Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Manusia Agung!


Selamat menyambut Maulidur-Rasul


Kita sekarang lebih kenal artis daripada Rasulullah, lebih menyambut Hari Valentine daripada menyanjung Rasulullah. Pelik! Pelik! Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.

Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.

Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi "St. Valentino" daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.


BIODATA RASULULLAH S.A.W.

    • Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim

    • Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah
    • Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
    • Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
    • Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
    • Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
      perempuan bapa Rasulullah SAW)

    • Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
    • Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
      Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).



USIA 5 TAHUN


· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.


USIA 6 TAHUN


· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.


USIA 8 TAHUN


· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun


· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.


USIA 20 TAHUN


. Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan


pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja..
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.


USIA 25 TAHUN


· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN


· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.


USIA 40 TAHUN


· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.


USIA 53 TAHUN


· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


USIA 63 TAHUN


· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi..


ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W


§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab)..
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).


ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W


1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '


ANAK TIRI RASULULLAH S.A.W


Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).


SAUDARA SESUSU RASULULLAH S.A.W


IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN


1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN


1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW


(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)


1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya..


Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )


اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم


Nabi Muhammad SAW - Manusia agong



KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W.. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw...
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripadad biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih..
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi daripadad mereka.


KESIMPULANNYA :


Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Fakta ini aku dapat dari e-mail aku pagi tadi. Sempena Maulidur rasul aku nak share benda ni dengan semua. Semoga kita bersama mendapat ma'anfaat. Marilah kita perbanyakkan selawat ke atas nabi s.a.w dan menjadikan amalan sunnahnya sebagai pakaian kita.

16 buah fikiran!!!:

Oh mat Ganja


Oh mat ganja...
Batang betik botol coca cola
Ganja datang dari pulau jawa
Lalalala....

Pernah dengar lagu ni? Kalau main gitar code dia C, am, f, g.

Lagu ni tesen yang ajar gua( aku masih orientasi dalam guna ganti nama ini) main. Gua senang dapat lagu ni, pasal senang giler.

Gua nak cerita pasal ganja. Lu orang nak dengar or not itu lu orang pasal.

K, gua tahu story ganja dengan student IPT memang tak boleh di pisahkan. Bohong le kalau lu orang tak pernah dengar. At least yang awek tu, mesti pernah dengar classmate lu orang ambil benda ni kan.

Dalam pengalaman gua, gua tak isap. Tapi member gua dulu ramai yang isap benda ni. Ganja atau lebih dikenali sebagai canabis atau hemp memang top la bagi bebudak IPT. Pasal ini satu-satunya jenis dadah yang murah. Pasal tu Bob Marley tanam kat Jamaica pokok ni.

Meh gua nak cerita pasal bahayanya ganja bagi orang yang tak isap. Boleh sampai mati tau.

Cerita dia begini. Gua telah di datangi oleh member gua yang gua panggil Fabb. Dalam gua lepak dengan dia, dia story kat gua.

"Zul, kau tau ada member aku kantoi ganja. Kena tuduh pengedar." kata fabb dalam memulakan ceritanya.

"Camner plak dia boleh kena tuduh camtu, bahaya bro. Kena gantung nanti."tambah gua dengan penuh semangat.

"Mamat ni la, dia datang rumah member dia, bebudak rumah tu tengah layan. Memang banyak giler ganja kat rumah tu. Ada yang tengah packing, ada tengah layan. Tetiba, polis datang rush. Semua kantoi positif ganja. Member aku sorang je yang negatif," story fabb.

Fabb tambah lagi," Sebab dia tak hisap, jadi result air kencing member aku tu negatif. Polis pun tuduh dia pengedar. Tadi aku jumpa adik dia, adiknya kata dia sekarang ni tengah fight kat court untuk tukar hukuman gantung jadi penjara je."

"Peh hancur siut hidup member ko tu," itu je yang mampu keluar dari mulut gua.

See, lu orang tengok. Bahaya tak. Kalau lu orang kat tempat mamat tu, apa lu orang nak buat bagi membuktikan yang lu orang bukan pengedar.

Mamat tu cuma nak jumpa kawan je . Alih-alih kena tangkap dan di tuduh pengedar dadah.

Jangan ingat ganja ni boy je yang layan tau. Dorang tu memang ramai la. Tapi gurl pun sama saja sebenarnya. Gua juga pernah lepak dengan gurl ramai-ramai sambil dorang melayan ganja ni.

Tapi gua tak terjebak. Pasal iman gua ingat kt lagi kat mak bapa gua kot masa tu.Hahaha..(bongkaknya).

Okla story ni, gua biar dulu, sebab gua mau makan . Maggi gua sudah kembang.

2 buah fikiran!!!:

Zina sana sini


PANTUN MAKSIAT
Yang perempuan pakai mini sekerat,
Suka pakai baju ketat,
Suka pulak menunjukkan pusat,
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat,
Pakai pulak yang sendat-sendat,
Kadang-kadang sampai nampak yang tersirat,
Tak kire bujur, tak kira bulat,
Bila dah macam tu sape lihat pasti tercegat,
Bila dah tercegat, silap gaya jadi gawat,
Bila dah jadi gawat, bohsia bohjan lagi dahsyat,
Duduk jauh berkirim surat,
Bila berjumpa tangan berjabat,
Kemudian, pakat lawan peluk erat-erat,
Mase tu, mafas naik tersekat-sekat,
Usah dipedulilah agama dan adat,
Usah ditakuti ALLAH dan Malaikat,
Yang penting ape yang kita nak buat, kita buat,
Akhirnya, bila dah buat perut kempis jadi bulat,
Bila perut kempis dah jadi bulat,
Maka tunggulah lahirnya anak-anak yang tak cukup sifat,
Maka jam tu kita tengok bayi dibuang merata tempat,
Maknanya ketika itu, iblis mula melompat,
Bila iblis mula melompat,
dia (iblis) kata apa? “ habis manusia dah masuk jerat,
“habis manusia telah tersesat”
Inilah dia fenomena masyarakat,
Oleh itu wahai saudara saudari dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa kita mungkin menghadapi HARI KIAMAT,
Sampailah masa kita semua akan berangkat,
Berangkat menuju ke negara Akhirat,
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat,
Masa itu, sendiri mau ingat,
Umurmu banyak mana mu buat ibadat??
Zaman muda mu apa telah mu buat??
Harta benda anta dari mana anta dapat??
Ilmu anda adakah anda manafaat??
Semoga ia dapat mengingatkan kita meninggalkan maksiat,
Dan memperbanyakkan ibadat,
Dan banyak bertaubat,
Habis pantun Maksiat….

