Rabu, 31 Mac 2010

Jaguh

Mac 31, 2010

Budak-budak mendayung perahu,
Sambil berdayung sambil bermain;
Macam mana bunga tak layu,
Embun menitis di tempat lain

Dulu masa gua kerja kat kedai makan, masa tu seingat gua , gua berusia 16 tahun. Nama kedai tu Jiki Food Court di melaka.

Tengah gua menyapu sampah, tetiba customer gua bertumbuk. Dorang bertiga, yang sorang lagi dok sebuk meleraikan.

Melihatkan member2 nya tu memang dah tak boleh tahan nak bertumbuk juga, kawannya seorang lagi tu blah je sambil menjerit," korang nak gaduh-gaduh la. Aku tinggalkan koranng kat sini. Buat malu je, dah la naik dengan aku. Lantak korang nak balik naik apa."

Gua tergelak, dah la menumpang orang , dah tu nak bergaduh. Gua tanya member tu," bang, apesal member abang berlaga macam ayam tu?"

Brother tu pun jawab," pasal pompuan dek. Dua-dua rebut satu pompuan . Macam dalam dunia ni tak ada perempuan lain."

Geleng kepala gua, " pasal perempuan boleh bergaduh.

Gua tak paham kenapa lelaki ni bergaduh sebab pompuan. Tapi selepas gua tengok filem TROY lakonan brad pit, baru gua tau erti kenapa laki boleh bergaduh sebab perempuan.

Masih teringat gua sepotong hadis nabi s.a.w," lelaki akan lemah mengejar tiga perkara; tahkta , harta, dan wanita.

Nasihat gua pada laki yang suka berpencak silat pasal wanita, tak salah kalau jika wanita itu isterimu, namun itu bukan suruhan Islam. Berbincang adalah jalan yang terbaik. Pandulah perbingcangan mengikut ajaran Al-Quran.

Bukan ini sebab kita untuk menumpahkan darah, kerana jihad fisabilillah lebih menuntut untuk kita berperang menegakkan nama Allah. Kalau benar lu orang hero dan tak sabar nak bunuh orang, gua ajak lu orang kita sama-sama pergi palestine. Kat sana sedara kita dah ramai syahid .

Lu orang rasa , orang kat palestin tu ada masa ke nak gaduh pasal perempuan? sori la.

Perempuan palestin mahukan anak sekarang ni. Sebab mereka nak lahirkan para perjuang fisabilillah. Para lelaki sibuk berjuang untuk Agama Allah.

Tapi sayang, masih ada lagi di Malaysia lelaki bergaduh kerana pertahan ," dia awek aku."

Isnin, 29 Mac 2010

Body di guna-guna

Mac 29, 2010

Last friday, unit gua ada wat majlis gotong royong. Kat bos gua," Zul, lu di haramkan MC. Pasal kitorang nak pakai lu punya body."

"Ceh, boss, lu ingat gua ni chia ke main pakai je body gua ni," gua sound balik.

Friday tu mereka-mereka yang berada di unit gua telah bertungkus lumus di dalam majlis gotong dan royong. Seingat gua gotong royong ni last sekali gua join secara rasmi di zaman sekolah.

Tu pun gua akan ambil port yang paling mudah sekali. Cam lap pen dalam pencil box gua, basuh pemadam papan hitam, susun kapur kat papan ke.

Lu orang tengok, betapa kerja kerasnya mereka demi mengahpuskan kertas-kertas tu. Tapi gua rasa mamat pakai baju hitam kat belakang tu lagi keras tangan dia.

Unit gua kali ni telah mengambil tindakan yang sangat drastik dan kejam kerana mahu membasmi semua kertas- kertas yang ada kat tingkat gua. Lu orang tau je la, nama pun pejabat akauntan negara, agak2 berapa banyak kertas yang gua kena buang?

Ops! gua dan bebudak office gua.

Gua rasa pemandangan dalam gamabr ni macam baru lepas perang. Gila penat nak menyiat kertas-kertas ni. Walaupun kami di bantu oleh mesin penyiat, tapi kalau dah berjuta yang nak di siat memang mampos le jawabnye.

Gambar ni hanya menunjukkan satu per sepuluh dari kertas yang gua dan staff gua kena hapuskan.

Masa gua dapat gambar ni, gua tak pikir apa-apa. Tapi lepas gua tengok punya tengok, gua rasa macam ada seni la kat gambar ni. Lu orang boleh bagi tau tak apa seninya gambar mereka berdua ni.
Tapi gua nasihatkan jangan la tengok dengan gay way.

Seruisly, hari tu memang penat. Tapi yang bestnya, semua orang hepy buat kerja. Tak kira apa pun pangkat dorang, semua buat kerja yang sama. Semua berpeluh kat bawah ketiak. Gua jamin memang semua macam tu la. Bukan gua cek, tapi gua ada perasan jua.

Nasib baik gua pakai baju kaler hitam, tak la nampak ketiak gua basah.

Serius enjoy. Enjoy menghuru harakan ofis. So gua upload sikit gambar kat entry ni supaya lu rang nampak gua ni sangat rajin bergotong dan beroyong.

Cuma yang memening kan gua ni, macam mana nak kencing bos gua , untuk gua tak pergi kursus.

Sabtu, 27 Mac 2010

Protien

Mac 27, 2010

Budak ofice gua panggil gua Mr Melaka. Gua senyap je. Pasal belum lagi jadi.

Minggu ni gua selalu bawa benda Allah ni ke ofis gua yang di Jabatan Akauntan Negara Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat dan Agensi di Seksyen Perakaunan Persekutuan aras tiga. Ha, gua bagi alamat penuh lagi tu.

K, gua story sikit pasal benda ni. Bagi people yang suka mengeluarkan air dari badan, maksud gua peluh la. Atau lagi senang orang yang jenis suka bersukan, benda ini sangat mebantu. Sebab, dia bagi energy lebih. Pastu, selain dia bagi energy, dia akan bertindak untuk membakar lemak-lemak yang tepu dan tak tepu dalam badan kita. So siapa nak burn lemak dia, boleh try la.

Gua pakai benda ni pasal gua hari-hari habiskan masa petang gua dekat gym di Kementerian Belia Sukan. Bila gua minum protien ni, gua boleh angkat besi-besi yang berat dia bagi gua tak lah berat sangat.

Cuma 80kg je. Lu orang rasa berat ke?

Mesti lu orang tanya," tak payah diet ke?"

Ok gua bagi tau, nak kurus ke, nak jadi orang sukan ke lu orang kena diet. Melainkan kalau lu orang nak jadi pemalas.

Kaedah diet ni lu orang kena tengok betul-betul, pasal dalam dunia ni ada 1001 jenis cara nak diet. Tapi yang penting bersesuaian dengan lu orang punya exercise.

"Apa? macam mana gua diet sekarang?" maybe lu orang tanya macam tu.

Ok gua suka 4 element.

  • nasi
  • gula
  • minyak
  • garam
4 benda ni kalau lu orang boleh tak makan dalam 3 bulan, comfirm dapat bentuk badan yang lu orang mau. Tapi buat slow-slow. Jangan paksa badan. Kalau tak nanti pengsan.

Apa? tak boleh kalau tak makan nasi? Look, dalam dunia ni bukan nasi saja yang bagi kabohidrat wahai kawan-kawan. Roti, kentang, ubi, mee semua tu kabohidrat. Cuma jangan makan nasi sahaja.

Gua buat peringkat-peringkat, sekarang dah masuk minggu kedua. Iaitu gua dah lepas tak makan nasi dengan hidup tanpa gula. Tapi serius, sangat susah. Gua tak akan buat semua ni kalau gua tak dengar mesej dari sazali samad jaguh bina badan negara yang dia sekarang ni tengah cari pelapis.

Gua tak saran lu orang ambil protien macam gua, pasal gua main besi. Lu orang kalau tak main besi jangan nak memandai beli benda ni. Mahal tau.

Cukup la diet dan sukan cam biasa. Nanti lu orang dapat bentuk badan macam mana lu orang nak.

Semalam kat ofis, member gua baca paper. Tetiba dia membaca tajuk paper itu dengan kuat dan berbunyi," 60% rakyat malaysia gemuk!"

Lalu dia di baling dengan sebiji stepler ke arah kepalanya dan ia tak tahu dari arah mana.

Khamis, 25 Mac 2010

heartbreaker

Mac 25, 2010

"Kenapa tak jadi, sampai sekarang tak kahwin lagi," nyayian s.m salim.

Lu pernah dengar tak lagu tu? ha gua nak speak sikit kes sweet blood ni. Pasal gua tengok kes-kes macam ni banyak dah yang terjadi kat sekeliling gua.

Gu? pernah juga kot. Tapi gua tak sure. But gua dengan Nono tengah syoknye berluving.

Ada couple tu dah lurving hampir lima tahun. Bila tunang ikat sebulan je. Masalahnya, selama lima tahun dorang couple, tak pula ada pihak yag curang. Ni masa darah tengah manis, musim bertunang, time tu juga diorang nak cari lain, laki nak menggatal, perempuan pula digatali. So apa kes..time cita everything ok, time tunang masing-masing naik tocang.

Lu orang pernah tak jadi macam tu?

Gua kesian la kes macam ni. Kalau gua kena, gua rasa mesti macam nak bertukar menjadi incridible huck!

Dalam kajian Profesior Pakai Pscyology dari Universiti Po-on Dr Buy_ong pernah cakap, kes curang masa tunang ni dah banyak berlaku. Kesan, jangan cakap la. Satu village boleh perang beb. So pikir dulu sebelum buat.

Berbalik kepada diskusi dengan Dr Buy_ong, beliau mengatakan sebenarnya perasaan curang tu datang secara tetiba sebelum pasangan tu naik pelamain. Ia bukan kebetulan. Mari lihat dalam sudut agama, sebenarnya pasangan yang kita tunang tu dah perfect. Cuma sebelum kahwin kita akan di beri dugaan dari Allah s.w.t.

Dugaan macam mana?

Lu orang tahu yang setan ni musuh utama kitakan. Tahu tak?

Setan ni memang benci umat nabi muhammad s.a.w dirikan masjid. Seboleh-boleh setan ni akan mengwujudkan perasaan benci-membenci di antara pasangan yang nak sah kan malam kelaminnya. Kudrat setan tu tuhan bagi. Sebab tuhan pun nak uji hamba-Nya.

Lu orang nak tahu macam mana setan buat?

Ok, mula-mula setan ni akan timbulkan perasaan benci antara pasangan yang bertunang tu. Then, setan akan mencari orang yang agak hensem untuk di hasut menjadi pihak ke tiga kepada pasangan yang bertunang. Pasal tu lelaki ni, kalau dengan awek tu dah bertunang, time tu makin galak pula dia nak teckle. Sebelum tu sebelah mata pun tak pandang.

Setan pun masukkan jarum kat hati awek yang dah bertunang tu supaya cair dengan mamat-mamat yang cuba usha dia. Masa tu, awek tu akan rasa tunangnya tidak sehebat dari lelaki yang cuba usha dia. Padahal gua rasa tunang die lagi baik. Mamat-mamat yang usha tu pula lebih malang la kalau berstatus laki orang. Memang strategi setan ni mengena la kalau macam tu.

So, lu orang jangan kelam kabut kalu kena kes macam ni. Lu orang cuba cari alternatif untuk selesai masalah macam ni. Pasal gua rasa, lain orang lain trend masalahnya. Tapi masih di dalam satu bidang juga la.

Sepengalaman gu, dah dua orang member gua yang boleh cakap " ah tak payah kahwin la macam ni," 3 hari sebelum nikah.

Gua rasa masalah ni berat beb. Lu orang ingat lagi tak kes player bola sepak penang yang last minit cancel kahwin?Gua harap kes ni tak jadi kat gua.

Meh kita tadah tangan sama-sama. Gua nak baca doa ni . Tapi doa makan la..

Selasa, 23 Mac 2010

Sex Edu

Mac 23, 2010

Panas..panas..seperti goreng pisang panas.

Gua dengar hot chat kat radio era pagi tadi, cerita pasal sex edu nak di buat di sekolah. Maka ramai la yang memberi komen dan pandangan bernas yang syarikat bernas sendiri pun tak tahu nak bagi komen apa.

Kebetulan hari ni gua balik kampung gua. Gua lalu depan rumah makcik nab. Rumah mak cik nab ni memang terkenal sebagai rumah persatuan mengumpat makcik-makcik taman gua. Gua berhenti kat situ. Saja bagi salam, nak bagi tau anak perantau dah balik.

Sambil tu gua mencelah," apa kecoh-kecoh ni makcik, sampai bergoyang tayar keta saya dengar suara mak cik?"

"Ni ha, mak cik dengar kat radio pagi tadi, dorang nak bebudak kat sekolah belajar sex. Mau tak berdesing telinga mak cik dengar dorang cakap macam tu," luahan seorang ibu bergelar mak cik nab.

"Kalau dorang nak ajar juga apa boleh kita buat mak cik," supporting dari gua.

"Eh kamu ni, mak cik geram ni sebenarnya," sambung mak cik nab lagi.

Atas kesangsian gua bertanya lagi," kenapa geram makcik? cuba bawa bertenang."

"Mane ke tidaknya, kalau dari dulu dia ajau kan benda tu semua boleh le makcik dapat anak sepuluh. Ini tidak, dapat tujuh je mak cik ni," keterangan lanjut yang membuatkan gua belah sambil mengucapkan salam ke arah mak cik nab sambil mengenyet mata sebelah kanan gua.

Gua belah sambil mengerling ke arah rumah mak cik nab, "peh berlambak tin ali cafe power root kat rumah mak cik nab."

-gua tak sokong sex edu, sebab nanti member gua yang kerja kat jabatan agama islam kena selalu buat over time-

Isnin, 22 Mac 2010

Berlobang-entry lepas geram!

Mac 22, 2010
Nampak tak apa dah terjadi pada tayar kereta gua?

Sakit hati dan tension bila gua tengok tayar kereta gua jadi macam ni. Ni semua pasal lubang jahanam dekat jalan raya. Pertama kali dalam hidup gua , kereta langgar lubang sampai dua biji pecah.

Jalan raya kat tempat gua ni memang terkenal dengan lobang-lobang. Kelmarin gua naik motor langgar lobang. Nyaris gua jadi supermen. Nasib gua punya motor tak berkecai akibat lobang jahanam tu. Semalam member gua drive kereta gua. Gua tidor sebelah.

Langgar lobang yang sama. Gila, gua ingat kereta gua dah excident dah. Gua tengok tayar kereta gua sebelah kiri dua-dua kempes.

Pagi ni gua pergi tukar tayar. Ceh, kena caj sampai rm590.

Gua ingat nak pergi report kat jabatan kerja raya la. Suroh diorang pikir balik, kenapa jalan raya kat Malaysia ni asyik berlubang je memanjang. Menyakitkan hati je.

Jumaat, 19 Mac 2010

natural stronggest

Mac 19, 2010
Gambar kat atas adalah gambar gua masa kolej, gua nak wat motivet supaya boleh fit macam ni balik.


