Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

Doa Khusus Lailatul Qadar

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Dari 'Aisyah r.a., katanya: Saya pernah bertanya dengan berkata: "Ya Rasulullah, Bagaimana kiranya saya mengetahui akan malam Lailatulqadar itu dengan tepat, apa yang saya akan doakan pada saat itu?" "Baginda menjawab: "Berdoalah dengan doa yang berikut: (1)

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّى

(Hadith Sahih - Riwayat Tirmizi)

Maksud doa yang tersebut: "Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan (salah silap hamba-hamba-Mu), lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku."

Doa ni amat baik sekali. Ustaz Ramadhan Fitri bagi tahu, jika boleh doa ini di jadikan doa utama sebelum kita memohon doa lain. Dan dia minta kita semua hafal.

Sudut 1 miss call 2 second

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
Gua telah melancarkan sudut ini di partition gua. Lantak la bebduak office gua nak kata apa. Gua tahu nanti mesti ada yang komplen. Yang komplen tu sebenarnya jeles je tengok gambar gua. Gambar yang bawah tu zaman masa gua muda-mudi. Sekarang pun muda. Tapi dah suku abad dah masa tu.

Besok hari merdeka yang ke 53.Gua nak tanya satu je, ape slogan tahun ni?
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53. Al-fatiha pada pejuang-pejuang kemerdekaan yang telah pulang ke rahmatullah.

Betina masuk rumah

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh

Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Biasanya kalau awek or tunang orang dengar ade betina masuk rumah, mesti dah meletup. Ni tidak, nono gua boleh suka pula.

Ni ha gambar kat atas betina yang sesuka hati masuk rumah gua, berak sesenang yang mungkin, kencing atas tilam roomate gua, pas tu hari2 pow gua dan bebudak rumah soh belanja makan. Entah dari mana datang, gua pun tak tau.

Kelmarin adalah kali kedua dia berak kat bilik air gua. Dasar menumpang , berlagak tuan!

Saturday de Gym

Gaya, mutu, keunggulan

Deep chest bench press

Chest flying dumble

Dumble pull over

Yes, hujung minggu begini gua amat selesa pergi.

Actually gua ada rasa macam pening sikit kepala pagi tadi, tapi lepas mandi evrything is ok. Orang pelik gua macam tak puasa je pergi gym. Hellooo...lu malas lu kata gua tak puasa pula. Ni nak habaq sat, berlakunya perang badar adalah di bulan ramadhan dan majoriti perang di zaman Rasulullah s.a.w berlaku di bulan ramadhan. So apa masalah gua boleh tak larat. Tak logic langsung.

Aznil hj Nawawi pun cakap, puasa ni menyihatkan tubuh badan.

Ok cerita workout pula. Ni gambar gua baru je ambil. Panas lagi gambau ni. So ini la bentuk badan gua yang terbaru. Macam tak ada beza je. Tapi yang penting rambut tu dah style baru. Cuma lengan gua tu macam dah besar sikit.

Aksi-aksi gambar di atas adalah cara workout untuk besarkan bahagian dada. Bagi lelaki yang kurus keding atau dada macam perempuan, cubalah buat workout ni. Gua pasti dada lu orang pasti akan mantap.

Actually…

Kembara Lailatul Qadar-1

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Al-Qadr [3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan

Bilakah waktunya?

Pada mulanya Rasulullah s.a.w. telah mendapat tahu tentang bilakah malam Lailatulqadar, namun belum sempat Baginda hendak memberitahu sahabat, Baginda terlupa kerana melihat dua orang sahabat sedang bertengkar.

“Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))

Nabi s.a.w. menyuruh umatnya mencari Lailatulqadar pada 10 malam terakhir, terutamanya malam-malam ganjil. Allah suka pada yang ganjil (witir). Allah suka pada sembahyang yang ganjil bilangannya seperti sembahyang witir.

Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwa…

Mandi Junub-ramai yang terlepas pandang

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak…

Facebook Medan?

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas

Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

"Apa la, untuk seronok je kan Facebook ni?" reason yang paling biasa kita dengar.

Sekarang ni, penguna facebook macam dah jadi ketagih dengan facebook. Alhamdulillah ofis gua dah block. So gua boleh kurangkan penggunaan Facebook. Gua tabik kat yahudi kafir harbi yang mencipta facebook tu. Sebab kali ni, senjata entertainment dia memang cukup hebat dan mantop.

Terkejut gua dengan cerita-cerita pasal facebook. Ada clip pompuan mainkan zikir, ada pergaduhan di antara kafir dan islam, dan yang sedih ada orang melayu mengutuk dan menghina Islam di Facebook.

Nampaknya semakin hot facebook ni. Sayang gua tak boleh log in lagi. Kalau tak pasti gua akan tulis begini," Jika benar penganut christian percaya akan Jesus Christ, mengapa tidak di ikut pengajaran Jesus itu dengan betul dan menda…

Pasca aidifitri

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Gua nak cari baju Melayu kaler ni. Agak-agak kalau gua raya ni gua pakai baju melayu kaler ni dengan spek mata yang macam belalang tempur tu, kena pula dengan songkok tinggi 6 inci pastu di lilit pula dengan sehelai mafla peh....

Sharing is caring...

Don't 4get malam ni nuzul al-quran,

Hari esok sejarah berlakunya perang badar.

Lantai Merah-5

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas

Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Satu hari di bumi kafir harbi...

"Kamu teman saya ke gereja boleh tak? tanya Jason pada Karl.

Sangsi dan agak cuak. Namun di jawab juga," boleh, tapi tak mengapa ke kalau saya masuk ke dalam church?"

Jason jawab," tak masalah."

Setiba di dalam church di bumi kafir harbi itu, keduanya duduk. Karl macam kaget. Pelanduk masuk kampung. Macam tu la gelagatnya. Ramai manusia seolah macam ada satu majlis umum. Ya, memang majlis umum bagi penganut kristian.

"Saya tidak akan memulakan upacara selagi ada orang tak berkenaan di dalam gereja ini," suara lantang dari seorang paderi yang bertugas.

Hadirin terpinga-pinga. Semua toleh sana dan sini. Seolah macam berfikir," apa yang father cakap ni?"

Diulangi lagi," sila keluar kepada sesiapa yang tidak berkenaan di sini."

Masih terpinga-pinga hadirin…

Rukun

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas

Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Bapa: Rukun Islam ada berapa?

Anak: Ada 5.

Bapa: Rukun Solat ada berapa?

Anak: Ada 13.

Bapa: Tak buat salah satu dari rukun solat, sah tak solat?

Anak: Tak sah.

Bapa: Rukun Islam no 2 dan 3?

Anak: Solat lima waktu. Berpuasa di bulan ramdhan.

Bapa: Tak buat salah satu rukun islam , sah tak ISLAM?

Anak:eeerrr.......?

Si Anak terkedu. Kalau gua tanya lu orang, boleh jawab tak? Sekarang ni ramai orang tak solat, tapi berpuasa.

Hujung Minggu

Kelebihan Solat Tarawih Malam KeempatbelasMalaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

Minggu baru, semangat baru. Kalau lu orang perasan hampir setiap hari isnin gua akan letak muka mamat ni. Lantak la, blog gua. Dah tentu gua akan letak muka gua. Takkan nak letak muka Jet Lee pula.

Hujung minggu yang baru semalam lepas, gua habiskan masa di gym dan rumah. Serius, tak penat. Sebab rehat cukup. Actually hari jumaat gua tak pergi gym. Rest untuk sehari. Sebab dari isnin sampai khamis gua tka miss langsung. Kali ni gua pergi gym kat perciint 8. Saja nak prvacy sikit. Bukan sebab gua nak teguk 100 plus. Sebab gua nak give more focus on training. Tak ada la asyik berborak je.


See, lu orang tengok sendiri. Gym kosong. Heppy gua trainning. Macam gym bapa gua pula. Nak pose muscle kat cermin separuh bogel pun boleh. Maksud gua berlengging la.

Gua tak mau letak gambar gua berlengging tak pakai baju. Pasal aurat la. Kalau gua l…

Body builder mandul?

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Gua harap gambar ni tak la sexy. Hari ni gua nak cerita pasal gym. Gua start main gym masa gua form 4. Mase tu teringin nak badan ketak-ketak. Because time tu gua montel sikit. So kebetulan kat taman rumah gua ada buka gym.

Masa gua join, member gua sibuk cakap, kalau main gym ni nanti jadi pendek la, bantut la. Tapi sekarang ni gua rasa gua tak pendek. Tinggi lagi ada la. Mungkin zaman tu bebudak, jadi moral support gua pun bebudak la.

Sekarang lain pula ceritanya. Orang cakap kalau main gym nanti jadi mandul. Betul ke?

Dan ada berita kes penceraian pasal laki die ahli bina badan dan mandul. Peliknya, jaguh bina badan negara kita Sazali Samad tu, ada 4 orang anak. Tak mandul pun. Dah menang 7 kali beb Mr Asia. So adakah advice macam ni boleh percaya?

So lu orang rasa macam mana?

Bulan puasa ni, gua pergi gym. Orang ingat gua tak puasa. Pasal gua ri…

Ni muka musuh Allah!

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Lu orang kenal Ariel Sharon?

Dia ni mantan Perdana Menteri Israel. Ni la akibat kalau melawan Allah. Gua dapat e-mail ni dari No2.

Lu orang baca la buat pedaoman.
Subha nallah.... Pembalasan dari Allah SWT atas segala kekejaman nya, maka beringat2 kita sebagai hambaNya, jangan sekali2 melakukan kezaliman terhadap insan lain....!!!! Tubuh Sharon Membusuk Sedangkan Ia Masih Hidup
Semoga Allah SWT menimpakan Azab Nya kepada seluruh Zionist Yahudi yang setuju terhadap pembantaian Umat Islam Palestin & Lebanon. Tubuh Sharon Membusuk Sedangkan Ia Masih Hidup Written by Ummu Raihanah Diberitakan bahawa para doktor di Hospital Hadasa telah memasukkan Ariel Sharon (Bekas PM Israel yang Yahudi)ke ruang operasi untuk dilakukan pembedahan. Ia memiliki luka membusuk dan tidak sedarkan diri se…

Pop-pop

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Gua rasa macam geli je bulu ketiak gua dengar bunyi mercun zaman sekarang. Dulu kat kampung gua, telinga gua ni selalu dengar alunan dentuman meriam buluh. Macam bunyi meriam betul. Sekali meletup, satu kampung boleh gegar..

Sekarang ni, gua asek dengar bebudak main mercun pop-pop je. Kalau yang terer sikit mercun papan.

Nasib ada yang main mercun papan, kalau tak lagi bertambah sayu gua tengok bebudak ni main mercun pop-pop dengan bunga api je.

Anak buah gua tak tahu wujudnya meriam buluh? ceh hidup kat mana budak ni?

Seliparku seliparmu jua

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

Gua ada selipar crocs. Warna putih. Gua suka warna putih. Nampak suci. Tapi kalau kotor, wajahnya dah macam penyu bertelur.

Lepas terawih, gua turun tangga tanda gerak geri nak belah dari masjid. Dalam hati zikir banyak-banyak, nak kasi tambah pahala. Gua turun ikut tangga yang gua naik tadi. Maknanya gua letak selipar crocs gua kat situ la.

Gua cari, tak ada. Gua scan lagi, tak ada. Gua miss call, tak ada signal.

"Ai, mana pula crocs gua ni?" Dalam hati dah tak zikir dah.

Kedengaran bebudak bising-bising. Gua tenung diorang. Nampak macam main galah panjang. Macam gua masa berhingus dulu. Tetiba hati gua tergerak nak usha lagi.

Hawau, selipar gua jadi marker line dorang untuk main galah panjang !

Last

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Semalam gua macam ngantuk.

Tersengguk-sengguk gua dengar pak ustaz tu bagi tazkirah. Mata gua pula macam ada gam rasanya. Garu kanan, garu kiri. Bontot gatal, tangan pun gatal.

Tetiba gua angkat kepala sambil mendengar kata ustaz tu," anda semua kenal abang din beramboi?"

Dalam hati gua jawab," siapa tak kenal."

Ustaz tu carry on lagi," adakah abang din beramboi kita, tahu yang ramdhan yang lepas adalah ramadhan terakhir beliau?"

Gua tersentak.

Ustaz tu sambung lagi, "Saya percaya abang din beramboi kita tidak tahu itu adalah ramadhan last dia. Kita bagaimana? Ramadhan kita? Ramadhan lepas dah tinggal sejarah. Ramadhan akan datang tiada jaminan. Pastinya adalah Ramadhan kini. Kita tidak tahu samada tahun ini adalah Ramadhan ni terakhir kita."

Gua terangkat lagi kepala.

Ustaz tu cakap lagi," renung-renungkanlah…

Puting beliung

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan

Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Semalam masa gua pergi baazar ramadhan, gua usha langit memang mengancam gile. Gelap, pastu awan die berat dan sarat. Hati gua mula risau. Jangan la awan yang beratr tu berpusing.

Gua cakap kat member gua," amid cepat mid kita naik motor, sebelum awan tu berpusing baik kita belah."

Sebelah gua ada seorang mamat yang tengah setting motor die tanda nak gerak balik. Gua memang tak kenal pun mamat tu. Tak sangka pula dia pasang telinga time gua ngan amid cakap pasal langit. Gua tengok pas gua cakap cam tu, mamat bergegas giler pakai helmet.

Tengah gua setting kuih nak letak kat motor, mamat tu berlari sambil memcut motor sambil cakap," ui cepat ui! Langit dah gelap."

Kalau lu orang ada kat tempat kejadian memang luorang gelak. Gua cakap main-main je. Tak sangka dia ingat betul-betul.

Walk2

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

Sunday..

Gua balik ke KL. Sebelum gua blah dari melaka, my ibu ajak gua pergi kedai mak handam. Kebetulan sebab nono pun ada.

Serius gua ingat senang je nak cari baju pengantin yang enak di ratap oleh mata gua. Memang bila dah sampai, penyakit rambang mata gua pun datang. Hampir sejam gua dan nono 'meeting' pasal baju dengan pelamin.

Last2 gua pilih silver putih. Sebab, gua tengok warna ni nampak suci. Yang ini untuk majlis kat Melaka. Kat Terengganu gua dan nono belum decide lagi.

KL Sogo.

Gua telah membocorkan rahsia gua pada nono. Walaupun rahsia tu amat berat diberitahu, tapi gua rasa sudah sampai masa untuk gua bagi tahu. Maklumlah, kejujuran amat penting di dalam sesebuah hubungan.

Gua cakap dengan nono," sepanjang selama 7 tahun hidup di KL, ini kali pertama saya masuk ke dalam Sogo."

Nampak tak muke toye gua masa menung…

Pantai Peringgit

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima

Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

Balik melaka.

Hari ni gua balik melaka. Bukan seorang, tapi berdua. Dengan nono. Kesempatan gua balik melaka ni, gua memang nak sangat pergi baazar ramadhan kat Pantai peringgit melaka. Sebab gua memang rindu akan meriahnya baazar kat sana.

Nono agak terkejut dengan suasana bazar kat sana. Ialah, penjualnya memang very kreatif menjual. Lebih-lebih lagi kat bro yang jual murtabak. Trademark 'lambat tak dapatnya' bertahan dari sejak hingus gua meleleh lagi.


Tak payah gua kenalkan awek ni. Dia bakal jadi bini gua. Sempat dia snap gambar dia time gua tengak beli kuih tako.

Melepas juga rindu gua nak pergi baazar kat Melaka ni. Ya la, gua rasa lepas ni gua hanya akan balik melaka masa raya nanti. Serius gua cakap, Putrajaya punya baazar memang kalah teruk la dengan bazar pantai peringgit.

Cop, sebelum tu gua …

Murtabak Vs Asam Pedas

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga

Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Gua memang suka pelbagaikan makanan gua. Kengkadang gua terfikri nak makan Nasi dagang dengan asam pedas. Bila gua cakap macam tu, dorang kata gua ni mengadaptasikan tanah kelahiran nono dan gua. Nono orang terengganu, gua plak anak melaka piau.

Kelmarin gua dah cakap nak makan murtabak. Then dalam jiwa gua membuak-buak nak makan asam pedas ikan pari.

Secara pantas gua dan member rumah gua pergi pasar beli ikan pari.

Lu orang jangan ingat Mrfeckry ni tak masuk pasar. Gua boleh je masuk pasar. Ni kali kedua tau gua masuk pasar kat Seri Kembangan tu. Kali pertama tahun lepas. Pun sebab nak beli ikan pari. Gua bukan tak suka masuk pasar. Dulu gua dah bosan ikut ibu gua masuk pasar.

So semalam tercapai hajat gua nak makan murtabak sambil mencicah dan meratah asam …

Bazar dah macam konsert

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua

Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

Semalam hari pertama gua jalan pi bazar Ramadhan. Saja nak jalan-jalan cari juadah. Bila gua gerak dari office, jalan memang gile dah jem. Nasib gua naik motor. Kire tak ada hal la. Sampai rumah, gua relax jap. Lepak tengok tv sambil angkat dumbell.

Tepat pukul 6.15 petang, gua berdesup pergi bazar. Giler, kat bazar macam ade kate perry tengah gelek-gelek pula. Bapak punya ramai manusia.

Gua tengok kebanyakkan gerai sold out. Memang rezeki bulan ramdhan ni mencurah la. Gua nak cari kuih pun payah.Gua cari juga mana tau ada murtabak. Tapi semua gerai yang jual muratbak, semua dah sold out. Last-last gua pergi beli kat gerai makcik yang dekat giler dengan rumah gua.

Cucur udang dengan kuih popiya. Cukup la. Sebab semalam budak rumah gua masak.

Hari ni gua nak turun juga kat bazar. Nak cari Murtabak! Gua rindu bubur lambuk ibu gua la.

Sambutan Hangat!

Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Semalam gua pergi surau dekat taman kota perdana. Serius ramai. Lebih kurang separuh dari solat jumaat. Best2. Gua doakan susana macam terus kekal sampai ke malam 30. Ada satu yang menarik. Gua perasa seorang budak berambut perang habis solat terawih.

Semoga budak itu peroleh hidayah Allah.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Esok 1 ramadhan. Hari ni ada perhimpunan bulanan ofice gua. Di sebabkan esok bulan ramadahn so band gua telah decide untuk nyanyi lagu yang bertemakan Ramdhan.

Lu tak percaya gua ada band?

Band Rimba Bara gua. Takkan lu orang dah lupa?

Band gua telah mendendangkan lagu Ahlan Waasahlan Ya ramadhan yang pernah di popularkan dari kumpulan nasyid kontemporari Rabani. Serius. Naik pecah anak tekak gua jerit lagu tu. Mana taknya, nak ikut suara macam Ustaz Asri. Mana dapat.

Gua punya suara dah la lebih kurang macam awang BPR.

Dah-dah, lu orang pergi cek niat puasa, doa buka puasa, cara-cara membatalkan puasa, dan segala tertib puasa. Semoga puasa kali ini lebih bermakna buat lu, gua dan kita semua.

Ahlan wasahlan ya Ramdhan...!

Wait

Gua masih menunggu..

Lu orang jangan tanya apa yang gua tunggu. Biar gua saja yang tahu. Apa yang gua tunggu ni sangat berat.

Ujian. Gua teringat lagi kata Dr Fadzilah Kamsah. Setiap manusia akan menerima ujian. Something wrong kalau seseorang itu tidak menerima ujian. Ya betul, something wrong kalau kita tak terima ujiankan.

Dan Allah Maha Adil dan Maha Penyayang, ujian2 yang diberiNya adalah mengikut kemampuan masing-masing insyaAllah.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmati…

Usia dan jantina buat terbatas ke?

Lu orang nampak ini gambar?

Apa lu orang pikir? gua gatal suka tengok body pompuan macam ni?Otak lu. Gua cuma nak tunjuk pada mereka-mereka yang cakap dirinya dah tak boleh bersukan. Lebih-lebih lagi gurl yang dah mula berumur.

Jantan pun lebih kurang. Masa terluang dibiarkan saja untu melengkau atas katil. Kalau boleh ahad tu, di gunakan sebaik mungkin oleh mereka untuk melengkau di atas katil. Itulah yang di namakan pemalas nak mampus.

Nanti bila umur baru masuk 40 sibuk datang hospital, sakit jantung la, kencing manis la, darah tinggi la. Makan macam anak jin. Bersukan jauh sekali.

Kita sebenarnya boleh pilih untuk hidup sihat. Kenapa kita pilih untuk mati cepat akibat pemalas?

Pada gua, sukan dapat jadikan kita manusia yang berkeyakinan tinggi. Buat apa pun confident. Kawan pun ramai.

So pada yang perasa dah tua, tidak kire lelaki atau pun wanita jangan stop bersukan. Memang betul kita mungkin tak mampu wakil negara untuk sukan. Tapi apa salahnya kita bersukan untuk kebaikan diri sendir…

Sport is over?

Sukan..tahun ni memang gua gile bersukan. Kalau gua review balik posting gua kat blog, memang banyak story pasal sukan.

Gua pun tak tahu la kenapa tahun ni gua boleh jadi aktif yang teramat sangat dengan sukan. So gua saja nak usha balik kenangan gua dengan sukan.

Inilah tournement yang gua rasa terakhir untuk tahun 2010 ni. Tarik tali peringkat Kementerian Kewangan. Gua dapat johan.

Acara tarik tali peringkat sukan perbendaharaan Malaysia. Team gua masa ni cuma dapat no 2. Tapi kira puas hatila sebab dapat masuk final.

Team bola treasury. Gua agak terperanjat sebab gua telah dipilih untuk mewakili jabatan gua dalam bola sepak. Maklumla, gua dah lama tak main. Skill pun dah pudar. Tapi ok la.

Pengalaman sentiasa membantu. Game ni hanya peringkat kumpulan saja pencapaiannya.

Ini kenangan masa tournemnt tarik tali mewakili masjid bandar baru puchong. Kalau tak silap gua, ni adalah game tarik tali pertama untuk gua dalam tahun ni.

Champ juga gua masa ni.

Ini pula kenangan masa masuk tournemnt r…

The arrivals-4

Baru-baru ni sibuk gua dengar pasal lambang setan kat Man United. Memang kat lambang Man United tu ada setan. So macam mana?

Jangan ingat Man utd je yang berlambangkan setan, majoriti kelab bola sepak yang terkemuka kat dunia ni, semuanya mempunyai unsur-unsur setan. Chelsea ke, liverpool ke semuanya ada. Pepandai la nak lu orang naj judge.
Seingat gua la, gua pernah terbaca kat dalam sokernet.blogspot. Menurut pembacaan gua, Pope laknatullah dari Vatican telah mengharamkan penggunaan atau sebarang pemakaian jersey portsmouth. Pope tu kata sebab ada lambang yang berunsurkan Islamic.

Kita macam mana? dok diam sambil memkakkan telinga. Nampaknya gua akan mencabut poster Man utd yang tertampal kat bilik gua tu.

Saksikan clip arrival ni. Pasti lu ada info menarik untuk lu orang tersentap!

Gua kena mencongak ni. Pasal tak lama lagi banyak kenduri kahwen kena pergi . Maklum la, budak sekolah pun dah boleh kahwen.......kan?