Taiko takut bini?

Tajuk nampak macam ganas.

Kelmarin gua dan nono tengok filem IP MAN 2. Gua tahu dia agak blor bile gua ajak tengok cerita kung fu. Tapi disebabkan gua nak sesangat, nono pun follow je.

Kenapa gua nak sangat tengok IP man 2? Of course la sebab gua dah layan Ip Man 1

Gua tau mesti ramai yang kureng dengan cerita Ip Man ni kan. Tetambah lagi golongan melayu yang menggerdiks dan mengagungkan cerita macam iron men. Buktinya, masa kat wayang gua telah ditenggelami oleh lautan chinese people. Takpe gua semangat 1 Malaysiakan.

Puas hati gua dengan filem ni. Dari segi action termasuk la dengan moral value yang cuba di tonjolkan. Gua terpikat dengan kata-kata Ip Man, " tak ada suami yang takut pada isteri, cuma ada suami yang hormat pada isteri."

Gua kagum dengan pengarah filem ni, dia membawa gua satu pengajaran di mana seperti ikut resmi padi," makin tunduk makin berisi."

Teringat kata-kata last dalam Ip man 2," seni mempertahankan diri bukan untuk mempertahankan maruah, kerana semua manusia mempunyai maruah yang sama. Apa yang penting adalah sifat saling hormat-menghormati."

-tak ada ke pembikin filem nak naikkan martabat silat di mata dunia?-
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

13 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Band Rimba Bara

Flasher bodoh!

Silat Pengantin