gelanggang balik. Macam dulu...tapi biasa la jawapannya "masa".

Aku tak tau samada cerita silat Cucu-cuc Tok Eid ni bakal jadi bahan sejarah endindanhawa agaknya.
Aku masa persembahan di IPNMinat tentang silat masih mendalam untuk aku. Sampai hari ni aku masih berlatih walaupun takde partner. Partner aku biasalah..punch beg aku yang setia di sepak dan di tumbuk.

Aku hairan, bila sebut pasal warisan melayu, orang melayu mesti tak minat. Mungki pasal duit orang melayu tak berkemampuan belajar benda-benda ni semua. Tapi peliknya persatuan silat jarang mengenakan sebarang yuran ke atas ahlinya.

Atau mungkin sebab tak kenekan yuran, jadi nilai silat itu di lihat memang tiada lag…

Isu 201

Wow..tak sangka aku menulis sampai 200 posting..betul kata orang..tak kenal maka tak cinta. Ketagihan menulis blog ni dah jadi satu penyakit bagi aku. Pelik juga kadang-kadang ada yang kata " aku malas membaca".
Setiap penulisan ada bacaan. Tak kiralah apa yang di tulis. Tapi setiap senario yang terpalit di blog aku ini pasti tanda memori untuk aku. Hari ni tak sama dengan hari pertama aku menulis blog, dan hari ini tak sama seperti hari posting ke 100 aku. Setiap 100 posting aku memjamin 1001 kenangan.Pelik, kenapa aku harus terkenang dan teringat pasal cerita dan kenangan lama. Agaknya sebab itu aku suka dengan sejarah. Kata Ramli Sarip dalam lagunya," sejarah mengajar kita,". Tapi adakah aku berlajar dari sejarah hidupku?Esok takkan sama dengan hari semalam. Apa yang aku buat hari ini itulah penentu persamaan esok dan semalam. Sempena hari raya Depavali yang baru je lepas..aku nak minta maaf kat semua yang membaca blog ni, yang tersiar gambar..terkutuk posting..…

Man Utd 2-1 Bolton

Akhirnya terasa juga pulangan dari pemindahan Owen dengan Valencia ke Man Utd.

Disebabkan dua orang budak baru dalam Man Utd ni , pasukan Re Devil sekarang berada di takhta liga inggeris dengan berbeza satu mata dengan Chelsea.

Sejak kekalahan Chelsea kelmarin, dikatakan ranmai fan Chelsea dah start join Man Utd Club.Berbalik kepada EPL.

Sungguhpun aku tak dapat nak tengok live kat astro disebabkan aku dalam perjalanan pulang ke Melaka untuk mengadiri open house endindanhawa dan tersangkut di tengah highway ayer keroh,, aku sempat tengok higlight kat internet wifi aku.

Sejak kemasukan owen ke Man Utd yang f.o.c tu, tak banyak sumbangan yang die bagi. So aku dan alex tua rase mamat ni memang tak lama dia kat Man Utd ni. Dah la lembap dan asyik injure je. Menghabiskan duit Man Utd je bayar gaji.

Nasib gol 1st kelmarin ade sangkut paut dengan dengan owen ni..kalau tak puas la aku nak tengan perasaan alex tua yang dah memang bengang tahap cipan kat Owen.Puas hati aku tengok Man Utd kat atas li…

Cupcake

"Zul ko teman aku jap pergi amek cupcake bleh?" tanya Abe.

"Kat mana?" tanyaku kembali untuk kepastian.

"Senawang."Kenapa jauh sangat nak beli cup cake tu.

Semalam aku teman abe pergi mengikut kehendak bos die yang terlalu kermaruk cupcake dari senawang. Dalam hati aku pikir mesti special punya cupcake ni. Kalau tak, takkan jauh plak nak ambil cup cake tu.

Bila sampai je kat destinasi di tuju, dengan berbesar hati aku amek cupkek yang kononnya special gila yanng amat tu. Macam haram, aku rasa baik beli karipap je.

Aku tak taulah apalah yang best sangat cupcake tu. Dah la keci dan tak sedap. Memang nak menyeksa si pengambil dan peneman si pengambil tu la. Rupanya sebab makcik yang buat cupcake tu kawan boss dia punye emak.

Moral of teh story, belilah cupcake di kedai yang berhampiran. Ini perlu kerana ia tidak akan merunsing fikiran anda untuk menempuh jem yang menggila di highway ke selatan disebabkan depavali( nyaris aku jadi huck semalam sebab benda ni) dan…

Star baru Red Devil!!

Siapa mamat ni ? Camana Alex tua boleh bawa masuk Man Utd. Konfius betul aku masa budak ni di press confrencekan.

Tapi segalanya berubah tanggapan aku terhadap budak botak yang bernama Gabriel Obertan bila member office aku tunjuk video die main bersama pasukn Bodoeux .

Peh..memang aku tabik kat Sir Alex la kalu player ni mampu buat apa yang dia buat dalam clip video yang aku tengok tu. Aku rasa mamat ni bakal menjadi star kat EPL.

Satu lagi nama yang akan naikkan nama Man Utd. Bakal star Man utd yang setaraf dengan David beckham dan Cristiano ronaldo.

Gabriel Obertan ni baru berusia 20 tahun. Sama macam Ronaldo time Alex bawa dia masuk Man Utd. mamat ni plak dah mewakili France U-21 untuk World Cup. Tapi sayangnya sekarang ni dia mengalami injury yang agak lama.

Aku tak taula lepas dia ok, game dia ok ke tak. Tapi harap-harap oklah. Man Utd pun game die asyik buat aku sakit jantung je bile tengok. Sejak ketiadaan Ronaldo memang nampak sangat Man Utd kurang menyerlah.



Korang cuba tengok sk…

Kedah Tersingkir!

Terkejut aku baca berita bila kat paper tu tulis kedah tersingkir. Pasukan kedah ni pasukan yang 1st aku minat dari sampai sekarang. sayang betul tahun tak menyerlah. Sejarah aku minat pasukan kedah ni dari sejak tahun 1992.

Teringat aku, dulu aku suka gunting gambar berita bola sepak buat macam bukuk folia. Sejak aku tengok kedah menang dengan Singapura dalam final piala Malaysia tahun1992 aku terus gila bola sepak Malaysia. Hampir semua aku hafal nama player dua pasukan tu.

Radhi Mat din, Ahmad Sobri, Nidzam Adha Yusof , Lee Kok hong dan banyak lagi idola aku dalam team kedah. Dulu masa kecik-kicik nak main PSP mana nak dapat. Wujud pun takde. Jadi aku buat player dari kota kasut main bola jentik.

Aku namakan setiap pemain kedah dengan singapura kat situ. Siap announce kat member skolah aku sapae nak boleh tempah kat aku.

Satu benda lagi yang kenangan aku gila bola time tu, aku ngan angah selalu pergi stadium kubu tengok team Melaka main. Walaupun team Melaka tak power, tapi stadium pen…

Swing-swing

Aku pun tau kenapa sejak akhir-akhir ni aku semakin gila main bowling. Agaknya sebab SUKMA dah makin dekat kot. Kebal, fariz dan aku semalam melepaskan gian yang tahap gaban dengan bowling.

Kisah tidak ong main bowling semalam start masa aku nak amik kasut. Awek yang jaga kaunter tu bagi la kasut saiz lapan dekat aku. Peh, gila busuk kasut tu. " Busuk la kasut ni dik, tukar boleh?"

"Kasut saiz lapan tinggal tu je," jawapana yang bikin hatiku panas.

Perlahan-lahan aku cari bola paberet aku. 7 dan 9. Sejak dah tau main swing aku asek belasah bola 7 je. Sebab bola ni ringan. Semalam aku dah nekad nak bantai bola swing. Saja aku nak try sebab haritu kat rmah cik raub pokleh sound aku," tak main bola straingt."

"Ni sapa yang main bola 7 ngan 9 ni," tanya kebal.

"Aku la," selamba jawabku.

"Gila kecik tangan ko," pelik dorang tengok aku main bola kecik.

"Tengok la aku baling bola camane,"alasanku yang sangat tegas.

