Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2010

Akasia-Bapa gua masih kuat

Kebizian..

Dua tiga hari yang agak bizi. Gua balik melaka. Pasal my father masuk wad. Sakit ape ek..gua luper la ape nama dia. Aritu kakak sulung gua ada bagitau nama sakit tu dalam bahasa sains.

Ah biarkan..

Gua agak terkejut bapa gua masuk hospital. Sebab pada gua dia adalah manusia terkuat di muka bumi ni. Sampai sekarang gua rasa gua tak boleh challenge kekuatan dia.

Bapa gua memang kuat dari segi fizikal dan mental. Lu orang bayangkan walaupun usia hampir 70an, tapi masih mampu mengerjakan kebun sawit yang sebesar padang bola sepak dengan seorang diri. Sedangkan rakan seusianya kebanyakan dah terlantar di atas katil menunggu Izrafil.

Tapi bapa gua masih kuat.

Gua tanya bapa gua," macam mana abah boleh kena sesak nafas?"

Bapa gua jawab," abah balik kampung repair atap zink kat rumah kampung. Sebab ari tu melayang kena angin."

Namun bapa gua masih kuat kerana kerja yang sepatutnya perlu diuruskan dua tiga orang muda mampu diselesaikan oleh dia yang sudah tua.

Acik gua a…

Kawan dan Book

Kawan..friend...dan book...

Apa gua mengarut? Gua layan kepala gua. Gua teringat istilah kawan. Lalu gua cuba mencari kamus dewan dan gua definasikan sendiri.

Berkawan umpama kita membaca sebuah buku yang tebal amat. Dalam buku tu banyak gile story. Setiap helaian ada isi dan cerita tersendiri. Jika kita rasa isi di helaian tu best sangat kita akan ingat, kadang-kadang sampai kita selit duit rm 50 untuk di jadikan bookmark.

Tapi kalau tak best, kita selak umpama kita tak baca. Tapi tetap kita selak helaian itu. Itulah kawan.

Dalam hidup, lu akan ada kawan masa kecil. Sama seperti lu baru buka buku. Lu baru baca pendahuluan. Baru baca dia punya prakata. Makin kita banyak selak, seperti kita semakin banyak mengenal kawan.

Betul tak, lu akan ingat kawan lu yang best. Sama macam buku, lu akan ingat isi cerita dalam helaian yang best.

Apa jadi pada kawan yang tak best? adakah lu orang akan setakat salam dan say," hai" je?

Kawan lama, macam mana ceritanya pula?

Meh, gua tell da kronolog…

Succed is easier than to fail

agak-agak kucing ni tengah buat apa?

Kenapa kita mesti tegur orang? Kuburkan lain-lain...

Lu orang biasa tak dengar ayat macam tu? atau lu orang sendiri pernah terfikir ayat tu. Gua selalu dengar, terfikir dan kadang-kadang keluar dari mulut gua. Tapi, akhirnya gua sedar gua tersilap.

Benar, gua bukan Prof, Ustaz, Ulama' atau cendikiawan. So layakkah gua menegur kawan, orang tua, keluarga gua, orang ramai, budak2, dan rakan blogger?

Kubur lain-lain kan..

Sebab kubur lain-lain la gua kena tegur. Dalam kubur kita di soal 5 soalan. Antaranya hak ikhwan muslimin. Sebab gua nak jaga kubur gua la, gua kena tegur menegur.

Ada satu teguran untuk mereka yang keluarkan ayat ini," bukan senang nak senang...susah nak senang..senang nak susah.."

Lu orang biasa dengar? Gua pun dulu cakap macam tu.

Tapi baru gua sedar, itu cakap orang tak beriman. Yes gua tak layak cerita pasal iman. Sebab gua bukan Ustaz. Namun gua harap lu orang bagi gua chance nak story kenapa gua cakap orang yang keluarkan…

Game

Ada tak sesiapa yang gila main game? Karektor Law ni adalah dari Game Tekken yang sekarang ni dah sampai version 6. Gua memang minat gile karektor ni pasal gua rasa dalam game ni karektor ni memang wujud dalam dunia sebenar.
Ok, lu orang kenal Bruce Lee? Gua tak tau la kalau awek2 tu tau ke tak. Tapi gua rasa brother-brother mesti ramai kenal mamat yang bernama Bruce Lee.
Karektor Law dalam Tekken ni di adaptasikan dari karektor sebenar bruce lee. Serius memang sjibik.
Lu orang cuba tengok kat sekeliling, mesti ramai bebudak atau adik2 lu orang yang ketagihan dengan game. So gua nak bagi sikit pendapat gua dekat pasal game.
Gua memang gamers, dah banyak game gua main, tak kira kat PC atau pun PSP. Tapi gua macam baru perasan, sebenarnya minda gua telah di kawal oleh game. Game sebenarnya penjajahan minda yang paling genius . Boleh gua katakan sebagai seekor nyamuk yang menghisap darah manusia.
Gua bagi contoh, gua ada masukkan game terbaru di PSP gua. Game tu memang ader grafic yang best…

Life begin 40?

Gua selalu fikir, macam mana life gua masa gua berumur 40 tahun?
Tadi gua dengar satu ceramah kat cd. Dia kata life begin 40. Pastu gua dengar dia bagi info sikit. Ni untuk pempuan la.
Perempuan akan mencapai tahap kecantikan yang paling maksimum bila dorang umur 40 tahun. Selagi tak tercapai umur tu dia belum boleh di kira cun melecun la. Patut la gua tengok Nasha Aziz makin lama makin cun.
Tapi perempuan paling manis bila time dorang mengandung. Lu orang tak percaya, kalau tak percaya lu pergi tengok ibu-ibu mengandung. Kan manis dorang tu. Bagi yang perempuan, lu orang kenalah selalu mengandung supaya nampak sentiasa manis.
Lelaki pula, dorang capai kematangan pada umur 40. Contoh yang gua dengar tadi, Muhammad bin Abdullah s.a.w. Baginda di angkat menjadi Rasulullah ketika usia 40 an. Ada significant tu. Allah buat sesuatu pasti ada sebab.
So, siapakah gua ketika umur 40 nanti? Gua harap lu orang doa baik-baik untuk gua. Gambar kat atas tu, lu orang jangan pula dibuat propaganda pula.…

Lama sangat

tau tak mana ada jual t-shirt ni?

Semalam gua pergi jusco balakong. Gua ingat nak pi karaoke, tapi gua dan member gua batalkan saja bila harga agak menggelabah di green box. So, ape lagi nak buat, kitorang makan saja di Johny.
Gua bukan nak promote makanan kat johny dan tidak terniat langsung. Cuma yang gua tertarik watsons yang kat depan johny. Menarik tengok laki follow pompuan membelek barang-barang kat situ. Pompuan tu, belek pastu letak. Dan perkara tu berulang-ulang sehingga keluar tanpa beli apa-apa barang pun.
Gua senyum dan cakap benda tu kat member gua, Abe.
"Zul aku pun selalu kena camtu dengan awek aku." terang Abe.
"Paling aku menyirap, time die belek. Aku ingat dah ok dah nak ambil barang tu, tapi die letak balik. Kau tau apa rasa bila awek aku letak balik setelah hampir 24 jam membelek?" tanya Abe pada gua.
"Apa kau rasa," balas gua.
Abe pun jawab dengan reaksi mukanya sekali," aku rase macam nak pecah je hati aku. Apa dia tak fikir ke betapa…

Batik

Bebatik-batik ke hulu, berbatik-batik ke hilir.

Semalam di gym, gua selamba pakai baju batik. Gua memang suka mengagungkan elemen melayu dalam jiwa gua. Lu orang rasa kena ke tak kena gua pakai macam ni kat gym?

Lu orang punya jawapan akan gua nilai untuk masa hadapan. Kalau lu orang kutuk , gua tetap akan pakai . Takkan gua nak panggil genster simbah cat pula.



