Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2010

wrist

Tengok tangan ni, power kan? Ni bukan tangan gua. Ni tangan orang lain.

Sejak dua minggu kebelakangan ni, gua asyik rasa sakit kat pergelangan tangan gua. Tangan yang sebelah kanan. Sebab tu gua cari gambar tangan kanan. Sakit tangan gua ni dengan secara jujurnya adalah disebabkan gua selalu workout berat-berat.

Dah beberapa kali gua urut. Hari ni urut, esok baik terus pi angkat besi dekat gym. Nak buat macam mana, gym tu dah hobi gua.

Sampai sekarang, gua nak taip kat keyboard ni pun masih terasa sakit. Cam mana nak buat ek?

Tadi gua terbaca ada orang post pasal kaki. Terus gua teringat sesuatu, masa gua pergi solat jumaat. Ada seorang jemaah ni. Dia tak boleh jalan. Siap macam merangkak nak ke saf depan. Terasa sayu sangat kat hati gua ni.

Orang yang tak ada kaki beriya-iya nak ke saf depan untuk solat. Tapi housemate gua yang hendsom kacak lagi bergaya masih terdampar di atas tilam seolah tidak mampu untuk berjalan ke masjid.

Semoga satu hari nanti mereka berubah.

Asyik sukan

Petang tadi gua pergi gym. Biasa la, hari pertama untuk setiap minggu gua akan lakukan exercise dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Ianya biasanya mengambil masa sehingga dua jam lebih sikit.

Tadi gua cuba jog. Gua buat 2km dalam 10 minit. Tak sangka gua dah boleh capai. Masa jog gua tak rasa penat sangat. Tapi bila gua workout, gua macam mencungap sikit. Memang gua rasa penat.

Baru gua perasan, hampir 2 minggu gua tak rest langsung. Patut gua penat. Hujung minggu mesti gua ada aktiviti sukan. Paling tidak gua akan ke gym. Letih pula rasanya. Tapi gua rasa gua dah mula fit. Lutut pun dah ok. Cuma pergelangan tangan je yang selalu salah urat.

Kadang-kadang gua fikir balik, kenapa sampai macam ni punya teruk guabersukan.

Tahun 2007, selama setahun guatak bersukan. Gua pun tak buat. Bola, gym apa saja sukan. Masa tu lutut aku masih injured.

Mungkin sekarang gua macam nak lepas gian kot.

Tahun gua rasa macam nak join macam-macam sukan. Sampai gua fikir selagi tak patah kaki gua, gua tak a…

Cerita hari Sunday

Semalam adalah final Tarik Tali Aukan Treasury 2010. Team gua jumpa dengan team pengurusan.

Seperti yang di jangka, team gua telah tewas straight set. Walaupun gua dan geng Ag da cuba sedaya upaya, namun apa kan daya mereka lagi kuat. Team pengurusan kebanyakannya wakil Treasury. Team gua pula kebanyakannya muka baru yang sangat fresh dengan tarik tali.



Inilah kedudukan set pertama. Masa tarik tu gua dah dapat rasa yang tali team pengurusan ni memang berat.

Namun gua cuba pasang kekuda seperti Eaman manan macam dalam cerita Keris hitam bersepuh emas. Gemgaman gua memang tak boleh nak cakap, terlalu erat. Kalau besi yang gua genggam dah pasti bengkok.

Tapi tetap tak dapat tarik team pengurusan. Gua rasa team lawan gua ni berat total dorang mesti 1000 kg.


Set kedua.

Masa semua team gua macam dah down. Pasal kalah set pertama. Tapi gua tetap pasang niat untuk menang juga. Masa ni gua tengah buat lubang kat tanah. Lubang tu untuk gua jadikan sebagai tapak untuk lock kaki gua supaya tak tergelin…

Sukan Treasury 2010

Sukan perbendaharaan ke 36 tahun 2010

Ingat tak gua pernah post sebelum ni pasal bola padang untuk sukan treasury, kalau tak ingat mesti lu orang dah tertelan semut.

Ok, kali ni merupakan hari acara untuk olahraga pula. Gua cuma masuk satu acara gua. Acara feveret gua la apa lagi kalau bukan tarik tali. Team gua berjaya masuk ke final. Final hari esok, so tunggu esok kalau gua post cepat maknanya gua menang la. Kalau lambat, pepaham aje la.


Post kali ni gua takmau story pasal tarik tali. Sebab tu gua nak post esok. Post kali ni gua nak cerita pasal kawad.

Terlalu gua rasa macam hawau, bila gua terpaksa masuk kawad. Kawad ni adalah sangat asing di dalam hidup gua. Pada gua, kawad adalah satu acara yang sangat kejam. Sebab kena jemur panas-panas dah macam ikan salai.


Lu orang sendiri boleh nampak betapa panasnnye tadi gua kena kawad. Pukul 3.30 kena kawad untuk kontinjen. Mahu tak terbakar kulit gua. Sekarang ni kulit gua dah bertambah gelap. Dah tak putih cam dulu.

Dalam acara kawad, kontinj…

espert11.blogspot.com

Sejak dua menjak ni, gua dah tak dapat update hari-hari cam seketika dulu. Ini sebab, gua sebok review World Cup kat blog bola gua. Dalam World Cup 2010, gua telah dengan sukarela minat team England dan Argentina.

Sebelum ni gua pernah post yang gua buat satu blog bola. espert11.blogspot.com. So kalau perhati kat situ, hampir setiap hari gua ada post. Gua cuma post pasal England dan Argentina je. Team lain gua tak layan. Sebab dua team tu je yang bayar gua dengan harga yang lumayan.

Kalau senang lu orang jenguk la kejap kat blog tu.

Sepanjang World Cup ni berlangsung, gua perasan satu benda. Wanita pun buka paper baca pasal bola. Sebelum ni fenomina ni sangat jarang berlaku.

Lalu gua cuba jalankan satu ujikaji dengan menemuramah seorang staff office gua yang bernama Sufiah atau lebih di kenali kak Pe'ah."Kenapa akak baca cerita pasal bola? Dulu akak tak pernah pun bersikap demikian. Mengapakah sekarang ini seolah segalanya telah berubah?" agak terlalu panjang soalan gua.

Jawa…

Bola Padang Sukan Treasury 2010

Hari ni gua menyarung jersey pasukan bola sepak jabatan akauntan negara. Gua sendiri tak sangka gua masi boleh main bola lagi. Gua ingat gua dah kena gantung boot dah lepas gua injured kat lutut.

Temasya sukan Perbendaharaan Kementerian Kewangan. Itulah nama game yang gua main tadi. Serius syok. Team gua tak kalah langsung. Kitorang main 4 kali. Menang sekali, yang lain semua seri. Memang team mat Seri la. Dah macam team England pula.

Minggu depan gua ada game tarik tali. Sukan lagi. Kadang-kadang gua rasa macam dah bosan dah. Rasa penat pun ada. Berat gua pun dah makin turun. Walau pun gua dah tak diet, tapi turun juga. Masa bulan 3 berat gua 110 kg. Tapi sekarang 90 kg. Bayangkanlah. 90 kg tu memang masih berat lagi. Tapi sangat idil untuk seorang ahli bina badan.

Fuh!penat tak hilang lagi ni. Muka gua pun dah bertambah gelap. Gua nak pi cari fair and lovely la kejap..

spek gua hilang

Lepas gua tengok gambar ni baru gua tau mana perginya spek gua, ceh budak ni pakai rupanya. Kalau luorang perasan , gua dah tukar gambar profile gua. Sebelum lu orang salah paham, ni gambau anak kakak sulung gua yang 2nd.

Bukan gambar gua masa kecik-kecik tau. Masa gua kecik-kecik lagi hensom.

