Blogger pengecut?


Gua tanya lu orang, tapi jawab betul2 tau.

Kenapa lu orang bloging? Pernah ada orang cakap dekat telinga gua, Blogger ni sebenarnya hidup dalam dunia mereka sendiri. Berangan sorang-sorang pastu tulis entry. Tak ada kawan untuk berbual secara face 2 face, tiada keberanian menyatakan sesuatu secara terbuka dan syok sendiri.

Lu orang rasa macam mana? Ada betul ka?
Lain orang lain pendapat. Kalau tanya gua, kenapa gua tulis blog? Tentunya jawapan gua, gua suka menulis. Menulis sambil sharing. Sebab mulut kita ni kadang-kadang tebatas untuk bercakap.

Cuma gua tak berapa setuju dengan blogger yang private kan blognya. Baik dia tulis kat diary, pastu simpan dalam bantal. Jangan bagi orang baca. Gua rasa rugi la jalau private. Berani tulis berani tanggung. Jangan jadi pengecut.

Gua teringat satu ceramah yang gua pernah dengar," nak jadi orang yang cemerlang perlu ada diary dan menulis diary. Tak kira , apa yang dia buat, dia nak buat atau angan-angan. Kerana melalui kajian dan survey yang telah di buat, hanya 3% orang cemerlang tu tak ada diary."

Blog tu diary ke?

Tapi gua masih terngiang-ngiang orang cakap kat lubang telinga gua ," blogger tu semua bodoh! sebab tulis mengikut perasaan."

Lantak la, iqra' adalah wahyu pertama yang turun. Sudah cukup membuktikan yang menulis dan membaca adalah suruhan Allah.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

27 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Band Rimba Bara

Silat Pengantin