Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Akasia-Bapa gua masih kuat

Kebizian..

Dua tiga hari yang agak bizi. Gua balik melaka. Pasal my father masuk wad. Sakit ape ek..gua luper la ape nama dia. Aritu kakak sulung gua ada bagitau nama sakit tu dalam bahasa sains.

Ah biarkan..

Gua agak terkejut bapa gua masuk hospital. Sebab pada gua dia adalah manusia terkuat di muka bumi ni. Sampai sekarang gua rasa gua tak boleh challenge kekuatan dia.

Bapa gua memang kuat dari segi fizikal dan mental. Lu orang bayangkan walaupun usia hampir 70an, tapi masih mampu mengerjakan kebun sawit yang sebesar padang bola sepak dengan seorang diri. Sedangkan rakan seusianya kebanyakan dah terlantar di atas katil menunggu Izrafil.

Tapi bapa gua masih kuat.

Gua tanya bapa gua," macam mana abah boleh kena sesak nafas?"

Bapa gua jawab," abah balik kampung repair atap zink kat rumah kampung. Sebab ari tu melayang kena angin."

Namun bapa gua masih kuat kerana kerja yang sepatutnya perlu diuruskan dua tiga orang muda mampu diselesaikan oleh dia yang sudah tua.

Acik gua ada bagi tahu hari tu," abah dengan abang shidi hari tu pasang kawat kat rumah aku, abang shidi kata abah terduduk kejap, pastu bangun sambung buat kerja."

Bapa gua masih kuat. Kalau gua, gua dah stop. Masa gua tulis ni, gua terbayang dan sedang dalam sebak teringat kenangan gua dan bapa gua memetik kelapa sawit bersama. Dan masih terngiang-ngiang kata abah," kalau abah dah tak ada siapa la yang nak jaga kebun ni."

-Gua tringat posting ni-kerja di kg sg pulai. click highlight ni.

28 buah fikiran!!!:

Kawan dan Book

Kawan..friend...dan book...

Apa gua mengarut? Gua layan kepala gua. Gua teringat istilah kawan. Lalu gua cuba mencari kamus dewan dan gua definasikan sendiri.

Berkawan umpama kita membaca sebuah buku yang tebal amat. Dalam buku tu banyak gile story. Setiap helaian ada isi dan cerita tersendiri. Jika kita rasa isi di helaian tu best sangat kita akan ingat, kadang-kadang sampai kita selit duit rm 50 untuk di jadikan bookmark.

Tapi kalau tak best, kita selak umpama kita tak baca. Tapi tetap kita selak helaian itu. Itulah kawan.

Dalam hidup, lu akan ada kawan masa kecil. Sama seperti lu baru buka buku. Lu baru baca pendahuluan. Baru baca dia punya prakata. Makin kita banyak selak, seperti kita semakin banyak mengenal kawan.

Betul tak, lu akan ingat kawan lu yang best. Sama macam buku, lu akan ingat isi cerita dalam helaian yang best.

Apa jadi pada kawan yang tak best? adakah lu orang akan setakat salam dan say," hai" je?

Kawan lama, macam mana ceritanya pula?

Meh, gua tell da kronology melalui definisi buku. Kawan lama umpama muka surat yang awal dalam buku. Disebabkan terlalu banyak lagi yang mahu di baca dalam buku itu, jadi muka surat yang awal itu kita tak selak. Ya kita akan selak, tapi setelah habis kita baca semua buku.

Gua teringat masa form 4.

Cikgu gua cakap, "kita kawan kena pilih yang baik. Supaya kita boleh didorongi kebaikan dia. Saidina ali pernah cakap, jika kita berkawan dengan tukang besi kita akan terpalit serpihan besi tu."

Lalu gua bangun," cikgu, kalau semua kawan dengan orang baik , siapa nak kawan budak jahat, siapa yang nak nasihatkan budak jahat supaya jadi baik?"

Apa pendapat lu orang? gua percaya lu orang ada kawan yang perangai tak baik dan may be pada pandangan masyarakat mereka tu jahat.

Tapi kenapa lu orang masih lagi berkawan dengan mereka?

Kita ada ramai kawan dan geng, kalau boleh kita nak buat reunion. Tapi mesti ada yang tak datang kan? Baik la, gua perasan satu cara yang buat lu or gua dan yang lain-lain boleh himpunkan kawan-kawan untuk reunion.

