Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2010

Lantai Merah-4

Di suatu petang yang damai. Angin bertiup bersepoi-sepoi bahasa. Andai ada Angelina Jolie sambil memakai skirt labuh, pasti akan beterbangan skirnya itu.

Petang itu, sebagai student sangat aktif beriadah, bola sepak sudah di jadikan agenda rutin. Setiap petang itulah agenda utama. Aku pergi padang membawa motor kawan sebilik ku atau dalam bahasa inggeris di panggil toiletmate.

Di padang aksi kelincahanku, memang tidak dapat diragu. Skill ronaldo menjadi mainan di kakiku sehigga membuat rakan-rakan sepadang dengan ku menyirap sebab tak dapat bola.

Selesai main bola.

"Karl, nak tumpang kau balik hostel boleh?" tanya rakanku yang di panggil kekal.

"Boleh, apa salahnya, saing kena la tolong saing," jawab ku.

Baru saja aku nak gerakkan motor aku, ada lagi yang menahan.

"Karl, tumpang kau la," Mamat pun nak tumpang sekali.

Aku menjawab," weh tiga orang la ni. Kalau kena tahan macam mana?"

"Ala, jangan la lalu tempat ada polis. Kau ikut short cut je,"…

Berryl's the coklat factory

Dah lama tak dapat cuti tiga hari. Rasa macam best gila. Semalam hari jumaat. Gua bukan nak story pasal apa tajuk khutbah hari tu.

Lu orang pernah makan tak coklat Beryl's?

Ha, kalau pernah gua nak bagi tau gua pergi jamuan kat kilang coklat tu. Gua tak perasan yang gua pernah makan ke tak. Sebab sebelum ni gua main makan je coklat. Tak pula gua belek ape namanya.

Lebih-lebih lagi kalau coklat yang dibelikan oleh orang.

Beratur sambil menadah coklat

Seyes, coklat ni memang sedap. Sedapnya....ya Allah..tuhan saja yang tahu. Patut la ramai gila yang datang jamuan tu. Gua datang pukul 11. Masa tu kilang tu dah crowded gila. Biasa la, makan free. Mesti ramai datang.

Mula-mula gua beratur nak ambil coklat, pastu nono cakap kat gua, ramai yang potong q. Gua rasa agak tercabar.

ramai tak manusia di sana?

Mana taknya, gua ni memang pro bab potong memotong q. Dengan selamba gua potong q dan hasilnya, nak dekat segayung gua dapat coklat. Kalau gua tak buat lencongan memotong q, gua rasa memang lama…

Gua buat blog bola

www.espert11.blogspot.com

Lu orang masuk kat blog ni. Sempena piala dunia nak dekat gua berminat nak cerita pasal bola. Gua malas nak campurkan dalam blog pribadi gua ni. Nanti nampak serabut. So gua ambil inisiatif buat satu blog baru.

Gua tau gurl tak minat sangat. Termasuk awek gua. Tapi nanti kalau gua ingat gua akan post sikit macam cara awek2 atau isteri pemain bola masak untuk suami dia.

So yang mana rasa dirinya tu kaum hawa, boleh la belajar-belajar.

Pada yang tahu, gua main game Expert 11 iaitu football management game, gua akan story sikit pasal game tu. Pastu gua akan cuba relate dengan dunia bola sebenar. Game ni syok bagi mereka-mereka yang pernag main fifa manager ke, football manager ke, dan championship manager.

Pasal World Cup pula, gua akan focus lebih pada dua team yang paling gua minat. England dan Argentina.

Untuk kelab pula, semestinya gua akan story pasal Man. united.

Malas nak story panjang. Lu orang usha je la nanti ek.

Sharing info-kalimah Allah di Burger

Menjelang 1430H/2009 iaitu sejak tahun 2006/2007/2008/2009/2010, kalimah Allah telah muncul boleh dikatakan disegenap pelusuk dunia. Ini sudah tentu suatu ‘alamat’ dari Allah Yang Maha Kuasa kepada manusia akan kebangkitan Islam akhir zaman.
Tetapi amat sedikit manusia yang memahami akan alamat dari Allah SWT ini.Terbaru, kalimah Allah tertera pada daging burger selepas digoreng oleh seorang kanak-kanak. Kalimah Allah itu amat jelas kelihatan pada masa mula di masak tetapi huruf aliff hilang selepas semalaman di simpan dan yang jelas kelihatan hanyalah “Lillah”..Subhanallah Allah SWT berfirman:Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu. (Fussilat 41: 53)-info dari syazwanwi.com-

Lantai Merah-3

Pagi-pagi aku dah bangun. Ye la niat nak masuk kelas awal sikit. Dapat la prepare sikit.Lepas mandi aku kejut si Mae."Ui Mae, bangun la.Hang takdak kelas ka?"ai berbunyi pun tak budak ni.