Pandai pula budak ni posing dengan spek gua. Sengaja gua guna muka budak ni jadi gambau profile. Bukan bermakna gua nak berlagak muda, cuma gua nak bagi budak ni punya muka masuk internet je.

Kecik-kecik muka dah masuk tenet. Gua dulu lepas form 5 baru kenal apa itu friendster..

Salut!

Tulisan jawi.

Lu orang tau tak apa yang ditulis?

Kalau lu orang terror, cuba la lu orang baca. Gua dengan yakin pasti luorang akan tergagap. Macam budak tadika. Actually gua pun tergagap nak baca. Pasal maybe tulisan ni berseni sangat.

Sebenarnya ini adalah rangkap pantun. Rangkap pantun ni di tulis oleh my abah. Pantun ni dia buat masa nak masuk meminang nono untuk aku. Gile lawak. Aku tak tahu abah aku memang terror pantun. Dan yang paling mahal, pantun tu di tulis di dalam tulisan jawi. Serius, seni yang tidak ada tandingan.

Maybe lu orang anggap ni simple, tapi pada gua sangat terbaik. Payah nak jumpa. Memang hasil tangan old timer.

Agak-agak ada tak anak muda sebaya gua rajin nak tulis pantun dalam jawi? Ade, tapi satu dalam seribu.

Gua terharu abah jadi jurucakap untuk aku masa majlis meminanga. Ingat lagi masa along kahwin, abah juga yang nikahkan.

My father is a hero!

bile talipon engege

Muka ganas, tapi dalam hati ada.....?

Ada apa...? Malas gua nak cakap. Lu orang tambah sendiri. Gambar ni adalah ceritanya segala sebab mengapa gua pergi terengganu.

Sesungguhnya gua ke sana untuk melengkapkan salah satu impian gua. So tahun ni, akan ada satu lagi perkara besar dalam hidup gua. Perkara yang sangat besar punya. Gua harap doa lu orang akan mengiringi impian gua.

Gua akhiri posting ni dengan serangkap pantun..

Sudah lama langsatnya condong ,
Barulah kini batangnya rebah.
Sudah lama niat dikandung,
Baru sekarang diizinkan Allah

Sudah pulang!

Gua baru balik dari Terengganu. Giler penat gua betapa di dalam kereta. Punggung gua dan seat kereta bagaikan sudah hampir sebati. Pasti gua bertujuan ke terengganu. Lu orang nak tau sebabnya?

Cuba baca pantun abah gua ini,

Dari melaka ke Terengganu,
Bertemu pula di Putrajaya,
Sudah lama anak kita bertemu,
Kini kami datang untuk niat yang mulia.

Rasanya lu orng sudah fahamkan apa tujuan gua ke Terengganu. Kalau masih tak faham lagi, nak buat macam mana...

Meggy gua sudah kembang, Lu pikir la sendiri.

Dia

Ten things about her....

Sangat baik,
Sangat memahami,
Sentiasa sabar dengan kerenah aku,
Sentiasa menerima aku dengan seadanya,
Orang yang paling kuat menyokong aku,
Sentiasa menerima aku seadanya,
Sentiasa memberi semangat padaku,
Selalu suka dengar aku nyanyi walau nyanyian ku tak penah diterima oleh Roslan Aziz.
Dia kata dia sangat sayang padaku,( masa makan tom yam kat kedai sebelah caltex)
Anugerah dan amanah tuhan untuk aku...

Thats my Nono..

Ok hujung minggu ni gua pergi out station. Gua nak pergi terengganu. Nak jalan-jalan kat tepi pantai sambil gigit aiskrim malaysia perisa asam boy. Pelampung aku dah ready da. Baju hawaii bunga-bunga pun dah ready.

Sekarang ni tengah nak cari spek reben je. Mane nak cekau ek?

The arrivals-2

Assalamualaikum,

Gua teruskan posting The Arrival berikutnya. Pastikan lu orang freekan masa untuk 10 minit bagi menonton Clip ini. Insyaallah ada mesej yang perlu kita ketahui.

Sekali lagi gua pohon, jika lu orang ada clip the arrivals, jangan la di simpan saja di pc saja. Kalau boleh sebarkan seberapa mampu. Kebanyakan mereka-mereka yang gua pernah cerita tentang clip2 ini seolah tidak berminat dan seperti tidak mahu ambil tahu.

Dan jawapan yang gua selalu terima sperti ini," karut, kebetulan, jangala terpengaruh sangat."

Lu orang tonton sendiri. Dan fikir ikut fikiran lu orang.

The arrivals-1

Assalamualaikum,

Pagi ini gua dengar hot f.m. Cerita pasal aktivis Malaysia yang baru pulang ke tanah air. Kalau PM Malaysia panggil mereka wira, memang gua setuju sangat-sangat. Misi sukarelawan itu memang gua anggap misi yang sangat hebat.

Semoga Allah membalas dengan pahala yang berlipat kali ganda.

Bukan semua orang mempunyai keberanian seperti itu. Mereka yang pergi ke Palestin itu sedar, nyawa mereka bila-bila masa saja akan terkorban. Seperti orang yang sudah tahu akan waktu kematian. Namun mereka gagah kerana Allah. Itulah yang gua bangga sangat-sangat.

Andai kaunter pencarian sukarelawan ini di buka di semua tempat awam, belum tentu ia akan mendapat sambutan. Malah mungkin untuk mengerling ke arah kaunter itu juga sudah terbayang ketakutan.

Jangan di tanya pada gua, jika gua sudah pasti gua akn berfikir berkali-kali untuk turut serta atau tidak. Namun memang impian gua untuk turut serta. Doakan saja gua di beri kudrat jika di beri peluang.

Clip The arrivals kali ini gua siarkan epi…

Dah 4 tahun

Dari 2006 hingga 2010...

Gua stop main bola padang. Dulu kat kolej memang gua rajin gila. Pantang ada tournement, mesti gua akan di panggil. Sampai la tahun 2006, gua terpaksa stop sebab gua mengalami kecederaan di lutut yang serius.

2010,

Gua kembali ke padang. Walaupun dalam tahun ni gua banyak main futsal, tapi gua tak pernah jejak kaki ke padang dalam 4 tahun ni. Namun semalam segalanya berubah. Office gua buat sukan. Gua memang excited giler nak main bola padang balik.

Tapi malang tak berbau, gua injured balik masa trainning futsal rabu lepas. Tapi gua nekad, gua nak turun juga sabtu untuk main bola padang.

Semalam gua main juga. Alhamdulillah, injured gua tak bertambah. Tapi permainan gua memang terbatas. Banyak yang gua tak dapat buat. Namun gua tetap main dengan bertanggungjawab.

Memang prinsip gua, kalau orang panggil main bola gua akan main sedaya yang mungkin. Semalam gua main dengan penuh berhati-hati. Takut juga lutut gua akan bertambah teruk. Lutut ok, tapi jari pula bengkak s…

Sangat kecewa

Tension, kecewa.

Tu je perasaan yang gua rasa sekarang. Gua di landa masalah kecederaan di bahagian lutut KEMBALI.

Satu hakikat yang paling sedih buat gua.

Rabu lepas, macam biasa la tiap-tiap rabu gua ader main futsal. Malam tu gua telah di takdir berlaku kecederaan di bahagian lutu kanan gua. Ianya berlaku akibat gua salah step masa gua main bola.

Rasa macam nak pitam sebenarnya. Tapi gua tahan dan buat muka selamba. Gua cakap kat kawan gua tak ada apa-apa, salah urat sikit je. Lepas jatuh, gua terus keluar dari court futsal. Gua urot sendiri. Rasa sakit memang bagai nak gila sebenarnya. Sebab lutut gua memang ada problem sikit. Dulu pernah jadi macam ni. 3 bulan gua tak boleh jalan.

Hari ni dah masuk hari kedua. Tak baik lagi lutut gua. Esok ada game bola sepak padang di Inspen. Anjuran office gua. Gua agak risau untuk main besok.

Gua memang teringin nak main game besok, sebab kementerian kewangan akan pilih bakat baru untuk di serap ke pasukan bola sepak dorang. Dorang akan lihat dan se…

The Arrivals-intro

Assalamualaikum

Hari ini semakin meluap rakyat malaysia amnya yang berugama Islam mengeji Israel. Kita memang sudah masak dan faham akan tujuan mereka ini. Malah agenda mereka kita memang sudah tahu.

Namun ada sesuatu yang mungkin kita terlepas pandang.

Hari ini gua rasa tanggungjawab yang gua pikul harus gua bagi pada lu orang. Tanggung jawab sebagai orang Islam.

Sebelum itu izinkan gua beritahu apa tujuan posting gua pada lu orang.

Posting ini akan gua beri nama The Arrival. Mungkin ada di kalangan lu orang pernah dengar atau tonton sendiri The arrival. Itu gua ucapkan tahniah, tapi bagi yang belum gua rasa sudah sampai masanya gua berkingsi bersama perkara ini.

Apa benda clip ini?

Gua cerita sikit. Clip ini akan membongkar akan segala konspirasi yahudi untuk orang Islam. Pembongkaran konspirasi ini akan buat lu orang sedar di mana selama ini kita memang dah jadi hamba yahudi.

Namun , gua berpendapat kita sudah sampai masa untuk sedar. Dan disebabkan itu gua merayu semua pembaca blog ini f…

Israel laknatullah

Assalamualaikum,

Saya Mohd Zulfikri bin Abdul Jalil dengan ini mengutuk, menghina, dan mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas kapal Malaysia dan pembantaian kejam sekian lama ke atas umat Islam di Pelestin.

Sekian.

Itu pendirian gua, pada gua kita bukan cukup mengecam, mengutuk, dan menghina. Kita perlu melawan kembali serangan Israel itu. Pasti lu orang tanya, " macam mana nak lawan. Kita tak kuat. Kita ni negara kecil.

Ok, kita negara kecil. Kita tak kuat. So apa mampu kita buat. Mulakan dengan doa , pohon untuk diberi keupayaan yang kuat untuk memboikot barangan Israel dan sekutu-sekutunya. setelah itu kita rakyat Malaysia dengan sepakat memboikot dengan benar-benar boikot barangan mereka. Ini kerana kita tahu kekuatan mereka adalah kerana ekonomi. Jadi kita boleh lumpuhkan ekonomi Israel dengan cara ini.

Setelah langkah ini di jalankan, kita perlu bawanya ke meja OIC (Organization Islamic Comference) kita ajukan langkah ini kepada semua negara-negara OIC.

Untuk pengetah…

Rambo

Pernah tengok cerita rambo tak?

Seingat gua cerita ni memang fames masa gua kecik-kecik lagi. Gua tak tau sampai sequel yang berapa cerita rambo ni. Tapi yang gua tahu cerita ni memang best.

Bagi peminat filem perang dan action, tak sah kalau tak minat tengok rambo. Termasuk la abah gua. Jalan cerita dia memang best. Di tambah lagi dengan hero yang berlakon cerita rambo ni badan dia berketul-ketul. Mungkin di sebabkan sejak masa kecil lagi gua asyik tengok filem yang heronya badan berketul-ketul, sebab tu sekarang gua suka pergi gym.

Macam mana jalan ceritanya? Jangan tanya gua, gua memang tak ingat. Yang gua tau bila start cerita rambo, gua akan bentang tilam pastu lompat-lompat , jerita yeyey!

Paling gua ingat scene rambo naik helikopter.

Driver helikopter tu tanye rambo," rambo kenapa ko buka baju? nak tunjuk bulu ketiak ko yang bercabang tu ke?"

Rambo terus menjawab bagi menafikan yang bulu ketiaknya bercabang," aku panas naik helikopter. Ada kipas, tapi kasi taruk kat lu…