Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Just Married

Selesai sudah kenduri di terengganu. 
 
Seperti yang di rancang gua telah di ijab kabulkan dengan Nur Hazwani binti Hashim pada 25-12-2010 di kg Tok Jiring. Alhamdulillah, berkat doa semua orang majlis yang murni ni dapat di jalankan dengan begitu sempurna. Lama gua tak muncul kat blogkan. Di sebabkan terlalu busy dengan majlis gua tak sempat nak update blog dan jalan-jalan kat blog-blog lain. 

So hari ni gua nak gerak balik Melaka. Majlis di Melaka akan berlangsung hari sabtu ni. Pada kengkawan semua, jom datang ke Majlis gua.

Gua tak sempat nak story macam-macam kat blog ni, so gua tempekkan beberapa gambar dari gua nikah hingga ke majlis persandingan gua.
 Gua nampak cool tak? Sekali lafaz beb..


Upacara membatalkan air sembahyang bini gua

 Let me kiss my darling

Najla anak along gua macam trak dapat terima kenyataan yang gua dah kahwin.

Ni gambar sebelum bergerak ke rumah pengantin perempuan. Semua makcik-makcik je yang berani amik gambar dengan gua. Pakcik-pakcik, menyorok beb.

Lain padang lain lalang. Kat terengganu tak ada tol. Sampai terus boleh naik.


Along tak suka gua senyum macam ni. Sebab dia kata macam senyum gatal. Gua rasa ok je gua senyum macam ni. Gigi pun nampak putih je.

Tu la serba sedikit di terengganu. Terima kasih gua ucapkan pada sanak-saudara dan rakan-rakan yang join sekali masa rombongan dari Melaka. Memang best. Jasa lu orang memang amat gua hargai. So, macam gua cakap , jom datang ke Majlis Persandingan gua di Melaka.

Gua rasa sebak sangat masa pak cik nono nak bacakan doa, sebab gua terbayang abah gua datang bacakan doa masa gua bersanding.

I really miss my 'abah'....

11 buah fikiran!!!:

Last day jage abah kat hospital


Masuk malam tadi, dah 4 malam gua jaga abah kat hospital. Memang gua tak pernah jangka yang gua akan bermalam di hospital.

Bermalam di hospital membawa pelbagai pengalaman. Jumpa macam-macam orang, ragam dan perangai. Maklumlah, perangai orang sakit. Kiat ak boleh nak jangka. Ya la, siapa yang nak sakit kan. Macam abah gua yang kena stroke ni. Serius gua cakap, kalau gua kat tempat dia menagis je la gua agaknya. Tapi abah gua steady, sikit pun tak nangis. Rasanya ini paling teruk dugaan yang gua pernah tengok abah gua hadapi.

Setiap orang adah bahagian dia masing-masing. Mungkin kita tak kena sekarang, mungkin kita tak kena stroke macam abah gua, tapi kita mungkin akan di duga dengan cabaran yang berbeza. Cuma Allah yang maha mengetahui.

Melihat orang terlantar di atas katil, sambil menahan sakit dan menunggu masa pulih membuatkan gua rasa sangat yang kudrat kita ni semuanya adalah milik Allah. Semua yang kita ada cuma adalaha pinjaman dari-Nya. Kita tak ada apa-apa, meskipun sebutir habuk. Malah sakit pun adalah dari Allah untuk menduga hamba-Nya.

Pada gua ini adalah ilmu dan pengajaran untuk gua sebelum kahwin. Ilmu mengenal erti kehidupan yang sebenar. Supaya gua sedar, hidup ni ada banyak cabaran. Gua kena sabar, kena belajar redha dan tawakal pada Allah, dan paling penting adalah ilmu menjadi hamba, Hamba Allah.

Hari ni gua akan pulang ke Putrajaya. Hari berikutnya, ibu dan acik yang akan jaga abah. Memang berat gua nak chow dari Melaka meninggalkan abah gua yang masih terlantar di hospital. Rasanya mahu saja gua lepak di Melaka lagi. Gua terpaksa. Terpaksa blah tanpa redha. Sebab masih ada urusan yang harus gua selesaikan. Hanya doa gua saja yang mampu gua tinggal bersama. Harap, Abah akan kembali pulih.

Dalam dunia ni kita boleh buat apa saja, ya apa saja. Tapi harus di ingat, balasan Allah tetap menanti. Insya Allah.

9 buah fikiran!!!:

Tarik diri dari strongest Men 2010


Beb, gua terpakse tarik diri untuk game strongest men.

Sebab gua kena jaga abah gua yang kene stroke dan masih terlantar di hospital. Memang dari awal lagi gua rasa macam tak dapat join je. Bukan sebab gua tak kuat. Hampir setiap hari gua pergi gym dan trainning untuk gam tu. Tapi kita merancang, tuhan juga merancang. Rancangan tuhan adalah yang sempurna.

Pada member-member gym rakyat KBS  yang join game tu besok pagi, gua ucap gud luck la. Semoga gym kita johan nanti.

Sungguhpun gua tak dapat join, tapi gua tak kesal. Sebab gua dapat jaga abah gua. Gua boleh jadi anak lelakinya yang paling strongest di hatinya. Harap-harap la. So apa yang nak kesal pasal gua tak dapat masuk game tu kan.

Ini tanggung jawab gua. Dulu abah jaga gua, macam-macam pengorbanan dia buat.

So this is time for pay back.

7 buah fikiran!!!:

Tuhan kalau nak tarik kejap je

Betul tak tajuk entry gua?

Samada lu orang percaya atau tidak, tu adalah hakikat yang gua hadapi sekarang. Abah gua kena stroke, pada gua dia tak patut kena. Dia bukan orang tua yang lemah. Dia rajin exercise. Seharian tanpa exercise akan buat dia rasa gelisah tak menentu.

Abah gua kena stroke rabu petang. Masa tu dia pergi mengeteh di parit sulong. Biasa la orang kampung, lepas berkebun dorang pergi kena secawan teh di warung.

Selesai makan dan minum di warung dan eramah mesra dia pun beredar. Masa nak start motor kapcainya, imbangan badan sebelah kiri goyah lemah. Dia tak rasa apa-apa. Bagaikan macam ada benda yang menarik dia ke bumi. Akhirnya dia rebah. Begitu mudah saja kan dia jatuh. Jatuh akibat angin ahmar.

Sekarang gua teman dia tidur di hospital. Masuk hari ni adalah hari yang kedua. Di depan gua, dia sedang meronta-ronta untuk bangun. Sebolehnya dia menggunakan satu tangannya itu untuk bangun. Gua cuba bantu, gua tanyakan mahu ke mana. Katanya nak pergi bilik air. Tapi dengan keadaanya mana mampu untuk dia ke bilik air dengan satu kaki saja. Gua tak terdaya untuk papah. Sebab bila stroke, seseorang tu akan menjadi sangat berat. Gua tak mahu menanggung risiko. Takut kalau dia jatuh.

Dia meronta lagi. Katanya mahu minum air oren sebotol. Dia cuba mencapai dengan keadaan seolah mengensotkan badannya, hampir dicapai, sikit lagi, cuma beberapa cm saja lagi. Gua terpaksa jauhkan botol itu. Kalau di minum sebotol air oren itu, akan mendatangkan masalah di bahagian paru-parunya. Gua cuma mampu berikan beberapa titis air oren tu.

Gua faham perasaan kecewanya. Lu orang bayangkan kalau kita di tempat dia, pagi kita sihat. Petang kita sihat, tiba-tiba saja kita lumpuh separuh badan dan tak mampu buat apa-apa. Siapa yang tidak akan kecewa dan gelisah.

Gua lihat dada dia mencungap-cungap lepas dia cuba sedaya upaya menggerakkan badan. Setiap kali dia cuba bangun, gua akan cakap," abah tak boleh bangun, nanti abah jatuh."

Dia tanya kembali," apasal?" gua tak mampu nak jawab.

Jumaat depan gua akan ke terengganu untuk bernikah. Ibu dan abah tak dapat ikut. Lu orang bayangkan, siapa yang tak sedih kalau ibu bapa tak dapat bersama raikan hari ijab kabul. Serius, gua sedih. Gua nak bakal isteri gua mencium tangan ibu dan abah gua lepas kami di ijab kabulkan. Gua mahu abah berada di sebelah gua masa gua mahu di nikahkan. Gua mahu ibu tersenyum lebar ketika selepas gua di nikahkan. Tapi apa kan daya, semuanya sudah ternyata kabur.

Gua cuma bertemankan adik beradik gua dan bapa saudar saja.Tak mengapalah, abah sakit. Terlalu benar akan kata orang,"  nak kahwin, dugannnya terlalu banyak.

Ya Allah, gua redha....

8 buah fikiran!!!:

Abah kene stroke

Gua terkejut, semalam masa kat surau ibu kol.

Ibu kata abah kena stroke then jatuh. Serius panic gua dengar. So hari ni gua akan pulang ke Melaka. Tolong doakan kesejahteraan abah gua.

Ya Allah, sembuhkan la penyakit abah ku. Beri la kesejahteraan ke atas abahku. Sesungguhnya kami adalah hamba-Mu yang sangat kerdil dan tiada daya melain dari -Mu ya Allah.

6 buah fikiran!!!:

Gangguan Seksual!

Pagi tadi kat office.

"Zul, cuba ko tengok kosmo punya paper," kata cik raub.

"Ade berita baik ke cik raub," tanya gua.

" Ala kau buka je nanti kau tau," ulasnya lagi.

Gua pun buka, sebelum gua buka kosmo online, gua cuba la bayangkan. Man tau ada berita gaji naik 100% ke, bonus 20 bulan ke.

Sekali gua buka kosmo online, tajuk die," Lelaki pun kene gangguan seksual!"

Gua baca sekali lagi, Lelaki pun kene gangguan seksual! Walawei, zaman dah maju, dunia dah berubah. Mungkin benar, kata-kata ini," itulah namanya sains dan teknologi. Mampu mengubah segalanya. Gua pun fikir, adakah gua pernah kena gangguan seksual?

Dan gua masih dan sedang berfikir lagi.

4 buah fikiran!!!:

Lajunya

Laju gila masa berlalu.

Kejap je dah 14 hb. Gua rasa masa berlalu macam laju sangat. Ke gua yang sangat sibuk sehingga tak mengenal masa.

Gua banyak habiskan masa pergi gym sekarang, sebab game strongest men tu minggu ni. Kesian juga kat nono sebab gua jarang luang masa dekat dia. Kata orang makin dekat nak kahwain makin berdebar perasaan. Betul juga kata orang tu. Nak tau apa gua rasa?

Macam ada bom nak meletop atas kepala. Actually banyak benda gua risau. Tapi gua cuba cool dan relax je. Ya la lelaki kan kena cool je. Kalau menggelabah, nampak cam mengarut je.

Beb, pejam celik-pejam celik minggu depan gua nak nikah. Minggu ni gua akan edarkan kad kat office. Saja gua bagi lambat-lambat, sebab kalau cepat nanti dorang lupe pula.

Ok, jom sabung kerja.

0 buah fikiran!!!:

The Family day Bpopa 2010

Weekend lepas, opis gua buat Family day. 

Kat Desa waterpark. Gua sendiri tak pernah pergi situ. Ni kire 1st time gua join family day office gua. Sebelum sebelum ni buka diorang tak pernah buat. Cuma gua tak berkesempatan nak join. Masa tak match dengan gua.

So ni la gambau-gambau yang sempat ada dan gua dapat. Rasanya ada banyak lagi yang lain. 


Me in the water


Bebudak jahat, suka curi pelampung orang, sewe sendiri tak mau! haha, memang muka penyangak, kecuali yang berdiri di dalam air tu.

Nampak macam imam muda je.


Over and under game!


Ni bukan buaya darat. Tapi bujang yang dah lama benau tak lama tak main pelampung. Gian katakan.

Ni game Tug of war. Team gua champ beb!
Ni game LRT Express. Team gua dapat no 2.

Serius, fun dan enjoy. Sebab rasanya dah lama tak jadi macam bebudak. Masa tu nampak la mak and bapa budak berperangai macam anak-anak kalian. Maklumlah, dah lama tak main sukan berair.

Family day ni fun, tapi kalau gua bawa family rasanya lagi fun. Tahun depan gua mesti bawa family gua.

8 buah fikiran!!!:

Bahu sakit

Bahu sakit.

Ada tak sesiapa yang volientier nak urut bahu gua. Serius sakit ni beb. Gua pun heran macam mana boleh sakit. Bila gua hayun-hayun rasa macam semacam je. Tergeliat ke?

Seingat gua, ni mesti disebabkan kaedah kedudukan tidur gua. Sebab gua perasan, gua selalu tidur meniarap. Pastu tangan kiri gua cam ke atas sikit. Memang cara tidur yang tak baik. Tapi best. Kata orang cara tidur begini macam berzina dengan syaitan. Gua tak tahu, kena check dengan yang lebih arif.

Puas gua urut sendiri bahu gua ni. Tapi still sakit lagi. Camne ni?

11 buah fikiran!!!:

The Biggest Loser

Gua tengok the biggest loser. Rasa macam nak masuk pula. Kalau la dulu gua masuk, kan best. Dapat macam-macam beb. Tak menang pun tak apa.

Rasanya gua layak lagi ke?

Masa balik melaka hari tu, ramai yang tanya. Kenapa gua ni tetiba kurus. Kejap gemuk, kejap kurus. Actually , ni dah kali ke berapa gua kurus balik. Gua rasa dah tiga kali kot. Member gua kata gua ni nak kurus ke gemuk ke macam tukar baju je.

Ni gambar gua masa bulan 2 tahun ni.



Ni pula gambar gua bulan lepas. Ada beza tak? kalau tak, memang la lagi tiga hari lu orang tuuuttt.... Rabun ke, buta ke gua pun tak tahu. Sendiri mau ingat.

Gambar bulan ni gua tak ambil lagi. Tak sempat pula.

Memang senang nak turunkan berat badan. Nak naik pun senang. So tak salah kalau gua cakap gemuk kurus ni macam tukar baju. Masa bulan 2 berat gua 110kg. Sekarang ni ok la dapat 87 kg. Gua target nak turunkan sampai 75kg. Tapi tak dapat lagi.

Bulan depan  may be dapat kot. Tapi tak tahu le lepas kawen ni macam mana. Adakah berat gua akan kembali naik?

Juz wait and see. Gua cuma nak bagi motivate kat sesape yang rasa susah gila nak turunkan berat badan. Sebab semua ni tak susah kalau betul-betul nak. Yang penting buat. Kalau tak buat then tido sambil mengeluh pasal berat badan, mana nak jadi. 

Layak tak kalau gua nak masuk biggest loser?

12 buah fikiran!!!:

Back to work

 Isnin.

Biasanya kalau sebut pasal senin mesti gua teringat Pak cik senin dengan misai melentik kat depan sekolah gua dulu.

Pak cik senin tu dulu guard kat sekolah gua. Pepagi dah standby dengan batang buluh. Konon  budak cuak la dengan batang buluh dia tu. Bila mak bapa anta anak masuk kat gate sekolah, senyum je dia menyapa mak bapa bebudak tu. Tapi kalau gua dengan geng gua tolak basikal depan gate, bukan main garang lagi . Siap nak hayun kalau gua and the geng tolak lelambat.

Hari ni Isnin. Kembali pada kerja. Ni tak ada kaitan dengan Pak cik senin. Selalunya isnin ni di benci ramai sebab mesti rasa malas nak kerja. Gua pun camtu juga . Ni tepi tangan gua, berlambak surat dan report nak kena setel.

Tapi gua hupdate juga. Pasal gua rasa cam lame gak tak update. Semoga minggu ni gua akan heppy dan senyum selalu.

So mari bekerja dengan penuh semangat!

9 buah fikiran!!!:

wake me up at disember end


Tu tajuk lagu kumpulan new boys, kata arwah member aku.

Masa tu kitorang kalau dengar Green Day mesti cakap, US new boy . Tapi layan juga lagu tu. May be sebab awek dalam clip tu cun kot. Sejak dua menjak-tiga menjak ni, gua selalu tak keruan. Tidor pun kengkadang lame benor. Kengakadang tak boleh tido. Kalau tidur pun mimpi tak hapa-hapa tah.

Nono pun cakap, gua selalu nampak macam...lalalalalala....

Jangan tanya gua kenapa. Sebab dalam kepala ni macam benang yang bersimpul bagai nak rak. Macam wayar charger handphone yng tengah berselirat. Lu orang pernah nampak tak?

Tapi satu gua pelik, hati gua tenang. Tak rasa apa-apa. Sampai gua rasa kosong. Entah, gua tak tau kenapa.

(Gambar kat atas-Hawau, sape snap gambar gua tidor!)

10 buah fikiran!!!:

The Disember


Serius cakap lu, masa gua rasa semakin cepat berlalu. Dulu gua selalu cakap, 2 bulan lagi, 40 hari lagi, sebulan lagi, sekarang ni tak sampai sebulan je lagi.

Apa benda semua tu?

Masuk hari ni kira lebih kurang lagi 24 hari je lagi gua nak nikah dengan nono. Serius, cuak dan berdebar. Dah terlalu dekat.

Tadi nono cakap," dah dekat dah ni. Kena serius sikit. Tak boleh nak main-main."

Gua perlu serius. Gua akan melangkah satu alam baru. Di mana gua akan rasa gua berdiri seperti leonardo di caprio sambil memimpin tangan nono yang seolah kate winslate atas kapal titanic. Walaupun ada iceberg besar bapak pun, gua tak boleh lepaskan tangan dia. Haha, memang pengaruhi TV.

Memang betul kata orang, sebelum kahwin banyak cabaran yang akan datang. Iblis dengan laknatnya akan berusaha bagai nak gila untuk gagalkan rancangan tu. Tapi kita perlu sabar. Kerana Allah sentiasa bersama orang bersabar.

Ni la gambar yang 1st gua dengan nono.

Cuaca sekarang ni tak berapa elok. Ni gua rasa nak demam balik pula.

12 buah fikiran!!!: