Sex Edu


Panas..panas..seperti goreng pisang panas.

Gua dengar hot chat kat radio era pagi tadi, cerita pasal sex edu nak di buat di sekolah. Maka ramai la yang memberi komen dan pandangan bernas yang syarikat bernas sendiri pun tak tahu nak bagi komen apa.

Kebetulan hari ni gua balik kampung gua. Gua lalu depan rumah makcik nab. Rumah mak cik nab ni memang terkenal sebagai rumah persatuan mengumpat makcik-makcik taman gua. Gua berhenti kat situ. Saja bagi salam, nak bagi tau anak perantau dah balik.

Sambil tu gua mencelah," apa kecoh-kecoh ni makcik, sampai bergoyang tayar keta saya dengar suara mak cik?"

"Ni ha, mak cik dengar kat radio pagi tadi, dorang nak bebudak kat sekolah belajar sex. Mau tak berdesing telinga mak cik dengar dorang cakap macam tu," luahan seorang ibu bergelar mak cik nab.

"Kalau dorang nak ajar juga apa boleh kita buat mak cik," supporting dari gua.

"Eh kamu ni, mak cik geram ni sebenarnya," sambung mak cik nab lagi.

Atas kesangsian gua bertanya lagi," kenapa geram makcik? cuba bawa bertenang."

"Mane ke tidaknya, kalau dari dulu dia ajau kan benda tu semua boleh le makcik dapat anak sepuluh. Ini tidak, dapat tujuh je mak cik ni," keterangan lanjut yang membuatkan gua belah sambil mengucapkan salam ke arah mak cik nab sambil mengenyet mata sebelah kanan gua.

Gua belah sambil mengerling ke arah rumah mak cik nab, "peh berlambak tin ali cafe power root kat rumah mak cik nab."

-gua tak sokong sex edu, sebab nanti member gua yang kerja kat jabatan agama islam kena selalu buat over time-
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

14 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Band Rimba Bara

Oh mat Ganja

Takbir raya