Instruktor gua semalam tengok gua semacam tapi bukan in the gay way la . Gua pun tanya, "napa wak padang saya macam tu. Ada instinct apa-apa ke wak?"
"Dah lama aku jaga gym ni, tak pernah pula aku nampak orang main gym pakai baju macam ko ni," kekeliruan di kepala wak.
Gua pun jawab," hari ni kan hari khamis. Hari orang gomen kena pakai baju batik. So saya pun mematuhi pekelililng la yang mengarahkan supaya pakai baju batik."
Gua rasa tak salah pakai, dari pakai baju cap pagoda baik gua pakai baju batik ni. Lagi pun gua rasa cam best je. Nampak macam nelayan sedang berlatih angkat berat. Gua selalu piki…

Menentang reality

ehsan dari along

Pernah dengar tak tenaga luar biasa. Lu orang mesti pernah perasan kan, bile lu orang kena kejar babi hutan, tetiba je lu orang boleh terpanjat tiang letrik? Ha tu la dia tenaga luar biasa. Tenaga tu di panggil menentang realiti. Tenaga luar biasa tu boleh keluar juga time lu orang mengamuk bile kereta kena langgar, laki lu orang kena kebas, awek kena usah dengan orang lain, dan macam-macam yang lu orang boleh pikir lagi.Tetapi boleh ke lu orang control. Tak ramai yang punyai kebolehan untuk control tenaga menentang realiti tu. Kebanyakan yang berjaya control adalah manusia yang bergela wanita.Gua ada satu story.Satu hari seorang ibu dengan keadaan penat gila, yang kalau lu orang tengok pun memang kesian. Peluh masih memercik lagi kat dahi. Masuk rumah dengan hembusan nafas yang bagaikan baru lepas larian amal KLCC. Sampai di rumah dia melabuhkan punggungnya ke tempat duduk.Niat di hati teringin nak rehat, dan pulihkan tenaga buat seketika akibat dah memerah keringat …

Mr. Fitness

Gelaran Mr. Fitness Gym rakyat sudah di canang.
Semalam, seperti biasa gua dengan rutin gua. Bila tepat pukul 4.30, gua akan berlari dari meja gua dan terus punch kad tepat-tepat. Sebab dulu cikgu gua pernah cakap masa itu emas.
Macam hari-hari lain , gua akan terus memecut kereta gua ke Gym rakyat di Kementerian Belia Sukan. Sampai di kaunter gym, gua punya intructor tanya gua," Zul , ko isi borang ini."
Gua pun baca kuat borang tu," Pertandingan Mr. Fitness."
Dengan pantas gua meletakkan borang tu kembali. Seolah-olah menidakkan keinginan untuk join tournement tu.
Intructor yang gua panggil wak tu pun tanya," napa? ko tak nak masuk ke? Masuk je la. Cari pengalaman".
"Wak tak mau la, nanti tak kahwin plak," jawab gua.
"Aik apasal pula tak kawen," tanya wak lagi.
Gua pun beri keterangan," wak, wak rasa kalau awek saya tunjuk gambar saya masa pertandingan tu kat mak bapa dia, agak-agak mak bapa dia boleh terima ke bakal menantu dia pakai…

Macam apek

Lu orang pernah tak , time bawa kereta, kereta depan lu slow gile. Bila lu nak potong je, dia ngade-ngade ke tengah sikit.

Pastu bila lu nak potong dia macam menggelabah.

Gua baru kena tadi. Benda ni bukan sekali. Tapi berkali beb. Bila gua potong jer kereta-kereta yang berperangai begitu, gua usha la driver dia. Dengan muka gua yang gua cuba buat seketat mungkin.

Comfirm pompuan. Lalu gua pun berkata," patut la, pompuan yang bawa."

Awek gua pun setuju. Lalu dia sudah bertekad untuk menjadi driver yang sehandal Alex young supaya dia tidak diperkatakan macam tu.


