Protien


Budak ofice gua panggil gua Mr Melaka. Gua senyap je. Pasal belum lagi jadi.

Minggu ni gua selalu bawa benda Allah ni ke ofis gua yang di Jabatan Akauntan Negara Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat dan Agensi di Seksyen Perakaunan Persekutuan aras tiga. Ha, gua bagi alamat penuh lagi tu.

K, gua story sikit pasal benda ni. Bagi people yang suka mengeluarkan air dari badan, maksud gua peluh la. Atau lagi senang orang yang jenis suka bersukan, benda ini sangat mebantu. Sebab, dia bagi energy lebih. Pastu, selain dia bagi energy, dia akan bertindak untuk membakar lemak-lemak yang tepu dan tak tepu dalam badan kita. So siapa nak burn lemak dia, boleh try la.

Gua pakai benda ni pasal gua hari-hari habiskan masa petang gua dekat gym di Kementerian Belia Sukan. Bila gua minum protien ni, gua boleh angkat besi-besi yang berat dia bagi gua tak lah berat sangat.

Cuma 80kg je. Lu orang rasa berat ke?

Mesti lu orang tanya," tak payah diet ke?"

Ok gua bagi tau, nak kurus ke, nak jadi orang sukan ke lu orang kena diet. Melainkan kalau lu orang nak jadi pemalas.

Kaedah diet ni lu orang kena tengok betul-betul, pasal dalam dunia ni ada 1001 jenis cara nak diet. Tapi yang penting bersesuaian dengan lu orang punya exercise.

"Apa? macam mana gua diet sekarang?" maybe lu orang tanya macam tu.

Ok gua suka 4 element.

  • nasi
  • gula
  • minyak
  • garam
4 benda ni kalau lu orang boleh tak makan dalam 3 bulan, comfirm dapat bentuk badan yang lu orang mau. Tapi buat slow-slow. Jangan paksa badan. Kalau tak nanti pengsan.

Apa? tak boleh kalau tak makan nasi? Look, dalam dunia ni bukan nasi saja yang bagi kabohidrat wahai kawan-kawan. Roti, kentang, ubi, mee semua tu kabohidrat. Cuma jangan makan nasi sahaja.

Gua buat peringkat-peringkat, sekarang dah masuk minggu kedua. Iaitu gua dah lepas tak makan nasi dengan hidup tanpa gula. Tapi serius, sangat susah. Gua tak akan buat semua ni kalau gua tak dengar mesej dari sazali samad jaguh bina badan negara yang dia sekarang ni tengah cari pelapis.

Gua tak saran lu orang ambil protien macam gua, pasal gua main besi. Lu orang kalau tak main besi jangan nak memandai beli benda ni. Mahal tau.

Cukup la diet dan sukan cam biasa. Nanti lu orang dapat bentuk badan macam mana lu orang nak.

Semalam kat ofis, member gua baca paper. Tetiba dia membaca tajuk paper itu dengan kuat dan berbunyi," 60% rakyat malaysia gemuk!"

Lalu dia di baling dengan sebiji stepler ke arah kepalanya dan ia tak tahu dari arah mana.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

20 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Band Rimba Bara

Silat Pengantin