Kalau ada salah seorang kawan lu mati, pasti semua yang kenal kawan lu akan datang menziarah untuk penghormatan terakhir. Masa tu semua kawan-kawan lu yang lama dan tak pernah jumpa pun lu boleh nampak.

Percaya tak? percaya la, sebab mati tu urusan Allah.

24 buah fikiran!!!:

Succed is easier than to fail

agak-agak kucing ni tengah buat apa?

Kenapa kita mesti tegur orang? Kuburkan lain-lain...

Lu orang biasa tak dengar ayat macam tu? atau lu orang sendiri pernah terfikir ayat tu. Gua selalu dengar, terfikir dan kadang-kadang keluar dari mulut gua. Tapi, akhirnya gua sedar gua tersilap.

Benar, gua bukan Prof, Ustaz, Ulama' atau cendikiawan. So layakkah gua menegur kawan, orang tua, keluarga gua, orang ramai, budak2, dan rakan blogger?

Kubur lain-lain kan..

Sebab kubur lain-lain la gua kena tegur. Dalam kubur kita di soal 5 soalan. Antaranya hak ikhwan muslimin. Sebab gua nak jaga kubur gua la, gua kena tegur menegur.

Ada satu teguran untuk mereka yang keluarkan ayat ini," bukan senang nak senang...susah nak senang..senang nak susah.."

Lu orang biasa dengar? Gua pun dulu cakap macam tu.

Tapi baru gua sedar, itu cakap orang tak beriman. Yes gua tak layak cerita pasal iman. Sebab gua bukan Ustaz. Namun gua harap lu orang bagi gua chance nak story kenapa gua cakap orang yang keluarkan ayat tu adalah orang yang tak beriman.

Allah dah cakap, manusia adalah sebaik-baik jadian. Tapi kenapa kita menidakkan? Bersangka buruk dengan Allah ke?

Succed is easier than to fail, but how?

Caranya juga mudah, doa minta diberi petunjuk untuk usaha, dan masa nak usaha minta suapaya di beri kudrat oleh Allah, pastu lu orang usaha. Lepas usaha tawakal pada Allah. Sebab Allah mampu memberi apa sahaja. Dengan kun fa yaa kun sahaja.

See mudah kan? tak mudah lagi? may be setan dah ikat tangan kita supaya tak mampu untuk berdoa.

Doa kan senjata orang beriman. Kenapa malas nak doa. Gua tulis bukan untuk tegur lu orang, tapi untuk gua juga. Pasal gua tahu gua pun macam tu. Kadang-kadang gua tak yakin doa gua. Gua dah silap kat situ.

Yakin dengan doa. Pasti senang untuk senang.

Gua nak share satu hadith nabi s.a.w," berkerjalah kamu seolah kamu akan hidup seribu tahun, beribadah la kamu seolah kamu akan mati esok."

Renung-renungkanlah..

-gua bukan nak tukar blog ni jadi blog agama, cuma gua selit sikit pasal ikhwan muslimin.

18 buah fikiran!!!:

Game




Ada tak sesiapa yang gila main game? Karektor Law ni adalah dari Game Tekken yang sekarang ni dah sampai version 6. Gua memang minat gile karektor ni pasal gua rasa dalam game ni karektor ni memang wujud dalam dunia sebenar.

Ok, lu orang kenal Bruce Lee? Gua tak tau la kalau awek2 tu tau ke tak. Tapi gua rasa brother-brother mesti ramai kenal mamat yang bernama Bruce Lee.

Karektor Law dalam Tekken ni di adaptasikan dari karektor sebenar bruce lee. Serius memang sjibik.

Lu orang cuba tengok kat sekeliling, mesti ramai bebudak atau adik2 lu orang yang ketagihan dengan game. So gua nak bagi sikit pendapat gua dekat pasal game.

Gua memang gamers, dah banyak game gua main, tak kira kat PC atau pun PSP. Tapi gua macam baru perasan, sebenarnya minda gua telah di kawal oleh game. Game sebenarnya penjajahan minda yang paling genius . Boleh gua katakan sebagai seekor nyamuk yang menghisap darah manusia.

