Game




Ada tak sesiapa yang gila main game? Karektor Law ni adalah dari Game Tekken yang sekarang ni dah sampai version 6. Gua memang minat gile karektor ni pasal gua rasa dalam game ni karektor ni memang wujud dalam dunia sebenar.

Ok, lu orang kenal Bruce Lee? Gua tak tau la kalau awek2 tu tau ke tak. Tapi gua rasa brother-brother mesti ramai kenal mamat yang bernama Bruce Lee.

Karektor Law dalam Tekken ni di adaptasikan dari karektor sebenar bruce lee. Serius memang sjibik.

Lu orang cuba tengok kat sekeliling, mesti ramai bebudak atau adik2 lu orang yang ketagihan dengan game. So gua nak bagi sikit pendapat gua dekat pasal game.

Gua memang gamers, dah banyak game gua main, tak kira kat PC atau pun PSP. Tapi gua macam baru perasan, sebenarnya minda gua telah di kawal oleh game. Game sebenarnya penjajahan minda yang paling genius . Boleh gua katakan sebagai seekor nyamuk yang menghisap darah manusia.

Gua bagi contoh, gua ada masukkan game terbaru di PSP gua. Game tu memang ader grafic yang best, tapi buat gua rasa ter agak-agak nak main , jalan cerita game tu berkisarkan perang kristian dan orang Islam. Dalam game tu pula hero yang gua kena pakai adalah hero kristian.

Kalau lu orang , apa lu orang fikir.

Mungkin ada mulut yang berkata, ala setakat game. Apa la sangat.....KAN?

Tapi, impaknya sebenarnya besar. Lu orang bayangkan adik lu pakai baju ada gambar salib. Marah tak. Bila tanya, dorang akan jawab sebab minat dengan karektor tu.

Sama macam game Tekken yang gua main. Tak ada langsung hero Islam, so kat situ dia dah jajah minda gua yang kata Islam memang tak ada hero.

Datuk Panglima Hang Tuah tu bukan hero Islam ke?

Untuk pengetahuan Lu orang, Bruce Lee yang dunia luar angkat dia sebagai lagenda Martial Art tu, pernah kalah dengan Datuk Meor Abdul Rahman pengasas Silat Pusaka Gayong. So siapa lagi hebat?

Sikit jer, kongsi pasal game. Harap lu orang tak gelong bila baca ni entry.

-Kalau gua ada anak perempuan nanti, gua nak dia belajar silat. Sebab gurl kalau bersilat memang cool
.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

24 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Band Rimba Bara

Silat Pengantin