Kawan dan Book

Kawan..friend...dan book...

Apa gua mengarut? Gua layan kepala gua. Gua teringat istilah kawan. Lalu gua cuba mencari kamus dewan dan gua definasikan sendiri.

Berkawan umpama kita membaca sebuah buku yang tebal amat. Dalam buku tu banyak gile story. Setiap helaian ada isi dan cerita tersendiri. Jika kita rasa isi di helaian tu best sangat kita akan ingat, kadang-kadang sampai kita selit duit rm 50 untuk di jadikan bookmark.

Tapi kalau tak best, kita selak umpama kita tak baca. Tapi tetap kita selak helaian itu. Itulah kawan.

Dalam hidup, lu akan ada kawan masa kecil. Sama seperti lu baru buka buku. Lu baru baca pendahuluan. Baru baca dia punya prakata. Makin kita banyak selak, seperti kita semakin banyak mengenal kawan.

Betul tak, lu akan ingat kawan lu yang best. Sama macam buku, lu akan ingat isi cerita dalam helaian yang best.

Apa jadi pada kawan yang tak best? adakah lu orang akan setakat salam dan say," hai" je?

Kawan lama, macam mana ceritanya pula?

Meh, gua tell da kronology melalui definisi buku. Kawan lama umpama muka surat yang awal dalam buku. Disebabkan terlalu banyak lagi yang mahu di baca dalam buku itu, jadi muka surat yang awal itu kita tak selak. Ya kita akan selak, tapi setelah habis kita baca semua buku.

Gua teringat masa form 4.

Cikgu gua cakap, "kita kawan kena pilih yang baik. Supaya kita boleh didorongi kebaikan dia. Saidina ali pernah cakap, jika kita berkawan dengan tukang besi kita akan terpalit serpihan besi tu."

Lalu gua bangun," cikgu, kalau semua kawan dengan orang baik , siapa nak kawan budak jahat, siapa yang nak nasihatkan budak jahat supaya jadi baik?"

Apa pendapat lu orang? gua percaya lu orang ada kawan yang perangai tak baik dan may be pada pandangan masyarakat mereka tu jahat.

Tapi kenapa lu orang masih lagi berkawan dengan mereka?

Kita ada ramai kawan dan geng, kalau boleh kita nak buat reunion. Tapi mesti ada yang tak datang kan? Baik la, gua perasan satu cara yang buat lu or gua dan yang lain-lain boleh himpunkan kawan-kawan untuk reunion.

Kalau ada salah seorang kawan lu mati, pasti semua yang kenal kawan lu akan datang menziarah untuk penghormatan terakhir. Masa tu semua kawan-kawan lu yang lama dan tak pernah jumpa pun lu boleh nampak.

Percaya tak? percaya la, sebab mati tu urusan Allah.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

24 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Band Rimba Bara

Silat Pengantin