Mr. Fitness- Sapa berani cabar?


Gile berlagak ayat gua kat tajuk entry. Saje je gua buat gimik.

Semalam gua dah selesaikan pendaftaran unutk pertandingan Mr Fitness sempena sambutan hari belia yang di anjurkan oleh Kementerian dan sukan.

Lu orang mesti terkejutkan. Sabar, takkan gua nak pakai spender bergelek sambil meneran muscle gua depan khalayak ramai. Gua pun segan. Dan gua jamin kalau gua buat macam tu, comfirm bakal parent in law kan reject gua.

Meh gua bagi penerangan awal sikit pasal Mr Fitness ni.

Kejohanan Mr Fitness ni bukan la macam bina badan. Kejohanan ni khas untuk mnguji kekuatan fitness peserta. Setiap peserta perlulah mengatasi segala cabaran yang diberikan oleh penganjur. Antara cabarannya adalah, lari atas tracmile sejauh 2.4 KM, Chin Up, bench press ( lu orang tahu tak ape tu, ala yang baring sambil angkat besi berat2 tu ), Dead lift (ni payah gua nak eXplain) dan sit and rech ( yang ni pun sama).

So jelas sudah yang gua tak masuk pertandingan pakai spender. Kejohanan ni menawarkan hadiah kalau tak silap rm 500 . Boleh la untuk gua suka-suka. Pada gua yang penting pengalaman. Tempatnya akan di adakan di GYM Rakyat Kementerian Belia Dan Sukan.

Semalam gua dah test. Lari atas trackmile tu gua dapat 17 minit untuk 2.4km. Hari ni gua train lagi. Gua nak try dapat 15 minit untuk 2.4km.

Selain tu, gua ada hantar team untuk futsal Hari Belia tu. Nama team gua Zizou. Serius, gua nampak cam best je hari belia ni. Cam pesta plak. Gua nak ajak lu orang semua turun ke Putrajaya pada 15 dan 16 mei ni. Layan beb.

Pada belia-belia, gua rasa rugi kalau lu orang tak layan event ni.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

23 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Band Rimba Bara

Filem susuk

Silat Pengantin