Jaguh


Budak-budak mendayung perahu,
Sambil berdayung sambil bermain;
Macam mana bunga tak layu,
Embun menitis di tempat lain

Dulu masa gua kerja kat kedai makan, masa tu seingat gua , gua berusia 16 tahun. Nama kedai tu Jiki Food Court di melaka.

Tengah gua menyapu sampah, tetiba customer gua bertumbuk. Dorang bertiga, yang sorang lagi dok sebuk meleraikan.

Melihatkan member2 nya tu memang dah tak boleh tahan nak bertumbuk juga, kawannya seorang lagi tu blah je sambil menjerit," korang nak gaduh-gaduh la. Aku tinggalkan koranng kat sini. Buat malu je, dah la naik dengan aku. Lantak korang nak balik naik apa."

Gua tergelak, dah la menumpang orang , dah tu nak bergaduh. Gua tanya member tu," bang, apesal member abang berlaga macam ayam tu?"

Brother tu pun jawab," pasal pompuan dek. Dua-dua rebut satu pompuan . Macam dalam dunia ni tak ada perempuan lain."

Geleng kepala gua, " pasal perempuan boleh bergaduh.

Gua tak paham kenapa lelaki ni bergaduh sebab pompuan. Tapi selepas gua tengok filem TROY lakonan brad pit, baru gua tau erti kenapa laki boleh bergaduh sebab perempuan.

Masih teringat gua sepotong hadis nabi s.a.w," lelaki akan lemah mengejar tiga perkara; tahkta , harta, dan wanita.

Nasihat gua pada laki yang suka berpencak silat pasal wanita, tak salah kalau jika wanita itu isterimu, namun itu bukan suruhan Islam. Berbincang adalah jalan yang terbaik. Pandulah perbingcangan mengikut ajaran Al-Quran.

Bukan ini sebab kita untuk menumpahkan darah, kerana jihad fisabilillah lebih menuntut untuk kita berperang menegakkan nama Allah. Kalau benar lu orang hero dan tak sabar nak bunuh orang, gua ajak lu orang kita sama-sama pergi palestine. Kat sana sedara kita dah ramai syahid .

Lu orang rasa , orang kat palestin tu ada masa ke nak gaduh pasal perempuan? sori la.

Perempuan palestin mahukan anak sekarang ni. Sebab mereka nak lahirkan para perjuang fisabilillah. Para lelaki sibuk berjuang untuk Agama Allah.

Tapi sayang, masih ada lagi di Malaysia lelaki bergaduh kerana pertahan ," dia awek aku."
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

21 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Filem susuk

Band Rimba Bara

Silat Pengantin