Body di guna-guna


Last friday, unit gua ada wat majlis gotong royong. Kat bos gua," Zul, lu di haramkan MC. Pasal kitorang nak pakai lu punya body."

"Ceh, boss, lu ingat gua ni chia ke main pakai je body gua ni," gua sound balik.

Friday tu mereka-mereka yang berada di unit gua telah bertungkus lumus di dalam majlis gotong dan royong. Seingat gua gotong royong ni last sekali gua join secara rasmi di zaman sekolah.

Tu pun gua akan ambil port yang paling mudah sekali. Cam lap pen dalam pencil box gua, basuh pemadam papan hitam, susun kapur kat papan ke.

Lu orang tengok, betapa kerja kerasnya mereka demi mengahpuskan kertas-kertas tu. Tapi gua rasa mamat pakai baju hitam kat belakang tu lagi keras tangan dia.

Unit gua kali ni telah mengambil tindakan yang sangat drastik dan kejam kerana mahu membasmi semua kertas- kertas yang ada kat tingkat gua. Lu orang tau je la, nama pun pejabat akauntan negara, agak2 berapa banyak kertas yang gua kena buang?

Ops! gua dan bebudak office gua.

Gua rasa pemandangan dalam gamabr ni macam baru lepas perang. Gila penat nak menyiat kertas-kertas ni. Walaupun kami di bantu oleh mesin penyiat, tapi kalau dah berjuta yang nak di siat memang mampos le jawabnye.

Gambar ni hanya menunjukkan satu per sepuluh dari kertas yang gua dan staff gua kena hapuskan.

Masa gua dapat gambar ni, gua tak pikir apa-apa. Tapi lepas gua tengok punya tengok, gua rasa macam ada seni la kat gambar ni. Lu orang boleh bagi tau tak apa seninya gambar mereka berdua ni.
Tapi gua nasihatkan jangan la tengok dengan gay way.

Seruisly, hari tu memang penat. Tapi yang bestnya, semua orang hepy buat kerja. Tak kira apa pun pangkat dorang, semua buat kerja yang sama. Semua berpeluh kat bawah ketiak. Gua jamin memang semua macam tu la. Bukan gua cek, tapi gua ada perasan jua.

Nasib baik gua pakai baju kaler hitam, tak la nampak ketiak gua basah.

Serius enjoy. Enjoy menghuru harakan ofis. So gua upload sikit gambar kat entry ni supaya lu rang nampak gua ni sangat rajin bergotong dan beroyong.

Cuma yang memening kan gua ni, macam mana nak kencing bos gua , untuk gua tak pergi kursus.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

18 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Band Rimba Bara

Silat Pengantin