Realeti beb, gua banyak kali kena. Paling gua lemah time pompuan nak masuk atau keluar parking. Giler slow. Lebih-lebih lagi bab parking side. Comfirm dorang fel la. Benda ni kalau cakap kat pompuan dorang comfirm melenting.

Gua sarankan kerajaan Malaysia tarik balik la lesen wanita-wanita begini. Mengganggu lalu lintas di Malaysia.

hahah, gua gurau je. Bukan semua pompuan macam tu. Gua tau ade yang xpert cam Jane Abdullah w…

Besar gile

Tadi gua lepak dekat hailam kopitiam. Gua order air orange jus tanpa gula. Memang best. Gua usha sana dan sini.

Gua nampak cop halal hailam kopitiam tu. Ceh, logo halal yang telah di haramkan Jakim. Nasib gua order orang jus. Dah comfirm halal. Gua pelik, kalau jakim dah terang2 katakan haram kenapa mereka tak tarik lesen kedai-kedai yang pakai cop halal palsu.

Dalam hati gua kata," kalau haram gua minum ni , lu orang tanggung la.

"Malam ni, piala FA siapa menang," tanya gua pada pelayan hailam kopitiam.

Dengan sleng bangla pelayan tu jawab," mann..uu.."

Pergaduhan Tuhan dan Manusia

Semalam gua dan Nono layan story poster kat atas ni. Samapi tersengguk-sengguk kepala gua tengok. Tapi gua ingat tak ingat juga storyline film ni.
Meh gua komen sikit.
1st, f**K kat director filem ni. Satu penghinaan bagi kat umat Islam. Berjaya pula tu. May be orang lain ingat cerita hanya dogengan je. Tapi gua dah loya tengok cerita yang kononnya dongengan tapi hakikatnya hina Islam. Pelik betul gua FINAS tak kaji ke, atau dorang tak alert dengan dakyah yahudi laknatullah ni? Boleh lepas tengok kat Malaysia. Filem Muallaf arahan arwah Yasmin ahmad dorang ban pula.
Kenapa gua kata film ni hina Islam? Watak Perseus dalam filem tu sebiji menggambarkan karektor Nabi Isa a.s. Cara dia lahir, dan cara kehiduapan baginda. Pastu dia betul-betul menggambarkan Tuhan Zeus tu seolah-olah karektor Allah. Tu yang buat gua hangin ni dengan director tu.
Terpulangkan kat orang lain nak terima filem tu macam mana. Tapi gua tengok cerita tu dan komen mengikut pemerhatian gua.
Lu orang terfikir tak, dulu …

Blogger pengecut?

Gua tanya lu orang, tapi jawab betul2 tau.
Kenapa lu orang bloging? Pernah ada orang cakap dekat telinga gua, Blogger ni sebenarnya hidup dalam dunia mereka sendiri. Berangan sorang-sorang pastu tulis entry. Tak ada kawan untuk berbual secara face 2 face, tiada keberanian menyatakan sesuatu secara terbuka dan syok sendiri.
Lu orang rasa macam mana? Ada betul ka? Lain orang lain pendapat. Kalau tanya gua, kenapa gua tulis blog? Tentunya jawapan gua, gua suka menulis. Menulis sambil sharing. Sebab mulut kita ni kadang-kadang tebatas untuk bercakap.
Cuma gua tak berapa setuju dengan blogger yang private kan blognya. Baik dia tulis kat diary, pastu simpan dalam bantal. Jangan bagi orang baca. Gua rasa rugi la jalau private. Berani tulis berani tanggung. Jangan jadi pengecut.
Gua teringat satu ceramah yang gua pernah dengar," nak jadi orang yang cemerlang perlu ada diary dan menulis diary. Tak kira , apa yang dia buat, dia nak buat atau angan-angan. Kerana melalui kajian dan survey yang …

Gua lem-PUNK baru tau

Lu orang suka punk tak? Lu orang pernah join tak?

