Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Love in dancing mode?

Aku tak sengaja buka tv malam ni. Layan buletin utama sebab nak tengok berita sukan.Ingat nak tengok pasal kedah dengan Perlis punya game. Sebab menariknya berita ada kes penyokong merusuh kat stadium.

Aku pun mengeluh sambil menepuk dahi," baru malaysia dapat Emas, ingat imej dah elok tapi masih buruk di takuk lama."

Meneruskan layan TV3 samabil tak langsung tukar chanel.

Rancangan lepas buletin utama cerita tari tirana.

Aku layan secara tak sengaja. Makin di layan makin best pula cerita. Macam kurap, makin di garu makin sedap. Mungkin ada orang akan kata, aku ni peminat sandiwara melayu. Tapi aku masih terus layan cerita tu. Nak kata actress cun, sharmila tu tak la cun. Tapi aku masih terus layan.

Dalam tak sedar, rupanya aku dah layan cerita tu sampai sejam. Itu pun nasib cerita tu sejam. Kalau dua jam aku mungkin masih melayan cerita tu.

"Hawau! macam pernah layan je cerita ni. Tapi kat mana ek?"bisik aku dalam hati.

Malas aku nak fikir, aku buka laptop dengar lagu sambil minum nescafe lagi baik. Hilang juga kering kat tekak aku ni.

Tajuk lagu, ' cinta dalam hati'.

-aku layan cerita ni secara tak sengaja-

2 buah fikiran!!!:

Masih merangka plan 2010

Bukan nak jadi mask of zorro. Dan juga bukan nak jadi model topeng H1N1.

Seorang gadis menceritakan sesuatu pada aku. Dia menceritakan seorang teman sepejabatnya yang bukan beragama Islam asyik bertanya tentang hal-hal agama Islam. Dan pertanyaannya seolah-olah menjadi sangat serius.

Suet, member officenya asyik bertanya.

"Fiona, kenapa kamu pakai tudung?" tanya Suet.

"Tudung ni untuk menutup aurat bahagian rambut orang perempuan. Dalam islam umatnya wajib menutup aurat," jawab Fiona.

"Kenapa mesti menutup aurat? Tak panas ke?" Semakin bertalu soalan yang dikemukakan oleh suet.

"Taklah panas, lagi senang. Saya tak payah nak selalu sikat rambut. Pakai tudung saja dah nampak cantik dan kemas. Aurat perlu di tutup. Sebab manusia ini mempunyai nafsu. Dengan menutup aurat, orang lelaki tak tergoda untuk membuat pandangan serong pada kaum wanita. Bayangkan orang perempuan tak pakai tudung. Mesti lelaki-lelaki terutamanya yang bermata keranjang steam tengok dorang. Jadi itu sudah mendorong mereka ke arah tak baik. Lebih mudah buat mereka teringin nak buat maksiat la. Tu yang jadi banyak kes rogol." Dengan panjang lebar fiona berceramah pada Suet.

"Oh, kaum wanita islam perlu pakai tudung sebab tu lah ye. Memang betul tu. Tapi kenapa Ain tak pakai tudung? Dia bukan Islam ke? tanya Suet sambil menuding ke arah Ain kawan sebelah Fiona yang juga beragama Islam.

"Er..." Agak terkelu selepas itu.

Aku masih merangka perojek besar tahun 2010.

4 buah fikiran!!!:

aku tak ada masalah mengaku 'aku orang melaka'


Aku tak ada masalah untuk kata, " gua orang melaka beb!"

Tapi aku agak malu kerana ketika kejadian yang aku nak ceritakan ni.

Masa tu, aku baru daftar masuk kolej yang tertera namanya di belakang aku tu. Biasa la, baru masuk comfirm la ada sesi orientasi. Fasi pula macam singa baru keluar dari kandang.

Sesi orientasi yang aku rasa cam hawau je berlangsung selama 4 hari. Dari isnin sampai la khamis. Nak jadikan cerita petang khamis tu kami di kumpulkan seperti biasa untuk bersiap sedia untuk balik hostel.

Selalunya sesi ni fasi akan ambil peluang untuk membebel ikut suka hati dia, nak cakap apa. Aku tak ada masalah untuk dengar. Dan langsung tak terdetik pun kat hati aku nak dengar apa yang dia cakap.

Tiba-tiba,

"Amir, ada budak mencarut. Dia kata pukimak!" jerit lelana yang salah seorang fasi time tu. Amir pula ketua fasi yang tengah sibuk membebel.

"Siapa yang cakap tu," hangin satu badan si Amir tu.

Lelana pun tunjuk pada salah seorang freshy kat situ."Ni budak yang cakap pukimak kat engkau tadi Amir."

"Kau yang mencarut tadi?" dah tau tanya lagi si Amir ni.

"Saya tuan!" Dengan tegas dan beraninya budak tu bertanggungjawab atas kesalahan bodohnya.

"Kenapa kau mencarut?" tanya Amir.

