Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan

Hari ni dalam sejarah.
Seumur hayat aku tak pernah lepak kat majlis yang sebegini rupa. Sambil di kelilingi pemimpin-pemimpin besar and kecil. Kalau orang lain memang malas. Aku pun sebenarnya agak malas pada mulanya. Cuma aku rasa ia berlaku macam secara tak sengaja.

Yeah, jumpa Sultan, dan aku tercari di mana PM dan TPM, tapi tak jumpa. Tak mahu tahu kenapa mereka tak ada. Dengan berbaju melayu yang sama warna dengan baju rayaku, aku melangkah masuk Pleneri Hall di PICC putrajaya.

Dalam tengah cambest dengar kata-kata aluan dari pengacara majlis, tupppp! pengara tu pengsan. Aku bajet mamat tu cam mati di medan perjuangan. Tapi cuma setakat pengsan.

Satu cebis peristiwa selingan dalam sambutan tu.

Mata aku memandang ke kiri dan ke kanan. Cuma melihat mana tau ada yang menarik di pandang. Awek? kureng, banyak mak orang je.

Sekali terpandang Presiden PAS dan Timbalannya, agaknya dorang ni wakil PM dan TPM kot.

Satu kekaguman yang terpancul di dalam kotak fikiranku, dalam mereka bergaduh perjuangkan idealisme parti, tapi mereka tetap bergabung di bawah Panji Islam. Mereka ketepikan perbalahan parti dan masuk ke dewan sebagai pemimpin islam. Betul kata orang, macam mana warna pun agenda mereka, akhirnya mereka akan bersama di bawah satu bendera iaitu Islam.

Tokoh Maal Hijrah tercanang, aku tak kenal dengan tokoh tempatan, yang aku tahu tu pengerusi Felda.

Tapi Tokoh Maal Hijrah antarabangsa memang aku kenal, idola aku tu. Al-alama Dr Yusof Qardawi. Agak teruja aku dengar nama tu. Nama yang selama ini aku dengar di TV dan terbaca di internet sebagai tokoh ulama dunia akhirnya berada di depan mataku.

Aku hanya sempat merakam gambar tokoh itu. Teringin nak bersalam atau bergambar sekeping dua dengan beliau, tetapi tampak macam susah kerana beliau dikerumuni ramai wartawan.

Ulama besar.

Aku ingat Tokoh ulama besar tu akan cakap dalam bahasa Inggeris dalam ucapannya, jangan mimpi. Bahasa arab juga yang terkeluar dari mulutnya. Boleh lihat betapa beliau tidak langsung memandang bahasa Inggeris, walaupun aku tau yang dia sedar tak ramai yang faham bila dia speaking arab. Dari situ kita nampak yang terserlahnya tokoh manusia bernama yusof ar qardawi.

Beliau sentiasa bangga dengan Bahasa Islam. Aku ingat pesanan beliau,"amalkan gaya hidup islam secara menyeluruh. "

Aku ingat kalau tak ulas pun tak pe pesanan beliau. Sendiri mahu ingat la.

Hari ini hari bersejarah, aku jumpa Dr Yusof ar-Qardawi dan aku bangga beliau dinobatkan sebagai tokoh maal hijrah antarabangsa 1431.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

3 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Takbir raya

Oh mat Ganja