---- USTAZ AKHIL HAYY----

Pantun gua ambil dari Ustaz Akhil. Sekali baca memang lawak giler..tapi dalam maksudnya.

Ok gua(aku sedang dalam orientasi menggunakan kata nama ini) agak terkejut dengan berita kes ulama saman ulama, pastu hari ni imam saman persatuan penduduk.

Gua rasa semacam je dengan fenomena ni. Gua cuma nak pesan, jangan salahkan masyarakat kalau masalah sosial menjadi-jadi. Ulama pun dok gaduh. Sedih. Tapi itu hanya segelintir.

Masih ramai lagi yang berjuang menyebarkan dakwah.

Gua terbaca kes hukuman sebat kat blog mahaguru58. Gua rasa kita patut bagi credit pada Kartika. Sebab dia pencetus isu hukuman sebat. Mula-mula gua rasa minah ni nak publisiti. Tapi setelah gua relax dan cool dulu, baru nampak natijahnya.

Sebab isu hukuman sebat ni, kat surat khabar hampir setiap hari ada cerita pasal cara dan hukum. Gua nampak secara tak langsung masyarakat dapat sedikit sebanyak pendedahan hukum Islam ini. Memanglah hukuman ni masih tak dijalankan. Tapi masyarakat secara tak langsung di bawa bersama untuk berfikir dan mengkaji tentang hukuman ini. Para ulama pula masing-masing mengeluarkan pendapat dari kotak minda dorang.

Memang best. So tak salah gua bagi credit kat Kartika.

Lebih mngejutkan, kalau tak silap gua ada 3 kes zina yang akan di kenakan hukuman sebatan sebelum kartika kena. See..nampak tak natijahnya.

Baru betul. Andai hukum sebat ni di jalankan ke atas pesalah zina, gua rasa boleh kurangkan masalah zina. So Jabatan agama Islam akan kurang kerja masa malam Valentine.

Ini semua bukan kebetulan. Isu ini adalah hasil dari kronologi kes kartika. Allah tidak akan menjadikan sesuatu dengan alasan kebetulan.

Samada hukuman ini di jalankan atau tidak, sekurang-kurangnya masyarakat kita kat Malaysia sudah mula tahu tentang hukum hudud. Walaupun tidak kepada keseluruhan, tapi sebagai permulaan itu sudah cukup baik.

Cerita Zina, gua nak tanya lu orang, kenapa zina ni berlaku dengan galaknya sekarang? Silap-silap jiran lu orang kat belakang rumah ni tengah berzina pun lu orang tak tahu. Jawapannya lu orang boleh dapat dari pantun kat atas.

-:gua bukan nak tukar blog ni jadi genre agama, just 4 sharing:-

4 buah fikiran!!!:

Salah ke sambut valentine?

Dulu masa sekolah masa naik basikal aku selalu cakap," panas la.."

Pastu member aku mesti cakap," ala kat akhirat lagi panas."

Sekarang ni kalau korang pearasan, cuaca panas gila. Kat Office aku sampai terpaksa maintanance tambah power econ. Serius memang panas.

Ok, gua nak cerita pasal Happy valentine. Ceh gua..tak salah ek kalau kali ni pakai ganti nama gua. (Nampak macam trend muda mudi alaf baru)

Sengaja hari ni gua nak citer pasal Valentine. Pasal banyak pendapat yang bercanggah-cangah. So gua nak bagi pedapat gua. Secara tegas gua mengatakan boleh menyambut valentine. Tetapi biar beradap sikit.

Orang salah anggap, hari valentine mesti di sambut dengan buat benda tak elok. Kalau tau tak elok lu orang jangan la buat.

Sejarah valentine ni terjadi berkisarkan kasih sayang seorang bapa pada anaknya. Kita ambil intipati kasih sayang le. Tapi tidak semestinya mesti nak sambut kena ada awek. Aku ada story, seorang anak membelikan bunga pada ibunya sempena hari valentine. Apa lu orang rasa? Lagi best perasaan kasih sayang tu kan.

So, kenapa mesti cakap haram dah tak boleh sambut. Pada gua boleh, tapi tengok cara lu orang sambut. Lu sambut cara salah, jadi salah la.

Sama juga hari ibu, lu orang sambut. Tapi tak pula cek history hari ibu yang sebenar apa?

Tapi April Fool gua memang sarankan lu orang jangan sambut. Pasal history dia tak elok. Tentara islam tertipu dengan tentera kafir.

Gua teringat satu cerita, ini cerita benar. Seorang muallaf(saudara baru islam) telah membawa seluruh keluarganya memeluk agama islam. Namun cabaran dia hadapai sangat dahsyat. Sehinggakan saudara-maranya mengugut untuk membunuh mereka. Saudara muallaf ni dah tak tahan. Dia minta perlindungan pada polis dan juga jabatan agama ISlam.

Sehingga satu malam, ancaman tu menjadi kenyataan. Beliau sekeluarga di bunuh kerana berdegil mahu kekal dengan agama Islam . Yang paling sadis sekali gua rasa anak baby muallaf tu di bunuh juga. Bayangkanlah betapa seorang ayah yang sedaya upaya menyelamatkan keluarga demi agama.

Allah Maha Penyayang. Maka mereka sekeluarga syahid malam itu. Tahukah lu orang malam apa itu?

Malam Valentine.