Gua bagi contoh, gua ada masukkan game terbaru di PSP gua. Game tu memang ader grafic yang best, tapi buat gua rasa ter agak-agak nak main , jalan cerita game tu berkisarkan perang kristian dan orang Islam. Dalam game tu pula hero yang gua kena pakai adalah hero kristian.

Kalau lu orang , apa lu orang fikir.

Mungkin ada mulut yang berkata, ala setakat game. Apa la sangat.....KAN?

Tapi, impaknya sebenarnya besar. Lu orang bayangkan adik lu pakai baju ada gambar salib. Marah tak. Bila tanya, dorang akan jawab sebab minat dengan karektor tu.

Sama macam game Tekken yang gua main. Tak ada langsung hero Islam, so kat situ dia dah jajah minda gua yang kata Islam memang tak ada hero.

Datuk Panglima Hang Tuah tu bukan hero Islam ke?

Untuk pengetahuan Lu orang, Bruce Lee yang dunia luar angkat dia sebagai lagenda Martial Art tu, pernah kalah dengan Datuk Meor Abdul Rahman pengasas Silat Pusaka Gayong. So siapa lagi hebat?

Sikit jer, kongsi pasal game. Harap lu orang tak gelong bila baca ni entry.

-Kalau gua ada anak perempuan nanti, gua nak dia belajar silat. Sebab gurl kalau bersilat memang cool
.

24 buah fikiran!!!:

Life begin 40?


Gua selalu fikir, macam mana life gua masa gua berumur 40 tahun?

Tadi gua dengar satu ceramah kat cd. Dia kata life begin 40. Pastu gua dengar dia bagi info sikit. Ni untuk pempuan la.

Perempuan akan mencapai tahap kecantikan yang paling maksimum bila dorang umur 40 tahun. Selagi tak tercapai umur tu dia belum boleh di kira cun melecun la. Patut la gua tengok Nasha Aziz makin lama makin cun.

Tapi perempuan paling manis bila time dorang mengandung. Lu orang tak percaya, kalau tak percaya lu pergi tengok ibu-ibu mengandung. Kan manis dorang tu. Bagi yang perempuan, lu orang kenalah selalu mengandung supaya nampak sentiasa manis.

Lelaki pula, dorang capai kematangan pada umur 40. Contoh yang gua dengar tadi, Muhammad bin Abdullah s.a.w. Baginda di angkat menjadi Rasulullah ketika usia 40 an. Ada significant tu. Allah buat sesuatu pasti ada sebab.

So, siapakah gua ketika umur 40 nanti? Gua harap lu orang doa baik-baik untuk gua. Gambar kat atas tu, lu orang jangan pula dibuat propaganda pula. Gua bukan nak jadi Yang Berhormat.
Yang Beriman nak la. Yang Berhormat ni payah la. Lagipun gua tak minat politik. Banyak sangat konflik.

Gua tanya lu orang pula, apa lu orang expect bile lu orang berumur 40 tahun?

16 buah fikiran!!!:

Lama sangat

tau tak mana ada jual t-shirt ni?

Semalam gua pergi jusco balakong. Gua ingat nak pi karaoke, tapi gua dan member gua batalkan saja bila harga agak menggelabah di green box.
So, ape lagi nak buat, kitorang makan saja di Johny.

Gua bukan nak promote makanan kat johny dan tidak terniat langsung. Cuma yang gua tertarik watsons yang kat depan johny. Menarik tengok laki follow pompuan membelek barang-barang kat situ. Pompuan tu, belek pastu letak. Dan perkara tu berulang-ulang sehingga keluar tanpa beli apa-apa barang pun.

Gua senyum dan cakap benda tu kat member gua, Abe.

"Zul aku pun selalu kena camtu dengan awek aku." terang Abe.

"Paling aku menyirap, time die belek. Aku ingat dah ok dah nak ambil barang tu, tapi die letak balik. Kau tau apa rasa bila awek aku letak balik setelah hampir 24 jam membelek?" tanya Abe pada gua.

"Apa kau rasa," balas gua.

Abe pun jawab dengan reaksi mukanya sekali," aku rase macam nak pecah je hati aku. Apa dia tak fikir ke betapa lama aku tuggu dia belek. Dah tu kalau boleh satu Watsons tu dia nak belek."

Abe meneruskan cerita," pernah sekali aku dah lenguh kaki, aku lepak kat luar Watsons. Sekali-sekala aku jeling sikit. Sebab aku dah jeling banyak kali kat awek aku, pak guard pula datang. Ada ke patut dia ingat aku nak mencuri kat Watsons."

Gua gelak besar beb. Memang tak patut. Tapi, pendapat gua la, pompuan ni memang sangat cermat dan teliti. Sebab tu dorang kalau beli barang memang lama.

So mana-mana yang ada awek cam tu, lu orang baik banyak berzikir la, kasi tenang lu punya hati.

29 buah fikiran!!!:

Batik



Bebatik-batik ke hulu, berbatik-batik ke hilir.

Semalam di gym, gua selamba pakai baju batik. Gua memang suka mengagungkan elemen melayu dalam jiwa gua. Lu orang rasa kena ke tak kena gua pakai macam ni kat gym?

Lu orang punya jawapan akan gua nilai untuk masa hadapan. Kalau lu orang kutuk , gua tetap akan pakai . Takkan gua nak panggil genster simbah cat pula.



Instruktor gua semalam tengok gua semacam tapi bukan in the gay way la . Gua pun tanya, "napa wak padang saya macam tu. Ada instinct apa-apa ke wak?"

"Dah lama aku jaga gym ni, tak pernah pula aku nampak orang main gym pakai baju macam ko ni," kekeliruan di kepala wak.

Gua pun jawab," hari ni kan hari khamis. Hari orang gomen kena pakai baju batik. So saya pun mematuhi pekelililng la yang mengarahkan supaya pakai baju batik."

Gua rasa tak salah pakai, dari pakai baju cap pagoda baik gua pakai baju batik ni. Lagi pun gua rasa cam best je. Nampak macam nelayan sedang berlatih angkat berat. Gua selalu pikir, barang orang melayu ni kalau kita tak pakai siapa lagi nak pakai.

Contohnya bahasa melayu dalam handphone, lu orang ingat ada ke bangsa lain nak guna bahasa melayu sebagai bahasa rasmi handphone dorang? P. Ramlee pernah cakap, bahasa melambangkan bangsa.

Lu pikir la sendiri...

-gambar gua di gym kementerian belia sukan-

30 buah fikiran!!!:

Menentang reality

ehsan dari along

Pernah dengar tak tenaga luar biasa.

Lu orang mesti pernah perasan kan, bile lu orang kena kejar babi hutan, tetiba je lu orang boleh terpanjat tiang letrik? Ha tu la dia tenaga luar biasa. Tenaga tu di panggil menentang realiti. Tenaga luar biasa tu boleh keluar juga time lu orang mengamuk bile kereta kena langgar, laki lu orang kena kebas, awek kena usah dengan orang lain, dan macam-macam yang lu orang boleh pikir lagi.

Tetapi boleh ke lu orang control. Tak ramai yang punyai kebolehan untuk control tenaga menentang realiti tu. Kebanyakan yang berjaya control adalah manusia yang bergela wanita.

Gua ada satu story.

Satu hari seorang ibu dengan keadaan penat gila, yang kalau lu orang tengok pun memang kesian. Peluh masih memercik lagi kat dahi. Masuk rumah dengan hembusan nafas yang bagaikan baru lepas larian amal KLCC. Sampai di rumah dia melabuhkan punggungnya ke tempat duduk.

Niat di hati teringin nak rehat, dan pulihkan tenaga buat seketika akibat dah memerah keringat mencari rezeki.

Tetiba datang seorang kanak-kanak, yang comel dan lagi cute. Berlari sambil memeluk ibunya. Sang ibu rasa seperti lupa akan kepenatan.

Tak sampai lima saat anak itu berkata," ibu, lapar la ibu. Nak mee goreng."

Kalau lu jadi , yang baru penat gile sampai dari tempat kerja, apa lu cakap? adakah lu akan cakap macam ni," ah, kejap la ibu penat ni."

Tetapi sang ibu tadi tak terlintas akan perkataan itu. Dengan keadaan penat, dia tiba-tiba bingkas bangun. Bangun seperti srikandi ingin manyambung perjuangan dan alpa akan kepenatan tadi. Terus sang ibu tadi siapkan mee untuk makan bersama anaknya yang comel lagi cute itu.

Itulah tenaga luar biasa. Tenaga menentang realiti. Agak-agak terbalas tak jasa kita pada sang ibu?

Fikirkanlah..

27 buah fikiran!!!:

Mr. Fitness


Gelaran Mr. Fitness Gym rakyat sudah di canang.

Semalam, seperti biasa gua dengan rutin gua. Bila tepat pukul 4.30, gua akan berlari dari meja gua dan terus punch kad tepat-tepat. Sebab dulu cikgu gua pernah cakap masa itu emas.

Macam hari-hari lain , gua akan terus memecut kereta gua ke Gym rakyat di Kementerian Belia Sukan. Sampai di kaunter gym, gua punya intructor tanya gua," Zul , ko isi borang ini."

Gua pun baca kuat borang tu," Pertandingan Mr. Fitness."

Dengan pantas gua meletakkan borang tu kembali. Seolah-olah menidakkan keinginan untuk join tournement tu.

Intructor yang gua panggil wak tu pun tanya," napa? ko tak nak masuk ke? Masuk je la. Cari pengalaman".

"Wak tak mau la, nanti tak kahwin plak," jawab gua.

"Aik apasal pula tak kawen," tanya wak lagi.

Gua pun beri keterangan," wak, wak rasa kalau awek saya tunjuk gambar saya masa pertandingan tu kat mak bapa dia, agak-agak mak bapa dia boleh terima ke bakal menantu dia pakai spender di hadapan khalayak ramai?"

Wak terkedu seribu bahasa.

Kalau gua dah kahwin lain cerita, mak mertua tak la cakap apa-apa. Pasal gua dah sah jadi menantu dia. Tapi gua tak mau la join pertandingan peraga badan sambil pakai spender. Gila malu beb. Kalau gua mau join pun gua akan join game gusti lengan.

Tahun depan memang gua nak masuk.

32 buah fikiran!!!:

Macam apek


Lu orang pernah tak , time bawa kereta, kereta depan lu slow gile. Bila lu nak potong je, dia ngade-ngade ke tengah sikit.

Pastu bila lu nak potong dia macam menggelabah.

Gua baru kena tadi. Benda ni bukan sekali. Tapi berkali beb. Bila gua potong jer kereta-kereta yang berperangai begitu, gua usha la driver dia. Dengan muka gua yang gua cuba buat seketat mungkin.

Comfirm pompuan. Lalu gua pun berkata," patut la, pompuan yang bawa."

Awek gua pun setuju. Lalu dia sudah bertekad untuk menjadi driver yang sehandal Alex young supaya dia tidak diperkatakan macam tu.


Realeti beb, gua banyak kali kena. Paling gua lemah time pompuan nak masuk atau keluar parking. Giler slow. Lebih-lebih lagi bab parking side. Comfirm dorang fel la. Benda ni kalau cakap kat pompuan dorang comfirm melenting.

Gua sarankan kerajaan Malaysia tarik balik la lesen wanita-wanita begini. Mengganggu lalu lintas di Malaysia.

hahah, gua gurau je. Bukan semua pompuan macam tu. Gua tau ade yang xpert cam Jane Abdullah women drifter tu. Cuma jumlahnya kurang berbanding lelaki. Gua harap pompuan tak marah gua.

Sebab gua pernah nampak yang kereta atau motor yang perangai macam tu. Tapi apek tua la. Gua tak samakan pompuan ek, Jangan ada pula pomnpuan yang terasa dengan gua. Atau jangan ada yang cuba saman gua.

Berbanding dengan laki. Dorang bawa ganas gile. Kalau boleh batu tar kat jalan tu nak aje dijadikan batu nissan kat kubur dia.

Cukup, gua tak mau cakap pasal ni.

Sebelum lu orang nak marah-marah sebab entry gua ni, gua nak share sikit. Nak jadi orang cemerlang tak?

Kalau mau sebelum tido lu orang kena maafkan semua orang. Tak kira besar mana kesalahan dorang tu. Dan lu orang cuba bermaafan dengan orang seboleh mungkin. Jadi tak adalah dendam di hati.

So sebelum tidor lu orang yang pompuan ni kalau mau jadi insan yang cemerlang, maafkan la atas entry yang kata pompuan bawa kereta macam apek tua.

28 buah fikiran!!!:

Besar gile


Tadi gua lepak dekat hailam kopitiam. Gua order air orange jus tanpa gula. Memang best. Gua usha sana dan sini.

Gua nampak cop halal hailam kopitiam tu. Ceh, logo halal yang telah di haramkan Jakim. Nasib gua order orang jus. Dah comfirm halal. Gua pelik, kalau jakim dah terang2 katakan haram kenapa mereka tak tarik lesen kedai-kedai yang pakai cop halal palsu.

Dalam hati gua kata," kalau haram gua minum ni , lu orang tanggung la.

"Malam ni, piala FA siapa menang," tanya gua pada pelayan hailam kopitiam.

Dengan sleng bangla pelayan tu jawab," mann..uu.."

13 buah fikiran!!!:

Pergaduhan Tuhan dan Manusia


Semalam gua dan Nono layan story poster kat atas ni. Samapi tersengguk-sengguk kepala gua tengok. Tapi gua ingat tak ingat juga storyline film ni.

Meh gua komen sikit.

1st, f**K kat director filem ni. Satu penghinaan bagi kat umat Islam. Berjaya pula tu. May be orang lain ingat cerita hanya dogengan je. Tapi gua dah loya tengok cerita yang kononnya dongengan tapi hakikatnya hina Islam. Pelik betul gua FINAS tak kaji ke, atau dorang tak alert dengan dakyah yahudi laknatullah ni? Boleh lepas tengok kat Malaysia. Filem Muallaf arahan arwah Yasmin ahmad dorang ban pula.

Kenapa gua kata film ni hina Islam? Watak Perseus dalam filem tu sebiji menggambarkan karektor Nabi Isa a.s. Cara dia lahir, dan cara kehiduapan baginda. Pastu dia betul-betul menggambarkan Tuhan Zeus tu seolah-olah karektor Allah. Tu yang buat gua hangin ni dengan director tu.

Terpulangkan kat orang lain nak terima filem tu macam mana. Tapi gua tengok cerita tu dan komen mengikut pemerhatian gua.

Lu orang terfikir tak, dulu yahudi ni bagi mesej tak jelas sangat, cam cerita Lord Of The rings. Mesej dia kurang jelas sangat. Tapi kalau tengok dua tiga kali, pastu ingat cerita sejarah Islam dan pasal kiamat baru tahu ada relation. Mesej dia kabur sangat masa tu. Terfikir tak lu orang mata dalam Lord Of The Rings tu di adaptasikan dari mata Dajjal?

Tapi sekarang, cerita2 macam 2012, Clash of titan terang-terangan menyindir Islam. Seolah-olah mereka terlalu angkuh mengatakan Jesuss Chriist tu anak tuhan.
Siap, dia buat sekali adengan hubungan seks Tuhan Zeus dengan mak Perseus tu. Memang angkuh yahudi ni.

Gua dari dulu lagi benci dengan yahudi ni. Dah sejarah orang Islam ni dia ubah. Sejarah dia pun dia ubah untuk kepentingan sendiri.

Gua layan cerita ni sebab gua dengar citer ni box office sedunia. Gua pelik, camner boleh box office satu dunia, sedangkan jalan cerita tak best langsung. Cuma kesan cgi je yang gempak.

Entah-entah box office tu kencing je kot. Yahudi kan memang penipu!

-Mesti lu orang ingat gua ni memandai je kan. Buat andaian ikut sesuka hati, lantak korang la kalau suka nak ambil ringan pasal dakyah laknatullah ni-

10 buah fikiran!!!:

Blogger pengecut?


Gua tanya lu orang, tapi jawab betul2 tau.

Kenapa lu orang bloging? Pernah ada orang cakap dekat telinga gua, Blogger ni sebenarnya hidup dalam dunia mereka sendiri. Berangan sorang-sorang pastu tulis entry. Tak ada kawan untuk berbual secara face 2 face, tiada keberanian menyatakan sesuatu secara terbuka dan syok sendiri.

Lu orang rasa macam mana? Ada betul ka?
Lain orang lain pendapat. Kalau tanya gua, kenapa gua tulis blog? Tentunya jawapan gua, gua suka menulis. Menulis sambil sharing. Sebab mulut kita ni kadang-kadang tebatas untuk bercakap.

Cuma gua tak berapa setuju dengan blogger yang private kan blognya. Baik dia tulis kat diary, pastu simpan dalam bantal. Jangan bagi orang baca. Gua rasa rugi la jalau private. Berani tulis berani tanggung. Jangan jadi pengecut.

Gua teringat satu ceramah yang gua pernah dengar," nak jadi orang yang cemerlang perlu ada diary dan menulis diary. Tak kira , apa yang dia buat, dia nak buat atau angan-angan. Kerana melalui kajian dan survey yang telah di buat, hanya 3% orang cemerlang tu tak ada diary."

Blog tu diary ke?

Tapi gua masih terngiang-ngiang orang cakap kat lubang telinga gua ," blogger tu semua bodoh! sebab tulis mengikut perasaan."

Lantak la, iqra' adalah wahyu pertama yang turun. Sudah cukup membuktikan yang menulis dan membaca adalah suruhan Allah.

27 buah fikiran!!!:

Gua lem-PUNK baru tau


Lu orang suka punk tak? Lu orang pernah join tak?

Gua nak tanya sikit pada lu orang. Nanti bila lu orang dah tua, mata lu orang boleh terima tak tengok anak-anak lu orang jadi begini?

Nape lu orang diam?

Ok, masa gua sekolah dulu, era punk memang tengah hot. Kengkawan gua pun ada join juga. Gua citer pasal punk ni bukan gua tolak tepi, hip-hop, skinhead dan yang segolong dengannya. Gua tak follow dorang. Tapi ada juga seluar Wu-Tank kat almari gua.

Gejala ni mulanya suka pada lagu. Lama-lama terikut dengan karektor icon punk tu. Lebih gua rasa nak tergelak pecah perut, ada juga bebudak yang mengagungkan knowledge yang dorang dok hafal hari2 pasal punk tu. Padahal bapa dia suruh hafal Al-Fatiha pun dorang tak buat.

Lu orang fikir macam mana?

Gua tanya lagi sekali, lu orang pernah terjebak tak? Lu orang sendiri saja tahu. Gua cuma nak sarankan, kalau lu orang pernah join, atau pernah tahu, kita bagi tau kat anak-anak bangsa kita sekarang ni supaya meludah kepada gejala haram ni.

Kita bagi tau adik-adik kita yang tengah sekolah tu, tak ada paedahnya ikut gejala ni. Merosakkan akhlak saja.

Ok, we talk about zina. Lu orang ada adik perempuan tak? Kalau tak maybe one day lu orang akan dapat anak perempuan. Macam kalau adik perempuan atau anak perempuan lu orang cakap kat lu orang, " saya mengandung," apa reaksi lu orang masa tu.

Gua cakap ni pasal gua sedih tengok di akhbar bayi di gonggong oleh seekor anjing. Ya, kita tak ada kaitan. Tapi gua guna blog gua untuk bagi tau lu orang, zaman mak bapa kita berita macam ni tak dengar pun.

Tapi zaman kita, hampir hari-hari terpampang dalam paper. Hari ni hari orang, esok hari kita mana tahu.

Gua bukan berlagak baik, atau mau story yang gua ni sangat alim. Gua macam lu orang juga, suka karaoke, pergi dating, tengok wayang. Tapi gua cuak juga sebab, one day gua akan ada anak. So mampukah anak gua lawan semua gejala ni?

Sama-sama kita fikir. Kalau dulu kita dah lalui, jom kita sedar balik. Pastu kita bagitau kat anak-anak bangsa kita sekarang. Mana tahu nanti nasihat kita ni pahalanya akan di bawa ke kubur.

Satu benda yang gua takut, " apa kita buat hari ni, anak kita akan tunjuk balik kat kita."

25 buah fikiran!!!:

April-harapan langit terus cerah


Woi sekarang dah April la!

Bulan ni bula April. Gua harap bulan April ni gua sihat wa'alfiat. Bulan mac lepas, gua rasa paling tak best langsung dengan tahap kesihatan gua.

Lu orang bayangkan la, minggu pertama mac gua demam dan batuk2. Minggu kedua dan ketiga gua sakit mata. Pastu minggu ke empat gua demam balik. Gua bukan tak tahan semua tu. Tapi ianya mengganggu prestasi kecergasan gua.

Tapi sakit-sakit pun gua pergi gym pula.

Gua mula rasa nak serius balik dengan gym ni pasal gua tengok nama member gua usop menang Mr Selangor tahun 2009. Gila, mamat tu dulu gua yang train.

Gua ingat lagi, dia datang kat gua minta ajar main besi kat Top Gym Pandan Indah. Masa tu badan dia macam apek senario je. Gua suruh angkat besi 30 , 40 kg pun dia tak larat. Tak sangka bila gua dah stop 2 tahun ni, dia still carry on train. Sampai jadi champ Mr Selangor!

Memang membakar semangat gua. So gua sedang sangat serius main gym sekarang. Pemakanan pun gua jaga bagai nak gila. Sekarang dah hampir sebulan gua tak sentuh nasi. Gula pula dah hampir 2 minggu gua tak minum. Tapi akibatnya, muka gua pucat masa nak main futsal.

Gua harap April ni gua tak di landa demam ke, sakit kepala, pening ke. Gua nak doa ni untuk kesejahteraan tubuh badan gua.

Meh cepat kita angkat tangan sama-sama. Gua baca lu orang amin.

-Dr Fadzilah Kamsah kata , kita kena doa khusus hajat kita, baru dapat. -

15 buah fikiran!!!:

al-fatiha buat Mior Ahmad Fuad Mior Badri

al-fatiha buat Mior Ahmad Fuad Mior Badri

Hari ni gua comfirm ramai yang sedih di atas pemergian pengiat seni tanah air ini. Gua harap lu orang cool dan sabar. Cuma kita doakan supaya arwah di letakkan bersama orang-orang yang beriman.

Gua dapat info tentang bacaan talkin. Arahan dari info ni dia suruh letak nama sendiri . Gua try ganti nama gua kat bacaan talkin tu, kira macam talkin diri sendiri la. Tapi serius gua cakap, jari gua tetiba je sejuk dan kaku. Tak boleh nak tekan butang2 kat papan kunci.

Kalau lu orang boleh, cubalah. Sesungguhnya lu orang memang lebih dahsyat dari gua.

Mungkin ramai yang tak tahu bacaan talkin ni apa. Susah beb, kalau kat dunia tak tau, macam mana lu orang nak jawab bila masuk kubur. Apa lu orang ingat ada open book test ke?

Sorry, Mungkar dan Nakir ade la.

Pada tok-tok imam memang la tahu talkin ni. Tapi, adakah gua, lu orang, kaki clubbing, bonzer club, tarik kereta, kongsi gelap, awek-awek yang sedang menggedik, dan semua umat islam ingat talkin ni?

Ok , gua pun tak berapa ingat so gua letak talkin kat entry ni. Gua harap lu orang sudi baca dan simpan dalam hati. Posting ni bukan untuk di permainkan, cuma untuk iktibar kita semua.

Bismillahhirrahmannirrahim.( cuba tukar dengan nama lu orang )

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat AllahTaala..

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawabersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah kamu berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

*Mereka berkata:

~Siapakah Tuhan kamu?
~Siapakah Nabi kamu?
~Apakah Agama kamu?
~Apakah kiblat kamu?
~Siapakah saudara kamu?
~Apakah pegangan iktikad kamu?
~Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?*

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

~Allah Taala Tuhanku,
~Muhammad nabiku,
~Islam agamaku,~kitab suci Al-Quran ikutanku,
~Baitullah itu kiblatku,
~malahan solah limawaktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
~Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,~bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu.

Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan
penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin. Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"

Firman Allah swt,
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran."

Surah Al-A'sr
Dari Abdullah bin 'AmrR.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupunpun satu ayat.

-gua bukan nak tukar genre blog ni jadi religon blog, tapi sekurang-kurangnya biarla blog gua ni ada sedikit ilmu untuk kita konsi bersama.-

12 buah fikiran!!!:

1-April


Senjata Umat Islam

Assalamualaikumwbh.

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama.

Setiap kali menjelang 1 April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat'.Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol.

Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

-gua ingat kalau kadang-kadang story citer macam ni, bagus juga. Tak adalah gua di kecam sebagai blogger ntahapahapentah-

14 buah fikiran!!!: