Akasia-Bapa gua masih kuat

Kebizian..

Dua tiga hari yang agak bizi. Gua balik melaka. Pasal my father masuk wad. Sakit ape ek..gua luper la ape nama dia. Aritu kakak sulung gua ada bagitau nama sakit tu dalam bahasa sains.

Ah biarkan..

Gua agak terkejut bapa gua masuk hospital. Sebab pada gua dia adalah manusia terkuat di muka bumi ni. Sampai sekarang gua rasa gua tak boleh challenge kekuatan dia.

Bapa gua memang kuat dari segi fizikal dan mental. Lu orang bayangkan walaupun usia hampir 70an, tapi masih mampu mengerjakan kebun sawit yang sebesar padang bola sepak dengan seorang diri. Sedangkan rakan seusianya kebanyakan dah terlantar di atas katil menunggu Izrafil.

Tapi bapa gua masih kuat.

Gua tanya bapa gua," macam mana abah boleh kena sesak nafas?"

Bapa gua jawab," abah balik kampung repair atap zink kat rumah kampung. Sebab ari tu melayang kena angin."

Namun bapa gua masih kuat kerana kerja yang sepatutnya perlu diuruskan dua tiga orang muda mampu diselesaikan oleh dia yang sudah tua.

Acik gua ada bagi tahu hari tu," abah dengan abang shidi hari tu pasang kawat kat rumah aku, abang shidi kata abah terduduk kejap, pastu bangun sambung buat kerja."

Bapa gua masih kuat. Kalau gua, gua dah stop. Masa gua tulis ni, gua terbayang dan sedang dalam sebak teringat kenangan gua dan bapa gua memetik kelapa sawit bersama. Dan masih terngiang-ngiang kata abah," kalau abah dah tak ada siapa la yang nak jaga kebun ni."

-Gua tringat posting ni-kerja di kg sg pulai. click highlight ni.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

28 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Band Rimba Bara

Silat Pengantin