Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2010

Jaguh

Budak-budak mendayung perahu, Sambil berdayung sambil bermain; Macam mana bunga tak layu, Embun menitis di tempat lain

Dulu masa gua kerja kat kedai makan, masa tu seingat gua , gua berusia 16 tahun. Nama kedai tu Jiki Food Court di melaka.
Tengah gua menyapu sampah, tetiba customer gua bertumbuk. Dorang bertiga, yang sorang lagi dok sebuk meleraikan.
Melihatkan member2 nya tu memang dah tak boleh tahan nak bertumbuk juga, kawannya seorang lagi tu blah je sambil menjerit," korang nak gaduh-gaduh la. Aku tinggalkan koranng kat sini. Buat malu je, dah la naik dengan aku. Lantak korang nak balik naik apa."
Gua tergelak, dah la menumpang orang , dah tu nak bergaduh. Gua tanya member tu," bang, apesal member abang berlaga macam ayam tu?"
Brother tu pun jawab," pasal pompuan dek. Dua-dua rebut satu pompuan . Macam dalam dunia ni tak ada perempuan lain."
Geleng kepala gua, " pasal perempuan boleh bergaduh.
Gua tak paham kenapa lelaki ni bergaduh sebab pompuan. Tapi …

Body di guna-guna

Last friday, unit gua ada wat majlis gotong royong. Kat bos gua," Zul, lu di haramkan MC. Pasal kitorang nak pakai lu punya body."

"Ceh, boss, lu ingat gua ni chia ke main pakai je body gua ni," gua sound balik.

Friday tu mereka-mereka yang berada di unit gua telah bertungkus lumus di dalam majlis gotong dan royong. Seingat gua gotong royong ni last sekali gua join secara rasmi di zaman sekolah.
Tu pun gua akan ambil port yang paling mudah sekali. Cam lap pen dalam pencil box gua, basuh pemadam papan hitam, susun kapur kat papan ke.

Lu orang tengok, betapa kerja kerasnya mereka demi mengahpuskan kertas-kertas tu. Tapi gua rasa mamat pakai baju hitam kat belakang tu lagi keras tangan dia.
Unit gua kali ni telah mengambil tindakan yang sangat drastik dan kejam kerana mahu membasmi semua kertas- kertas yang ada kat tingkat gua. Lu orang tau je la, nama pun pejabat akauntan negara, agak2 berapa banyak kertas yang gua kena buang?
Ops! gua dan bebudak office gua.

Gua rasa pem…

Protien

Budak ofice gua panggil gua Mr Melaka. Gua senyap je. Pasal belum lagi jadi.

Minggu ni gua selalu bawa benda Allah ni ke ofis gua yang di Jabatan Akauntan Negara Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat dan Agensi di Seksyen Perakaunan Persekutuan aras tiga. Ha, gua bagi alamat penuh lagi tu.

K, gua story sikit pasal benda ni. Bagi people yang suka mengeluarkan air dari badan, maksud gua peluh la. Atau lagi senang orang yang jenis suka bersukan, benda ini sangat mebantu. Sebab, dia bagi energy lebih. Pastu, selain dia bagi energy, dia akan bertindak untuk membakar lemak-lemak yang tepu dan tak tepu dalam badan kita. So siapa nak burn lemak dia, boleh try la.

Gua pakai benda ni pasal gua hari-hari habiskan masa petang gua dekat gym di Kementerian Belia Sukan. Bila gua minum protien ni, gua boleh angkat besi-besi yang berat dia bagi gua tak lah berat sangat.

Cuma 80kg je. Lu orang rasa berat ke?

Mesti lu orang tanya," tak payah diet ke?"

Ok gua bagi tau, nak kurus ke, nak jadi orang su…

heartbreaker

"Kenapa tak jadi, sampai sekarang tak kahwin lagi," nyayian s.m salim.
Lu pernah dengar tak lagu tu? ha gua nak speak sikit kes sweet blood ni. Pasal gua tengok kes-kes macam ni banyak dah yang terjadi kat sekeliling gua.
Gu? pernah juga kot. Tapi gua tak sure. But gua dengan Nono tengah syoknye berluving.
Ada couple tu dah lurving hampir lima tahun. Bila tunang ikat sebulan je. Masalahnya, selama lima tahun dorang couple, tak pula ada pihak yag curang. Ni masa darah tengah manis, musim bertunang, time tu juga diorang nak cari lain, laki nak menggatal, perempuan pula digatali. So apa kes..time cita everything ok, time tunang masing-masing naik tocang.
Lu orang pernah tak jadi macam tu?
Gua kesian la kes macam ni. Kalau gua kena, gua rasa mesti macam nak bertukar menjadi incridible huck!
Dalam kajian Profesior Pakai Pscyology dari Universiti Po-on Dr Buy_ong pernah cakap, kes curang masa tunang ni dah banyak berlaku. Kesan, jangan cakap la. Satu village boleh perang beb. So pikir …

Sex Edu

Panas..panas..seperti goreng pisang panas.

Gua dengar hot chat kat radio era pagi tadi, cerita pasal sex edu nak di buat di sekolah. Maka ramai la yang memberi komen dan pandangan bernas yang syarikat bernas sendiri pun tak tahu nak bagi komen apa.

Kebetulan hari ni gua balik kampung gua. Gua lalu depan rumah makcik nab. Rumah mak cik nab ni memang terkenal sebagai rumah persatuan mengumpat makcik-makcik taman gua. Gua berhenti kat situ. Saja bagi salam, nak bagi tau anak perantau dah balik.

Sambil tu gua mencelah," apa kecoh-kecoh ni makcik, sampai bergoyang tayar keta saya dengar suara mak cik?"

"Ni ha, mak cik dengar kat radio pagi tadi, dorang nak bebudak kat sekolah belajar sex. Mau tak berdesing telinga mak cik dengar dorang cakap macam tu," luahan seorang ibu bergelar mak cik nab.

"Kalau dorang nak ajar juga apa boleh kita buat mak cik," supporting dari gua.

"Eh kamu ni, mak cik geram ni sebenarnya," sambung mak cik nab lagi.

Atas kesangsian gu…

Berlobang-entry lepas geram!

Nampak tak apa dah terjadi pada tayar kereta gua? Sakit hati dan tension bila gua tengok tayar kereta gua jadi macam ni. Ni semua pasal lubang jahanam dekat jalan raya. Pertama kali dalam hidup gua , kereta langgar lubang sampai dua biji pecah.Jalan raya kat tempat gua ni memang terkenal dengan lobang-lobang. Kelmarin gua naik motor langgar lobang. Nyaris gua jadi supermen. Nasib gua punya motor tak berkecai akibat lobang jahanam tu. Semalam member gua drive kereta gua. Gua tidor sebelah.Langgar lobang yang sama. Gila, gua ingat kereta gua dah excident dah. Gua tengok tayar kereta gua sebelah kiri dua-dua kempes.Pagi ni gua pergi tukar tayar. Ceh, kena caj sampai rm590. Gua ingat nak pergi report kat jabatan kerja raya la. Suroh diorang pikir balik, kenapa jalan raya kat Malaysia ni asyik berlubang je memanjang. Menyakitkan hati je.

natural stronggest

Gambar kat atas adalah gambar gua masa kolej, gua nak wat motivet supaya boleh fit macam ni balik.

Semalam gua teringat cerita gua masa present subject islamic ape tah masa gua belaja dulu. Yang gua ingat die punya kod adalah HBU. Gua present pasal Islam Hadhari. Sebab masa tu tengah kecoh gila pasal Islam Hadhari.

Ustaz tanya gua," apa tujuan manusia dicipta berpasang-pasangan di ciptakan?"

Gua jawab," melahirkan zuriat."

Satu kelas gua gelak. Tapi gua cakap," pasal apa gelak? funny ke lahirkan zuriat?"

Sekarang gua dah kerja . Keliling gua ramai pemuda dan pemudi yang separuh tua tak kahwin lagi. Dan yang memelikkan gua dia tak ada aweks or balaks .

Lalu gua buat reserch tentang perkara ini. Ini sebenarnya masalah besar tau. Sebab, umat Islam sekarang telah kurang melahirkan zuriat. Maknanya semakin kurang baka Islam. Lebih menakutkan zuriat orang kafir lahir lebih dari tiga kali ganda lebih ramai dari baka umat Islam.

Lu orang tak percaya? Tanya mana-mana pak…

Pantau terbalik

Poyo siut gua letak gambar ni
Serban. Orang kata tak pakai serban pun tak apa. Janji solat kita tunaikan. Malah ada yang mengatakan pakai serban ni kolot dan nampak old school. Tak sezaman.

Actually, gua teringat tazkirah imam masjid gua jumaat lepas. Serban adalah sunnah nabi. Orang-orang yang membenci pakaian serban seolah-olah membenci sunnah nabi s.a.w. Sudah tidak mahu pakai, malah di kutuk pula. So, pada yang kat luar tu gua ingat ambil tahu sikit la pasal sunnah.

Gua baca paper kat bilik termenung tadi. Topik menarik perhatian gua adalah jemaah tabligh di pantau polis.

Serius gua tahu tabligh adalah pasukan yang di pandang hina masayarakat. Lu orang tak percaya,? K, pernah tak lu orang dengar artis cun couple dengan tabligh? Kalau lu gurl yang perasan cun and hot nak ke ada balak yang pakai serban and jubah memanjang?

Hahah, tapi bila tanya," apakah ciri2 suami yang anda idamkan?"

Lalu awek-awek akan menjawab," pertama mestilah yang beriman. Yang kedua boleh membimbing…

Di henjut hingga merah lagi

Gua bagi tahu awal-awak..kalau gua tak post lebih dari seminggu maknanya gua pergi operate mata gua. Sakit mata gua semakin menjadi-jadi dan terus menjadi. Setelah gua di landa sakit mata di sebelah mata kiri, kini gua telah di serang sakit mata sebelah kanan.
Belum lagi baik, kini bertambah lagi. Ape kejadahnya ini semua?
Operatian gua akan di jalankan oleh seorang doktor yang bernama Dr Love. Beliau bagitau kat gua yang mata gua ni dalam keadaan bahaya. Lalu gua tanpa lengah dan lenggoh bertanya," Dr, cuba Dr terang, apakah bencana yang sedang menimpa ke atas diri saya ini?"
Dr Love menjawab," Lu ar..sudah terkena'nya gigitan'in spider'nya. Itu pasal'nya lu punya mata ooo..sudah ada spiderweb'innya...lain hari'nya..lu punya tangan'inn boleh lekat'nya sama itu dinding'innya..boleh panjat-panjat nanti'innya."
Gua duduk terdiam seribu bahasa.
Lalu gua membuka mulut dan menyusun kata untuk silat lidah bicara," Dr, saya sangat k…

Ikane Solomon

Gua sakit mata. Dapat MC dua hari. Lepas sakit mata, gua demam pula. Kesiankan kat gua. Dah la minggu lepas gua batuk seminggu. "Kau ni lemah la Zul, asek sakit je," kata Abe pada gua.

Lalu gua menjawab," hari ni hari aku, esok lusa kena hari kau baru tahu."

Abe terus terdiam membisu seribu bahasa sambil bagi harddisk yang berisikan cerita 'Solomon Kane'. Pucuk dicita ulam mendatang. Gua memang dah tersangat bosan. Buka tv asyik ulangan konsert AF7 dengan raja lawak. So gua layan Solomon Kane.

Sebelum tengok, gua fikir, apa maknanya kane ni dalam bahasa melayu. Dulu Acik gua pernah cakap kane tu tongkat. Memandangkan dia seorang guru bahasa inggeris di sekolah menengah munshi abdullah batu berendam melaka yang sebelah sekolah tu ada petronas, so gua rasa gua perlu letak kepercayaan pada dia yang kane tu maknanya tongkat.

Lepas tengok cerita tu gua terus cakap, " hawau, kane tu nama orang la. Sebatang tongkat pun tak ada dalam cerita tu."

Meh gua ulas s…

cari si bulu kuntil

Masjid rumah Allah. Nak baik dengan Dia kena la selalu pergi. Biarpun jiwa ni tak kuat iman, cubalah untuk sekurang-kurangnya beriktikaf.

Walawei..ayat gua boleh tahan tak? Ponnnn...Pooonn..bunyi dia.

Lately ni gua rasa jiwa gua kurang tenang sikit. Gua pun tak tau kenapa. Kejap rasa boring, kejap termenung, sampai maggi gua pun boleh jadi kembang. Masih terngiang-ngiang peasanan Ustazah Nuriha," Zul , when you feel bore , its mean somthing wrong in yourself."

Semalam gua cakap kat rumah buat kenduri solat hajatkan untuk along gua supaya dia tak silap beli mafla gua. Serius ramai giler. Gua sampai kene pinjam sejadah mak Cik bedah belakang rumah untuk tampung tetamu yang datang.

Mak Cik Bedah tanya," ramai orang datang rumah ko Zul."

"Ada kenduri sikit mak cik," jawab gua dengan tersipu-sipu.

"Kamu tak ajak pun makcik join sekali solat hajat ni?" tanya makcik bedah lagi.

"La kan mak cik piod hari ni. Saya hantar lauk je la kejap lagi," jawab …

Mafla

Along pergi oversea. Aku cuma pesan beli benda Allah yang mamat ni pakai kat leher. Aku bagi tau nama benda ni mafla. Tapi along cakap bandana.

Sama ke?

Oh tuhan, tolong la beri petunjuk pada along supaya dia tidak salah beli. Malam ni kat rumah aku ada buat kenduri solat hajat supaya along diberi petunjuk untuk tidak salah beli. Di jangkakan hampir 7000 orang akan hadir. Kemah-kemah telah di pasang dan beberapa ekor lembu dan kambing telah di tumbangkan.

Imam yang akan di jemput menjadi kepala kenduri malam ni berkemungkinan besar Haji Yusof Qardawi.

Tadi naik kereta dengar cd ceramah fadzilah kamsah. Dia kata," menurut kajian sains, setiap manusia mampu punyai paling kurang 300 kemahiran."-Subhanlallah!

Prudental xcidental

Keletihan membara bila batuk tak berhenti. Hari ni hampir seminggu batuk gua (masih dalam orientasi menggunakan kata nama ini) tak hilang. Hampir nak tercabut urat perut ni akibat asyik terbatuk-batuk.

Dalam seminggu ni gua asyik terserempak dengan xcident .Semalam, tengah gua bawa kereta sambil menyanyi lagu halimah jongang, tetiba ada tow trac lalu sebelah gua sambil mengangkut kereta yang dah hancur separuh.

Dua second lepas tu, ambulans lalu dengan laju. Peh, sekarang ni memamg musim xcident.

Dulu gua pernah xcident. Xcident motor. Siap boleh tercampak macam Supermen. Masa tu gua kerja kat Jiki food court kat bukit baru. Kerja kat jiki hidup tak serupa orang. Malam berjaga, siang tido. Dah macam GRO.

Member, family pun susah nak jumpa.

Sebelum pergi kerja gua solat dulu, ingat tuhan . Tu pun selepas di kerah oleh abah gua. Gua pun memulakan perjalanan gua untuk ke tempat kerja dengan motor RG Sport abah gua. Gua kalau bawa motor, kepala mem ng tak reti duduk diam. Mesti nak mata ni mel…

Facebook port mengumpat?

Dah dekat empat hari gua sakit dada pastu batuk2. Gua menjadi gerun bila buka Malaysiakini ada berita kat Kubang kerian kes orang muda mati pasal H1N1. Pastu nono bagi tanya gua," ada lagi ke H1N1?"

Seingat gua menteri kesihatan ade bagi warning pasal 2nd wave H1N1.

Meh gua nak story pasal facebook sikit . Memandang gua dah agak lama tak aktif, tapi gua masih lagi tak dapat buang penyakit a day without facebook. Mesti nak usha sikit. Tangan gua masih lagi mengigil dengan dadah facebook ni.

Pehal ah?

Ditambah lagi member2 lama masa sekolah dulu dah mula dapat kesan gua kat fb. Paling gua terkejut my bm teacher puan awanis pun add gua kat fb. FB ni macam jejak kasih pula rasanya. Patutla Tv3 dah tak buat program jejak kasih, dengan fb pun kita boleh sedare mara ke kawan lama yang memang maut lama gile tak jumpa.

Satu gua tak suka fb ni..mengumpat, tapi mengumpat depan-depan. Pasal yang menjadi bahan kena umpat tu anytime boleh tahu diri dia diumpat oleh member-member..tu agak coo…

E-mail pasal MJ

Cerita ni ada kebenarannya, cuba kita imbas kembali peristiwa yang sama
telah berlaku keatas Puteri Diana yang bercinta dengan lelaki muslim.
CIA yang menjadi tali barut Yahudi memang cukup licik dalam hal2 ini.
Mereka sanggup untuk melakukan apa sahaja untuk memburuk dan menghentikan sebarang usaha dakwah, tambahan pula bintang seperti Puteri Diana dan MJ mempunyai jutaan peminat/pengikut diseluruh dunia.Sebab itulah, ada puak dan kumpulan yang dianggap pengganas oleh Amerika
sanggup menggadaikan nyawa mereka untuk memusnahkan rangkaian kepentingan
Amerika/Yahudi. Betapa gobroknya mereka ini, mereka sentiasa menafikan
kebenaran dan Al-Fatihah untuk Mikael.

Konspirasi Kematian Michael Jackson Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak
hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong
gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.

Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal m…

Best 99(hoping story)-2

Taiko..salah seorang member aku..mamat agak giler sikit..

Masa orientasi plajar tingkatan 4. Masa tu lu orang tau la kan, bebudak tengah terejal. Korang tahu tak terejal tu pa?

Cari sendiri.

Biasala, masa orientasi bebudak form 4 di kuarentinkan dari pelajar lain. Cikgu tak bagi kelas lagi. Sebab takut nanti dah bagi kelas, bebudak ni tetiba pula nak tukar masuk sekolah teknik la, MRSM la, henry gurney la..tak ke nyusahkan cikgu nanti.

Part ni time Puan Maya nak present pasal syoknye english language kat bebudak ni. Malangnye bebudak dalam dewan semua dah lagak macam zoo negara.

Buat tak layan je dengan Puan Maya.

Puan Maya cakap," start from today , you have to learn how to speak fluently."

Masa puan Maya cakap, taiko tengah mengorat awek. Biasa la mamat tu menunjukkan handalnya pada aweks yang menggedik.

"Ha you come here!" tetiba Puan Maya panggil taiko. May be time tu dia antara yang paling obvios bising.

"Alamak cikgu ni panggil pula," taiko memang tak ada ma…

Cancer

Tak ingat bila..tapi gua(aku dah m acam terbiasa pakai kata ganti nama ni) pernah tanya kat anak aji semail," sakit ke ko pergi treatment kat alferd tu?"

Anak aji semail pun cakap," tak nak cakap sebenarnya, tapi dah ditanya terpaksalah jawab. Sakit sampai tak terkata."

Gua terkedu. Budak ni buat gua diam seketika.

Anak aji semail pergi alferd tak bagi tau gua. Gua bukan apa, cuma nak pesan kat dier belikan aku baju sejuk kat sana. Dengar cerita baju sejuk kat sana best. Belum pakai dah tak sejuk. Tu yang gua mengidam tu.

Risau pula gua dengan anak aji semail ni. Takut pula kalau apa-apa jadi dengan dia. Korang mesti tetanya-tanya dia sakit ape.

Sakit yang bahaya. Serius bahaya.

Aku doakan anak aji semail ni balik dan sembuh. Satu pesanan untuk dia, udara kat Malaysia ni walaupun tak sejuk tapi sedap di hirup. Jadi gua tunggu lu balik dan gua doa lu selamat dalam pembedahan kali ni.

Gua tau lu orang kuat..kan lu ni degil..

Nanti kalau dah balik sini, aku ingat nak bawa d…