Lantai Merah-2


Belajar. Satu tuntutan agama.

Aku ke sini untuk belajar. Minggu pertama berada di tempat baru akan di gelar minggu orientasi. Minggu orintasi aku kat tempat baru ni memang membosankan. Tapi ada yang mengejutkan.

Sepatutnya orientasi berlangsung selama 5 hari 4 malam. Namun malam kelmarin adalah malam yang ke 4. Bersamaan pula dengan malam jumaat. Aku dan pelajar lain di arah untuk memberi persembahan kumpulan untuk dipertonton di dalam dewan yang besarnya boleh memuatkan 1000 orang.

Malam tu, banyak la pelajar yang buat drama dorang. Group di bahagikan kepada 29 kumpulan. Tak cukup nak buat sampai 30.

Tibalah masa group 29.

Group 29 masuk dalam keadaan gelap. Tetiba spotlight menyuluh ke arah. Arah sekujur jenazah yang di usung oleh beberapa orang. Dalam hati aku berkata," gila la dorang ni buat sketsa macam ni."

Gamat dewan dengan jeritan yang penuh ketakutan. Majoriti jeritan itu datang dari pelajar permpuan. Jenazah yang memang siap di kapan itu di letakkan begitu saja di atas pentas dan di biarkan begitu saja.

Dewan bertambah gamat apabila seorang wanita keluar dengan bertelekung putih ke arah jenazah itu. Aku pun rasa cam seram sejuk. Tetiba kawan aku cakap," Karl, ko tengok budak group kita tetiba nangis la. Macam mana ni?"

Aku selaku ketua kumpulan bergegas mencari fasilitator. Fasi-fasi dengan kelam kabut membawa groupmate aku keluar dari dewan. Kelihatan budak perempuan meraung dengan suara yang amat menegakkan bulu romaku." Itukah yang dipanggil histeria,"kata hatiku.

Tumpuanku terus ke dalam dewan. Pelajar lain tak perasan apa yang jadi pada groupmate aku. Mereka semua seperti tidak keruan melihat adegan wanita bertelekung dengan sekujur jenazah.

Semakin ramai yang menjerit. Rupanya bukan groupmate aku saja yang terkena histeria. Tetapi histeria itu menjalar kepada ramai lagi pelajar perempuan yang lain. Keadaan semakin kelam dan kabut. Histeria datang bagaikan taufan el-nino. Satu demi satu pelajar terbaring sambil menjerit-jerit dengan jeritan yang menggerunkan.

"Stopkan persembahan itu," terdengar jeritan dari seorang pelajar lelaki.

"Semua keluar dari dewan," terdengar lagi jeritan seolah dari salah seorang fasilitator.

Tiba-tiba terdengar sayup azan berkumandang. Seorang pelajar yang berbaju melayu dan berkopiah. Imam rupanya. Namun suara azan itu bukan melegakan , tetapi seolah mengejutkan seluruh dewan.Dapat kurasakan seperti laungan semboyan jihad. Tetapi jihad melawan apa, melawan syaitan yang sedang rakus merasuk pelajar di dewan itu. Suasana seram yang amat. Pasti seluruh pelajar sedang tegak bulu romanya.

Aku berlari dan meluru ke atas pentas. Mengambil microfon yang seolah tercampak di atas pentas.

Bacaan ayatul qursi aku laungkan sekuat-kuat hati. Dengan harap semua yang berada di dewan dapat mengikuti bacaan itu. Aku baca terus-terusan sehingga dewan menajdi kosong kerana pelajar telah berlari ke luar dewan.

Aku terduduk kepenatan. "Karl keluar dewan cepat," jeritan dari kawanku.

Berlari terus aku dari dewan tu . Bila aku jejak kaki di luar dewan, aku lihat ramai pelajar perempuan ramai yang terbaring terkena histeria.

Pada hemat ku, hampir 50 orang pelajar terjerit-jerit akibat di landa histeria yang melampau. "Ahhhhh...ahhhhh.....ahhhh.." jeritan demi jeritan yang menggerunkan bergema di laungkan. Mereka menjerit..." ibu...aku nak ibu...!"

Siapa ibu mereka?

Ada pula yang jerit," tolongggggg....aku takut...tolong..dia datang...ahhhh...ahhhhh....!"

Pang! Tetiba aku terasa seperti kepalaku terhantuk dengan satu objek yang amat keras. Sehingga aku terpaksa mengeluarkan perkataan "adoi!"

"Orang sibuk tengok lakonan ko boleh tidor sampai berdengkur," hairan aku dengar kata dari groupmate aku.

La, gua tertidur rupanya.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

25 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Band Rimba Bara

Silat Pengantin