Lepas aku siap-siap aku pun pakai la kasut. Tetiba aku rasa semacam je seluar ni. Alamak, potong betul la..bila pula seluar ni koyak? Tanpa buang masa dengan sepantas kilat aku pergi tukar.

Tapi mana ada seluar lagi,semua aku dah hantar dobi . Ah..masak betul la."Wei Mae! Hang bangun sat,"aku kejut gak mamat ni sampai bangun.

"Apa dia hang ni,aku dok baik punya tidoq hang kacau aku pasai pa?"ala angin pula mamat ni.

"Wei, pinjam sat seluar hang,aku takdak seluaq nih." Puas la aku rayu kat mamat ni. Akhirnya dapat la juga.

Tengok jam dah 8.30 dah ni.Kelas 9.15. Sempat ni. Aku pun pecut pergi kolej. Fuh!Nasib la aku sempat sampai. Dan hari itu aku dapat teruskan proses pembelajaran aku dengan selamat. Tapi aku hairan sikit, apahal orang asyik senyum kat a…

Gua da ready-World Cup 2010

Piala Dunia 16 hari lagi.

Gua dah ready untuk world cup 2010. Musim ni gua sokong England dan juga Argentina. Selama ni gua penyokong tegar Brazil. Tapi, tahun ni gua dengan rasa senang hati untuk tak menyokong pasukan kelahiran Pele tu.

Sebagai bukti gua sokong England dan Argentina, gua dah melayangkan duit gua untuk membeli jersey ni. (senang gile nak buktikan dah jadi peminat).

Gua komen sikit pasal jersey ni. Jersey England adalah yang paling cun sekali. Lain dari yang lain. Kain dia pun lain dari jersey negara lain. Warna putihnya akan membuatkan badan yang memakai nampak tough dan macho.

Jersey Aregintina pula masih berasaskan corak lama, namun kombinasi colournya masih menawan di atas padang. Warna yang serasi dengan rumput padang biasanya warna yang terang. Jadi penyokong akan suka tengok pasukan tu bermain walaupun hanya di kaca TV.

Tambah lagi, Argentina ni bakal menurunkan pemain-pemain bertaraf bintang.

Baru-baru ni gua install game world cup 2010 kat PSP gua, tak sangka team M…

Thug of War

Clip ni gua baru bikin. Gua malas nak upload banyak-banyak gambar masa Karnival kejohanan Sukan Masjid-Masjid ni. Pasal banyak sangat. So kalau lu orang tak bizi dan ada masa terluang lu orang cuba la tekan button play. Clip ni adalah rakaman perlawanan akhir Thug of War anjuran Karnival Sukan Masjid-masjid Daerah Petang Negeri Selangor.



Buat pertama kali gua join sukan yang di anjurkan oleh masjid. Weekend yang lepas gua telah di panggil oleh kelab Jerung untuk bersama turut serta pertandingan tarik tali. Pertandingan ini merupakan salah satu acara dalam Karnival Sukan Masjid-Masjid daerah Petaling Negeri Selangor.

Team gua telah mewakili masjid Bukit Bandar Puchong. Dengan berkat ketabahan dan kudrat dari Allah s.w.t team gua telah menjuarai acara tarik tali itu.

Ok lu orang mesti tak berapa minat ataupun faham tentang sukan ni. Meh gua Story sikit. Tarik tali ataupun Thug of War sebenarnya sangat terkenal di lu ar Negara. Namun di negara kita sukan ini telah di anak tirikan sehigga cu…

Sampai bila mahu bizi

Sibuk..

Lu orang suka tak sibuk. Ok kalau bagi orang yang sedang putus cinta, sibuk itu akan menjadi pilihan utama untuk mereka merawat jiwa yang sedang kebengongan.

Akan tetapi, ha...bagi mereka yang sedang hangat bercinta sibuk akan menjadi penghalang segalanya.

Sejak dua bulan kebelakangan ni, gua sibuk dengan aktiviti sukan, latihan kat gym , futsal, pastu sekarang ni sibuk dengan Thug of War. Malah trainning gua pun jadi terlalu padat. Kalau bulan lepas gua akan trainning petang , sekarang waktu lunch gua kat gym then petang gua akan ke PERSADA untuk trainning tarik tali.

Kalau kena pada hari futsal, malam tu agenda gua akan betambah pula kepada futsal.

Minggu lepas, gua sibuk dengan Mr Fitness, then minggu ni gua habiskan masa dengan tarik tali dan juga Futsal.

Serius, gua rasa macam terlalu sibuk, nasib kat office sekarang tak banyak kerja. Cuma ada sesuatu yang gua sangat kesal.

Gua dah kurang sangat masa dengan nono, yes memang kurang. Gua rindu time2 gua selalu berkepit dengan dia.…

Miss a thing

Ini clip gua tengah train silat untuk persembahan di Institut Perakaunan Negara. Gua baru terjumpa clip ni. Kalau lu orang sempat dan ade masa terluang, cuba la layan. Clip ni masa kitorang tengah reasal(betul ke gua eja).

Gua rindu betul time ni. Dah lama betul gua tinggal silat. Gua harap silat tak akan mati dalam jiwa gua. Gua orang melaka. Pada gua orang melaka mesti pandai silat Pasal kita dari negeri hang tuah. Takkan Melayu hilang di dunia, Takkan silat hilang di Melaka.

Gua imbas balik pasal persembahan ni.

Masa tu cik solmi selaku fasilitator gua cakap, tak pernah pun ada ahli kursus yang buat persembahan silat. Tetiba gua dapat ilham nak buat.

Gua main ajak je sesiapa yang pandai bersilat untuk buat persembahan dengan gua. Kelakarnya masa tu gua siap buat audition lagi tuh. Ada juga gua reject. Pasal, ada yang saja yang nak memandai.

Lastly gua dapat juga geng yang betul2 boleh bagi komitmen dan boleh bersilat. Gua tahu kitorang bukan dari silat yang sama, so gua gabungkan semu…

Separuh hilang

Pernah dengar tak perkataan pewai?

Semalam , gua rasa gua telah menzalimi tubuh badan gua. Gua biarkan dia di gasak-gasak dengan penuh rakus. Gua biar saja dengan tanpa belas kasihan. Malah gua dengan sengaja menambahkan lagi kerakusan menggasak tubuh badan gua.

Gua tahu badan gua dah penat. Dah tak larat, namun gua terus lagi menggasak. Sehinggakan kadang-kadang gua seakan terdengar bunyi teriakan di seluruh urat badan gua.

Pagi tadi gua dapat mesej dari badan gua, bahagian pergelengan tangan gua seolah tidak dapat befungsi dengan sempurna. Malah badan gua terasa terlebih panas.

Agak mengarut cerita gua ni. Sebenarnya gua rasa penat. Semalam gua trainning tarik tali, dan gua tak dapat keluarkan kekuatan yang maxsimum. Mula- mula gua rasa pelik, kenapa aku boleh tak larat ni?"

Mungkin sebab gua dah terlalu teruk trainning.

Minggu ni jadual trainning gua, pukul 12.30-2.00 gua dekat gym. Pastu pukul 6.00 petang sampai 7.30 gua train tarik tali.

Gua cuma makan pagi saja. Tengah hari gua ak…

Hari Belia- Mr Fitness 2010

Liputan Mr Fitness 2010 sempena hari belia.

Sebelum Pendaftaran gua pose sikit
Wan member gua tak puas hati lengan dia kecik

Gua sedang tenangkan fikiran

Geng2 Gym Rakyat KBS yang masuk Mr Fitness

Disiplin bench press, 150 KG

Gua sedang setting tangan gua

Punya la berat Besi-besi ni


Disiplin 2.4 km

Penat! rekod gua 14 minit


Timbalan Menteri Belia dan Sukan tengah test power buat bench press

Ok, gua tak menang, Dato Razali ni cuma bagi gua sijil penghargaan je.

Ni bukan kitorang nak tayang bumper saper lagi cun, ni tengah setting bar.


Breifing lepas setel semua disiplin

Ni semua peserta yang masuk Mr Fitness, actually ade lagi, tapi ramai dah balik.( cabut)

Ini adalah antara pemenang, yang tengah tu Champ. Lu orang tak payah cari gambar gua.

Gua tewas dalam Mr Fitness ni, tapi gua puas hati sebab ni pengalaman pertama gua join event macam ni. Lepas ni gua akan join lagi untuk tebus balik kekalahan gua. Gua rasa cukup kot setahun persediaan untuk tahun depan punya Mr Fitness.
Serius Hari Belia ni mem…

Kisah gua di hari Belia-Rentap Futsal

Weekeand lepas, gua penuhi life gua dengan dua acara hari belia. Mr Fitness dan juga rentap futsal kosmo. Gua rasa macam penat gila. Meh gua post pasal rentap kosmo dulu. Team gua bernama Zizou. Dalam tournement tu baru ada 4 team yang daftar nama sama macam team gua.

Cuma diorang tambah lain selepas zizou.

Gua punya game untuk rentap futsal kosmo tu start pukul 12 tengah malam. Lu orang bayangkan betapa ngantuk gua masa tu. Gua sampai sempat terlelap kat tepi court futsal. Dah macam rumah sendiri gua buat.
Ni gambar gua dengan teammate gua. Sebelum 1st game, gua dengan teamate gua ni tak bawa simpac. Tetiba tah macam mana idea datang, gua dan dia pergi cari kotak, pastu koyakkan sesedap rasa. Buat bentuk macam simpac.Kitorang terpaksa buat macam tu, kalau tak nanti refree nak disqualified team yang tak ikut peraturan.Kitorang tengah khusyuk menunggu turn. Geng gua tak layak ke pusingan seterusnya pasal cuma menang sekali dan kalah sekali. Kalau nak pergi pusingan seterusnya, kitorang …

pasca Mr Fitness

Esok hari tournement Mr Fitness.

Gua dah mula rasa keletihan. Mungkin trainning gua lebih teruk dari biasa dan badan gua dah mula merajuk dengan gua. Pasal hampir setiap hari gua suruh badan gua angkat berat-berat.

Jog atas tracmil sejauh 2.4 km memang amat menyiksakan. Gua cuma mampu paling cepat dalam masa 15 minit. Bench press pula setakat ni gua hanya mampu dapat angkat seberat 100 kg saja. Dead lift gua cuma dapat angkat yang seberat 130 kg. Chin up pun gua hanya boleh 10 kali je. Manakala sit and reanch gua cuma boleh sampai 80 kg.

Guu rasa macam payah je. Memang la kalau orang biasa dengar dorang akan kata semua tu berat. Tapi cuba tanya Arnold szhwennegger, sazali, Malek Noor, dorang comfirm gelak je.

So macam mana.

Gua cuba merancang strategi sikit, gua cuba score dekat jog. Sebab, body builder biasanya dorang memang tak boleh jog. Lu orang pernah tengok Malek Noor jog. Memang tak pernah. Nak tau kenapa dorang tak jog?

Sebab, bila jog, badan tak boleh kembang. Muscle akan statik…

Lantai Merah-2

Belajar. Satu tuntutan agama.

Aku ke sini untuk belajar. Minggu pertama berada di tempat baru akan di gelar minggu orientasi. Minggu orintasi aku kat tempat baru ni memang membosankan. Tapi ada yang mengejutkan.

Sepatutnya orientasi berlangsung selama 5 hari 4 malam. Namun malam kelmarin adalah malam yang ke 4. Bersamaan pula dengan malam jumaat. Aku dan pelajar lain di arah untuk memberi persembahan kumpulan untuk dipertonton di dalam dewan yang besarnya boleh memuatkan 1000 orang.

Malam tu, banyak la pelajar yang buat drama dorang. Group di bahagikan kepada 29 kumpulan. Tak cukup nak buat sampai 30.

Tibalah masa group 29.

Group 29 masuk dalam keadaan gelap. Tetiba spotlight menyuluh ke arah. Arah sekujur jenazah yang di usung oleh beberapa orang. Dalam hati aku berkata," gila la dorang ni buat sketsa macam ni."

Gamat dewan dengan jeritan yang penuh ketakutan. Majoriti jeritan itu datang dari pelajar permpuan. Jenazah yang memang siap di kapan itu di letakkan begitu saja di atas…

Taiko takut bini?

Tajuk nampak macam ganas.

Kelmarin gua dan nono tengok filem IP MAN 2. Gua tahu dia agak blor bile gua ajak tengok cerita kung fu. Tapi disebabkan gua nak sesangat, nono pun follow je.

Kenapa gua nak sangat tengok IP man 2? Of course la sebab gua dah layan Ip Man 1

Gua tau mesti ramai yang kureng dengan cerita Ip Man ni kan. Tetambah lagi golongan melayu yang menggerdiks dan mengagungkan cerita macam iron men. Buktinya, masa kat wayang gua telah ditenggelami oleh lautan chinese people. Takpe gua semangat 1 Malaysiakan.

Puas hati gua dengan filem ni. Dari segi action termasuk la dengan moral value yang cuba di tonjolkan. Gua terpikat dengan kata-kata Ip Man, " tak ada suami yang takut pada isteri, cuma ada suami yang hormat pada isteri."

Gua kagum dengan pengarah filem ni, dia membawa gua satu pengajaran di mana seperti ikut resmi padi," makin tunduk makin berisi."

Teringat kata-kata last dalam Ip man 2," seni mempertahankan diri bukan untuk mempertahankan maruah, k…

Post Secret 2- What happen in the mothers day

Coretan postsecret hari ibu..

Teringat aku akan sebuah kenangan ketika minum secawan kopi bersama ibuku, aku ucapkan selamat hari ibu pada dia.

Lalu dia katakan padaku, ada satu kenangan yang tidak dap dilupakan pada hari ibu. Aku menanyakan padanya tentang apakah itu.

Dia membisu dan terus membisu.

Lalu dia membuka mulut untuk mentaur bicara. "Hari ibu adalah hari ketika aku di tangkap oleh polis akibat kesalahan lumba haram."

Kerana itu, sehingga kini tidak termampu untuk aku padam kenangan 'hari ibu' itu pada ibuku.

Mr. Fitness- Sapa berani cabar?

Gile berlagak ayat gua kat tajuk entry. Saje je gua buat gimik.

Semalam gua dah selesaikan pendaftaran unutk pertandingan Mr Fitness sempena sambutan hari belia yang di anjurkan oleh Kementerian dan sukan.

Lu orang mesti terkejutkan. Sabar, takkan gua nak pakai spender bergelek sambil meneran muscle gua depan khalayak ramai. Gua pun segan. Dan gua jamin kalau gua buat macam tu, comfirm bakal parent in law kan reject gua.

Meh gua bagi penerangan awal sikit pasal Mr Fitness ni.

Kejohanan Mr Fitness ni bukan la macam bina badan. Kejohanan ni khas untuk mnguji kekuatan fitness peserta. Setiap peserta perlulah mengatasi segala cabaran yang diberikan oleh penganjur. Antara cabarannya adalah, lari atas tracmile sejauh 2.4 KM, Chin Up, bench press ( lu orang tahu tak ape tu, ala yang baring sambil angkat besi berat2 tu ), Dead lift (ni payah gua nak eXplain) dan sit and rech ( yang ni pun sama).

So jelas sudah yang gua tak masuk pertandingan pakai spender. Kejohanan ni menawarkan hadiah kalau tak …

Post secret-1

Lu pernah dengar post secret tak?
Kalau tak pernah meh gua bagi tau, post ni post rahsia. Owner post akan merahsiakan identitinya supaya tidak ditembak oleh senapang gajah.
So, gua ni projek baru gua. Selain Lantai Merah, Postsecret ni akan gua warnakan kat blog gua.

Gua akan bocor rahsia sesiapa saja yang pernah story kat gua. Hahah, pasti ownernya akan menyirap. Tapi jangan risau, gua akan menukar identitinya supaya tak ada sesiapa pun yang tahu. Masih secret lagi kan.
Tapi yang penting, gua tak akan tulis rahsia gua. Lu orang kena ingat tu!
Ok, sebagai permulaan gua ada stu postscret.
"Masa aku sekolah rendah, aku adalah seorang pengawas. Aku rasa aku agak berkaliber. Suatu hari aku bermain dengan kawan-kawan. Entah mengapa, aku terdajal sekejap dan melakukan satu tindakan di luar kawan.

Aku telah membaling batu ke arah kawan ku itu, namun dia mampu mengelak. Tetapi batu itu terus menerjah tingkap surau belakang member aku.

Isu tingkap surau pecah telah menggegarkan sekolah aku. Namu…

Lantai Merah-1

Hijrah..bermaksud pindah.
Hari ini aku melangkahkan kaki kanan ku ke Kota Ah Loy . Aku datang sini sebab aku dapat sambung belajar kat sebuah pusat pengajian yang aku rasa agak terkemuka la . Aku tengok dahsyat betul. Banyak bangunan yang tinggi-tinggi.
Maklumlah baru pertama kali datang ke Kota Ah Loy ni.
Aku ni datang dari kampung.
Disebabkan aku baru sampai aku pun pusing la nak cari teksi. Tengah aku berjalan kat dalam bas stesen ni aku rasa macam nak terkucil pula.
Em..cari tandas la dulu..Sampai aje kat tandas bas stesen tu aku pun cargas la tunaikan hajatku.Lepas selesai segalannya aku keluar la dari tandas tu...Tetiba je aku rasa ada yang mengekori aku..alamak jangan la jadi apa-apa. Aku dah la bawa beg berat ni.
Tap!! Ada orang tarik bahu aku...perghh...mati la aku. Ape hal lak mamat ni tarik aku ni. Aku ada buat salah ke..ya Allah kuatkan la semangat aku.."Wei boy lu ada sen tak? " mamat tu tanya aku. Ni mesti nak pow ni.
Pokemon betul la."Ha? Mana ada bang..saya ada…

Manusia selalu sebuk

Dulu masa gua kecik-kecik gua selalu nak jadi orang dewasa. Orang dewasa best. Semua benda boleh buat.
Masa kecik tak best..buat semua orang marah. Pastu, semua kena minta tolong orang. Dan orang akan selalu pantau kita.
Tapi bila gua dah besar, gua rasa gua nak kembali zaman kanak-kanak. Zaman gua kenceing malam. Zaman gua menagis, sebab gua balik dari tadika tapi tak ada sesiapa kata rumah, zaman gua nak kencing pastu zip seluar tersepit kat anu gua. Sakit giela tau!
Tapi best...really miss the momment.
Sekarang gua asyik bizi. Semalam gua kena layan latihan pc i-mac. Gua tak pernah guna , tapi gua sangat teruja ingin tahu. Ya la nak harap bei sendiri, memang tak dapat la. Harga pc tu je dah cecah RM 20 k.
Hari ni gua still BZ!
Gua cuak juga nanti bila gua dah ada anak dan family, gua masih bizi. Ya la, punca anak-anak terabai adalah akibat dari mak bapa yang sibuk mengejar dunia.
Cerita pasal lantai merah, gua akan post kan entry 1st cerita tu dalam minggu ni. Insya allah.

Lantai Merah-prakata

Gua nak share satu story dengan lu orang . Cerita ni tajuk dia lantai merah. Lu orang jangan tanya gua kenapa gua nak share cerita ni. Nanti-nanti lu orang akan tau kenapa gua saja nak share.

Tapi jangan lupa tagline gua, takkan berlaku sesuatu dengan reason kebetulan.

Lantai Merah.

Cerita perantau. Perantau yang datang dari negeri yang di gelar, negeri Tuah City. Sejak berusia 17 tahun 'dia' telah jejakkan kaki ke bandar yang bergelar Ah Loi City. Dia memulakan hidup macam hawau. Semua benda tak tau. Sehinggakan dia orang panggil budak nerd.

Lu orang tau budak nerd? Lurus bendul la.

Perpindahan 'dia' ni ke Kota Ah Loi adalah di sebabkan beliau telah menyambung pelajarannya ke menara gading.

Siapakah 'dia'?

Dia yang gua maksudkan adalah Karl Zafran Mohd Daniel.

Apa yang best sangat kat budak yang namanya Karl Zafran Mohd Daniel tu? Ha..yang tu gua nak share story dia.

Cerita Lantai Merah ini adalah berkisarkan story mamat ni dari Zero ke Hero. Ceh macam segment dalam As…