Gua ulang, pada malam valentine, seorang bapa dengan perasaan kasih dan sayang pada agama Islam telah berjuang pertahankan agama. Dengan perasaan kasih dan sayang beliau cuba selamatkan nyawa keluarga dia sendiri.

Seriusly gua tabik pada muallaf tu. Berjaya membawa keluarganya memeluk agama Islam dan membawa sekali menjadi pada syuhada.

Itulah nilai kasih sayang. Ini cerita betul dan telah di dedahkan oleh seorang peguam di Malaysia.

Mungkin lu orang kata itu kebetulan dengan hari valentine. Tapi, just fikir, tuhan tak jadikan sesuatu dengan hanya alasan kebetulan.

So gua sedekah al-fatiha pada mereka ini.

Kali ni meggy gua belum kembang..pasal gua belum sempat jerang air lagi..

19 buah fikiran!!!:

Tersingkir awal

Beckham tiru gaya aku

Hidup hujung minggu penuh dengan bola.

Sabtu lepas dengan suke-sukenya dan rasa agak bengong kau dan member aku masuk futsal karnival putrajaya.

Serius gila,team mate ada pula yang tak cukup.

Call Zack, dia cakap," aku on da way ni dari LCCT. Korang main dulu, nanti aku sampai."

Aku tanya shah," adik ko mana?

" Adik aku malam tadi nak main, tapi pagi tadi aku kejut dia kata dia dia nak tido," jawapan yang betu-betul menaikkan semangat kami sepasukan.

Kitorang turun cukup-cukup. Secara mengejut kitorang telah melantik amed menguruskan Zizou. Lantas amed pun dengan bersungguh-sunguh pergi cek jadual game kami. Memang mamat ni beri komitmen yang begitu jitu.

"Pasukan Zizo dan KBB FC sila ke gelanggang A . Perlawanan anda akan bermula sebentar lagi."

Abe tanya aku," kenapa dia sebut zizo?"

Aku pun menjawab,"Pelat kot orang yang announced tu. Cam petanda tak elok je ni. Dah player tak cukup ni. Sub kita amed je pula tu."

Masa nak masuk gelanggang, Azim selaku ayam tambatan team aku tanya," tadi masa nak pergi mak aku tanya nak keluar pergi mana?"

"Dah tu kau bagi tau ke kita masuk tournement futsal?" tanyaku balik.

"A'ah, ni kalau kalah kite terus balik ke," Azim tanya lagi pada aku.

Aku pun menjawab, " dah namanya kalah mati. Kalah balik le ."

"Adus, kalau balik awal ni mau segan ngan mak aku," keluhan azim yang boleh dikira membakar semangat kami untuk berjuang mati-matian.

Perlawanan kami dengan KBB FC bagaikan buku bertemu ruas. Babak separuh masa pertama, kami di asak bertalu-talu. Sambil aku menjaga gol aku terdengar cakap-cakap dari luar," nasib team Zizou ni ada keeper baik. Kalau tak dah lama kena dah Zizou ni."

Aku menjeling ke arah penyokong yang berkata sedemikian sambil meleparkan senyuman mesra.

Abe dan azim cuba melacarkan serangan yang hebat. Abe membawa bola dan berjaya melepasi seorang pemain KBB FC dengan skill silang Christiano Ronaldo. Sambil mengerling ke arah penjaga gol lawan, Abe membuat hantaran silang yang agak melencong ke arah Azim.

Sedar dengan hantaran abe, Azim dilihat tidak mahu melepaskan peluang keemasan. Lalu Azim melompat dengan jarak yang agak tinggi dan membuat satu tendangan basikal yang amat menakjubkan.

Hebat sekali bola yang terhasil dari tendangan basikal azim. Putarannya membuatkan penjaga gol tergamam.

Pang! aduh terkena bucu palang pula. Sayang sekali bola tu tak masuk dan mengigit jaring gol. Jika tidak sudah pasti gol itu akan diiktiraf sebagai gol terbaik di Asia.

Sejam setengah selepas kejadian itu.

Azim call aku," tadi mak aku tanya, kau pergi ke main bola? Awal sangat balik. Biasa sampai dua jam kau pergi baru balik. Aku jawab kat mak aku, Pengadil tertingal wisel. Game tadi cancel."

Aku hanya tergelak sambil membaca surat khabar metro .

Rasanya korang fahamkan result game tadi. Tak payah cakap korang boleh tahu.

Alamak, maggi aku sudah kembang.

-: Kenapa Man U kalah dengan evertone?:-

8 buah fikiran!!!:

Entry301


Entry 301..

Banyak giler aku dah posting. Banyak cerita aku dah share. Memang sah dan jelaslah aku sudah menjadi blog addicter. Boleh dikatakan hampir setiap hari aku post entry kat blog ni.

Blog ni dah macam jadi diary aku pula.

Aku terdengar Fadzilah Kamsah cakap, orang yang cemerlang mesti ada diary. So blog ni boleh di anggap published diary. Blog ni bahaya juga. 1st sebab orang baca. Pengaruh dari bahan bacaan ni kuat. Sebab tu tulis jangan pakai nafsu. Kena pakai otak.

Satu lagi, blog ni adalah cermin diri kita. Melalui penulisan pembaca boleh tahu pasal kita. Pula tu ada yang letak gambar dan video. Lagi la orang tahu.

Cikgu bahasa melayu aku yang bernama azeran bin osman pernah cakap," nak bagi orang, mestilah bagi yang baik-baik. Baru ikhlas."

Orang kata, blogger ni bodoh and every writting ni bodoh. Serius aku dengar sendiri dengan telinga aku. Alasannya sebab mereka menulis dengan penuh sentimen dan tergopoh gapah. Tanpa usul periksa.

Aku tak salahkan orang tu, sebab good listener is good speaker. Good reader is a good writter. Terpulanglah pada mereka nak kutuk dan mencerca blogger.

Blog dah jadi stu fenomena. So kepada mereka yang masih mengutuk blog, bukan aku salahkan mereka. Itu hak mereka. Kerana blogger juga ada yang mengutuk. Tapi, sekurang-kurangnya blog mendidik supaya kita rajin menulis dan membaca.

