Succed is easier than to fail

agak-agak kucing ni tengah buat apa?

Kenapa kita mesti tegur orang? Kuburkan lain-lain...

Lu orang biasa tak dengar ayat macam tu? atau lu orang sendiri pernah terfikir ayat tu. Gua selalu dengar, terfikir dan kadang-kadang keluar dari mulut gua. Tapi, akhirnya gua sedar gua tersilap.

Benar, gua bukan Prof, Ustaz, Ulama' atau cendikiawan. So layakkah gua menegur kawan, orang tua, keluarga gua, orang ramai, budak2, dan rakan blogger?

Kubur lain-lain kan..

Sebab kubur lain-lain la gua kena tegur. Dalam kubur kita di soal 5 soalan. Antaranya hak ikhwan muslimin. Sebab gua nak jaga kubur gua la, gua kena tegur menegur.

Ada satu teguran untuk mereka yang keluarkan ayat ini," bukan senang nak senang...susah nak senang..senang nak susah.."

Lu orang biasa dengar? Gua pun dulu cakap macam tu.

Tapi baru gua sedar, itu cakap orang tak beriman. Yes gua tak layak cerita pasal iman. Sebab gua bukan Ustaz. Namun gua harap lu orang bagi gua chance nak story kenapa gua cakap orang yang keluarkan ayat tu adalah orang yang tak beriman.

Allah dah cakap, manusia adalah sebaik-baik jadian. Tapi kenapa kita menidakkan? Bersangka buruk dengan Allah ke?

Succed is easier than to fail, but how?

Caranya juga mudah, doa minta diberi petunjuk untuk usaha, dan masa nak usaha minta suapaya di beri kudrat oleh Allah, pastu lu orang usaha. Lepas usaha tawakal pada Allah. Sebab Allah mampu memberi apa sahaja. Dengan kun fa yaa kun sahaja.

See mudah kan? tak mudah lagi? may be setan dah ikat tangan kita supaya tak mampu untuk berdoa.

Doa kan senjata orang beriman. Kenapa malas nak doa. Gua tulis bukan untuk tegur lu orang, tapi untuk gua juga. Pasal gua tahu gua pun macam tu. Kadang-kadang gua tak yakin doa gua. Gua dah silap kat situ.

Yakin dengan doa. Pasti senang untuk senang.

Gua nak share satu hadith nabi s.a.w," berkerjalah kamu seolah kamu akan hidup seribu tahun, beribadah la kamu seolah kamu akan mati esok."

Renung-renungkanlah..

-gua bukan nak tukar blog ni jadi blog agama, cuma gua selit sikit pasal ikhwan muslimin.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

18 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Band Rimba Bara

Silat Pengantin