Tumpuan aku sem…

Musim baru sudah bermula

Dah berbulan-bulan aku berhat dari gym akhirnya aku kembali juga. Rasa macam gatal-gatal kalau aku tak pegang besi-besi dekat gym. Maklumlah Mat Gian Gym. Serius betul punya cakap. Aku ada ukur sakit aku guna meter kg, meningkat secara mendadak. Sebab tu aku pergi gym balik.

Syukur..dah turun sikit dah. Hari ni kalau aku pergi dah genap 5 hari dah. 1st day aku pergi,,pergh memang takleh nak cakap la. Macam tak cukup nafas. Semput je. Tapi semput-semput pun aku tetap train demi menaikkan muscleku.

Yang membuat aku jeles tak ingat adalah bebdudak yang tak pernah nak tau stop main gym.

"Bro..puasa hari tu datang training ke?" tanya aku dengan harapan dia akan cakap 'tak'.

"Eh, puasa pun train. Tapi main light je la. Kalau tak train nati nak start balik badan sakit-sakit la."jawapan yang membuatkan aku rasa terbakar sebab badan aku sekang ni memang tengah sakit-sakit.

Semalam aku dah start masuk jadual. Cukup kot aku warm up minggu lepas. Hari ni kalau ikut jadual …

Pelik

Dengan happynya aku pergi cari port untuk makan tengah hari aku. Nampak signboard KFC bersinar-sinar kat atas kepala.

"Makan Colonel Chicken Rice ni sedap gak kan,"bisik nafsu perutku.

Jadi aku ambil keputusan makan kat KFC 24 jam kat equine. Dengan semangat kelaparan nak makan ni, aku beratur dengan penu kesabaran. Toleh sana dan sini menjadi hiburan aku masa que kat kaunter.

" How many long i have to wait?" kata arabian sebelah aku. Aik cam ade hal je. Awek kaunter yang belah arabian ni pulak layan cam tak belajar budaya timur. Kot ye pun senyum la sikit. Jangan le masam je. Cam tak nak kerje plak.

Aku pun memperdulikan karenah manusia di sekeliling aku sambil menunggu turn yang belum sampai. Mana nak sampai, cashier kat tempat aku plak jalan ambil meal macam tengah posing untu pertandingan model.

"Makan sini cik?" sampai turn aku.

"Colonel chicken rice satu, x meal twister ngan air ice lemon tea," sambil senyum dengan keperibadian timur aku mengor…

Raya di SPP

Bak kata orang, selagi tak cukup 30 hari syawal, selagi tu kita kene baraya. Semalam Seksyen Perakaunan Persekutuan ( Dept aku keje ) menganjurkan open house raya. Cambest kan..sebab ni pengalaman 1st aku.

Disebabkan aku belum lagi berbini, aku cuma peruntukkan pinggan sudu dan garpu. Benda paling mudah la kan. Tapi alkisahnya.. aku cari sampai 3 daerah baru jumpa.

Pergi tesco kajang habis, econsave kajang habis. Last2 aku pergi alamanda baru jumpa pinggan. Tapi garpu tak cukup. Ni mesti sebab dah terlampau banyak open house didunia ni. Nak taknak aku kene cari juga.




Inilah cebisan suasana sambutan hari raya kat SPP. Biasalah, aweks je yang suka pose amek gambar. Bukan bermakna aku suka amik gamabr awek. Yang lelaki termasuk aku semua nak cover macho.

Tapi lepas makan semua menyerlahkan perut masing-masing yang membuncit..haha..Esok sambutan untuk satu BPOPA pula. Semakin nak habis raya, semakin banyak pula jemputan open house.

Anyway semalam aku dah start pergi gym..ni yang sakit2 badan a…

Seni Tekpi

Ilmu persilatan tidak lengkap jika tidak bermain senjata. Sungguhpun pengamal seni bela diri itu lebih mengamalkan tangan kosong, tetapi pengetahuan tentang senjata perlu ada untuk persiapan jika berdepan dengan musuh bersenjata.

Senjata rasmi melayu adalah keris. Sehingga kini aku tidak dapat merungkai simboliknya keris itu dengan melayu. Mungkin tidak berkesempatan untuk mendalami ilmu keris.