Kerana sifat ni semakin kurang. Ya, orang suka membaca. Tapi tak ramai yang suka menulis.

Okey, banyak mengarut pula. Aku ada satu pesanan, memandang aku adalah addict blogger, kalau korang perasan aku tak update dalam sebulan, better korang sedekahkan aku al-fatiha dan doa banyak-banyak kat aku. Sebab aku pun tak tahu mana aku masa tu.

Sebab adalah mustahil untuk aku tak update blog ni walaupun dalam masa 5 hari sekali. Pada teman yang kenal, korang try la call aku mase tu. May be something happen kat aku.

Dah la, meggy gua sudah kembang..so gua stop dulu..

18 buah fikiran!!!:

Wanita Merah

Lady in red...

Dulu masa sekolah. Time tu aku jadi penolong ketua pengawas. Kira best juga la jawatan tu. Ada satu story aku nak share.

Time tu baru habis time rehat. Kebetulan aku masa tu nak naik ke kelas aku. Tiba-tiba aku perasan macam ada party depan library. So dengan rasa berwibawanya aku, aku pergila usha. Patutlah ramai yang berkerumun . Memang ada show.

Ada geang perempuan nak fight-fiight. Comfirm la bingit. Bebudak sejantina dengan aku seronok la ada free show.

Bebudak perempuan yang nak gaduh tu semua aku kenal. Ala, member-member aku juga. Geng pari-pari dengan lady pinky . Mula-mula dorang perang mulut je. Memang kecoh. Tapi lama kelamaan akibat dah tak tahan dek cacian dan makian, leader team pari2 tu pun dengan selamba menggunakan buku log yang keras untuk menghentak sekuat-kuatnya pada kepala leader lady pinky.

"Aduiiii!" Jeritan dari budak perempuan yang digelar leadar lady pinky. Lantas gelanggang pun di buka.

Situasi seperti perperangan antara vietnam dan kemboja. Keadaan menjadi semakin tidak terkawal. Sepak terajang pun bermula umpama kilat sabung menyabung. Setiap pukulan di balas sepakan.

Walaupun kaki dan tangan mereka bergerak dan memukul, masih lagi sempat mereka memaki dan mencaci. Semangat lady pinky dan team pari2 semakin membuak-buak apabila melihat pakwe-pakwe mereka memberi sorakan tanda sokongan.

Mungkin di dalam fikiran hati mereka," inilah masa aku nak tunjuk power aku depan pakwe."

Tetiba guru disiplin bertudung labuh sambil tangannya membawa rotan panjang berlalu di sebelah aku.

"Zul! Kenapa kamu biarkan mereka bergaduh?" tanya cikgu seolah dalam keadaan terdesak.

Aku tak tahu nak jawab apa, macam mana aku nak stopkan pergaduhan mereka. Takkan aku nak mencelah di kalangan puluhan bebudak perempuan yang cun-cun tu? Sambil seronok memantau situasi tu aku menjawab," saya tidak terdaya untuk menghentikan tangan yang bakal dan mampu menggoncang dunia itu."

Kalau korang, mesti pening macam aku. Ya la, kalau aku masuk, da comfirm kene kutuk dengan bebudak laki lain. Pastu kalau tetiba aku tak perasan dan dicepuk oleh bebudak perempuan tu lagi aku malu. Di mana aku mahu meletakkan kemaluan aku ketika itu?

So, apa nak buat selain hanya join bersorak. Bukan senang nak tengok gusti perempuan secara live.

Shit, ada budak perempuan kat office aku macam minta saja di maki oleh aku. Makin hari makin galak dia menguji kesabaran aku.

Terasa menyirap je aku bila dia dengan sengaja membuat darah aku naik. Aku sedang menantikan keretanya di tepi jalan, lalu aku akan menghimpit keretanya. Apa bila turun, aku akan bagi flying kick ke arah cermin kereta perempuan yang ku anggap sungguh biadap itu.

Setelah aku melakukan tendangan terbang ke arah cermin keretanya, aku akan duduk mencangkung dan membaling mancis yang terbakar ke arah untuk membakar keretanya bersama dengan dia sekali.

Sambil mencangkung aku akan menantikan bunyi letupan dari hasil perbuatan aku itu.

Kill kill! Die! Die!

haha..tergamakkah aku?

7 buah fikiran!!!:

Maggi aku dah kembang

abah selalu pose macam ni bile amek gambar

TB=Tegak berdiri=Tegas Berani-Takut Bini

Walawei..malas gile nak masuk office (walaupun time taip ni aku dekat office). Sungguhpun malas tapi aku bagun dan tegak berdiri.

Rasa macam baru bangun dari tidur.

Mimpi pergi melayang kat kg tok jiring. Adui..kenapa aku kena bangun ni? rasa macam nak tidur je lagi . Tapi macam mana pun aku kena bangun menghadapi dunia realiti.

Seronok pergi terengganu. Jumpa family nono. Banyak giler aku makan kat sana. Kalau korang tengok gambar aku kat atas tu macam aku dah membesar, paham-paham la. Sebab hasil latihan gym selama 3 minggu le...

Tanpa aku sedar, aku sambut sekali Valentine day kat Terengganu. Aku tak sambut pun hari tu. Dan memang aku sungguh trak terniat nak sambut valentine day.Cuma secara kebetulan aku kuar dan jalan-jalan sambil di pandu oleh jurupandu yang comel pada hari itu.

Nono tanya aku," nak pergi mana?"

Aku jawab," Taman Tamadun Islam". Peh Islamic answer aku.

Destinasi pertama, Taman tamadu Islam. Best tempat tu. Sebab dapat tengok duplicate bagunan islam yang bersejarah. Tempat ni memang memenuhi cita rasa aku sebagai seorang yang pecinta sejarah. Paling aku suka tengok adalah Kubah As-Sakhra. Taman Tamadun Islam Terengganu copy hampir 100% dengan yang original yang dekat palestine.

Kalau korang tak tau apa kebenda kubah As-Sakhra, pergi tanya makcik yang jual nasi lemak yang terdekat dengan korang.

Aku usha yang copy pun dah rasa takjub, kalau dapat pergi yang betul-betul punya lagi aku rasa takjub. Kat Taman Tamadun Islam, aku dan nono memaksimumkan agenda bergambar. Rugi kalau tak bergambar kat sana. Sebab bukan selalu nak pergi.

Sebelum belah dari taman tamadun tu, aku singgah masjid kristal. Setakat solat zohor je kat sana. Aku tak nak komen apa-apa pasal Masjid Kristal Cuma aku nak cakap," masjid tu lawa."

Lepas taman tamadun Islam nono tanya lagi," nak pergi mana?"

Jawapan ringkas," Pasar Payang."

Pasar payang memang favourite manusia yang datang melancong kat terengganu. Aku tak tahu kenapa. Harga sama juga . Mahal juga. Tapi setiap orang yang pergi, mesti bawa balik plastik beg yang sarat berbondong-bondong. Aku pun membeli juga kat sana. Sempat capai baju terengganu dan baju kelawar untuk lelaki dan kain pelekat yang dah di jahit jadi seluar.

Antara tujuan ke sana, beli baju batik. Aku beli baju batik dekat pekan Batu 6. Serius harga lain dari yang lain.Nak tau apa yang lain korang pergi sendiri. Sebab mak nono tak bagi aku announce harga dia.

Aku beli dua helai. Dua-dua cun dekat mata aku.

Sebelah petang aku ke pantai. Family nono bawa. Best lepak pantai. Ombak besar. Tak macam kat pantai klebang. Rasa macam nak surfing je. Tapi apa kan daya, tak ada orang buat kat situ.

Lepak tepi pantai ni betul-betul boleh hilangkan stress kat kepala. Bunyi ombak sesah pantai memang satu terapi yang sangat baik. Sakit kat kepala aku boleh hilang kejap.Sesuatu yang menarik kat sepanjang pantai tu, pesta layang-layang. Belambak giler orang main layang-layang kat sana. Macam-macam jenis ada.

Ok, cerita di terengganu aku hold sampai sini. Sebab maggi aku dah kembang..

5 buah fikiran!!!:

Gong Xi Fa Choii

awek ni kata, " gong xi fa choi."-bukan awek Jet Lee

Sebelum aku membebel panjang-panjang, aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada Mr Danny Ong. Sebab Danny ong ni jiran merangkap cikgu aku. Kalau dulu mesti aku dan member aku dengan muka tebal pergi minta ampow.

Haha! Memang tebal muka kitorang. Tapi biasanya Danny Ong tak pernak kecewakan kami. Sekurang-kurangnya kacang, air tin dan angpow comfirm dapat punya.

Okey..cerita banyak taknak..

Cuti raya cina ni aku pergi melancong ke Terengganu. Mesti korang kata ada significant aku nak ke sana.

Awek aku orang sana. Dan cuti raya cina aku pula ke sana. "Apa hal? Tak boleh ke?"

Kalau mngikut firasat bebduak office aku, aku akan ke sana atas alasan pertunangan. Tu cuma jangkaan dorang. Tapi biar aku perbetulkan sebelum ada yang tersilap buat andaian. Aku ke sana cuma bercuti. Bukan pergi meminang anak orang.

Actually aku terpaksa menangguhkan plan kitorang nak buat Istana mahligai. Sebab, aku rasa perlu di tangguhkan dulu. Walaupun sedikit harapan supaya ia menjadi tahun ini, tapi aku menyatakan awal-awal di sini ia terpaksa di tangguhkan.

Tangguh sampai bila?

Tempohnya akan aku beri tahu.

May be tahun ni aku belum lagi berkesempatan untuk tukar status. Dari bujang ke laki orang.

Cerita preparation nak pergi terengganu. Aku dah standby pamplet welcome to terengganu bebanyak. Sebab aku nak usha tempat-tempat yang cun-cun kat sana. Dari kecik aku selalu bayangkan Terenganu tu best je. Maklumlah dah lama gila tak pergi.

Seruisly aku akan jumpa family awek aku. So memang awal-awal aku dah beli kamus loghat terengganu. Sebab, faham-faham la aku ni bukan pandai cakap loghat terengganu. Mahu tercengang aku bila dorang cakap nanti.

Dulu hang tuah pernah ke Pahang seorang sebab nak tackle Tun Teja. Kali ni, cicit dia pula nak datang negeri Megat Terawis ni untuk tackle Nono.

Aku akan guna taktik hang tuah. Ala korang mesti pernah tengok cerita Hang Tuah lakonan P.Ramlee kan. Masa nak ngorat Tun Teja, dia ambil inang Tun Teja jadi mak angkat. So, aku akan guna taktik yang sama juga.

Kalau tok aku tu boleh buat, aku pun boleh buat.

Hopefully perjalanan aku ke sana akan membawa kenagan dan pengalaman yang best. Ini kali kedua pergi terengganu. Dulu pergi pun dengan rombongan sekolah.

" Jaga ko zul, bapa dia tunggu ko sambil asah parang," kata rasief bro sebelah meja aku.

Mesti korang kata," mamat ni perasan ke dia ni cicit hang tuah?"Terpulang kat korang. Yang pasti aku tahu.

Terengganu!!!!Tunggu!!!Aku cabar engaku!!

-ntry ni bukan nak cerita pasal awek-

14 buah fikiran!!!:

always be there

Maher Zain- seorang pemuda berasal dari Stockholm, Sweden. Beliau merupakan saudara baru di dalam Ugama Islam. Aku rasa cam perlu jer share lagu ni dengan korang yang baca blog ni.

Lantakla korang nak kata, " ape hal pula layan nasyid ni..cam poyo je.."

Kalau korang ada terdetik kat hati untuk cakap cam tu, aku nasihat denga dulu.

Serius shit, aku bukan nak berlagak alim. Tapi takkan setakat dengar lagu nasyid macam ni dah boleh claim jadi alim?

Kat sini aku share dengan korang lirik dan clip lagu ni. Hopefully korang dapat beri masa dan hayati lirik lagu ni. Aku rasa part paling sayu kat lagu ni kat lirik ni.

Lirik ni betul-betul mengajak kita supaya banyak bersabar dan sentiasa berdoa pada Allah.

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As He promises to you
He’ll always be there
To bless us with His love and His mercy coz
As He promises to you
He’ll always be there

Cuba faham betul-betul..kalau tak tersentuh tak tahu la. Pada mereka-mereka yang tengah sesak atau susah, korang akan tenang bila faham lirik ni. Sabar itu separuh dari iman..

Jom click!

video

Allahuakbar…

If you ask me about Allah
And what I know about it
I’ll answer will be .....

It’s everything about Allah
The pure love to our soul
Who have created you and me,
The heaven and whole universe
The One that made us hold and free
The Guardian of His True believers

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As He promises to you
He’ll always be there
To bless us with His love and His mercy coz
As He promises to you
He’ll always be there

He’s always watching us, guiding us
And He knows what’s in our little heart
So when you lose your way to Allah
You should turn
As He promises to you He’ll always be there ...

Could bring the sun from the darkness
Into the light
Subhanallah
Capable of everything
Should never feel afraid of anything
As long as we follow His guidance
All the way through a short time
We have in this life
Soon it’ll all be over
And we’ll be in His heaven
And we’ll all be fined

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As He promises to you
He’ll always be there
To bless us with His love and His mercy coz
As He promises to you
He’ll always be there
He’s always watching us, guiding us
And He knows what’s in our little Heart
So when you lose your way to Allah
You should turn
As He promises to you He’ll always be there

Allahuakbar

Harap korang suka lagu ni, dan dengar la ulang-ulang. Sebab sekurang-kurangnya sambil dengar lagu ni sempat juga kita sebut Allahuakbar.

Just for sharing..

4 buah fikiran!!!:

Zizou 1st meet


Akhirnya, dream aku dan abe untuk wujudkan team Zizou menjadi. Semalam Secara rasminya team Zizou telah mendaftarkan diri untuk tournement futsal terbuka Putrajaya.

Player pun dah select dah. Rasanya semuanya best-best. May be boleh beat team aku dan abe dulu.

Semalam 1st meeting Zizou. Walaupun tu bukan pertemuan 1st kitorang, sebab selama ni memang setiap rabu main futsal. Nak cari keserasian tu, rasanya aku dan Abe cari setahun. Mulanya aku ingat tak jadi je angan-angan kitorang, tapi sebab Abe macam bersungguh ajak join main futsal dengan budak MDEC, so aku pun turun main sekali.

Serius masa 1st memang ayam. Tapi sekarang, dorang tahu la siapa aku.

Ok, back to putrajaya tournement.

20 feb ni , kitorang join tournement tu. Ni 1st tournement bagi team baru aku ni. Rasanya tak ada masalah sebab dah banyak kali friendly dengan bebudak MDEC. Bebudak MDEC ni power-power. So banyak rasanya kitorang belajar kat situ.

Nak di jadikan cerita, hazrile budak staff sebelah meja aku pun join tournement tu. Hahaha, rasa tak sabar nak jumpa team dia.

Lama rasanya aku tak join tournement futsal. Masa kolej dulu banyak la. Hopefully the miracle will be on our side.

Insyaallah.

2 buah fikiran!!!:

Bonus daripada penaja utama


Tajuk entri tak ada kene mengena dengan posting aku kali ini. Tajuk tu aku hanya copy dari inbox Xpert 11 jer.

Apa perasaan korang bila nak bayar tol tetiba korang perasan wallet hilang?

Ceh! Aku terkena minggu lepas. Jumaat lepas aku balik Melaka. Perjalanan petang jumaat memang memaksa pemandu kereta banyak bersabar dan berzikir. Jem gila highway nak ke Melaka. Bayangkan, aku bertolak dari pukul 6.30 petang dari putrajaya pastu aku sampai tol ayer keroh pukul 9 malam.

Selalunya aku hanya perlu ambil 30 ke 45 minit je dari tol kajang ke tol ayer keroh without speedtrap. Korang bayangkan je betapa sangap aku dalam kereta masa tu.

Sampai dekat RnR ayer keroh, aku berhenti solat jap. Jamak je terus dengan isyak.

Aku teruskan perjalanan. Sampai la tol ayer keroh, dengan keadaan kaget aku perasan yang wallet aku tak ada. Dengan sepantas kilat aku drift ke tepi jalan. Drift yang aku buat masa tu hampir kepada aksi donut yang aku belajar dari tengku jan .Cari-cari punya cari tak jumpa. Aku menjadi semkin hampa sehampa-hampanya.

Terfikir juga masa tu nak follow kereta yang nak bayar tol tu dekat-dekat pastu bila kereta depan dah bayar tol semestinya palang terbuka. Dan aku akan pecut time tu.

Last-last, alternatif yang ada, call acik suruh dia datang bagi duit untuk bayar tol.

Lepas acik datang, aku turn balik kat RnR Ayer keroh. Puas aku cari. Tetapi masih berkeputusan hampa. Aku menjerit sambil melaungkan, " mengapa ini semua terjadi pada ku?" Tapi cuma dalam hati.

So tak ada cara lain. Aku tanya orang kat situ pun tak tau. Kebetulan ada pekerja bangla kat situ. Aku cuba tanya Bangla tu," Assalamualaiku, tumpang tanya . Ada tak u nampak wallet warna putih jatuh kat area sini?"

Bangla tu jawab," Wa'alaikumusalam.Owh, ada-ada. Mari-mari."

Lega aku aku masa tu. Masa tu aku terasa sinar kembali pada hidupku.Tetiba bangla tu tanya lagi," Mana u punya kereta?"

"Kenapa dengan kereta?" Aku tanya balik dalam keadaan yang musykil.

"Kata mau tukar itu tayar," jawaban yang buat aku rasa nak ghembat je bangla ni. Rupanya dia tak faham apa aku cakap.

Aku pulang rumah dengan penuh kehampaan. Di dalam kesedihan, aku terkenang kehilangan rm 50,000 di dalam wallet ku dan juga beberapa kad yang boleh mengeluarkan kertas bertandatangan Gabenor Bank Negara. Gambar nono pun hilang. Dan yang paling sedih, lesen aku yang mengandungi gambar aku yang cute.

"Besok kena pergi balai polis jawabnya," pesan acik. Kerana kebengangan aku, aku telah membuat keputusan untuk pow acik double prosperity burger.

Esoknya.

Bangun tidur. Aku dapat mesej dari nono, " awak, akak jumpa wallet awak dalam kereta."

-wallet kat atas tu amacam, cool tak?-

6 buah fikiran!!!:

So sad


Aku dah lama tak lepas geram macam ni..Sekarang aku betul-betul..sad..Punch beg, selalu jadi mangsa aku melepaskan tekanan. Mungkin itu yang terbaik.

Dari pada aku melepaskan pada orang. Baik lepas pada punch beg.

Kalau punch beg ni boleh bersuara mesti dia jerit, " adoi, adoi, adoi....!!!sakit-nyah!"

Aku teringat diolog dalam KL menjerit," kalau nak bertindak, jangan bertindak ketika marah."

Memang aku cepat terpengaruh dengan filem.


2 buah fikiran!!!:

Hujung Minggu

Sabtu lepas.

Aku, abah dan ibu nak pergi rumah makdik. Mak dik ni Adik kepada ibu. Dia sekarang ni tengah suffer dengan cancer.

So kami bertiga membuat lawatan ke atas Makdik. (ayat nak poyo)

Pak itam follow kereta aku. Aku tanya pak itam, " Pak Itam tau ke jalan nak pergi rumah Mak dik?"

"Ala, ikut je signbord nak pergi Klang," jawapan yang begitu meyakinkan.

Ceh, terpaksa juga aku menggunakan khidmat GPS aku. Sempat juga abah tanya," GPS ni tak tipu ke?"

"Setakat ni ketepatan terjamin," balasku pada abah yang masih meragui GPS aku. Abah ragu dengan GPS sebab dulu pernah follow acik punya GPS, tapi sesat juga.

Dengan bantuan GPS , kami sampai dengan jayanya ke destanasi.

Cerita di seblah malam, ada kenduri baca Yaasin. Majlis bacaan Yassin tu abah yang lead.Aku selalu rasa proud bila abah yang jadi lead. Orang selalu menolak, tapi abah selalunya tak ada masalah . Anytime boleh. Mungkin sebab tu abah sentiasa di hormati kat taman perumahan aku.

Pernah dulu, ada orang datang rumah aku. Minta abah azankan untuk orang pergi haji. Di sebabkan abah kat Johor, orang tu minta aku ganti. Peh! nasib la dulu abah selalu suruh aku azan qamat sebelum sembahyang jemaah kat rumah.

Ok, cerita Klang. Busu Usop (abang ibu) sakit. Dia terkena buatan orang. Mak dik pula suffer dengan cancer. Serius sadist tengok dorang. Walaupun dorang masih boleh tersenyum, tapi aku tahu dorang memang tengah tahan sakit.

Sebab aku nampak mak dik menangis dan pucat. Busu Usop pula muka tak ceria. Asyik termenung je.

Aku doakan mereka tabah hadapi dugaan tuhan. Betul la, kita ingat kita susah. Kita ingat kita sakit. Tapi sebenarnya ada yang lebih derita tanggung semua tu.

Hari ahad, aku ibu dan abah pergi perjumpaan keluarga Endin Dan Hawa. Aduh, giler bosan. Nasib angah datang. Bila angah datang jer, abah ajak pergi minum air jambu sambil makan durian.

Hahaha..dorang sibuk meeting, aku, abah dan angah sibuk melantak durian.

Durian sekarang murah ye, rm 16 sebiji. Tak best pula tu...

5 buah fikiran!!!:

Rumah terbakar panggil bomba, hati terbakar siapa tahu?

Giler gempak motor yang bertemakan bomba ni. Kalau jual kat kedai motor Ban Zen, comfirm aku dah beli.

Kalau time tu aku kekurangan modal, alternatif terbaik adalah trade in motor skuter acik then amik motor ni . Rasanya tak ada siapa nak membebel atas perbuatan aku lepas tengok motor ni.

Lepas beli, aku nak remmmmmppp depan rumah tuan hj Ismail.!hahaha!(jahatnyer aku. Cam dalam citer remp-it pula)

Dulu aku pernah duduk dekat Kuala Selangor. Masa tu abah kerja kat situ. Dekat giler rumah dengan offie abah. Tiap-tiap pagi aku akan ikut abah lalu lubang kecik belakang rumah ( lubang dekat pagar, tak tahu siapa yang buat) pergi ke tadika al-huda.

Satu hari di rumah aku (rumah kat kuala selangor) , aku main sorang-sorang. Sebab masa tu aku terpengaruh dengan WWF. Idola aku masa tu Ultimate Worrior.Aku ikat tali kat lengan, kepala dan kaki. Pada masa tu, aku rasa memang dah macam Ultimate Worrior.

Aku main bawah katil. Bawah katil banyak kertas.

Dengan sengaja aku pasang ubat nyamuk(ubat nyamuk jenis bakar punya) kat bawah katil. Konon-konon nak tidur. Aku lupa pasang kaki ubat nyamuk tu. Just letak je atas kertas.

Dalam leka aku tergolek-golek, tetiba aku tengok kertas tadi terbakar. Mau tak cuak aku dibuatnya.

Aku lari kat bawah pastu masuk bilik angah. Terus aku lompat atas katil sambil menyerkup kepala dengan bantal. Dengan harapan aku akan tertidur.

Memang aku tertidur.

