Batik



Bebatik-batik ke hulu, berbatik-batik ke hilir.

Semalam di gym, gua selamba pakai baju batik. Gua memang suka mengagungkan elemen melayu dalam jiwa gua. Lu orang rasa kena ke tak kena gua pakai macam ni kat gym?

Lu orang punya jawapan akan gua nilai untuk masa hadapan. Kalau lu orang kutuk , gua tetap akan pakai . Takkan gua nak panggil genster simbah cat pula.



Instruktor gua semalam tengok gua semacam tapi bukan in the gay way la . Gua pun tanya, "napa wak padang saya macam tu. Ada instinct apa-apa ke wak?"

"Dah lama aku jaga gym ni, tak pernah pula aku nampak orang main gym pakai baju macam ko ni," kekeliruan di kepala wak.

Gua pun jawab," hari ni kan hari khamis. Hari orang gomen kena pakai baju batik. So saya pun mematuhi pekelililng la yang mengarahkan supaya pakai baju batik."

Gua rasa tak salah pakai, dari pakai baju cap pagoda baik gua pakai baju batik ni. Lagi pun gua rasa cam best je. Nampak macam nelayan sedang berlatih angkat berat. Gua selalu pikir, barang orang melayu ni kalau kita tak pakai siapa lagi nak pakai.

Contohnya bahasa melayu dalam handphone, lu orang ingat ada ke bangsa lain nak guna bahasa melayu sebagai bahasa rasmi handphone dorang? P. Ramlee pernah cakap, bahasa melambangkan bangsa.

Lu pikir la sendiri...

-gambar gua di gym kementerian belia sukan-
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

30 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Band Rimba Bara

Silat Pengantin