Gua nak tanya sikit pada lu orang. Nanti bila lu orang dah tua, mata lu orang boleh terima tak tengok anak-anak lu orang jadi begini?

Nape lu orang diam?

Ok, masa gua sekolah dulu, era punk memang tengah hot. Kengkawan gua pun ada join juga. Gua citer pasal punk ni bukan gua tolak tepi, hip-hop, skinhead dan yang segolong dengannya. Gua tak follow dorang. Tapi ada juga seluar Wu-Tank kat almari gua.

Gejala ni mulanya suka pada lagu. Lama-lama terikut dengan karektor icon punk tu. Lebih gua rasa nak tergelak pecah perut, ada juga bebudak yang mengagungkan knowledge yang dorang dok hafal hari2 pasal punk tu. Padahal bapa dia suruh hafal Al-Fatiha pun dorang tak buat.

Lu orang fikir macam mana?

Gua tanya lagi sekali, lu orang pernah terjebak tak? Lu orang sendiri saja tahu. Gua cuma nak sarankan, kalau lu orang pernah join, atau pernah tahu, kita bagi tau kat anak-anak bangsa kita sekarang ni supaya meludah kepada gejala haram ni.

Kita bagi tau …

April-harapan langit terus cerah

Woi sekarang dah April la!
Bulan ni bula April. Gua harap bulan April ni gua sihat wa'alfiat. Bulan mac lepas, gua rasa paling tak best langsung dengan tahap kesihatan gua.
Lu orang bayangkan la, minggu pertama mac gua demam dan batuk2. Minggu kedua dan ketiga gua sakit mata. Pastu minggu ke empat gua demam balik. Gua bukan tak tahan semua tu. Tapi ianya mengganggu prestasi kecergasan gua.
Tapi sakit-sakit pun gua pergi gym pula.
Gua mula rasa nak serius balik dengan gym ni pasal gua tengok nama member gua usop menang Mr Selangor tahun 2009. Gila, mamat tu dulu gua yang train.
Gua ingat lagi, dia datang kat gua minta ajar main besi kat Top Gym Pandan Indah. Masa tu badan dia macam apek senario je. Gua suruh angkat besi 30 , 40 kg pun dia tak larat. Tak sangka bila gua dah stop 2 tahun ni, dia still carry on train. Sampai jadi champ Mr Selangor!
Memang membakar semangat gua. So gua sedang sangat serius main gym sekarang. Pemakanan pun gua jaga bagai nak gila. Sekarang dah hampir sebul…

al-fatiha buat Mior Ahmad Fuad Mior Badri

al-fatiha buat Mior Ahmad Fuad Mior Badri
Hari ni gua comfirm ramai yang sedih di atas pemergian pengiat seni tanah air ini. Gua harap lu orang cool dan sabar. Cuma kita doakan supaya arwah di letakkan bersama orang-orang yang beriman.
Gua dapat info tentang bacaan talkin. Arahan dari info ni dia suruh letak nama sendiri . Gua try ganti nama gua kat bacaan talkin tu, kira macam talkin diri sendiri la. Tapi serius gua cakap, jari gua tetiba je sejuk dan kaku. Tak boleh nak tekan butang2 kat papan kunci.
Kalau lu orang boleh, cubalah. Sesungguhnya lu orang memang lebih dahsyat dari gua.
Mungkin ramai yang tak tahu bacaan talkin ni apa. Susah beb, kalau kat dunia tak tau, macam mana lu orang nak jawab bila masuk kubur. Apa lu orang ingat ada open book test ke?
Sorry, Mungkar dan Nakir ade la.

Pada tok-tok imam memang la tahu talkin ni. Tapi, adakah gua, lu orang, kaki clubbing, bonzer club, tarik kereta, kongsi gelap, awek-awek yang sedang menggedik, dan semua umat islam ingat talkin ni?
Ok …

1-April

Senjata Umat Islam

Assalamualaikumwbh.
Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama.
Setiap kali menjelang 1 April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat'.Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol.
Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.
Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penip…