Aku memilih Tekpi atai nama lainnya sai. Mengapa ia menjadi tarikan kepada aku?

Aku mengenal tekpi sejak umurku 8 tahun. Aku berlajar asas dari abangku sendiri. Dari sejak itu aku sentiasa memasang niat untuk mendalami serta mempunyai tekpi sendiri. Tahun lepas aku telah membeli sepasang tekpi. Bila aku tunjuk kepada rakan-rakanku, ia bagai sesuatu yang asing. Apatah lagi penggunaannya.

Bernasib baik aku tahu serba sedikit tentang tekpi, aku cuba berlatih kembalikan kemahiranku tentang tekpi ini. Sehingga kini aku sudah dapat membiasakan diriku dengan senjata ini. Tekpi bukanlah senjata melayu. Tet…

Man Utd 2 Sunderland 2

Tension pula aku tengok game Man Utd malam tadi. Dari minggu lepas dorang macam dah tak power lagi. Aku nasihatkan fan Man Utd tu kalau ada sakit jantung lepas ni , jangan tengok la. Pasal, tiap-tipa game memang mendebarkan. Macam semalam, keluar je toilet aku tengok Sunderland dah sumbat sebiji. Mana tak hangin. Tapi takkan jadi ayam pulak kat tempat orang.
Berbatov semalam memang cun la gol die. Sekali bicycle kick la die buat. Malam tadi aku dah syorkan kat Alex tua, lepas game ni ko gembat Foster dengan Valencia. Memang macam mangkuk la Foster lepaskan 2nd gol.
Aku rasa kalau aku jadi keeper pun lagi baik la.
Nasib last minit dorang dapat score. Negro gelap Patrick Evra ni juga yang jadi penyelamat semalam. Kalau tak, aku rasa player Man Utd balik jalan kaki je malam tadi...

hujung minggu

Aku baru balik dari Kluang Johor. Pergi kenduri kahwin Mus(budak rumah aku). Wah bertambah sorang lagi suami orang kat rumah aku. Bila pula rasanya time aku ni. Asyik pergi kenduri orang je.
Lambat lagi rasanya aku ni..
Perancangan esok , pergi open house!
Selasa ni dept aku buat open house. Semua kene bawa makanan...takkan aku nak bawa megy kari kot...mana aku tau masak..
Bestnye kalau dapat ketupat sotong...

Sape lukis

Percaye tak gambar ni aku lukis? Ni Facebook lukis la..kalau aku lukis jadi lain. aku pernah lukis gambar aku. ni gambarnya..

Ingat lagi, dulu aku suka meniru lukisan kat komik. Aku ikut samapai lah aku rasa macam dah sama. tapi aku susah nak imagine untuk melukis. Rasanya aku takde bakat melukis. Kalau ada bakat, dah comfirm aku jadi pelukis.

Agak lawak juga mase SPM aku ada ambil subjek lukisan, mana aku pernah belajar. main ambil je masa exam tu. Haha..tau2 aku dapat 5c. Kalau aku belaja subjek tu comfirm dapat A.

Mungkin..seni aku pada suara kot..haha

Manchester U. 2 - 1 Wolfsburg

Memang sah lah team Wolfsbur tu lembik. Tapi kire hebat la sebab dapat go sebiji awal dari Man Utd. Aku ingat mesti si E. Dzeko tu mimpi yang tak sudah punye dapat score. Minit pertama game semalam macam haram. Buat aku ngantuk tak ingat. Langsung takde gol.

Nasib gam kedua gol wolf buat aku rase nak maki je kat Alex tua tu. Rynn Gigs ngan M. Carrick tu jadi hero pagi tadi. Dua-dua sumbat sebiji gol. Man Utd ni aku tak paham, bile dah kene baru nak tergadah.

Dah kene sebiji baru nak terkial-kial kejar..buat sakit jantung fan die je ar. Rynn Gigs ni kuda tua. Tapi power lagi. Aku rasa Man Utd ni perlu player macam die la. Player baru-baru yang Alex tua bawa masuk ni sume cam prob je..

Man Utd menang jua...