"Saya budak MELAKA tuan! Orang melaka memang suka mencarut tuan!" jawapan yang aku rasa sengal gila.

Amir pun lepas tu panggil semua budak Melaka, tapi aku tak pergi. Pasal malu gila nak mengaku bila dia kata orang melaka kuat mencarut.

Come on, aku bukan nak bela orang Melaka, dan aku bukan nak kutuk orang Melaka. Pada aku, orang mencarut semua tempat ada. Cuma kaedah carutannya yang berbeza. Mestilah berbeza, dah loghat bahasa pun lain.

Tapi jangan la cakap yang orang melaka ni kuat mencarut. Sungguhpun memang orang melaka ni bahasa dia kasar, tak semestinya mencarut tu mainan lidah orang melaka.

Kalau ada sesiapa orang melaka yang kata orang melaka kuat mencarut, tukar ic. Jangan pakai 04.

Buat malu Negeri Hang Tuah je.

5 buah fikiran!!!:

Ying Yang

Aku bukan nak cerita pasal macam mana orang dalam gambar ni kiss. Tapi aku nak mengentrykan sesuatu yang ada significant dengan warna gambar ni.

Berbuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Aku tak tahu pepatah tu siapa yang buat. Warna gambar ni ada juga sinonim dengan sifat keras dan lembut. Ada teori mengatakan nak lawan kuasa keras kena guna kuasa lembut.

Aku tak tahu benda ni ada sesiapa pernah terasa.

Kadang-kadang kita selalu nak berbuat baik pada semua orang. Tapi dalam menunjukkan baik hati, menjadi satu kebencian pula kepada orang. Senang cakap ada orang sakit hati. Hati, kata Nabi s.a.w seketul daging. Kalau rosak, maka rosaklah seluruhnya.

Ada orang tak pernah kisah pun perasaan orang. Nak cakap, dia cakap. Yang penting hati dia. Terguris hati orang pun tak apa. Sama juga perasaan marah, ada orang tak boleh control perasaan marah. Asyik marah je. Jumpa marah, cakap marah. Every point is marah. Tak fikir perasaan orang.

Macam mana nasib orang yang sering cuba menjaga hati orang sekeliling. Hati sendiri menyirap pun tak apa. Yang penting sabar. Kerana Allah sentiasa dengan orang yang bersabar.

Senyuman di balas masam muka.

Aku tak kisah orang nak marah, nak benci nak cakap apa. Aku rasa tak guna nak marah-marah. Sebab marah tu negatif, baik kita ambil segala yang positif.

Ada satu situasi, ketika perrbincangan. Ada orang melontarkan kata-kata idea dengan penuh sentimen. Sehingga merah muka kerana begitu bersemangat. Malah bila ada orang menentang pendapatnya ia bagai menyiram minyak ke dalam api. Apa yang penting adalah pendapat dia. Bukankah lebih baik melontarkan pendapat dengan senyuman. Dari senyuman nampak sudut yang positif. Malah di dalam sesuatu diskusi yang penting adalah hak bebas bersuara dan demokrasi.

Bagi orang pernah terasa di tekan, dibengangkan hatinya, apa kata ambil perumpaan ini.

"Jadilah seperti pohon yang rimbun, jika dibaling batu, ia jatuhkan pula buah yang ranum."

Kata Dr Fadzilah Kamsah, memaafkan semua orang adalah ubat terbaik untuk sakit hati. Jadi aku rasa positive thinking adalah yang terbaik. Orang nak kata apa, biarlah mereka mengata.

Hati adalah seperti ikan di lautan, walaupun dia hidup dia laut yang masin, namun dagingnya tetap tidak masin. Tapi kalau ikan itu dah mati, di gaul dengan garam dan di masak pasti akan masin rasanya. Begitulah hati, jika mati hati itu maka terdedahlah ia dengan pengaruh luar.

Apa aku mengarut ni.

-: selalulah berzikir ya latiff sebanyak mungkin untuk melembutkan hati yang keras.:-

3 buah fikiran!!!:

7.4 second! lu boleh bikin?

Mengantuk giler.

Aku tak tahu siapa yang ambil gambar aku ni. Pagi ni masa aku nak type posting ni aku memang stone. Rasa macam tak boleh nak buka mata.

Biasanya tiap-tiap pagi aku sampai office mesti aku on pc aku. Pastu aku pergi punch kad. Tapi agak macam haram pucnh kad aku telah diletakkan orang tangan rahsia yang sungguh berniat nak mendajalkan aku.

Aku tak tahu siapa punya kerja.

Lepas punch kad aku pergi buat nescape.

Baru minum seteguk, aku rasa perut ni dah kuar butterfly. Dan aku sentiasa akan berlari-lari ke arah tempat bro fadhir.

"Kau cari apa zul?" tanya mak buyong sedang menanti tarikh due datenya untuk melahirkan baby boy tu.

Dengan rasa merendah diri dan tak tahan untuk pergi kuar kan bond di dalam perut aku pun menjawab," cari paper semalam kak. Paper hari ni comfirm tak naik lagi."

"Kau nak buat apa la dengan paper semalam tu zul?" ditanya lagi sambil mengusap perutnya yang aku rasa memang dah sarat nak beranak.

"Berak!" jawab ku sambil berlari pecut umpama Watson Nyambek. Aku dulu memang berbakat dalam 100m berhalangan. Jadi aku menganggap segala pertanyaan yang di tuju pada aku sebelum aku sampai ke jamban tu adalah halangan seperti di balapan.

Time nak berak kalau lari 100 m, masa terbaik aku ada 7.4 second. Nasib MOAM tak tahu. kalau tak esti aku tengah busy trainning.

:-)Aku lupa nak bagi tahu, gosok gigi pakai ubat gigi yang berextract kayu sugi. Sebab terbukti dapat menghindarkan dari terkena kanser lidah Kalau tak tahu kayu sugi tu ape, pergi tanya nyonya jual sayur kat pasar besar Bukit Beruang . (-:

3 buah fikiran!!!:

Mohd Idwan-really enjoy my holiday with my frenzs. thanks guys.. luv u all..on Sunday


Tajuk entry tu aku copy dari profile facebook penang(mamat yang berbaju putih). Minggu lepas mamat ni lepak KL.

Abe (mamat yang berbelezer hitam dan berkemeja putih) call aku," zul malam ni aku bawa player malaysia main futsal dengan kita."

Aku jawab" abbas ke?"

"Kau tunggu dan lihat je nanti."jawabnya lagi.

On da way ke U-one futsal kat Subang aku tengok macam kenal je mamat kat dalam kereta ang abe naik. "La Penang ke?"

Mangkuk tu cam biasa la terkejut dengan kenaikkan tubuh badan ku ni. Tapi mamat ni still gelap cuma dah ada jerawat. Penang ni antara defend terbaik yang pernah main futsal atau bola dengan aku. Masa main futsal hari tu, nampak dia ada improve dari dulu.

Sebut pasal bola aku teringat kenapa dia boleh kena terminate masa main untuk wakil kolej dulu.

Masa game dengan UTM dulu, aku kena tarik diri pasal injured kat kaki. Abe awal-awal lagi kena reject pasal konspirasi jahat. So, aku and Abe pun pergi la tengok game tu. Nak jadikan cerita masa game tu mamat ni ada buat fumble. Nyaris buat own goal.

"Ish penang ni, nasib tak own goal," kata coach aku.

Lalau aku sampuk," Abang Bad, Penang memang selalu buat own goal. Masa saya main dengan dia pun dia banyak kali buat own goal. Tengok la masa tournement kolej hari tu, kan team saya kalah pasal dia buat own goal."

"Iye ke? tak boleh jadi ni," jawab abang bad.

Besoknya lepas training kat kolej dia balik rumah. Bising-bising." Bodoh la abang bad tu, dia reject nama aku untuk pergi pahang. Kalau nak reject, reject la awal-awal."

Aku dengan abe dah tergelak. Tapi senyap je. Agak lama la aku dan abe simpan rahsia tu. Lepas dia kena reject, dia cuma aktif dalam game fifa manager je.Mungkin dia dah frust jadi player, and nak jadi manager bola pula. Ajak main futsal pun tak nak masa tu.

Lama juga la dia protes tak nak main bola.

Aku rasa abang bad reject nama dia pasal, aku cakap dia selalu buat own goal masa game kat abang bad la masa tu.

4 buah fikiran!!!:

The arrivals

Mungkin ada yang dah tahu tentang kemunculan video-video the arrivals. Tapi tengok kat youtube je kan.

Ok sekarang aku link kan web ni:http://www.bestnya.com/dajjal/

Dengan link ini, clip the arrival boleh di download dengan hanya sekali click je. Lepas ni tak payah la nak susah-susah nak tunggu buffering kat you tube tu lame-lame. Aku tahu perasaan menunggu buffer tu lame-lame. Kalau nasib malang internet buat hal.

Kenapa mesti tengok the arrivals ni?

Clip ni kalau korang nak tahu, kena tengok sendiri. Cuma yang aku boleh cakap clip ni cerita dia lebih menarik dari cerita titanic,2012,tsunami, amergadon dan juga filem-filem seantero dengannya tu. Serius best. Siap ada cinta feeling-feeling sekali. Macam-macam ada dalam clip ni.

Tak banyak clip dia. 50 je. Sikit je kan.

Lepas tengok baru korang tahu apa yang best. Ok aku buka sikit la point clip tu.Tiga benda je, sex, song , sport.

Tu adalah antaranya. Yang lain nak tau tengok sendiri.

3 buah fikiran!!!:

Sedih

Sejak dua menjak ni, aku asyik dengar berita orang meninggal je, ahad lepas sepupu aku punya anak telah pulang ke rahmatullah.

Hari ni pula, nono punya cousin pula yang meninggal.

Al-fatiha buat mereka. Semoga mereka di tempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Abah ada cakap," kalau ahli keluarga atau orang terdekat dengan kita meninggal, masa nak kebumikan jenazah tu buat 7 kepul tanah. Kemudian setiap kepulan itu dibacakan surah al-qadr. Lepas tu di letakkan di sekeliling jenazah tu bila dah di masukkan ke dalam liang lahad."

Aku bertanya," kenapa abah suruh buat macam tu?"

Abah jawab," nanti bila malaikat datang tanya soalan kubur, dan jenazah tu tak dapat jawab kepulan tanah tadi akan melindungi jenazah tu bila malaikat nak pukul."

Sejuknya air-cond kat office ni. Sampai ke tulang sumsum.

3 buah fikiran!!!:

Meniaga Larut Malam

Sampai masuk wad mental budak tu.

Bayangkanlah, kita beli gula dengan harga rm 1 pastu kita jual balik rm 100. Nak tak keuntungan macam tu?

Itu la meniaga larut malam kalau Lu orang nak tau. Gua bukan nak salahkan lu orang buat meniaga larut malam macam tu, tapi please la pilih orang dulu.

Korang peningkan intro aku macam tu.

Ada tak sesiapa yang rasa rimas bagai nak gila bila tetiba kawan lama call ajak jumpa bagai, then bila jumpa tetiba dia promote meniaga larut malam (MLM).

Satu situasi yang biasa buat lelaki terperangkap, bila ada awek cun dengan sengaja mengofferkan diri untuk ajak makan la, atau ajak pergi tengok wayang la,last-last nak propose meniaga larut malam dia. Lagi macam sial. Padan juga la kat lelaki tu cair sangat dengan awek-awek yang macam tu.

Oh dunia tolonglah.

Tak salah kalau nak buat meniaga larut malam, pakai taktik bersih la bro. Ni tak , datang jumpa sembang kencang pastu campak kredit kad lu yang gua rasa nak patahkan je. Pastu tanya soalan yang macam bangang," kau suka duit tak?"

Tak ke buat orang menyirap.

Eh, aku rasa korang yang buat macam ni kasi busuk hadis Nabi s.a.w yang mengatakan 9/10 punca rezeki datang dari perniagaan. Lu orang paham ke tidak riba' tu apa.

Lepas tu tanpa segan silu bila prpopose kat orang govermment then lu selitkan sekali borang loan.

Aku ada member, yang telah di butakan matanya dengan cerita indah kekayaan untung MLM ni. Dah la budak ni sengal dan lurus. Ofcoz la dia tersangkut. Di janjikan pula dengan guide group yang mampu membawa kekayaan pada dia. Konon boleh support cari orang la. Nak jadikan cerita, member aku ni memang tak pandai cakap. Pastu, camne nak present. So group MLM ni pun kononnya cakap boleh carikan orang, janji masuk and dump kan duit.

Korang tau berapa amount die? rm 46k beb!

Kalau rm460 aku tak kisah. Dengan sengalnya kerana jujur percaya pada dorang ni, dia pun buat loan. Untill now selepas hampir setahun, sesen pun tak dapat balik. Janji yang kononnya akan tolong carikan orang ni pun lesap je.

Eh, kalau aku jumpa memang korang cari nahas la. Tau tak apa dah jadi kat member aku ni, tak ada duit nak pergi kerja, pastu masuk wad mental pula tu.

Come la. Group macam ni kasi busuk orang mlm cari makan tau tak. Sebab korang la , masyarakat tak suka MLM. Aku ada ramai kawan-kawan yang cari makan guna MLM tapi dorang tak pakai taktik bodoh ni. Kalau dah janji nak tolong cari, carikan jela. Kalau tau korang punya prospect tu tak boleh buat kerja, jangan la tarik dorang. Kalau nak tarik, train la betul-betul.

Bukan dapat duit lesap je, bodoh!

K, meh aku bagi tau, kalau korang nak join meniaga larut malam ni boleh. Tapi jangan menipu, nanti rezeki tak berkat. Korang plan bebaik business plan tu. Pilih la company yang berpotensi product die.

Ini tak, product takde. Pastu klon product orang. Pastu product tak jual, tapi untung dapat. Tak busuk namanya tu.

Berniaga tu sunnah nabi s.a.w. Tapi jangan korang rosakkan sunnah nabi.s.a.w. Hidup tak lama. Bila-bila boleh mati tau tak! Bertaubat la group meniaga larut malam yang asyik jual liur dengan menipu.

Kalau yang buat dengan betul tu, teruskan. Aku doakan korang punya rezeki bertambah.

4 buah fikiran!!!:

Only if

Masa aku sekolah menengah,
"Teacher, what the poem try to tell us?" tanya ku pada Puan Lee Phaik Chu.

"One you day you'll understand," masa tu aku teacher aku ngok ngek. Bagi je la tau. Apa susah sangat. kalau fail aku time tu, ghembat teacher tu.

TWO roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.


I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.


Hari ni aku faham. Kita akan banyak kali dan entah tak tau berapa kali akan terjumpa situasi macam ni. Setiap keputusan yang kita ambil pasti ada effectya.

Cuma tahap keberkesanan saja yang membezakan.

Aku selalu fikir, aku selalu betul. Tapi jauh dari sudut hati aku berkata, " kalau aku tak buat kan bagus."

Only if?

Aku kemas almari aku. Baru aku perasan my bvlgary dah nak habis...

Ada sesapa nak sponsor tak pefume bvlgary untuk aku?

4 buah fikiran!!!:

Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan

Hari ni dalam sejarah.
Seumur hayat aku tak pernah lepak kat majlis yang sebegini rupa. Sambil di kelilingi pemimpin-pemimpin besar and kecil. Kalau orang lain memang malas. Aku pun sebenarnya agak malas pada mulanya. Cuma aku rasa ia berlaku macam secara tak sengaja.

Yeah, jumpa Sultan, dan aku tercari di mana PM dan TPM, tapi tak jumpa. Tak mahu tahu kenapa mereka tak ada. Dengan berbaju melayu yang sama warna dengan baju rayaku, aku melangkah masuk Pleneri Hall di PICC putrajaya.

Dalam tengah cambest dengar kata-kata aluan dari pengacara majlis, tupppp! pengara tu pengsan. Aku bajet mamat tu cam mati di medan perjuangan. Tapi cuma setakat pengsan.

Satu cebis peristiwa selingan dalam sambutan tu.

Mata aku memandang ke kiri dan ke kanan. Cuma melihat mana tau ada yang menarik di pandang. Awek? kureng, banyak mak orang je.

Sekali terpandang Presiden PAS dan Timbalannya, agaknya dorang ni wakil PM dan TPM kot.

Satu kekaguman yang terpancul di dalam kotak fikiranku, dalam mereka bergaduh perjuangkan idealisme parti, tapi mereka tetap bergabung di bawah Panji Islam. Mereka ketepikan perbalahan parti dan masuk ke dewan sebagai pemimpin islam. Betul kata orang, macam mana warna pun agenda mereka, akhirnya mereka akan bersama di bawah satu bendera iaitu Islam.

Tokoh Maal Hijrah tercanang, aku tak kenal dengan tokoh tempatan, yang aku tahu tu pengerusi Felda.

Tapi Tokoh Maal Hijrah antarabangsa memang aku kenal, idola aku tu. Al-alama Dr Yusof Qardawi. Agak teruja aku dengar nama tu. Nama yang selama ini aku dengar di TV dan terbaca di internet sebagai tokoh ulama dunia akhirnya berada di depan mataku.

Aku hanya sempat merakam gambar tokoh itu. Teringin nak bersalam atau bergambar sekeping dua dengan beliau, tetapi tampak macam susah kerana beliau dikerumuni ramai wartawan.

Ulama besar.

Aku ingat Tokoh ulama besar tu akan cakap dalam bahasa Inggeris dalam ucapannya, jangan mimpi. Bahasa arab juga yang terkeluar dari mulutnya. Boleh lihat betapa beliau tidak langsung memandang bahasa Inggeris, walaupun aku tau yang dia sedar tak ramai yang faham bila dia speaking arab. Dari situ kita nampak yang terserlahnya tokoh manusia bernama yusof ar qardawi.

Beliau sentiasa bangga dengan Bahasa Islam. Aku ingat pesanan beliau,"amalkan gaya hidup islam secara menyeluruh. "

Aku ingat kalau tak ulas pun tak pe pesanan beliau. Sendiri mahu ingat la.

Hari ini hari bersejarah, aku jumpa Dr Yusof ar-Qardawi dan aku bangga beliau dinobatkan sebagai tokoh maal hijrah antarabangsa 1431.

3 buah fikiran!!!:

Maal Hijrah 1431

Tanggal satu muharam 1431,

Seluruh peminat bola sepak malaysia bergembira kerana penantian selama 20 tahun untuk mendapat pingat emas di sukan Sea tercapai.

Game tadi betul-betul bikin aku pecah kepala. Dah la main time maghrib. Mungkin ada hikmah pasal, ramai rakyat malaysia mendoakan supaya Malaysia menang game tadi. Bukan aku nak up sendri player Malaysia, tapi siapa yang tengok game tadi boleh nampak sendiri bila semangat dorang meluap-luap nak menang.

Imej bola sepak Malaysia aku rasa sudah kembali bersih setelah tamatnya game tadi.

Aku anggap satu tindakan bodoh dari jurulatih Vietnam bila dok mengharap keeper dia main tadi. Memang keeper dia dah tak boleh main. Dah injured. Tapi coach vietnam yang punya la sengal dok biar je keeper tu main.

Jangan nak salah kan keeper vietnam la sebab kalah. Dorang boleh salahkan coach yang mangkuk tu.

Semangat player Malaysia memang aku tabik la. Sampai minit last pun dorang still menyerang. Memang nampak Rajagopal dah suntik yang menyerang lebih baik dari bertahan.

Bangga aku Malaysia menang pingat emas sukan sea.

Pengkritik bola sepak malaysia, lu orang boleh tutp mulut.

Peminat team bola sepak malaysia, ayuh kita bangkitkan zaman kegemilangan bola sepak malaysia!

2 buah fikiran!!!:

This story of the..

1985-2004

Satu petang lepak kedai minum nescafe tarik depan MFI,

"Yong, ko kenal tak awek tu? tanya fabb kat aku.

"Mau tak kenal, kawan baik aku tu. Fadzilah."jawabku.

Fabb terpandang kelibat Fadz ketika girl tu tengah beli nasi lemak ayam rempah kat kedai botak. Kebetulan fadz tu memang kawan sekelas aku.

Fab menyatakan pada ku yang dia mahu berkenalan dengan Fadz. Aku pun bagi je no telefon aweks tu pada fabb, kebetulan yang fabb masa tu memang dah solo. Tapi nak dijaikan cerita sebenarnya aku rapat dengan Fadz on that time lebih dari seorang kawan. So aku pun foward no fadz kat fabb untuk digunakan dengan sebijak mungkin

Dua hari lepas tu,

Aku dapat mesej ," Yong turun bawah jap. Fadz nak jumpa la."

Mesej dari Fadz.

Aku turun dengan berkain pelekat dan berbaju pagoda. Bajet macam ada unsur kesufian la. Nampak Fadz tengah duduk sambil tengok TV kat student hall.

"Pehal fadz ko nak jumpa aku?" tanya aku dengan cool sambil layan tv tapi tak tau cerita apa.

"Fabb, dia mesej aku. Aku memang kenal dia, sebab fabb dulu satu sekolah dengan aku. Dia cakap dia dapat no dari kau Yong," kata-kata yang macam leteran dari fadz.

Aku mengangguk saja. Kemudian aku mengisyaratkan supaya Fadz meneruskan cerita.

"Fabb, ajak jumpa. Boleh tak," tanya fadz pada ku.

"La apa plak tak boleh, pergila. Itu pun nak minta permission aku.Member ko juga pun," jawabku .

Aku faham masa tu dia serbe salah. Sebab mungkin masa tu ada monyet sedang bergayut dalam hati dia. Monyet bergayut?

So nak di jadikan cerita malam tu aku pergi makan kat warung botak macam hari-hari biasa aku.Sekali terpandang Fabb dan fadz duduk dalam keadaan yang agak mesra . Fabb panggil aku,"yong meh minum sini."

"Eh takpelah aku minum dengan member aku,"jawab ku.

Aku menjamah nasi lemak yang aku rasa tak berapa best hari tu. Aku fikir, kenapa la aku rasa cam tak best je bila tengok dorang mesra. Padahal aku yang bagi dorang jumpa dan akuyang mengaturkan pertemuan dorang. Ish pelik la perasaan aku ni.

Malam tu, fadz call aku, dia tanya aku satu soalan yang aku rasa baik tak payah tanya. "Yong, fab nak serius dengan aku la. Kau macam mana?"

Soalan tu aku malas nak jawab tapi aku kata," ko ni tu pun ko nak tanya aku. Layan je la. Dia ok la, member baik aku tu."

Jawapan tu simple je bagi aku. Konon macam aku meredhai kisah dorang . Tapi seminggu lepas tu, aku memutuskan hubungan kawan aku dengan Fabb. Fabb tanya aku kenapa, tapi aku tak bagi tau. Cuma aku masa tu cam bodoh je buat benda tu.

Ramai yang terkejut aku buat macam tu. Aku rasa lama juga aku tak bertegur sapa. Aku cuma menerangkan kedudukan sebenar cerita tu pada fadz. Masa tu aku berharap yang fadz akan story benda tu pada fabb. Ui bodohnya aku masa tu. Pasal pompuan boleh putus kawan.

Next raya, aku dah lupa macam mana aku boleh baik dengan fabb, tapi setahu aku dan seingat aku kitorang baik dah masa tu. Dan cerita aku menolak motor dengan fabb di highway pedas linggi macam nak gila mencari kedai otor pun aku dah hampir lupa.

Bukan tak ingat, tapi nak recall balik memory tu agak susah sikit. Tapi aku ada kenangan tu. Rasanya kenangan tu antara penyebab aku baik balik dengan fabb.

16-12-2009

Tarikh hari ni. Cuma aku nak sedekah al-fatiha kat Syed khalid bin Syed Hussein. Semoga rohnya ditempatkan ke dalam jannah.

3 buah fikiran!!!:

Sukan sea bukan cerita sebenar


Tengah lepak dengan zamrie, cerita pasal sukan sea. Memang pagi ni semua orang cerita pasal Malaysia menganyang Loas 3-1 seganyang-ganyangnya dan lagi menganyangkan.

Mungkin ada orang tak apreiate atas kemenangan semalam. Macam si Zamri ni," aku tak kenal langsung siapa players malaysia yang main semalam. Asek focus kat EPL. Kalau sebaut nama players yang main kat EPL lebih dari 1000 orang aku kenal."

Itulah kenyataan melayu mudah lupa dengan pasukan bola Sepak Malaysia.

Tak tolak fakta tu, sebab players Malaysia selalu tukar-tukar. Asal ada game je, nama player lain-lain. Berbaloi betul semalam aku baring dengan bebudak rumah sambil maki-maki players Loas pastu team Malaysia pula menang.

Tengoh syok aku sembang dengan Zamrie@ Preditor X tetiba terdengar macam ada orang kena maki. Salah seorang staff aku di maki oleh pelawat dari kementerian tuuutttt..

Staff aku ni pompuan boleh la dia maki. Kalau dia maki aku, dah lama dah kena tendangan tanpa bayang.

Apa la, datang tempat kepala lu hangin. Rilak la bro..cuba istigfar sikit..

2 buah fikiran!!!:

Laknatullah


Kalau jumpa orang ni apa nak buat dengan dia. Rasa macam nak bakar je badan dia. Berani sungguh si laknat nie mempermainkan agama islam tanpa rasa bersalah.Semakin hari keterbukaan penghinaan makin melampau batasan.

Semakin menonjol-nonjol semangat mereka yang aku panggil bangsat. Memang marah. Inilah syaitan yang bertopengkan manusia.

Mari kutuk dan menyumpah si bangsat ni.Si kafir ni memang nak berperang dengan umat islam. Nampak sangat.

Oi laknat! jangan kau ingat umat islam ini lemah dan cuma mampu berdiam sahaja. Tunggu dan lihat jihad kami mengajar kamu!

Aku benci tengok gambar ini. Tapi aku kena sebarkan juga, pasal nak bagi tau yang dorang ni dah melampau!

2 buah fikiran!!!:

Futsal


Futsal. Game ni dah popular kat Malaysia. Aku tak tau kenapa game ni boleh jadi satu fenomena kat negara aku. Tapi yan penting aku pun telah lama sangkut kat game ni.

Dengan hati malas aku pergi futsal. Malas sebab aku rasa ngantuk giles punya. Tapi abe ajak, aku pun layan je. Semalam aku main futsal kat HTO subang. Aku langsung tak kenal sesape pun. Kira aku turun macam budak yang tak pandai main la. Tapi lepas game 1st, dorang semua terkejut dengan perfomance aku.

Baru dorang tau aku ni keeper legend.

Tapi aku mula rasa lutut aku sakit balik. Masih bole control lagi la. Agaknya lutut ni nak minta di urut kot. Takkan nak jumpa Pak Din tukang urut lagi..

Sejak dari lepas raya aku dah mula aktif main. Pantang di ajak, comfirm jalan. Kalau dulu orang ajak, macam-macam alasan aku bagi. Buakan aku tak nak main, boal sepak beb, aku membesar dengan bola. How come aku boleh tak suke. Ni semua pasal lutut aku. Kalau 2 tahun lepas lutut aku tak sakit mesti aku dah try selection Myteam ke, State selection ke.

Aku ingat sakit lutut aku ni akan mematikan minat aku dengan bola, tapi tuhan tu maha penyayang, sekarang aku boleh main balik. Walaupun tak macam dulu, tapi aku try catch up balik skill-skill lama aku.

Misi aku , nak main bola sampai bila-bila..nak main untuk ag nex year..

Sebut pasal bola, teringat dulu masa lepas SPM aku dengan budak-budak melaka selalu main bola kat dataran sejarah sampai tengah malam. Lawak betul. Fun gila masa tu, kalau nak bariskan semua nama yang terlibat memang tak larat aku nak menulis.

Kalau ada rezeki, teringin betul nak main bola macam dulu dengan budak-budak melaka. Teringat aku kat team 2c, team sekolah, team bola taman perumahan aku.

Paling tak boleh lupa, ponteng tusyen pastu main bola kat padang tokkong. Adui..sekali danny ong cikgu tusyen aku kejar kitorang kejar samapai kat padang. Memang lawak masa tu.

Aku ada satu impian, one day kalau aku masih ada hayat lagi masa tu, nak buat reunion dengan budak melaka bermain futsal. Takde hal gua payong. Janji main. Comfirm mengimbau balik nostalgia main bola masa zaman sekolah dulu.

Nostalgia best 2000..vespa kunci..

0 buah fikiran!!!:

My spy

Setelah aku tak berpuas hati dengan filem storm worrior, aku cuba ubat hati aku dengan filem melayu ni.

My spy, arahan afdlin shauki. Pada aku ok, sebab aku boleh gelak samapai nak pecah perut. Tapi Mari farida dalam filem tu seksi gile bila nampak hampir kesemua buah di dadanya.

Camner, pun cerita ni sejuta kali ganda lagi best dari file storm worrior yang bodoh tu. tapi yang tak bestnya orang malaysia sekarang dah tak minat tengok filem melayu. Walaupun cerita luar tu bodoh dan bangang, tapi still bagai nak gila beratur cari tiket.

Filem Malaysia kalau nak laku cerita maca cerita hantu. Orang melayu memang suka dengan hantu. Asal genre seram panggung penuh. Tapi bila tengok dorang terjerit-jerit macam orang gila and pastu tutup mata. Lagi satu , hantu free kat tanah perkuburan tu tak pula berduyun-duyun orang datang tengok..

Lu pikir la sendiri..

Afdlin, lu memang pandai buat gua gelak!

0 buah fikiran!!!:

Templet Baru


Kenapa aku tukar templet?

Sebab, tahun baru kian menjelma. Dan sebab kenapa aku guna templete ni, sebab sekarang ni iPod sudah menjadi kegilaan ramai. So tak salah aku mengadaptasikan kemajuan iPod di blog aku.

Cerita tahun baru,

Lagi 20 hari kita akan tinggalkan tahun baru. Aku malas nak komen pasal tahun ni punya story . Sebab aku rasa macam cepat sangat. Pejam celik-pejam celik dah hampir setahun. Tapi seriusly, dalam tahun 2009 ni dah banyak perkara yang berlaku.

Kesemuanya berkait rapat dengan tali hayat nyawa aku.

Tapi kalau di tanya," adakah tercapai target tahun ini? Some yes, some no..

1 buah fikiran!!!:

Storm Worrior Tak best langsung


Bodoh giler aku rase pengarah yang buat filem ni. Au ingat Ma wing Sing tu comfirm malu dengan filem ni.

Filem memang tak best langsung. Teramat merugikan kalau layan erita ni. Aku sampai tertido. Starting agak ok la. Tapi penceritaan dia dan ditambah lagi dengan aksi lawan-lawan yang macam iklan shampoo tu lagi membuatkan aku berdengkur.

Bila jadi macam ni aku rasa malas nak tengok cerita cina lagi.

Aku hairan, filem lua sekarang macam dah tak ada kualiti. Masa promo beriya-iya kata filem ni the best in the year la.

Kepala hotak!

Aku rasa filem senario beach boy sejuta lagi baik dari filem ni.

Kalau nak bagi bintang, aku rasa hanya taik bintang je boleh bagi.

Cerita pedang setiawan ni, kalau ikut betul betul karya asal Ma wing Sing ni, aku rasa memang best gila. Aku follow komik ni sejak aku berumur lapan tahun lagi.

Siap kadang-kadang aku berangan nak jadi Penjejak Awan. Tapi filem ni dah ubah seratus peratus. Kalau dorang cerita macam mana penjejak awan dengan penjejak badai tu gaduh. Kalau follow komi sure best.

Aku nak tengok bodyguard assasin. Sebab yang berlakon tu star IP Man. Hopefully cerita tu best la. Teringin betul nak layan cerita yang macam IP MAn.

Sape-sape yang nak tengok Storm Worriors tu, batalkan je niat. Kalau korang pergi juga comfirm tido.




0 buah fikiran!!!:

Ja'pau kawen

Wa..dengan rasa agak terlalu lama aku tak menulis blog sendiri.

Rasa macam dah kekok pula. Kadang-kadang menulis kat blog ni kena ada mood. Kalau mood tak best, tulis pun macam haram.

Hujung minggu yang lalu, aku pergi kenduri Ja'pau.

Kawen juga lu dengan awek lu.

Tapi kenapa lu tak jemput Abang toongggak lu?

Perjalanan ahad penat nak mampuss. Pasal aku pergi macam-macam tempat. Walaupun sibuk, aku turun juga kenduri ja'pau.

Ramai juga member-member yang tak turun, and aku tak perlu nak bariskan nama. Ala, dorang bizi kot.

So, cerita kenduri kawen ja'pau, aku agak terkilan sebab tak dapat karaoke. Mana taknya, asek dj pasang lagu arab je. Takkan aku nak karaoke lagu arab.

Majlis tu dah macam perkampungan arab aku rasa. Mana taknya Ja'pau kan arab. Arab mana aku tak tahu.

Ada sesetengah pendapat, orang menulis blog ini orang bodoh. Cepat melatah. Itu pendapat dorang la, kita tak boleh kacau. Sebab aku teringat, " jadi macam pokok, bila orang baling batu @ kayu, kita jatuhkan buah yang ranum."

Lu pikir la sendiri!

-) gua aku tetap blogging sampai bila gua rasa nak stop. (-

2 buah fikiran!!!: