Post secret-1


Lu pernah dengar post secret tak?

Kalau tak pernah meh gua bagi tau, post ni post rahsia. Owner post akan merahsiakan identitinya supaya tidak ditembak oleh senapang gajah.

So, gua ni projek baru gua. Selain Lantai Merah, Postsecret ni akan gua warnakan kat blog gua.

Gua akan bocor rahsia sesiapa saja yang pernah story kat gua. Hahah, pasti ownernya akan menyirap. Tapi jangan risau, gua akan menukar identitinya supaya tak ada sesiapa pun yang tahu. Masih secret lagi kan.

Tapi yang penting, gua tak akan tulis rahsia gua. Lu orang kena ingat tu!

Ok, sebagai permulaan gua ada stu postscret.

"Masa aku sekolah rendah, aku adalah seorang pengawas. Aku rasa aku agak berkaliber. Suatu hari aku bermain dengan kawan-kawan. Entah mengapa, aku terdajal sekejap dan melakukan satu tindakan di luar kawan.

Aku telah membaling batu ke arah kawan ku itu, namun dia mampu mengelak. Tetapi batu itu terus menerjah tingkap surau belakang member aku.

Isu tingkap surau pecah telah menggegarkan sekolah aku. Namun aku masih berahsia. Tetapi mulut tempayan boleh ditutup, tetapi mulut busuk manusia memang payah ditutup. Ade budak telah mereport ke guru disiplin yang semasa itu guru itu juga adalah guru pengawas aku.

Akibat dari kejadian itu aku telah dilucutkan jawatan. Kejadian itu aku tidak diketahui oleh keluargaku. Mereka masih ingat aku adalah seorang pengawas sekolah rendahku.

Walaupun kene lucut jawatan, aku tetap ke sekolah memakai baju pengawas. Mamaku bertanya, mana sijil pengawaku.

Kataku, sijil itu tertinggal di meja sekolah."
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

24 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Band Rimba Bara

Silat Pengantin