Semalam gua teringat cerita gua masa present subject islamic ape tah masa gua belaja dulu. Yang gua ingat die punya kod adalah HBU. Gua present pasal Islam Hadhari. Sebab masa tu tengah kecoh gila pasal Islam Hadhari.

Ustaz tanya gua," apa tujuan manusia dicipta berpasang-pasangan di ciptakan?"

Gua jawab," melahirkan zuriat."

Satu kelas gua gelak. Tapi gua cakap," pasal apa gelak? funny ke lahirkan zuriat?"

Sekarang gua dah kerja . Keliling gua ramai pemuda dan pemudi yang separuh tua tak kahwin lagi. Dan yang memelikkan gua dia tak ada aweks or balaks .

Lalu gua buat reserch tentang perkara ini. Ini sebenarnya masalah besar tau. Sebab, umat Islam sekarang telah kurang melahirkan zuriat. Maknanya semakin kurang baka Islam. Lebih menakutkan zuriat orang kafir lahir lebih dari tiga kali ganda lebih ramai dari baka umat Islam.

Lu orang tak percaya? Tanya mana-mana pakar atau Ustaz, penganut kristian merupakan paling ramai di dunia ni. See...masalah ni tak besar ke?

More numbers, means more strengthnes!(betul ke ejaan aku)

Ini satu research. Bukan mainan. Ok gua balik ke pangkal jalan, zuriat mula datang dari hasil persetubuhan. Persetubuhan datang dari hasil hubungan lelaki dan perempuan. Persoalannya, zaman sekarang ramai perempuan tak kahwin dan antarnya mereka semua berkerjaya. So what the hell with men cannot tackle all that gurl?

Lagi yang sedih, lelaki banyak yang membujang dan tak kahwin lagi. Ya, lu boleh cakap ini semua hal jodoh. Ke yang tak kahwin ni sudah menolak jodoh sehingga tuhan tak nak bagi jodoh lagi. Ni pasal ego lah ni.

Gua ingat masalah ni jadi sebab, guys ni payah atau slow dalam nak tackle awek (bukan gua nak cakap gua pandai ye, juz kongsi tips saja). Ok, gua ada tips tackel awek.

1- Kelakar-perempuan suka ketawa.(Macam rozita Che Wan, berani lu try)
2-Suprise-bagi diorang teruja
3-romantik-lu pikir sendiri
4- nakal-baru cukup ramuannya

Bagi lelaki yang having problem with how to tackle awek, this is my opinion. Kalau lu nak try, try. And kalau menjadi lu jaga lu punya cinta elok-elok. Bro, yang gua bagi ni subjektif tau. Solat kena jaga. Tu penting. Doa, sebab apa-apa pun Allah yang bagi.

So pada guys or member gua yang masih solo dan ada masalah untuk mencari awek, lu try la 4 element ni. Gua pun tengah usaha untuk berkahwin. Do not know bila, tapi gua hope ALLAH will accept my doa.

Jap, gua nak tanya. Kalau 4 elemen yabg gua bagi ni digunakan untuk suami (thats mean guna samapai tua), agak2 ianya boleh tak mengurangkan kes penceraian ?

Rabu, 17 Mac 2010

Pantau terbalik

Poyo siut gua letak gambar ni

Serban. Orang kata tak pakai serban pun tak apa. Janji solat kita tunaikan. Malah ada yang mengatakan pakai serban ni kolot dan nampak old school. Tak sezaman.

Actually, gua teringat tazkirah imam masjid gua jumaat lepas. Serban adalah sunnah nabi. Orang-orang yang membenci pakaian serban seolah-olah membenci sunnah nabi s.a.w. Sudah tidak mahu pakai, malah di kutuk pula. So, pada yang kat luar tu gua ingat ambil tahu sikit la pasal sunnah.

Gua baca paper kat bilik termenung tadi. Topik menarik perhatian gua adalah jemaah tabligh di pantau polis.

Serius gua tahu tabligh adalah pasukan yang di pandang hina masayarakat. Lu orang tak percaya,? K, pernah tak lu orang dengar artis cun couple dengan tabligh? Kalau lu gurl yang perasan cun and hot nak ke ada balak yang pakai serban and jubah memanjang?

Hahah, tapi bila tanya," apakah ciri2 suami yang anda idamkan?"

Lalu awek-awek akan menjawab," pertama mestilah yang beriman. Yang kedua boleh membimbing ke jalan yang benar.."

Gua comfirm gelak la kalau dengar artis nak lelaki macam tu sedangkan dorang memandang jijik pada lelaki yang mengamalkan sunnah nabi s.a.w. Lu pikir la sendiri.

Long time a go gua pernah layan geng tabligh ni. Masa tu gua baru habis SPM. So meh gua cerita pengalaman gua melayan geng-geng ini. Bro telah bawa gua lepak kat surau kat nilai. Masa tu bro gua dah layan dulu. Gua lepak dengan dorang sehari semalam. Lu orang tahu apa aktiviti dorang?

Pagi, bagun solat jemaah subuh then kalau sempat akan baca yassin. Pastu ada tazkirah subuh. Lepas tazkirah dorang breakfast.

Lepas breakfast, mereka akan pecah pada dua kumpulan. Kumpulan 1 akan pergi rumah ke rumah untuk ajak pergi surau. Kumpulan ke dua mengaji ilmu agama di surau.

Sebelah petang pun sama je jadual dia. Tapi cuaknya kalau kena bagi tazkirah. Apa lu nak cakap?

Ok gua cerita sikit pasal kumpulan yang pergi rumah ke rumah. Kalau tabligh datang rumah lu orang apa lu orang buat? kebanyakan akan memilih untuk tak buka pintu. Tambah, rumah student. Student ni kalau ajak pergi clubing melompat, tapi kalau ajak pergi surau macam baru mati lepas perang.

Geng yang pergi ke rumah ni di pimpin oleh seorang amir dan penunjuk jalan. Dan yang lain kat belakang tu semua kerjanya berzikir. Dahsyat tau kerja ni. Gua pernah pergi satu rumah tu, dan kitorang pernah kena maki dan hina oleh tuan rumah. So lu orang bayangkan Nabi s.a.w berdakwah macam mana? Itu kami belajar.

Sebelah malam , solat jemaah dan kuliah. Itu saja. Cuma mereka akan adakan qiamulail pada sebelah tengah malam.

Gua tak pernah rasa, sehari bersama sunnah nabi.s.aw. Makan, pakai, tidur, aktiviti semua ikut sunnah nabi s.a.w. Gua cuba cari, adakah zikir ke , atau amalan yang lu orang kata tabligh ni macam ayah pin. Seriusly memang tak ada. Ini semua fitnah saja.

Betul lu orang kata, tak semua puak2 ni baik dan tak semuanya yang ikut betul ajaran tabligh ni. Tapi please, memang terbukti puak-puak ini sangat disiplin menjalankan sunnah nabi s.a.w. Lu orang cakap la puak ni jumud ke kotor ke, tak hensem ke tapi mereka tetap menajalan sunnah dengan disiplin.

Kali gua rasa terpanggil nak story pasal ni. Sebab gua tengok remaja, rebelia, dan retua kebanyakannya memandang jijik puak-puak ni. Macam dorang ni terorrist pula.

Comfirm bila baca entry ni ada yang akan terdetik yang gua ni "poyo dan alamak mamat ni islamic sangat la." Tak ada hal. Gua tau gua pun tak baik dan tak perfect, tapi gua doa lu orang akan sentiasa beriman dan gua pun harap lu orang doakan gua.

Wallahualam...

Ahad, 14 Mac 2010

Di henjut hingga merah lagi


Gua bagi tahu awal-awak..kalau gua tak post lebih dari seminggu maknanya gua pergi operate mata gua. Sakit mata gua semakin menjadi-jadi dan terus menjadi. Setelah gua di landa sakit mata di sebelah mata kiri, kini gua telah di serang sakit mata sebelah kanan.

Belum lagi baik, kini bertambah lagi. Ape kejadahnya ini semua?

Operatian gua akan di jalankan oleh seorang doktor yang bernama Dr Love. Beliau bagitau kat gua yang mata gua ni dalam keadaan bahaya. Lalu gua tanpa lengah dan lenggoh bertanya," Dr, cuba Dr terang, apakah bencana yang sedang menimpa ke atas diri saya ini?"

Dr Love menjawab," Lu ar..sudah terkena'nya gigitan'in spider'nya. Itu pasal'nya lu punya mata ooo..sudah ada spiderweb'innya...lain hari'nya..lu punya tangan'inn boleh lekat'nya sama itu dinding'innya..boleh panjat-panjat nanti'innya."

Gua duduk terdiam seribu bahasa.

Lalu gua membuka mulut dan menyusun kata untuk silat lidah bicara," Dr, saya sangat khawathir dengan keadaan yang menimpa akan diri saya ini. Apakah benar tidak ada jalan penyelesaian untuk ini semua?"

Dr Love jawab lagi soalan gua," gua ingat lu sudah boleh'nya pergi jumpa itu Arfa'innya."

"Arfa?" gua bingung.

"Ya la..apa lu terkejut'nya gua cakap'in itu arfa'innya?" tanya Dr Love padak wa

Gua geleng-geleng.

"Haiya...lu ada betui ka..tara tau itu arfa..?" tanya Dr Love pada wa lagi.

Gua pun jawab," ya la gua tak tau Dr, tak akan pula Cik Arfah bos gua kat Bendahari Negeri bahagian Seksyen Perakaunnan Persekutuan Bpopa di Jabatan Akuantan Negara Putrajaya tu?"

Dr Love menggeleng kepalanya tujuh belas kali. Kemuadia dia berbicara kembali dengan nada yang agak lemah lembut lagi penyayang," Arfah batik'innya lorrr....pergi buatnya itu kostume spidermen 3 punya'in..."

Dengan sepantas kilat gua melayangkan jurus 7 seni silat pukulan Sendeng Melaka ke arah Dr tu. Dia tidak sempat untuk membuat apa mahupun mengelak atau tunduk ke bawah meja kerana kepantasan luar biasa jurus yang gua lancarkan.

Kelihatan mata Dr tu sekarang lebih kurang sama dengan gua.

