al-fatiha buat Mior Ahmad Fuad Mior Badri

al-fatiha buat Mior Ahmad Fuad Mior Badri

Hari ni gua comfirm ramai yang sedih di atas pemergian pengiat seni tanah air ini. Gua harap lu orang cool dan sabar. Cuma kita doakan supaya arwah di letakkan bersama orang-orang yang beriman.

Gua dapat info tentang bacaan talkin. Arahan dari info ni dia suruh letak nama sendiri . Gua try ganti nama gua kat bacaan talkin tu, kira macam talkin diri sendiri la. Tapi serius gua cakap, jari gua tetiba je sejuk dan kaku. Tak boleh nak tekan butang2 kat papan kunci.

Kalau lu orang boleh, cubalah. Sesungguhnya lu orang memang lebih dahsyat dari gua.

Mungkin ramai yang tak tahu bacaan talkin ni apa. Susah beb, kalau kat dunia tak tau, macam mana lu orang nak jawab bila masuk kubur. Apa lu orang ingat ada open book test ke?

Sorry, Mungkar dan Nakir ade la.

Pada tok-tok imam memang la tahu talkin ni. Tapi, adakah gua, lu orang, kaki clubbing, bonzer club, tarik kereta, kongsi gelap, awek-awek yang sedang menggedik, dan semua umat islam ingat talkin ni?

Ok , gua pun tak berapa ingat so gua letak talkin kat entry ni. Gua harap lu orang sudi baca dan simpan dalam hati. Posting ni bukan untuk di permainkan, cuma untuk iktibar kita semua.

Bismillahhirrahmannirrahim.( cuba tukar dengan nama lu orang )

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat AllahTaala..

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawabersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah kamu berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

*Mereka berkata:

~Siapakah Tuhan kamu?
~Siapakah Nabi kamu?
~Apakah Agama kamu?
~Apakah kiblat kamu?
~Siapakah saudara kamu?
~Apakah pegangan iktikad kamu?
~Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?*

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

~Allah Taala Tuhanku,
~Muhammad nabiku,
~Islam agamaku,~kitab suci Al-Quran ikutanku,
~Baitullah itu kiblatku,
~malahan solah limawaktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
~Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,~bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu.

Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan
penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin. Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"

Firman Allah swt,
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran."

Surah Al-A'sr
Dari Abdullah bin 'AmrR.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupunpun satu ayat.

-gua bukan nak tukar genre blog ni jadi religon blog, tapi sekurang-kurangnya biarla blog gua ni ada sedikit ilmu untuk kita konsi bersama.-
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

12 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Band Rimba Bara

Silat Pengantin