Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

abah dan ayat kursi


Sepetang di rumah Taman kerjasama Melaka...

Gua tak ingat tahun bile. Tapi yang gua ingat masa tu gua dah sunat dah. Abah lepak dengan gua kat ruang tamu. Sambil layan tv gua rasa berukuran 27' inci tu.

Tetiba abah membuka mulut," adik dah hafal ayat kursi tak?"

Gua yang tengah minum milo taik( milo terapung) terus tersedak. Lantas gua bersuara," Dah, kenapa bah?"

"Cuba baca abah nak dengar," arahan atau lebih kepada pinta abah gua.

Gua pun berdiri tegak seolah mahu menyanyikan lagu negaraku. Tangan gua rapat mengepit baju kiri dan kanan. Lalu gua membuka mulut dan membasahkan lidah dengan bacaan ayat kursi sekuat-kuat hati.

Abah tampak sangat berpuas hati dengan bacaan gua. Abah bersuara lagi, " kena selalu baca tau."

Gua tanya lagi tanda macam tak puas hati," kenapa bah?"

"Hari tu, kat kampung. Abah balik dari makan roti canai tengah malam. Tetiba ada hantu galah halang abah naik motor. Tinggi hantu tu. Abah cuba pusing belakang nak patah balik, tapi kat belakang ada hantu pontianak pula," cerita abah yang buat gua rasa nak terkencing masa tu.

Abah sambung lagi," abah baca ayat kursi sekali, hantu tu menjerit panas. Abah baca kali kedua, hantu lari. Abah baca kali ketiga, hantu terbakar."

"Wa.....! Dahsyatnya abah!" aku sorak sambil menepuk tangan tanda kagum.

"Bukan abah yang dahsyat, ayat kursi yang dahsyat. Nanti kalau baca, syaitan takut dengan kita.Sebab kita dilindungi oleh ayat kursi. Kena selalu baca la," pesan abah yang sehingga kini gua masih ingat.

Kalau tak silap, peristiwa ni dah bertahun agaknya berlalu.

Semalam abah mesej gua. Bunyinya begini," anak2 ku, esok hari lahir abah ke 68. Abah kerap rasa sakit. Tak dapat pergi kerja kebun. Terpaksa duduk di rumah melaka."

Gua terus rasa sebak, dan menitis air mata.

"Abah, selamat hari lahir ke 68. Semoga abah akan sihat dan kuat seperti biasa. Adik sayang abah. "

20 buah fikiran!!!:

Memo jadi Bomba


Dulu gua suka tengok cerita american chooper. Citer tu pasal bikin-bikin motor. Kalau tak silap dulu documentary ni tayang kat discovery channel. Salah satu motor chooper yang dorang bikin adalah motor untuk bomba. Lawa kan motor ni.

Ok gua bukan nak story pasal motor.

Hari ni gua dapat memo dipilih dengan sukacitanya oleh bos gua untuk menjadi pegawai penyelamat aras. Gua pun pelik, apa hal gua boleh terpilih pula ni? Bila masa gua dengan bangga cakap gua minat jadi bomba?

Adoi, dorang ni main letak je nama gua. Lain kali, nak letak nama gua tanya la dulu kesanggupan gua untuk memikul amanah tu.

Gua cakap kat bos gua," tak payah penyelamat bomba la bos, kita berlatih lumba lari 100 meter. "
"Apasal pula zul?" tanya bos gua.

"Nanti, masa kebakaran semua kena lari. Siapa sampai dulu dia selamat. Siapa lari terkedek-kedek maka mati terbakar la jiwanya," explain gua pada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Operasi Pusat dan Agensi Jabatan Akauntan Negara.

Namun gua pergi jua ke tempat ceramah, tetapi sekadar menjamah air nescafe secawan je.

15 buah fikiran!!!:

Email dari No2

Seiusly...tersentuh hati gua bila baca e-mail dari no2 ni.. Memang cerita ni panjang gila. Tapi berbaloi kalau baca. Bayangkanlah gua boleh cair ayaq mata lepas baca email ni. Jom kita membaca..

"Buat Seorang Anak Adam Di Seluruh Muka Bumi...Hargailah Seorang Wanita Yang Bernama Isteri"

Nura memerhatikan jam didinding, sudah dekat pukul 12.00 malam,argh.. Dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini.
2.00 pagi. "Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya. "Eh! abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura. "Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas". Jawapan yang cukup mengecewakan Nura.

"Arrggh rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak tengok ker apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbat kesukaan abang," luah Nura dalam hati.

"Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu", Pinta Nura sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan Kembali lauk-lauk
yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecil Hatinya sedih perasaannya. Nura ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk mengalas perut kerana dia sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. Nura menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi
dan terus menuju ke bilik tidur. Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap.


"Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura", bisik hati kecilnya. "Aargghh rindunya Nura pada abang. "Nura rindu nak peluk abang, Nura nak kucup abang, Nura rindu abang".

Selesai solat subuh, Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan kusyuk dia berdoa semoga Allah Berikan kekuatan untuk menempuh segala badai. Selesai menjalankan amanat itu, Nura kejutkan Hilmi, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.