Jumaat, 12 Mac 2010

Ikane Solomon

Mac 12, 2010

Gua sakit mata. Dapat MC dua hari. Lepas sakit mata, gua demam pula. Kesiankan kat gua. Dah la minggu lepas gua batuk seminggu. "Kau ni lemah la Zul, asek sakit je," kata Abe pada gua.

Lalu gua menjawab," hari ni hari aku, esok lusa kena hari kau baru tahu."

Abe terus terdiam membisu seribu bahasa sambil bagi harddisk yang berisikan cerita 'Solomon Kane'. Pucuk dicita ulam mendatang. Gua memang dah tersangat bosan. Buka tv asyik ulangan konsert AF7 dengan raja lawak. So gua layan Solomon Kane.

Sebelum tengok, gua fikir, apa maknanya kane ni dalam bahasa melayu. Dulu Acik gua pernah cakap kane tu tongkat. Memandangkan dia seorang guru bahasa inggeris di sekolah menengah munshi abdullah batu berendam melaka yang sebelah sekolah tu ada petronas, so gua rasa gua perlu letak kepercayaan pada dia yang kane tu maknanya tongkat.

Lepas tengok cerita tu gua terus cakap, " hawau, kane tu nama orang la. Sebatang tongkat pun tak ada dalam cerita tu."

Meh gua ulas sikit cerita ek, alamak meggy gua dah kembang tak jadila. Pasni nak makan ubat. Lagi tak sempat. Korang pergi la tengok sendiri. Nanti korang buat ulasan sendiri.

Gua teringin nak pergi tengok Lisa Surihani isap tembakau cina kat V3.

Rabu, 10 Mac 2010

cari si bulu kuntil


Masjid rumah Allah. Nak baik dengan Dia kena la selalu pergi. Biarpun jiwa ni tak kuat iman, cubalah untuk sekurang-kurangnya beriktikaf.

Walawei..ayat gua boleh tahan tak? Ponnnn...Pooonn..bunyi dia.

Lately ni gua rasa jiwa gua kurang tenang sikit. Gua pun tak tau kenapa. Kejap rasa boring, kejap termenung, sampai maggi gua pun boleh jadi kembang. Masih terngiang-ngiang peasanan Ustazah Nuriha," Zul , when you feel bore , its mean somthing wrong in yourself."

Semalam gua cakap kat rumah buat kenduri solat hajatkan untuk along gua supaya dia tak silap beli mafla gua. Serius ramai giler. Gua sampai kene pinjam sejadah mak Cik bedah belakang rumah untuk tampung tetamu yang datang.

Mak Cik Bedah tanya," ramai orang datang rumah ko Zul."

"Ada kenduri sikit mak cik," jawab gua dengan tersipu-sipu.

"Kamu tak ajak pun makcik join sekali solat hajat ni?" tanya makcik bedah lagi.

"La kan mak cik piod hari ni. Saya hantar lauk je la kejap lagi," jawab gua membuatkan Mak cik Bedah pula tersipu-supi.

Mak Cik Bedah tanya lagi dengan muka kemerahan jingga," Zul...mana lu tau mak cik ni piod?"

Gua menjawab dengan hati yang tenang," semalam pak cik mael lepak rumah saya. Sampai kol dua sebab tengok bola game Chelsea. Saya tanya nape tak balik tido. Dia kata makcik piod."

Selepas sesi pinjam sejadah dan interview Mak cik Bedah gua pun terus fly ke rumah, dalam gua nak fly, gua terdengar suara pak cik Mael macam tengah kena smackdown dengan Mak Cik Bedah. Mungkin sebab dia pecah lobang dekat gua.

Masa lepas baca Yassin, gua dan yang lain pun teruskan dengan berzikir. Subhanllah..subhanallah..zikirnya. Tetiba gua dengar, pak cik sebelah gua zikir," Sub..lah..sub..belah..sub..lah.."

Terdetik kat hati gua," ish apa yang sebelah?"

Pesanan gua, lain kali zikir tu sebut biar jelas. Jangan main laju je. Baru paham makna zikir tu. Dan tak la bunyi dia seb..la..seb....la..kan cantik pelan-pelan. Subhanallah!

Selasa, 9 Mac 2010

Mafla

Mac 09, 2010
Along pergi oversea. Aku cuma pesan beli benda Allah yang mamat ni pakai kat leher. Aku bagi tau nama benda ni mafla. Tapi along cakap bandana.

Sama ke?

Oh tuhan, tolong la beri petunjuk pada along supaya dia tidak salah beli. Malam ni kat rumah aku ada buat kenduri solat hajat supaya along diberi petunjuk untuk tidak salah beli. Di jangkakan hampir 7000 orang akan hadir. Kemah-kemah telah di pasang dan beberapa ekor lembu dan kambing telah di tumbangkan.

Imam yang akan di jemput menjadi kepala kenduri malam ni berkemungkinan besar Haji Yusof Qardawi.

Tadi naik kereta dengar cd ceramah fadzilah kamsah. Dia kata," menurut kajian sains, setiap manusia mampu punyai paling kurang 300 kemahiran."-Subhanlallah!

Isnin, 8 Mac 2010

Prudental xcidental


Keletihan membara bila batuk tak berhenti. Hari ni hampir seminggu batuk gua (masih dalam orientasi menggunakan kata nama ini) tak hilang. Hampir nak tercabut urat perut ni akibat asyik terbatuk-batuk.

Dalam seminggu ni gua asyik terserempak dengan xcident .Semalam, tengah gua bawa kereta sambil menyanyi lagu halimah jongang, tetiba ada tow trac lalu sebelah gua sambil mengangkut kereta yang dah hancur separuh.

Dua second lepas tu, ambulans lalu dengan laju. Peh, sekarang ni memamg musim xcident.

Dulu gua pernah xcident. Xcident motor. Siap boleh tercampak macam Supermen. Masa tu gua kerja kat Jiki food court kat bukit baru. Kerja kat jiki hidup tak serupa orang. Malam berjaga, siang tido. Dah macam GRO.

Member, family pun susah nak jumpa.

Sebelum pergi kerja gua solat dulu, ingat tuhan . Tu pun selepas di kerah oleh abah gua. Gua pun memulakan perjalanan gua untuk ke tempat kerja dengan motor RG Sport abah gua. Gua kalau bawa motor, kepala mem ng tak reti duduk diam. Mesti nak mata ni melilau je kerjanya.

Nasib gua baik sikit, tengah bawa motor nampak awek mmu 2 orang tengah tergedik-gedik di kaki jalan. Gua rempt sikit bagi dorang perasan.PoooNNN..Pooonnn!

Tetiba nasib gua bertukar menjadi amat tidak baik, gua tak perasan kereta wira kat depan gua. Berdentum gua langgar belakang kereta tu. Gua tercampak dan muka telah terseret di atas jalan tar sepanjang 50 meter. Memang comfirm tercalar gila muka gua masa tu. Dah jadi macam 2 face dalam cerita batman. Hilang cute gua.

Masa terbaring, gua rasa nyesal gila pandang awek tu. Gua nampak awek tu lari kat gua seperti nak usha kat gua yang sedang kesakitan . Mungkin awek tu perihatin terhadap gua yang sedang xcident akibat memandaing dorang.

Tapi yang pelik, gua seakan-akan dengar suara awek seolah-olah lelaki. Gua pun gagahkan diri toleh pada awek tu. Ada halkum macam gua.

Cis, rupanya maknyah! Lagi gua rasa menyesal giler..

Jumaat, 5 Mac 2010

Facebook port mengumpat?

Mac 05, 2010

Dah dekat empat hari gua sakit dada pastu batuk2. Gua menjadi gerun bila buka Malaysiakini ada berita kat Kubang kerian kes orang muda mati pasal H1N1. Pastu nono bagi tanya gua," ada lagi ke H1N1?"

Seingat gua menteri kesihatan ade bagi warning pasal 2nd wave H1N1.

Meh gua nak story pasal facebook sikit . Memandang gua dah agak lama tak aktif, tapi gua masih lagi tak dapat buang penyakit a day without facebook. Mesti nak usha sikit. Tangan gua masih lagi mengigil dengan dadah facebook ni.

Pehal ah?

Ditambah lagi member2 lama masa sekolah dulu dah mula dapat kesan gua kat fb. Paling gua terkejut my bm teacher puan awanis pun add gua kat fb. FB ni macam jejak kasih pula rasanya. Patutla Tv3 dah tak buat program jejak kasih, dengan fb pun kita boleh sedare mara ke kawan lama yang memang maut lama gile tak jumpa.

Satu gua tak suka fb ni..mengumpat, tapi mengumpat depan-depan. Pasal yang menjadi bahan kena umpat tu anytime boleh tahu diri dia diumpat oleh member-member..tu agak cool. Tapi beware, dah ada yang kena tangkap polis dek penangan fb.

Gua terfikir nak pada account FB. Supaya dapat menghilangkan ketagih FB. Betul la FB boleh kasi leka.

Tapi sayang pula kalau delete account fb..

Khamis, 4 Mac 2010

E-mail pasal MJ

Mac 04, 2010

Cerita ni ada kebenarannya, cuba kita imbas kembali peristiwa yang sama
telah berlaku keatas Puteri Diana yang bercinta dengan lelaki muslim.
CIA yang menjadi tali barut Yahudi memang cukup licik dalam hal2 ini.
Mereka sanggup untuk melakukan apa sahaja untuk memburuk dan menghentikan sebarang usaha dakwah, tambahan pula bintang seperti Puteri Diana dan MJ mempunyai jutaan peminat/pengikut diseluruh dunia.

Sebab itulah, ada puak dan kumpulan yang dianggap pengganas oleh Amerika
sanggup menggadaikan nyawa mereka untuk memusnahkan rangkaian kepentingan
Amerika/Yahudi. Betapa gobroknya mereka ini, mereka sentiasa menafikan
kebenaran dan Al-Fatihah untuk Mikael.

Konspirasi Kematian Michael Jackson

Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak
hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong
gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.

Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan
hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang
lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian
ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia
membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan
gembira di situ.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi
pembunuhan Michael Jackson. Namun MJ telah membuat satu keputusan yang
bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan danketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam,
MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.

"Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku
tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan
keamanan Islam itu".

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh
berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif
daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan.
Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon
yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di
England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof
Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah
semasa di England , MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu,
Zain Bhika yang telah menciptakan lagu "Give Thanks To
Allah" khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia..

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan
diri dan menetap di Bahrain . Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak
Sultan Bahrain . Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar
sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.. Akhirnya
pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan
membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada
December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain
dan anaknya..

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia
memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk
mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim.
Malah MJ juga mahu
menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama
Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert
terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA . Pada
12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ
berkata " Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia
untuk konsert ini".. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat
malam, MJ pun pulang ke hotel.
Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat
telah meninggal dunia..

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak
tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba
melengahkan masa bantuan tiba Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan
hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi
sekarang dah bertambah canggih.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk
membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari.
Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang
mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara
berlebihan. Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut
MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat
tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada
orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama
telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik. "Saya suka MJ... Saya
membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin
tiada konspirasi dalam kematiannya" . Pelikkan kenapa seorang Presiden
beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan
rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa
dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak
gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul
dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan
(dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak
penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat. Akhirnya
mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam
di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara
Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab
itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada
dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang
kononnya MJ bukan seorang Islam.

(Sheikh Ha**d)
The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain

Demi anda semua, kami sanggup bersengkang mata untuk terjemahkan email
yang kami terima ini. Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi
kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya ALLAH yang
tahu...

E-mail ini aku share dengan semua blogger. Walaupun kita tak ada bukti, tapi kita berdoa apa yang ditulis di dalam e-mail ni adalah perkara benar. Mari kita sedekah al-fatiha pada insan ini.



Selasa, 2 Mac 2010

Best 99(hoping story)-2

Mac 02, 2010

Taiko..salah seorang member aku..mamat agak giler sikit..

Masa orientasi plajar tingkatan 4. Masa tu lu orang tau la kan, bebudak tengah terejal. Korang tahu tak terejal tu pa?

Cari sendiri.

Biasala, masa orientasi bebudak form 4 di kuarentinkan dari pelajar lain. Cikgu tak bagi kelas lagi. Sebab takut nanti dah bagi kelas, bebudak ni tetiba pula nak tukar masuk sekolah teknik la, MRSM la, henry gurney la..tak ke nyusahkan cikgu nanti.

Part ni time Puan Maya nak present pasal syoknye english language kat bebudak ni. Malangnye bebudak dalam dewan semua dah lagak macam zoo negara.

Buat tak layan je dengan Puan Maya.

Puan Maya cakap," start from today , you have to learn how to speak fluently."

Masa puan Maya cakap, taiko tengah mengorat awek. Biasa la mamat tu menunjukkan handalnya pada aweks yang menggedik.

"Ha you come here!" tetiba Puan Maya panggil taiko. May be time tu dia antara yang paling obvios bising.

"Alamak cikgu ni panggil pula," taiko memang tak ada masalah kalau cikgu tak puas hati. Any time dia sanggup berdepan dengan mana-mana cikgu.

"Ye cikgu, nak apa," dengan tegak berdiri sambil bertentang mata dengan Puan Maya.

Lalu Puan Maya pun berkata," Now you speak in english."

Tanpa berlengah masa, taiko pun pergi kerusi sebelah puan maya dan memijak sebelah kakinya ke atas kerusi sambil menjerit," If you smellllll....what the rock is cookin'!"

Lalu bersorak bebudak dalam dewan umpama penonton WWF kerana mereka seolah-olah tgelah di datangi oleh wrestler terkenal, The Rock.

Selamat ulang tahun 9naga ke 25

Isnin, 1 Mac 2010

Cancer

Mac 01, 2010

Tak ingat bila..tapi gua(aku dah m acam terbiasa pakai kata ganti nama ni) pernah tanya kat anak aji semail," sakit ke ko pergi treatment kat alferd tu?"

Anak aji semail pun cakap," tak nak cakap sebenarnya, tapi dah ditanya terpaksalah jawab. Sakit sampai tak terkata."

Gua terkedu. Budak ni buat gua diam seketika.

Anak aji semail pergi alferd tak bagi tau gua. Gua bukan apa, cuma nak pesan kat dier belikan aku baju sejuk kat sana. Dengar cerita baju sejuk kat sana best. Belum pakai dah tak sejuk. Tu yang gua mengidam tu.

Risau pula gua dengan anak aji semail ni. Takut pula kalau apa-apa jadi dengan dia. Korang mesti tetanya-tanya dia sakit ape.

Sakit yang bahaya. Serius bahaya.

Aku doakan anak aji semail ni balik dan sembuh. Satu pesanan untuk dia, udara kat Malaysia ni walaupun tak sejuk tapi sedap di hirup. Jadi gua tunggu lu balik dan gua doa lu selamat dalam pembedahan kali ni.

Gua tau lu orang kuat..kan lu ni degil..

Nanti kalau dah balik sini, aku ingat nak bawa dia pergi urut..

-: gua baru pas layan cerita princess diary:-