Lanjutan Diskusi dengan Lynda Peter-1

Between Lynda Rose Peter and You
Mohd Zul Fikri 11 January at 17:26
Linda, comment kat profile ko ni aku paste dekat blog aku. Just untuk sharing dengan blogger yang lain. Thanks for the discussion.
Hopefully u tak tersinggung.

If u want, bila-bila kita boleh discuss tentang ni.banyak lagi aku nak tanya kau ni.

Juz for sharing.

kalau nak tengok blog aku mrfeckry.blogspot.com
Lynda Rose Peter 11 January at 19:18
its ok.. Sy fhm dgn sensiviti org skg ni.. Pd sy, sy x kisah jk dibenarkan atau x pengunaan kalimah trsbt. Jk dilarang its ok, cuz i can pray in other language. 1 je yg tak sdap skg ni, "serangan ke atas gereja". thats all.. Terus terang sy katakan, smsa dlm gereja..smua umat kristian dilarang membalas perbuatan tersebut. Kmi disuruh berdoa shj, & dilarang sama sekali melawan. Pihak gereja x mahu sejarah antara org Melayu dan India berulang. Kmi hnya menurut perintah, jk keputusan mengatakan TIDAK, maka kmi pn akan menurut perintah. Golongan kmi d Malaysia tidak sama dgn d luar negara. Kmi d sini begitu menghormati undang2 Malaysia.. Malah golongan kami jarang membuat huru hara dlm negara jk dibandingkan dgn golongan lain. Jk ada yg kmi x puas hati, kmi tidak pernah merusuh dan memaki2 spt org lain. Kmi jg stiap tahun ada mengadakan sembahyang khas utk Hari Kemerdekaan. Kmi berdoa utk Keamanan negara. Sekian lama sy mendengar ajaran gereja, tidak pernah sy mendengar pengajaran yg memburukkan agama lain. Itu yg membuatkan sy lebih lama dgn ajaran ini.
Mohd Zul Fikri 12 January at 08:35
Morning..Lynda Peter

Isu serangan gereja. Persepsi mengatakan umat Islam di Malaysia bertanggung jawab kerana marah dengan permohonan nama Allah oleh akhbar Katholik "The Herald". Persepsi ini dikuatkan lagi dengan demonstarasi yang diadakan oleh segelintir umat Islam.

Namun, sehingga kini masih menjadi tanda tanya adakah benar serangan ke atas gereja itu di lakukan oleh umat islam.

Sama juga cerita kepala babi di campakan di dalam masjid dan isu pembunuhan muallaf. Masih lagi menjadi tanda tanya.

Jika benar serangan gereja itu di lakukan oleh umat islam, sy mohon maaf bagi pihak umat islam.

Sy puji sifat penganut kristian seperti linda yang mengamalkan ajaran dengan baik. Namun , saya harap linda tidak menganggap keganasan ke atas gereja oleh segelintir umat islam mewakili sifat semua umat islam. Ini lah di katakan nila setitik habis susu sebelanga.

Kerana kami juga tidak menganggap serangan ke atas umat Islam di ambon, thailand, filiphina di mana umat Islam di sembelih itu mewakili ajaran agama kristian. Ini kerana di dalam Islam ada mengajar tentang khusnuzon ( bersangka baik). Kami tidak menganggap serangan itu adalah sifat semulajadi ajaran kristian. Kerana di dalam al-quran ada menyebut tentang ajaran kristian.

Nabi Isa a.s ada berdoa," ya Allah, sesungguhnya jadikan manusia sekeliling sebagai aset untuk aku beriman kepada Mu."

Lynda, saya cuma ingin bertanya. Kami umat Islam di landa persepsi di mana kami di khabarkan bahawasanya bible itu telah di ubahsuai. Ini kerana Injil yang sebenar yang di amalkan Ahli kitab ada menulis tentang kedatangan Muhammad dan Islam. Malah di dalam Injil juga ada menyuruh supaya ahli kitab yang mengamalkan injil yang sebenar mengikut ajaran Nabi Muhammad s.a.w.

Mengapa Bible ada old testament dan new testament.?
Bukankah Umat kristian percaya ajaran Allah, tetapi mengapa ayat Allah di dalam injil yang sebenar di ubah?
Apakah umat kristian tidak yakin dan percaya pada ayat Allah dan menganggap ayat Allah tidak sesuai dengan peredaran zaman?

Umat Islam mengamalkan rukun Iman.

1-percaya pada Allah
2-percaya kepada malaikat
3-percaya kepada Kitab-(zabur, taurat, injil, Al-quran.)
4-percaya pada Nabi dan Rasul
5-percaya kepada hari qiamat
6-qada' dan qadar (ketentuan Allah)

Al-quran tidak dapat di ubah walau satu huruf sekalipun kerana, rukun iman yang pertama. Allah itu tuhan yang tiada tolok banding. Kami percaya penganut kristian juga percaya tentang itu. Di sebabkan itu mana mampu kita sebagai manusia menandingi ayat-ayat Allah.

Secara logiknya, mampukah kita melawan pencipta?

Lynda renunglah ayat ini.
Taa Haa.

[2] Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.

[3] Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah

[4] (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.

[5] Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.

[6] Dialah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.

[7] Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi.

[8] Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik.

Thanks sudi discuss dengan saya. Saya harap linda dapat menjawab beberapa soalan saya tadi. Soalan itu amat penting.

Semoga kita dapat berbincang lagi. Tanyalah apa yang linda ragu tentang Islam dan saya juga mahu bertanya dengan linda tentang ajaran Jesus Crist (Nabi Isa a.s Al-masih).
Reply:
Tujuan aku show diskusi ni hanya untuk berkongsi saja. Hopefully pembaca tidak membuat andaian sebarangan.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

5 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Filem susuk

Band Rimba Bara

Silat Pengantin