"Assalamualaikum", sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk Ke pejabat. "Waalaikumsalam, sayang". Nura cuba bermanja sambil menambah, "abang nak kopi atau teh?" Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada 'presentation' dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah
sekadar menjaga hati Nura dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Nura menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu.

"Abang, Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Nura", kata Nura selepas kereta itu meluncur pergi. "Arrghh rindunya Nura pada abang....... ."
-----------------------------------------------------------------------
"Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri. "Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Hilmi acuh tak acuh. "Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaat ler, kesian bini kau". Zikri bergurau nakal. "Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun bini aku dah tidur. "Balas Hilmi. "Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Nura ke?". Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah sekarang bekerja sebumbung.

"Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapi entahlah", terang Hilmi.
"Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul Zikri. "Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya.
-----------------------------------------------------------------------
Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan. Saat-saat sebegini Nura teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Nura menangis sepuas hatinya.

5 tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh yang pendek. Nura bahagia sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh.Nura sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi. Makin laju air matanya mengalir. "Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?". tanya Nura 5 tahun yang lepas. "Abang cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang akan bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih saying buat Nura,"janji Hilmi. "Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Nura lagi. "Syyy... doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Hilmi meyakinkan Nura.

Nura masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi Hilmi yakin Nura mampu memberikannya zuriat. Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Nura tidak disalahkan Hilmi sekiranya dia sudah mengalah danterkilan kerana Nura masih belum mampu memberikannya zuriat. Walaupun Nura sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya Nura pada abang.
-----------------------------------------------------------------------
"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak Mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi..." ayat Hilmi terhenti disitu. "Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?", Celah Zikri.
“Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya,duduk rumah saja,sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya", terang Hilmi. "Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?", tingkas Zikri.
"Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, Dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Nura sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akan bertukar Menjadi perbalahan", Jelas Hilmi. "Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia?", kata Zikri tidak berpuas hati dan menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?"

"Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup", Ujar Hilmi.
---------------------------------------------------------------------
Nura masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi Dengan pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara ataumenjenguk orang tua Hilmi dikampung. Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya. Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit.

Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa Pulang ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini... aarghh rindunya Nura pada abang.

Nura tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing, dan hari ini sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada Hilmi. Nura masih tidak menaruh syak pada Hilmi, dia masih cuba memasak sesuatu yang
istemewa untuk Hilmi bila dia pulang malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi.

Arghh tak apalah,demi suami tercinta. Aaarggh Rindunya Nura pada abang.
---------------------------------------------------------------------
"So you dah tahu i dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman makan malamnya.
"I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah Mula sayangkan you". Zati berterus terang. Lega hati Hilmi, tapi Nura?

"Abang Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," Adu Nura pagi tu, sebelum Hilmi ke pejabat. "Ye ker? Ambil duit ni, nanti Nura call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Nura ni." jawapan Hilmi yang betul-betul Membuatkan Nura mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Nura sakit demam Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Nura. Arrgg rindunya Nura pada abang.

Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring. Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi. Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi kawannya. Nura masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi. Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada didepan mata setiap hari. Aargh rindunya Nura pada abang.

Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia Untuk membuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sangat. "Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti kelazimannya.
"Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Hilmi. "Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang Akan balik lambat, Nura tak berpeluang abang". ujar Nura dengan lembut. "Eh.. dah pandai menjawab,"perli Hilmi. Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa Yang Nura nak bincangkan. "Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni? Tanya Nura. "Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah
kita bayar duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" Hilmi beralasan. Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar
Dengan dia, dan dia terus bertanya, "dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi sekarang?" Ujar Nura. "Sudahlah Nura abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada", bantah Hilmi lagi. "Sampai hati abang, abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak bukan? Dan Nura terus bercakap dengan sedu edan.
"Sudahlah Nura abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul..."

Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa suara pun. Nura makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi. Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau, telefon bimbit dimatikan, Nura risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Hilmi bila dia kembali. Nura masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama Hilmi. Hilmi
sekadar mengangguk.

Tetapi malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. Demam Nura pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan lagi.Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang, doa Nura. Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut oleh Zikri. "Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni,
Boleh aku jumpa kau?", tanya Zikri "Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku,berdosa tau", tolak Nura.

Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu.Setianya kau perempuan, bisik hatinya. "Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak
aku, boleh?" pinta Zikri "Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan ?" setuju Nura.
-----------------------------------------------------------------------
"Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Nura hanya tersenyum penuh makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan. Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan Berita itu. Zikri serba salah. "Nura, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana Nak mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam
Proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam Saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang." terang Zikri.

Nura menangis semahunya dibahu Mak Siti, rasa hampir luruh Jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Nura menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal. Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa Pakaian penting, dan masa ini Nura bertekad untuk bertanya. "Ya betul apa yang Nura dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan abang takkan lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Nura, kerana mereka juga sayangkan Nura, dan Nura kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Nura." Janji Hilmi.

Nura sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Nura terlalu kecewa.
----------------------------------------------------------------------
Hilmi masih menanti diluar, rasa amat bersalah bersarang dikepala, sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah.

"Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat". terang doktor pada Hilmi. "Dua-dua apa maksud doktor? tanya Hilmi "Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak Berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak Akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection Untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor.

"Ya Allah Nura mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Nura", kesal Hilmi. Malu rasanya untuk menatap muka Nura."Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung? kesal Hilmi. "Nura memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang Sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan lain Nura tak sampai hati bang, Nura tak sanggup abang malu dan keluarga abang juga malu." Jelas Nura.

"Nura sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang Cuma sekadar berkawan sahaja.Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak ama lagi." janji Hilmi. Kesal kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu, membuatkan Nura risau dan akhirnya pitam dihalaman rumah, mujurlah ada jiran nampak Dan membawa kehopital, dan mujur jugak Nura pengsan dihalaman, dapat dilihat orang.
-----------------------------------------------------------------------
"Mama kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat,"marah Hilmi bila melihatkan Nura cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua dia meminta supaya Nura tinggal saja dirumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat. "Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah."balas Nura. Itulah panggilan manja mereka sekarang ni.

Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doctor mengarahkan supaya Nura hanya berehat dihospital, supaya senang mengawasi Nura dan andainya apa-apa berlaku Nura akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari Nura akan dilawati oleh Hilmi. Nura amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Nura sanggup tinggal di hospital, sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu.

Kandungan sudah di penghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setaip tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah Yang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja. Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Nura di dalam sana . Hilmi makin risau, setengah jam kemudian doctor keluar. Hilmi meluru "doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus bertanya.

"Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba Sedaya upaya untuk selamatkan Puan Nura Ain." terang doktor. "Apa maksud doktor? Tanya Hilmi yang sudah tidak sabar. "Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya." Jelas doktor. "Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat." Errrmmm... lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelai dan mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Nura. Nura hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Syuhadah.

Nura Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih saying pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja.

Hari ini Nura menjadi seorang perindu, ia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Hilmi. "Mungkin mak Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira", pujuk Hilmi menenangkan Nura. "Abang... tolong Nura bang!!" laung Nura dari bilik air. "Ya Allah Nura kenapa ni? Hilmi ketakutan. "Mak... tolong mak... makkkkkkkkkkk" Hilmi menjerit memanggil emaknya didapur. "Cepat, bawak pergi hospital, cepat Hilmi" perintah Mak Zaharah.
-----------------------------------------------------------------------
"Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan Akhirnya dia dijemputNya", terang doktor. Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu.

Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Nura Ain lagi. Syuhadah menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya. Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.

Abang yang Nura rindui,

Abang maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Nura sudah jauh meninggalkan abang, Nura tak harapkan Nura akan selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Nura. Itu harapan Nura bang. Nura masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Nura dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Nura menanggung segala kapayahan demi zuriat ini bang. Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa tiap tendangan dia abang, Nura bahagia, cukuplah saat manis ini Nura dan dia.

Nura rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Nura hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja Nura redha bang. Siapalah Nura untuk menolak ketentuanNya. Nura tak mampu abang. Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Nura untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi selamanya. Nura redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha, kerana Allah telah memberikan Nura sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan kita Nura harap abang redha sebagaimana Nura redha.

Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika. Andai Apa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Nura harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Nura, Nura tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Nura, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.

Abang yang Nura rindui...

Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Nura ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Nura tak berkesempatan, dan Walaupun kini Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang tahu yang... Nura rindukan abang...... Nura rindu sangat dengan abang.....Rindu bang... rindu sangat....

Sekian,


Ikhlas dari nurani isterimu
Nura Ain Bt. Abdullah

Hilmi melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dan kini dia amat rindukan Nura Ain... dan kini barulah dia sedar betapa berharga sebuah kerinduan itu..... Nura.... abang juga rindukanmu sayang.. bisik hati Hilmi.

15 buah fikiran!!!:

Try to smile

Gua pernah bermimpi. Gua di tangkap oleh sekumpulan yang barisi oleh muka jahat-jahat. Gua di kurung di dalam sebuah bilik yang gua rasakan susunan bilik itu lebih kurang sama dengan bilik gua.

Diikatkan gua di atas sebuah katil. Gua cuba meronta-ronta. Menjerit untuk lepaskan diri. Kalau tak silap gua, di hadapan gua ada seekor ular yng memang nampak sangat berbisa. Gua terpandang ke bawah katil. Gua lihat ada seekor katak yang sangat jijik dan besar. Kalau lu orang nampak katak tu, rupanya memang sangat jijik.

Dengan kekuatan yang gua rasa sangat tak kuat, gua cuba juga menyentap tali yang mengikat gua. Anehnya di dalam mimpi itu gua dapat juga bebas dari ikatan tali tu walaupun gua berada dalam keadaan lemah.

Apa bila tali ikatan gua terlerai, gua meloncat ke arah pintu dan cuba membukanya. Namun gagal, kerana pintu telah di kunci. Dan kalau tak silap ular tadi mengacah-ngacah gua. Memang pucat, takut, semua ada!

Gua berusaha lagi, gua cuba buka pintu itu yang cuma berkuncikan tombol bulat. Gua pulas. Sambil gua pulas gua baca ayat Kursi. Tetap tak boleh. Ular sudah semakin dekat. Jiwa semakin takut.

Tetiba ada bisikan di telinga gua," yakinlah pada Allah."

Gua berdoa sambil membuka tombol pintu itu seraya gua membaca doa dan pohon akan bantuan dari Allah.

Agak berkali juga gua cuba. Namun buntu. Sehinggakan terdetik dalam hati yang mengatakan Allah tidak membantu gua.

Gua bangkit lagi, cuba dan terus cuba. Dalam kepala gua cuma terngiang-ngiang akan suara bisikan yang menyuruh yakin pada Allah. Gua pulas dan hentakkan badan gua sekuat hati. Dan akhirnya pintu itu terbuka. Ular yang cuba mengacah untuk mematuk gua itu tadi pun terkejut macam mana gua boleh buka pintu.

Lepas pintu itu terbuka , gua lari sekuat hati. Sedang gua berlari, gua perasan gua di kejar oleh 2 orang ahli kumpulan yang bermuka jahat itu. Mereka cuba melepaskan sedas tembakan. "Poom."

Gua lompat macam Jet Lee . Gua mengelak. Gua lompat lagi ke sebuah lorong. Gua nampak member gua sedang menaiki basikal BMX. Namanya ajoy.

"Ajoy, tolong aku. Aku kena kejar," kata gua pada ajoy.

"Kau carry aku la, kau berat. Payah aku nak kayuh," sambung ajoy pada gua.

Mimpi tu habis macam tu je. Gua tak tahu apa jadi dengan penjahat tu, dan gua tak tahu mengapa sampai begitu mudah kawan gua selamatkan. Ya la dengan pakai basikal BMX je.

Itula mimpi. Banyak unsur karut. Tapi itulah mimpi. Gua bangun, badan gua berpeluh. Dada gua kuat berdebar. Dalam kepala masih tengiang-ngiang akan bisikan itu.

Bisikan," yakin pada Allah!"

Cerita mimpi ini adalah benar. Dan gua tak rekanya.

16 buah fikiran!!!:

Mari kita sama-sama


Hadith sahih fadhilat nisfu sya'ban :

“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Sya'ban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).

(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)

Adapun antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan. (Riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.(Riwayat Baihaqi).

Berkata Imam Shafie:

Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Berkata Imam Ghazali:

Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaban.

-:sharing is caring...ya Allah..ampunilah dosaku, ibu bapaku, keluargaku, sahabatku, serta seluruh umat Islam. Sesungguhnya Kau permudahkan urusan kami dan bantulah kami di dalam mengharungi dugaan yang kau berikan. Kerana tanpa bantuan-Mu ya Allah, kami tidak mampu lakukan apa-apa. Kerana kami adalah hamba-Mu lemah.

Amin.

12 buah fikiran!!!:

The day and the family

Sudah lama gua tak balik melaka. Rasanya sejak gua bergelar tunang orang pantai timur yang comel tu, ini kali pertama gua balik melaka.

Kebetulan gua balik ni, sedara mara gua yang ramai gile tu telaha mengadakan hari keluarga. Ha, lu orang jangan pula cakap gua balik kampung sebab kahwin. Ni cuma hari keluarga. Kalau gua kahwin gua jemput lu orang semua bagi roboh itu bukit beruang.



See, tengok la, dah macam kenduri kahwin. Memang ramai. Biasala kalau dah namanya perkumpulan ahli keluarga, semua sedara mara datang menayangkan muka. Paling menggelabah, setiap keluarga otai, ataupun keluarga yang generasi tertinggi perlu perkenalkan secara ringkas alkisah keluarganya.

Macam hare, acik gua menuding jari ke arah gua. Malah ibu gua juga suruh gua jadi wakil. Gua cakap dengan abah," apahal pula balik melaka kena buat public speaking ni?"

Namun gua kan gentelmen. Tak ada hal la. Gua dengan selambanya menjadi wakil tersohor keluarga untuk present pasal keluarga gua. Gegar tak lu tanya? Sikit pun tak..hehe..gua memang biasa dah buat public speaking.

video

Ok, ni acara sampingan. Persembahan silat betawi. Gua suka tengok bebudak ni perform. Sebab gua teringat, dulu gua sebaya dengan dorang pun, gua dah buat persembahan macam ni. Gua tak sangka generasi selepas gua pun masih lagi pertahankan warisan bangsa.

Ini la kampung gua.

Sebelum gua belah dari majlis tu, gua sempat dendangkan 2 buah lagu . Ceh, ibu gua suruh gua karok tu!

Untuk tak kecewakan ibu, gua bawa 2 lagu. Lamunan terhenti dan memburu rindu. Lu orang tau, terpaku beb sedara mara gua. Siap dorang tepuk gemuruh lagi. Gua dah perasan macam penyanyi betul dah masa tu.

Sebelum gu chow dulu, gua teringat pantun seorang saudara gua,

Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.

:- sayang betul acik gua tak rekod video gua nyanyi, kalau tak lu orang mesti takleh tido malam kalau tak tengok clip tu.

14 buah fikiran!!!:

Beban


Gua dah biasa angkat berat-berat. Gua tak kisah kalau nak angkat besi 100 kg lebih. Malah itu memang feberet gua.

Tapi kalau kepala gua ni di bebani...gua jadi pening. Tak larat pun ada rasanya.

Begitulah bezanya lelaki dan wanita. Lelaki tak ada masalah kalau mereka di bebani 1000 tan sekali pun dengan masalah fizikal. Mereka memang kuat. Kerana anugerah tuhan kepada kaum lelaki adalah kekuatan fizikal.

Jika wanita, mereka tak punya fizikal yang kuat, namun mereka ada semangat yang kuat, kekuatan minda yang hebat.

Sebab tu sekarang ni gua tengah pening.

16 buah fikiran!!!:

The arrivals-3

video

Fahmi Hadi : MELAYU terlalu bangga dgn demokrasi.Mrk barangkali lupa demokrasi itu adalah bilangan yg diperlukan utk memilih.Ada Melayu terpekik terlolong tapi mrk tdk pernah pun mengundi dlm praya.Hari ini bangsa lain tlh daftar pemili hnya 480,000 dan Melayu cuma 70,000.Bayangkan kalau praya berlaku,siapakah pemimpin kita dan siapakah yg mentadbir negara?

Status ni gua copy dari profile FB member gua.

Gua tau isu ni dah pernah keluar kat paper. Tapi gua tak follow. May be sebab gua sibuk dengan sukan gua. Tapi at least gua sekarang ada masa juga untuk isu ni. Malas dah gua nak cerrita isu politik.

Boring.

Politician ni asyik gaduh, egoistik, dan paling busuk sekali bertarung untuk kepentingan peribadi. Tertindas, tetap rakyat. Tu yang gua malas dah nak story pasal ni. Bosan dan sungguh tak best bagi gua. Kalau sembang kat kedai pasal politik mungkin sampai ke medan pergaduhan.

Pecah belah lagi.

Cuma satu je gua nak cakap,"di dalam sejarah, tanah melayu cuma pernah berkuasa 109 tahun saja, Malaysia bagaimana.?"

Saksikan clip The Arrival yang ke 3. Clip ni menceritakan macam mana yahudi merencanakan minda kita sejak dari kanak-kanak.

7 buah fikiran!!!:

24 jam


Pernah dengar tak kata-kata, " masa telah mencemburui kita?"

Lu orang rasa tak, semakin lama semakin cepat terasa masa. Gua rasa macam baru semalam gua habis tadika. Sekarang dah besar dan berminda sihat.

Ok, sejak gua naik ofis setelah berminggu gua tak masuk office dek kerana sukan, gua agak tidak terperanjat dengan meja gua ditimbuni dengan kerja-kerja menunggu. Baru duduk kejap, berdering telepon gua bunyi. Gua rasa semalam hampir 700 kali kot telepon meja gua bunyi.

Haiyo..hari ni gua akan setel sikit demi sikit sampai habis.

Hari ni gua akan mula balik latihan di gym. Gua rasa semalam dah cukup rest dah. Masa beralalu dengan pantas.

Pejam celik pejam celik, nanti gua dah dukung baby plak...?

8 buah fikiran!!!:

Treasury Champ Tug of War

Gaya pagi

Gaya bertarung

Gaya pemenang

Seperti mana yang lu orang tahu, semalam adalah kemuncak segala-gala jerih perih gua dan team treasury. Team gua samada lelaki dan wanita, kedua-duanya menang dan menjadi johan dalam acara Tug of War atau nama melayunya tarik tali di Pesta Sukan Kementerian Kewangan ke 36.

Serius gua rasa, banyak sentimental value dalam nak dapatkan johan ni. Gua tak masuk offfice hampir 2 minggu, menjalani latihan yang gila punya ketat, pastu masa gua semua gua habiskan untuk latihan. Lu orang bayangkan, gua sanggup tak pergi gym sebab nak trainnning. Masa gua dengan nono pun dah kurang. Pastu banyak pula drama contohnya, coach boikot management, manager asyik nak mengungkit, player tarik diri last minit, dan macam-macam lagi.

Tapi, apa yang paling manis gua belajar adalah kerjasama dalam sebuah keluarga. Segalanya akan berjaya jika ada disiplin dan kerjasama.

Salut kat coach gua Azmi Ismail atau Abang mie bentayan. Lu orang nak kenal dengan mamat ni? Search la kat Facebook nama Azmi Bentayan. Muka macam John Travolta. Kalau mamat ni tak ada, maka tak adalah emas dalam pasukan treasury untuk setiap tahun. Sejak gua main trainning dengan coach ni, gua tak pernah rasa atau kenal apa itu kalah. Serius terbaik beb coach ni.

Tahun ni, gua rasa semakin erat persahabatan gua dengan teammate yang lain, maklum le tahun gua rajin pergi trainning, team laki macam zamri, fariz, azam, masnor, wan , amin ,ijad, awe,zaki dan ayob menjadi semakin akrab dengan gua. Thank for lu orang sebab bagi komitmen yang terbaik.

Hari ni gua telah di beri cuti tanpa rekod oleh Ketua Setiausaha Perbendeharaan sebab menang semalam. So gua nak peluk bantal sampai lusa pagi. Maklumla, nak peluk bini, nono belum sah lagi jadi isteri gua.

Peluk bantal je la...

8 buah fikiran!!!:

ni Mrfeckry la


Ini gambar gua. Lu orang percaya ke tak? Tak percaya? nasib lu la.

Lu orang nampak ada perubahan ke muka gua dalam gambar ni dengan sekarang? Gua tak nampak apa-apa perubahan pun. Gua rasa muka gua macam tu je. Betul, puas gua membelek-belek muka gua depan cermin. Sama je macam dalam gambar tu. Begitu la manusia yang tak pernah mengaku yang dirinya tua. Semakin hari kita bernafas, semakin kita menhampiri mati sebenarnya. Sebab tu kita kena selalu bersedia.

Ingat hadith nabi s.a.w. ," cari rezeki seperti mahu hidup seribu tahun, beribadatlah seperti akan mati esok".

Yes ni gambar masa gua berusia 19 tahun. Dah hampir 6 tahun berlalu. Gua malas nak letak gambar sekarang, pasal dah banyak dalam blog ni da gua letak. Lagipun malas gua nak dengar lu orang cakap, " mrfeckry sekarang ni lagi cute." Hahaha..

Ha...nah, kan betul dalam hati lu orang cakap macam tu. Especially gua punya nono..hehe..

Gua cuma nak ngadu, tangan gua pecah-pecah. Muka gua dah gelap. Semua pasal sukan untuk hujung minggu ni.

Lu orang simpati tak kat gua..?

25 buah fikiran!!!:

Hard and hard

Penat hari ni..seyes penat gile..

Gua sekarang ni tengah trainning tarik tali untuk pesta sukan kementerian kewangan. Kalau menang Dato' nak bagi RM 5k beb. Team gua masuk tahun lepas dah tiga kali berturut-turut menang. So tahun ni, tunggu hujung minggu ni.

Serius wa cakap, trainning macam nak gila. Tarik tayar, tarik pokok, tarik getah, segala benda yang boleh di tarik kitorang tarik. Sok dengar citer, nak tarik Menara KL. Kalau lu orang lalu kat bukit nenas tu, tak nampak menara KL pepaham je la.

Minggu ni gua kena turun trainning pagi pukul 9 sampai pukul 12. Petang dari pukul 3 sampai pukul 7. Lu orang pikir je la penatnya macam mana. Peluh tu, dah boleh buat gulai kawah.

Di sebabkan trainning gua yang memang ketat gile, ofis gua dah jadi macam bapa gua punya. Masuk untuk punch card. Tadi sempat juga gua usha meja, banyak giler kerja-kerja menanti. Gua pergi kat meja, gua usap kertas-kertas yang bertimbun tu, gua cakap," sabar ek sayang..nanti gua setelkan lu minggu depan ek sayang."

Begitula gua, penuh dengan kasih sayang sehingga kerja gua pun gua belai. Apatah lagi NONO kan....?

21 buah fikiran!!!:

Kan dah cakap hare..

"Meh kita betting, sapa kalah bakau motor dan potong tangan?Ada bran tak?", ni la ayat selalu kuar masa piala dunia sedang hangat berlangsung. Asek judi, bookey..lingkup plus sotong kurita.

Sebelum bercakap tak guna otak dan guna nafsu, meh baca hadith Nabi s.a.w ni,
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah memfardukan beberapa perkara lalu, janganlah kamu melalaikannya, Allah juga telah mengharamkan banyak perkara, maka janganlah kamu mencerobohnya.” (Riwayat Darul Qutni, hadis Hasan)

Pastu, gua mengajak lu orang baca ayat al-quran di bawah ni.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman, arak, judi, pemujaan berhala dan menenung nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor, keji dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya, moga-moga kamu berjaya.” (Surah al-Ma’idah ayat 90)

Oi kaki judi, bangun le..betobat...

video

Meh kita karok lagu ni. Gua siap dah bagi lirik sekali. Tapi pak cik Salleeh dah convert lagu ni jadi english. Pepandai lu orang la ye..Tajuk lagu ni carzy gamle..

banyak orang gila judi
banyak orang gila judi
hai judi merosak diri
merosak diri
banyak yang setengah mati
akibat judi

kalau sedang main pakau
banyak orang naik angau
mereka selalu risau
selalu risau
sama-sama jadi sasau
hai jadi sasau

satu ringgit
dua ringgit
tiga ringgit
empat ringgit
limaaaaaaa ringgit

satu ringgit
dua ringgit
tiga ringgit
empat ringgit
lima ringgit
haaaaaangusssss....

kalau sudah gila judi
kalau sudah gila judi
dia lupa anak isteri
hai anak isteri
dia lupa anak isteri
hai anak isteri

kalau kecanduan judi
kalau kecanduan judi
akhirnya setengah mati
setengah mati
akibat judi

tolak habuk
jalan kaki
gigit jari
kalah judi..

22 buah fikiran!!!:

Band Rimba Bara

Band rimba bara.

Mungkin lu orang tak pernah dengar nama band ni. Sebab band ni dah lama menyepi. Band sebenarnya berada di zaman masa lu orang hingus meleleh kejar-kejar dengan jiran main galah panjang.

Band Rimba bara ni memang pernah top dulu. Band ni femes dengan lagu anak etek tok wi, pukul berapa datok harimau, gelang si paku, dan beberapa lagi hits mereka yang pernah jadi igauan.

Kalau lu orang tak kenal, dia sebenarnya sezaman dengan Black Dog Free, Zurah Three, Amr Curl.

Inilah wajah vokalisnya. Nama vokalisnya adalah ZUL KAPAN. Dengar cerita band ni stop dan menghilang sebab vokalisnya telah menghilangkan diri. Gua pun tak tahu kenapa dia menghilangkan diri.

Sehingga kini kehilangan beliau sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

Satu ketika dahulu vokalisnya pernah menjadi kegilaan remaja , rebelia, dan retua di zaman itu. Di mana-mana saja wajahnya terpampang di jadikan poster.

Beliau juga menjadi rebutan syarikat pengiklanan seperti, renoma, crocadile, dan hello kitties.

Kisah skandalnya juga tidak kurang hotnya. Namun tidak la pula ada kedengaran apa-apa kes berkaitan dengan clip video seperti Ariel peterporn tu

Skandal pun stakat dengan , mak cik jual nasik ayam depan sekolah bukit beruang, uncle repair basikal yang di kenali sebagai AH PEK, dan juga Karim Mat Piah.

Ini lah pose yang menjadi misteri hingga kini. Pose ini telah di tiru oleh kebanyakan artis zaman sekarang. Contohnya, usher sering posing macam ni bila ambil gambar. Masa World Cup Hari tu pun Maradona telah kelihatan mengambil gambar dengan pose seperti ini.

Sehingga kini pose ini masih lagi menjadi satu igauan . Gua pasti lepas lu orang tengok pose ni lebih dari 5 second, lu orang pun akan terikut nak buat pose macam ni.

Namun begitu, kemanakah hilangnya volkalis rimba bara ini? Satu persoalan yang masih menjadi kemisterian . Mungkin lebih hebat dari Expose mistik atau misteri nusantara.

Kalau la beliau masih aktif lagi, sudah pasti beliau akan di pilih menjadi tenaga pengajar di Akademi fantasia.

Lihatlah, sampai begitu ramai mahu bergambar dengan vokalis band rimba bara ni. Gua cakap lu orang tak percaya.

Sampai dorang nak tarik-tarik baju vokalis tu. Maklumlah penyanyi terkenal. Mestilah menjadi kegilaan orang ramai.

Nak buat macam mana, dia ni jenis layan peminat.


Ini adalah gambar rasmi Band RImba Bara, kalau lu orang nak copy gambar ni suka hati lu orang la. Bukan senang nak dapat gambar ni. Nak buat poster tampal kat bilik pun boleh. Kalau nak tampal tu, jangan la pakai solotep yang murah. Nanti tak lekat.

Limited edition gambar ni tau. Dalam blog gua je ada.

Cet, ni apa hal ramai sangat band boy dorang ni. Saper pula mereka-mereka ni. Adakah mereka-mereka ini peminat band rimba bara ataupun fan vokalis band itu?

Takkan pula mereka ini peserta imam muda musim akan datang? Siapa mereka?

Adoi.......team koir gua la. Ya gua masuk koir...ha..ada yang nak gelak la tu gua masuk koir. Ke dah ada yang teruja.

Jangan kata gua perasan ek. Hari ada majlis Anugerah perkhidmtadan cemerlang, gua ambil port jadi peserta koir.

36 buah fikiran!!!:

Sampai bila


Sampai bila mahu tarik tali?

Next year may be gua nak stop. Tapi tak syok pula kalau stop. Fun join they all ni. Semangat, tenaga, impian, dah macam boleh buat filem. Macam-macam drama ada.

Ni gambar gua tengah trainning tarik tali kat MOF. Tau tak M.O.F tu apa?

Ministry of Finance.

Penat gila. Penat bukan sebab apa, sebab tengah hari gua pergi gym. Petang gua trainning tarik tali. Mau tak bengkok badan gua. Tangan gua ni, tak hilang-hilang dia punya sakit. Tadi baru lepas urut. Tapi lepas urut gua belasah pergi gym pula. Memang la tak elok-elok.

Pernah terfikir tak lu orang kenapa gua sebuk join sukan macam-macam? may be sebab gua ni berbakat kot...hehe..tak la.

Actually gua tak suka kerja mengadap pc dan kertas dan kalkulator 24 hours. Bosan beb. Kena la bagi variety sikit life kita. Kita bukan mesin atau robot. Lagi pun , kalau duduk kat ofis 8 jam tak kuar-kuar dalam econ, boleh jadi tak sihat.

Nanti boleh kena sakit macam-macam. So gua lebih suka mengamalkan budaya hidup yang sihat.

Majulah sukan untuk lu, gua, dan kita bersama.

8 buah fikiran!!!:

Ketak


Kenapa nak buat badan jadi berketak-ketak?

Nak bagi orang tengok kita sentiasa? Nak jalan sambil mendada? Nak awek usha sampai awek tu jalan langgar tiang?

Kenapa nak buat badan jadi macam ni ek?

Bukan boleh tayang badan kat public. Takkan nak separuh bogel tayang badan pergi pasar malam beli ayam rangka ke atau murtabak megi. Dah tu takkan pula nak tayang badan masa pergi tengok wayang. Tak ke sejuk dalam wayang tu.

Kalau yang belum kahwin, agak-agak ada ke bakal mak mertua nak selera tengok gambar bakal menantunya pakai spender merah tayang badan berketak tu?

Kalau yang dah kahwin pun, dia boleh tayang kat bini die je. Keluar rumah mesti kena pakai baju punya.

Banyak betul persoalan dalam kepala gua. Kenapa gua minat main gym ek? Satu je jawapan gua. Gua nak jadi seberapa fit yang boleh. Tu je.

So jangan tanya lagi kenapa gua ni terlalu obses bersukan ek. Niat gua murni tu.

6 buah fikiran!!!:

Telur separuh masak


Makanan berkhasiat penting untuk diet yang sihat. Kalau makan junk food je, pastu konon tak makan nasi, ayam, daging...mana boleh.

Sebenarnya protien gua dah habis. So, gua tak nak ambil protien untuk muscle lagi. Alasannya adalah sebab costnya mahal. Sebagai alternatif lain, gua tukar protien susu tu dengan makanan yang berprotien.

Atually gua masih lagi amalkan diet tak makan nasi. Tapi gula gua dah start minum dah. Tak pantang, dah minum macam biasa dah. Sebab gua pernah try, tanpa protien muscle tu dan diet tak makan nasi dan dan tak sentuh gula badan gua memang tak boleh tahan. Dulu masa ada protien muscle tu badan gua steady je.

Setelah gua tanya dengan otai2 bina badan, dorang kata telur separuh masak adalah alternatif yang terbaik. Sebab dia mengadungi jumlah protien yang banyak. Tapi mesti sepruh masak. Jangan pula di goreng. Tapi kalau rebus ok.

Telur separuh masak bagus untuk dijadikan breakfast meal. Setakat ni gua cuba makan telur sepruh masak dua biji masa breakfast. Sebab gua tak biasa, gua selang dua hari sekali. Kalau ikutkan, body builder kena makan 10 biji sehari. Tapi sekarang ni gua bukan nak bina muscle lagi.

Sekarang ni latihan gua lebih tertumpu untuk fat lose dan fitness. Lebih kepada nak buat cutting badan. Kalau cakap orang kampung nak buat badan jadi berketak-ketak la.

Telur separuh masak ni memang bagus. Pagi tadi gua makan 2 biji. Pastu pergi gym. 2 jam stengah tak penat langsung. Serius. Tenaga gua macam sama macam makan protien dulu. So gua ingat nak makan setiap hari 2 biji.

Tapi, harus di ingat 2 biji telur separuh masak sehari. Jangan pula makan tengah hari nanti goreng telur dada. Pastu malam pi makan roti jon. Kan roti jon tu ada telur. Nasi gua tetap tak makan. Makanana tengah hari macam biasa la, bihun sup ke, mee goreng ke . Tak kisah. Boleh je hentam.

Ini bukan tips biasa untuk diet, tips ni hanya boleh di amalkan kalau lu orang ada buat workout. Kalau tak nanti perut lu orang bakal ada kusyen.

23 buah fikiran!!!:

Senyum seindah suria

Pujangga menyebut :

” SENYUM ITU KELOPAK.

KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.

SENYUM pada orang tua tanda sayang.
SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.
SENYUM pada kekasih tanda cinta.
SENYUM depan pc tanda gila,
masih SENYUM lagi… memang sah GILA!*joking:))

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Tidak akan masuk syurga kamu semua sehingga kamu beriman dan tidak akan dinamakan beriman kamu semua sehingga kamu semua saling cinta-mencintai. Tidakkah kamu semua suka jika ku tunjukkan kepadamu semua sesuatu yang jikalau kamu semua lakukan tentu kamu akan saling cinta-mencintai? Iaitu sebarkanlah salam sesama mu’.” (Hadith Riwayat Muslim)

Gua mahu tiupkan semboyan, supaya semua manusia di dunia ini sentiasa senyum. Kerana senyum itu adalah sedekah. Ayuh kita senyum.! Cepat la senyum, jangan murung-murung. Walaupun lu orang susah, sedih , sakit hati, senyum je.

Sambil gua menyempat ni, gua nak ucapkan selamat hari lahir pada kakak gua yang di panggil acik. Kalau tak silap umur dia.....2010-1980=?...34 kot..

20 buah fikiran!!!: