Kisah gua di hari Belia-Rentap Futsal

Weekeand lepas, gua penuhi life gua dengan dua acara hari belia. Mr Fitness dan juga rentap futsal kosmo. Gua rasa macam penat gila. Meh gua post pasal rentap kosmo dulu. Team gua bernama Zizou. Dalam tournement tu baru ada 4 team yang daftar nama sama macam team gua.

Cuma diorang tambah lain selepas zizou.

Gua punya game untuk rentap futsal kosmo tu start pukul 12 tengah malam. Lu orang bayangkan betapa ngantuk gua masa tu. Gua sampai sempat terlelap kat tepi court futsal. Dah macam rumah sendiri gua buat.

Ni gambar gua dengan teammate gua. Sebelum 1st game, gua dengan teamate gua ni tak bawa simpac. Tetiba tah macam mana idea datang, gua dan dia pergi cari kotak, pastu koyakkan sesedap rasa. Buat bentuk macam simpac.

Kitorang terpaksa buat macam tu, kalau tak nanti refree nak disqualified team yang tak ikut peraturan.

Kitorang tengah khusyuk menunggu turn. Geng gua tak layak ke pusingan seterusnya pasal cuma menang sekali dan kalah sekali. Kalau nak pergi pusingan seterusnya, kitorang kena menang semua perlawanan peringkat kumpulan.

Gua ingat lepas ni gua nak tukar nama team la, takmau pakai zizou lagi, pakai nama Sanggam FC.

Pasal, member gua kata kalau kita pakai nama team macha, team lain akan rasa cuak nak lawan. So dari saikologi kira dah menang la. Perlawanan 1st kitorang kalah sebab masa tu court memang licin. Payah gila nak lari.

Malam tu memang banyak gila team yang join event tu, gua tak pernah join evnt futsal yang sebegitu ramai umat manusia. Bayangkan la, ada yang sanggup berkhemah kat percint 18 tu.

Walaupun team gua tewas, tapi kitorang tetap akan kembali bangkit di tournement lain. Juz wait and see..

Lepas ni gua akan story pasal Mr Fitness gua.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

19 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Band Rimba Bara

Flasher bodoh!

Silat Pengantin