Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

Penat

Gua pelik, kenapa raya cina mesti depa bagi buah limau.

Limau ni bagi ong ke? Masuk ni dah dekat lima kotak gua makan buah limau. Perut gua pula asyik bunyi lagu  kerocong untung ana je pula tu. Cuba la dorang bagi, epal ke, nenas ke, durian ke, baru le vareity kan..kan...kan?

Teringat gua dulu, naik basikal kerja naga. " Acik, cepat ada naga!"

Lu orang heran ke? Ingat kampung gua tak ada naga ke? Ala, naga yang masa raya cine tu. Yang depa dok main gendang-gendang, pastu letupkan mercun bagai nak rak tu. Tak pernah tengok ke?

Dari dulu gua pikir, dorang yang main naga ni ada belajar kungfu cakar penunduk naga ke yang macam dalam komik anak-anak wira keluaran tony wong tu?

Tahun ni gua nak letak tanglung la kat depan rumah mak gua.

(penat beb, baru pas pindah rumah)

Makin kuat makan

Properity bege ayam sedap tak?

Gua rasa , dia punya lada hitam tu cam pahit sikit la. Macam bunga cengkih pulak. Nasihat dari gua, jangan amalkan makanan fast food, kenapa? Senang je jawapannya, nanti badan jadi gemuk. Penyakit banyak datang.

Gua pelik, kenapa gua dah semakin kuat makan. Masa timbang, berat gua masih maintain lagi. Ok tanpa segan silu, berat gua adalah 87kg. Beratkan. Pada gua ok la. Sebab berat ideal gua adalah 84kg.

Memang gua kata nak diet, tapi masalahnya gua cuma tak makan nasi. Yang lain gua belasah. Ayo, macam mana ni.  Silap hari bulan bulat balik badan gua ni. Nasib baik gua dah beli bar untuk chin up. Boleh la gua exercise sikit kat rumah. Rumah baru gua pun dekat dengan gym. Okla, kira tak putus la minat gua ni.

Pagi ni, gua masuk lambat sikit. Maklum la, hantar nono jap.

Member gua tanya," apasal ko lambat cabut zul?"

:-lama tak dengar kempen tolak barangan yahudi kan (Mc D pun termasuk).

Patut la

Dulu masa bujang, kalau ajak member gua yang dah berfamily, mesti banyak je alasan. Kalau berjanji dengan dorang, anggap je la lu orang sedang berlatih untuk ujian kesabaran.

Sekarang ni gua pula macam tu. Tadi janji nak main futsal. Tapi trak pergi. Maklumlah, tengahari tadi gua pergi gym, petang trainning tarik tali. Mana larat beb. Rehat kena ada. Gua pergi tarik tali pun sebab nono tak ada. Bukan gua takut dia, tapi gua rasa sayang sangat nak tinggalkan dia sorang-sorang.

Masa bujang banyak masa gua hangout dengan kawan-kawan. Tapi sekarang ni gua rasa family 1st. Apa-apa gua buat mesti pasal family.

Rasa boring siut nono tak ada ni. Baru 2 hari dia pergi kursus, gua dah tak senang duduk. Tak apa, esok dia balik.

Actually hari ni adalah hari anniversary kami genap sebulan...

Sekali sekali jenguk

Nampaknya gua macam dah kurang masa untuk blogging. Nak buat blogwalking pun dah jarang-jarang dah.

Beb, pagi tadi hot fm ada story pasal blog. Depa kate, berblog boleh beri income sekurangnya 12k. Sekurang-kurangnya tau, bukan sebanyak-banyaknya.

Camna boleh dapat macam tu? Pakai nuffnang? Setakat ni duit dalm nuffnang gua baru mencapai rm4.25 sen. Kalau beli nasi lauk kuah kari tabur dengan ayam goreng drumstick campur teh o beng, tak lepas bai...Camne lu orang boleh kaya dengan nuffnang ek?

Share sikit.

Hari ni nono pergi kursus..Ayo..tido sorang le jawabnya..

(Member gua tanya, terrornya gua sekali lafaz masa nikah, apa petuanya? Gambar kat atas tu membongkar segalanya, baca skrip je beb...!)

The brokband!

Hari tu before kahwin gua tukar broadband maxis.

Lepas tu terminate kontrak brodband maxis yang lama. Sebab yang baru tu, di promote dekat gua, caj bulanan rm 48. Kira ok la berbanding yang lepas cajnya rm 68.

Masa termintae tu , gua tanya la. Tak kene bayar apa2 ke? Satff maxis tu kate tak kena. Pasal gua dah amik kontrak maxis baru. Kalau terminate je tak buat kontrak baru, kena bayar rm 200. So gua pun setuju. Lepas gua tukar kontrak broadband, gua pergi la tukar kontrak line maxis gua. Before ni gua guna family plan, nak tak nak wajib bayar rm 80. Pastu gua tukar la yang murah punya. Kira kena bayar sebulan rm 40 je campur bil sub line.

Tapi hari ni line gua kena block. Gua check bill, jumlah kena bayar, hampir mencecah rm 700. rm 300 je dari broadband. Yang lain semua caj yang kena kat line telpon gua.

Apa kejadahnya ni maxis ni. Nak kencing gua pun agak2 la. Kata tak kene caj bila tukar kontrak. Pastu jumlah call gua baru 19o lebih je. Yang sampai nak 400 tu pehal plak.

Hadoi..…

Khurafat

Yes, gua baru tengok cerita Khurafat kelmarin.

Gua tak nak sinop citer tu ataupun memberi ulasan. Lu orang pergi tengok sendiri. Cuma gua dapat somethin dari cerita tu yang gua rasa ada kaitan dengan gua.

Lu orang tengok gambar gua kat atas. Ya, gua dengan keris berdiri. Keris tu keris abah gua. Itu cuma salah satu dari sepuluh keris abah. Gambar ni gua ambil masa raya tahun lepas. Pasal keris berdiri, keris tu berdiri of coures dengan kuasa ya Allah. Keris tu actually memang berdiri. Cuma tak la boleh terbang. Dan gua percaya kesepuluh keris abah gua boleh berdiri.

Setiap keris tu, ada nama tersendiri dan gua panggil berpenunggu.

Back to story filem khurafat. Dalam filem tu syamsul telang membuka mata gua. Satu moralnya adalah perkara khurafat adalah haram di sisi Islam. Kerana ia ada hubung kait dengan syirik.

Rujuk pada ustaz untuk istilah syirik, cuma gua boleh bagi tau yang syirik adalah dosa yang tidak di ampun oleh Allah kerana mempersekutukan Allah dengan benda lain. Selebihny…

Sendat

Apa yang sendat?

Sendat selalunya di kaitkan dengan ketat. Bila pakat baju ketat, mesti perkataan sendat pun menyusul. Contohnya macam ni," awek tu pakai baju ketat la, nampak sendat."

Tapi gua bukan nak tulis pasal baju yang ketat. Pasal jadual gua nampak macam dah mula ketat.

Gua di panggil lagi untuk turut serta team tug of war MOF. Semalam kelab khazanah telah menghantar peonnya merangkap kapten pasukan gua. " Beb, surat dah keluar. Petang esok turun trainning. Kita ada game hari wilayah ni. Game kat Dataran Merdeka," macam tu la bunyinya dari zamri peon yang merangkap kapten pasukan gua.

Wah, ada ke masa gua ni.

Gua dah susun dah. Pagi kerja, tengah hari pergi gym. Pastu masuk kerja balik. Petang ambil nono, pastu pergi trainning. Malam gua lepak dengan nono. Ok kot. Cuma gua takut gua yang tak tahan nanti.

Tak apa. gua cuba dulu.

:-semalam gua tengok citer khurafat

Betul la beb

Baru gua tau kenapa orang komplen pasal azan yang kes kat pantai dalam tu.

Tadi masa gua pergi solat jumaat, gua memang ngantuk tahap gaban. Bak kata orang, iblis bergayut-gayut kat bulu mata gua ni. Siap setan tu letak selimut bagi gua tidur.

Tapi, bila khatib baca khutbah tu dengan nada yang lantang dan kuat, mata gua terus cerah. Walau ngantuk tapi terus cerah beb.  Sampai kesudah habis solat jumaat pun cerah.Agaknya setan-setan yang bergayut kat bulu mata gua yang tak lentik ni terbakar dengan dakwah khatib tu.

Sama la dengan azan, setan akan kepanasan bila dengar azan kuat-kuat. Sebab tu kalau takut atau di ganggu syaitan, azan la kuat. Pasti lari iblis tu.

Iblis dan syaitan akan panas bila dakwah atau seruan agama di laungkan. Tapi macam mana pula orang yang macam cacing kepanasa bila dengar azan je dia marah, bila di ajak solat je dia tak nak dan marah, malah ada yang cakap ," aku tak sembahyang!."

Macam mana beb, kita ni kena selalu fikir, apa akan jadi pada kita le…

Patah tumbuh hilang berganti

Apa yang hilang berganti?

Handphone la, lu orang jangan fikir macam-macam. Masa hari kerja kahwin gua kat Melaka hari tu, gua punya handphone nokia E66 telah terjelepuk terjerumus plup! dalam longkang.



Kejadian tu berlaku masa gua nak adjust gua punya banner perkahwinan. Gua pakai baju melayu masa tu. Masa gua adjust banner tu gua lupa yang gua letak handphone tu kat poket belah atas. Tengah gua terbongkok2 adjust banner gua tu, handphone tu pun melorot masuk ke longkang. Gua agak tercengang masa tu, macam tak percaya je gua punya handphone diresapi oleh air longkang yang jernih tu.

Semalam gua dan bini gua pi la cari handphone, agak lama gak gua riki handphone. Akhirnya gua rasa cukup la sekadar nokia c3. Memang teringin dan mampu untuk beli yang bajetnya seribu ke atas, Tapi fikir balik baik gua beli, peti ais ke, tv ke, mesin basuh ke. Lagi berbaloi.


Setakat ni gua pakai, ok la. Cuma jari gua yang besau benau untuk menenyeh keypad tu.

Masa umpama dinar emas

Semakin hari gua rasa makin tak cukup masa.

Lumrah ke? Ah...ke gua yang banyak kerja. Since gua masuk office ni, gua asyik rasa macam tak dapat buat macam-macam. Barang rumah pun tak nyempat-nyempat nak pergi beli. Nak usha prabot dengan barang letrik. Gua ingat buat masa sekarang ni, beli mana yang perlu je. Maklumlah, gua bukannya millioneir, cukup untuk sesuap dua orang punya mulut.

Gua kesian kat abah gua. Dah jauh dengan dia ni, macam mana la dengan dia. Ibu gua cakap, abah akan discharge dari hospital jumaat ni. Sape la yang nak angkat dia masuk dan keluar kereta. Bila fikir pasal abah, gua mesti rasa sebak. Nak cerita pasal apa dia buat gua, gua rasa kalau gua bagi selaut wang emas pun belum tentu dapat bayar harga pengorbanan dia kat gua.

Nono wife gua, sayang gila gua kat dia. Hajat di hati nak bawa pi honeymoon kat sabah. Tapi terpaksa tunda ke bulan 4 di atas sebab yang tertentu.

Nasib minggu lepas sempat gua bawa dia jalan-jalan pi genting. Dapat juga gua rehat berdua den…

Kehidupan lepas kawen

Orang asyik tanya gua, macam mana kehidupan lepas kahwin?

Macam mana ek, ok and best sangat. Kenapa best, lu orang kahwin baru lu orang tahu. Cuma lately, masa gua agak terhad. Banyak ke sana ke sini. Bizi sikit la. Sekarang ni masa tu amat berharga bagi gua. Sebab tu gua dah jarang gila blogging. Nak jenjalan singgah kat blog orang pun tak dan.

Hari ni gua pergi melaka. Ziarah abah gua. Gua tengok abah gua ada improvement. Anggota yang lumpuh tu dah mula boleh gerak, gua rasa insyaallah dalam sebulan dua ni, sihat la hendaknya.

Oh yeah, secara tak sedar sekarang ni gua dah ada dua bapa yang sah. Satu abah gua, satu lagi my father in law. Since gua ni baru lagi dengan dia, gua pun berperangai la malu2 kucing. Actually gua dengan abah gua pun jarang juga bersembang, gua lagi selalu lepak dengan ibu. Same la dengan mom in law gua. Gua rasa gua lagi banyak bersembang dengan dia. Tapi memang macam tu la lumrah, anak laki lebih manja dengan ibunya.

Back to story lepas kahwen, gua rasa gua…

Alhamdulillah..selesai segalanya

Rasa sangat terharu bila segala yang gua rancang jadi kenyataan, segala yang gua doa di makbulkan. Tuhan itu maha penyayang kan?

Majlis di Melaka selesai dengan sempurna seperti majlis di terengganu. Segala yang di rancang jadi kenyataan. Cuma plan untuk bawa abahku  ke majlis Melaka saja tidak kesampaian. Kerana abahku mengalami sesak nafas.

Ops, aku tidak menggunakan kata ganti gua untuk diriku di sini...(lupa agaknya)

Ramai yang perasan, aku mengalirkan air mata ketika di hari persandinganku di Melaka. Ya, memang benar. Aku rasa amat terharu dengan majlis itu. Bermula dengan persembahan silat, aku amat terharu dengan persembahan silat dari abangku sendiri. Ya la, dulu aku silat time dia kahwin. Kali ni dia pula yang silat. Rasa macam mimpi.

Melangkah di bawah walk way yang gempak tu, aku hampir menitiskan air mata, bila berjabat salam dengan sahabat-sahabat ku . Tak sangka mereka semua datang. Terima kasih aku ucapkan pada mereka. Inysaallah, lu orang kawen gua mesti datang.

Lepas…

sticky post-walimatul urus

Gua jemput lu orang semua datang kenduri Majlis perkahwinan gua di Melaka. Tarikhnya 1-1-2011. Click kat gambar kad tu.( ni 1st time gua buat entry melekat)