Agak-agak apa jadi dengan bilik tu?

Seingat aku, aku telah di bawa keluar dari bilik. Aku tak ingat siapa yang angkat aku. Tapi aku di bawa keluar dari rumah. Masa tu aku tengok ramai betul orang kat luar rumah. Siap ada lori warna merah. Boleh main tembak-tembak air pula tu kat rumah aku.

Aku tengok ibu dah nangis-nangis sebab ada orang simbah air banyak-banyak kat rumah aku.

So, untuk menunjukkan aku sejiwa dengan ibu masa tu, aku pun menangis.

"Uwek-uwek!" tangisan ku dengan begitu kuat.

Rupanya itulah insiden yang di panggil rumah terbakar.

Masa kejadian aku berusia 5 tahun, cuma berpendidikan tadika al-huda, dan pencapaian yang boleh dibanggakan masa tu cuma finalis karaoke anjuran awek sebelah rumah aku yang di panggil kak lang. Peliknya, setiap kali masuk mesti dia yang menang. Pastu aku asyik dapat no-2.

Main tipu la dorang tu. Kadang-kadang terbakar juga hati aku bila dorang announce keputusan karaoke tu.

Seingat aku, time tu laungan lagu sejati dendanganaku menjadi igauan mimpi ngeri buat jiran-jiranku. Mungkin power soul of rock aku kot..

6 buah fikiran!!!:

Eat the tablet now!

1st, thank you kat ramdac cyber cafe kerana anda berjasa pada blog ini kerana telah menyecan gambar ni. Meh kite bagi tepuk pengakap untuk mereka.

Balik melaka, aku nampak almari yang belambak gambar lama-lama. So, sebelum cencorot membelek atau mengunyah album-album tu, aku belek dulu. Banyak giler gambar aku masa bebudak dulu.

Kenapa aku tunjuk gambar ni?

Ini adalah bukti di mana seorang budak lelaki yang comel dan cute lagi macho sedang dengan terhegeh-hegeh manja dengan kakaknya. Kalau ada sesiapa yang argue akan keakraban mereka, setelah dorang tengok paparan gambar ini pasti dorang akan gigit jari jiran mereka.

Ini kak filzah. Dia tengah buai aku sambil nyanyi lagu michle learns to rock. Tajuk dia 25 minit. Haha, lawak jer. Aku pun tak ingat dia nyanyi lagu apa. Sebab masa tu aku tengah cuak takut jatuh dari buaian tu.

Kalau korang nampak, tepi gambar tu ada tarikh gambar ni. Bulan 8 tahun 1988. Masa tu mahathir dah jadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-4.

Lama kan masa dah berlalu. Sekarang kak filzah dah berfamily. Dan aku tengah bersiap-siap untuk berfamily.

Aku cuma nak cakap sikit je, terlalu istimewa masa terjumpa kak filzah kat mcD dulu. Macam jejak kasih. Memang tak boleh lupa kenangan tu. Its so memorable for me. Dan hari ni budak yang akak buai dalam gambar tu nak cakap," tak kira banyak mana lambakan tablet yang akak ada, akak kene makan."

"Sebab, anak-anak jalil sentiasa sayang pada kak Filzah."

Dan aku masih berharap situasi dalam gambar tu berulang kembali. Cuma persoalannya, mampukah kak filzah membuai aku yang semakin memberat ni. Takpe, aku tahu dia kuat.

5 buah fikiran!!!:

new Hope!

1st aku nak ucapkan Subhanallah sebab tengok picture ni. Ini bukti kebesaran Allah s.w.t.
'
2nd aku nak jerit, Wow! Bulan 2 dalam tahun 2010.

Shit men! I'm getting old...!(aku tak percaya lagi)

Projek bulan dua. Projek ni aku nama sebagai ops ketaq. Kalau berjaya projek ni, separuh dari yang dirancang berhasil. Tunggu di akhir bulan ni kalau nak tahu resultnya.

Minggu lepas aku ambil cuti 2 hari. Campur saturday sunday pastu campur dengan hari wilayah kesemuanya cuti aku 5 hari. Puas aku bercuti. Tapi aku rasa cuma rehat 2 hari je. Aku balik Melaka khamis lepas. Aku cuba cari kawan-kawan aku, tapi nampak gaya semua bizi.


So aku habiskan masa dekat gym. Aku terkejut gym tu dah berwajah baru. Dulu kecik je, pastu tingkat atas je. Sekarang ni atas bawah dorang buat gym. Sempat aku berborak dengan uncle Jaya yang pernah jadi trainer aku dulu.Dah makin tua dah uncle tu.Dulu tengok kuat je.

Gym tu pun anak dia yang takeover sekarang. Banyak perubahan yang dia buat kat gym tu. Tapi aku rasa fees dah tentu up punya.

Tapi puas hati, sebab perlatan boleh dikatakan semuanya lengkap. Dorang offer aku protien lagi, tapi aku dah tak minat. Bahagian atas barang banyak. Cam dumble tu, memang banyak la kat bahagian atas.

So nak trainning guna manual style, kat atas tu memang cukup.

Bahagian bawah gym ni dulunya kedai makan. Tapi sekarang korang tengok sendiri. 100% berubah. Kebanyakan dorang letak machine. Bagus sebenarnya main mchine ni. Sebab lebih accurate. Kalau main besi guna manual, tangan kita selalunya gigil.

Sekarang cuma main untuk berpeluh je. Dua hari aku trainning kat Melaka, rasa memang berbeza dengan trainning kat putrajaya.

Sebab gym kat Melaka, tak ada aircond which is memang terbaik la untuk keluarkan peluh.

Kalau aku stay kat Melaka mesti aku continue jadi members kat situ. Member gym aku pun macam dah stop. Sebab aku tengok banyak muka baru je.

Ok, sekarang cerita kerja. Masa aku tulis ni aku baru masuk office. Tetiba member aku tanya," camne tunang hari tu?"

Kepala hotak, bila aku bertunang?

7 buah fikiran!!!: