Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

Malam minggu..

Gua pergi makan ikan bakar dekat medan ikan bakar muara sungai Alai. Ha, biasanya lu orang makan ikan bakar kat Melaka kat umbaikan.

Actually, pada gua umbai dah tak best. Tak macam masa gua pakai spender supermen kat luar. Orang luar memang tau kat umbai je. Tapi orang melaka macam gua yang macho ni, tahu banyak lagi tempat ikan bakar yang sedap, dan harga pun berpatutan. Kira lagi murah dari medan ikan bakar umbai.

Ok gua nak show off sikit gambar gua kat sana.

 my queen heart sedang picit-picit ekor ikan
 Ibu gua merungut, abah asyik minum air mase tunggu ikan bakar..
 Sementare tunggu ikan siap, gua ajak askar gua lepak tepi sungai..
 Ni ha tempat bakar ikan..amacam, menarik?
 Ikan2 yang terdapar..fresh beb
Abah, kuat minum air..actually abah memang nak sangat ajak kitorang satu family makan ikan bakar..beb, abah yang belanja..

Malam tu, gua makan banyak gila. Maklum lah, gua rasa setahun sekali gua makan ikan bakar. Bukan selalu, tu yang gua belasah kaow2. Tapi gua rasa sekarang ni gua…

Jurus To' Muar..

Info sikit buat lu orang.

Masa wa kecik dulu abang gua cakap, tomoi tu asal dari Muar Johor. Kat Muar ia di panggil silat la. Tok guru dari muar ni pun merantau sampai ke siam( sekarang thailand le). Kat sana dia telah di cabar oleh samseng kampung dusun siam.

Berlaku la pertempuran dahsyat antara tok muar tu dengan samseng kg dusun kat sana. Entah berapa malam depa lawan gua pun tak hingat. Tapi last sekali Tok Muar tu dapat sebat semua samseng tu .

Kehandalan tok muar tu tersebar luas. Ramai la yang pergi menuntut. Orang siam memanggil Jurus itu To' Muar..dan sebab dorang pelat sikit, so orang siam pun panggil la dia tomoi.....

Dulu masa kat rumah sewa masa kolej dulu.

Kitorang tido berhempet-hempet. Maklum zaman student dulu memang suke tido deapn tv. Lepak punya lepak, samapi terlelap.

Masa tengah tido, masa tengah tido beb, kentut pun tak rasa kan. Mana nak sedar. Kan kitorang tidor berhempet-hempet. Habit gua ni, masa tido memang suka naik kan lutut. Macam tomoi tu. Sekali …

Sentiasa beringat

Masa muda..

Semuanya kuat, semuanya larat, semuanya mampu . Kuat , hensom...confident level pun tinggi, awek tengok pun cair, semuanya boleh la, senang cakap. Kengkadang bila kita berjaya dalam apa yang kita capai, kita bangga dengan pencapaian kita, dan kengkadang kita lupa dari mana ia datang.

Dan kita lupa ke mana ia akan kembali..


Dua bulan abah gua kena stroke. Dalam dua bulan ni la gua selalu sangat mimpi abah gua. Gua tak dapat jaga abah gua sangat. Tapi sedikit sebanyak dapat juga gua rasa menjaga dia kalau gua balik kampung.

Tengok keadaan abah gua, gua pasti akan termenung. Betul kata acik gua, abah dah berubah 100%. Setiap kali gua teringat abah gua, gua pasti akan teringat akan ayat ini," adik, rajin balik ye tolong abah. Abah tak sihat.. Kalau dulu abah kuat tak apa.."

Rasa air mata nak berlinang bila gua dengar ayat tu. Dan itu ayat terakhir dan pesan abah yang last pada gua sebelum gua blah ari tu.

Pada gua abah gua kuat. Ya abah gua kuat. Kengkadang gua jeles…

No2 bagi buah

Semalam gua telah dikejutkan dengan sesuatu yang gila punye kejutan. Ceh macam terkejut sangat la. Tapi memang teruja, ghairah, steam..dan macam-macam lagi perasaan yang seangkatannya dengannya.

Gua tanya no2," beli apa kat market tadi?"

No2 jawab," durian."

Peh! buah durian beb.  Gua pun selak plastik beg, memang ada buah durian!

Lu orang mesti tak herankan. Actually gua memang hantu durian. Memang dah lama gua ngidam makan buah durian. Macam la kat Malaysia ni tengah kemarau duriankan bila gua cakap macam tu.haha...

Sebenaunya gua tak makan durian dari start Januari 2009 lagi tau. Sebab gua nak diet la. Gua tahan je nafsu gua bila buah durian kat tepi jalan.

Akhirnya, malam tadi dapat juga gua lepaskan hajat makan durian. Thanks gile la kat no2..

Brukband yang memang beruk

Ingat tak gua cakap pasal bil maxis gua hari tu.

Kalau tak ingat ni link post entry gua. Click je ayat ni.

Kali ni bende yang sama juga. Gua tetap kena charge pasal termination penalty berukband tu. Siap gua punya line kena bar pasal tak bayar. Memang bengang betul . Hari tu masa gua call maxis center, dia kate 200 tu akan di tolak masa bil bulan ni. tapi alih-alih dia bar line gua pasal tak bayar.

Gua call balik, dia boleh cakap dia tak jumpa pun transaksi yang kate nak deduct penalty charge rm 200 tu. Memang dasar lidah bercabang  la dorang ni.

Bini gua call pula brodband hotline, dia kata gua memang sepatutnya kena bayar penalty charge sebab terminate sebelum tamat tempoh kontrak.

Ade ke patut? Masa promote, gua ingat lagi ayat promoter tu," abg punya kontrak ade lagi ni, tak pe kalau abg subscribe kontrak baru , masa terminate nanti abang tak akan dikenakan penalty charge."

Masa gua terminte, gua comfirmkan balik kat mamat yang jage kaunter kat maxis center kat mid vally…

Pagi ni sarapan best

Lu orang breakfest ape tadi..

Beb, nono buatkan gua keteow ladna. Pepagi dah makan keteow ladna. Thanks la sayang. Memang sedap sekali. Gua lagi suka makan masakan nono dari makan makanan kat cafe tu.

Semalam gua tolong nono kupas bawang. Ala setakat kupas bawang je. Apa la sangat. Dulu masa gua remaja lagi, gua selalu tolong ibu kupas bawang dan potong cili kering. Bukan 2-3 biji, tapi seguni beb. Ibu gua dia jual rempah asam pedas, rempah rendang dan macam-macam rempah. Sebab tu banyak ingredient yang gua kene tolong kupas.

Serius, kupas bawang ni sape tak terror, comfirm la menangis punya. So, dulu gua akan pakai goggle sambil kupas bawang. Pedih juga, kalau pedih lagi, gua akan kunyah suwing gump. Mesti tak pedih.

Tapi semalam, gua cari sewing gump tak jumpa. Nono kata." by, cocok je bawang kat hujung pisau tu. Nanti tak pedih.." Mujarab juga petua tu.

Tapi ape kaitan ek, cocok bawang kat hujung pisau tu berjaya buat gua hilang pedih mata masa kupas bawang?

Kita singkirkan Allah?

Tajuk ganaskan. Tapi cuba lu orang fikir..

Ada benar tak tajuk post gua. Dalam paper, jenayah macam-macam ada. Setiap hari ada kes jenayah, bayi dalam longkang, bayi mati bersemut, bapa rogol anak, anak bunuh bapa...macam-macam lagi. Makin hari makin parah. Sebab, senang je gua cakap, kita dah singkirkan Allah!

Hujung minggu lepas, gua dan bapa mertua gua pergi dengar ceramah Agama dari Ustaz Azmil Mustapha (ALi setan). Intipati dari cermah tu adalah, kita singkirkan Allah.

Ya, kita dah singkirkan Allah.

Kita ni dasar menumpang berlagak tuan. Menumpang di bumi Allah, tapi berlagak dunia ni kita punya. Kita kata kita hebat, sampai bila tanya ," bang duit datang dari mana? Duit kita cari la." Itu jawapanya. Padahal bukankah Allah yang bagi rezeki. Nampak, kita singkirkan Allah.

Naik kereta pergi ke sana ke mari, bila kat traffic light, lampu merah kita berhenti. Tapi bila  Allah suruh kita jauhi larangannya, kita berdesup main langgau je. Macam mana kita ni. Singkirkan Allah …

Dalam hati ade bunga

Badan je taf, tapi dalam hati ade bunga...

Cilakak, ramai yang cakap bodybuilder macam tu. Pengaruh sape ni..? Ape dorang ingat bodybuilder ni robocop ke! Ek eleh robocop pun ada perasaan tau. Dah kalau namanya manusia, mesti ada perasaan punya. Ingat yang cikeding je ke boleh ade perasaan.

Ingat sazali samad atau anotsusahnakeja tak romantik ke?

Gua? Tanya nono la...

Muka wa ganas, tapi dalam hati ni cuma ada sekuntum bunga yang cun bernama nono je beb...

Mangkuk

Masa kolej dulu..

Pensayarah gua tanya," ok class, makanan ape yang you all suka makan bila pergi kedai mamak? Ok Zul, how about u?"

Gua jawab dengan muka selamba sambil baca komek dragon ball edisi 19," gua suka tosai telur mem..!"

"What! tosaiii...??eeeeiiiiii....so smelly you know.." kata Mem yang bengong tu.

Lepas tu pula ade gua dengar awek kat belakang gua yang tak cun, gua rasa memang tak cun pasal member gua pun satu kepala dengan gua cakap dia tak cun seolah ngejek gua," ade ke patut suke makan tosai..geliiii ai..." lebih kurang macam tu la bunyinye.

Gua campak buku dragon ball kat muka awek tu.."pehal plak geli makan tosai...!"

Gambar awek kat atas tu, bukan budak pompuan yang kat kelas gua tu. Tu gambar bini gua.. gua letak gambar ni sebab senang dia nak copy untuk di letakkan kat profile facebook dia. Maklumlah, gambar ni size die besau. Cecah 5 mb tu..

:-bab campak buku dragon ball edisi ke 19 tu gua cuma imagine je,…

Menan bebudak

Zaman sekarang  ni pelikkan.

Mau tidaknya, orang besar sekarang dah ramai yang hobinya macam bebudak. Dah macam anak buah gua. Nape gua kate macam tu?


Macam budak opis gua sorang ni, minat gile dengan transformes. Sampai kat meja opis dia penug dengan replika robot tranfomers. Ni tadi gua baca kosmo. Ade geng yang konsi terang bukan kongsi gelap minat gile dengan hot wheels.

Tahu tak hot wheels?


Hot wheels ni kete mainan yang kecik2 tu. Gua pelik sikit. Kalau kereta control ok juga. Ye la pasal kereta control ni perlu kretif sikit. Nak modified sane, modified sini. Ni keta hot wheels ni biasenya dijual yang dah memang siap. Tak payah nak author sane sini. Kire beli je dah boleh main la.

Tapi ade satu lagi hobi bebduak yang orang dewasa suka main. Basikal. Dulu gua mase kecik2 suke naik basikal, jalan jauh-jauh. Siap buat club basikal lagi tu.


Tu dulu la masa bebudak.

Sekarang ni, zaman basikal kembali meriah, orang dewasa sekarang minat pula main basikal. Kengkadang tu, atas kete pun …

asal khutbah je mesti tido!

Kenapa ek, time khutbah je mesti tertido. Termasuk la gua tadi.

Terlelap beb.

Sebeluum ni gua agak payah untuk tertido time khutbah. Sebab, kebiasaannya gua tak akan makan tengah hari sebelum pi masjid. Tapi tadi, gua makan juga. Pasal opismate gua ajak. Before ni gua selalu kuar ngan bini gua. Kalau gua makan pun, gua akan pilih makanan yang tak akan buat gua ngantuk.

Tapi kan, kengkadang gua rasa antara faktor utama yang membuatkan adalah kualiti gaya penyampaian khutnah tu. Dah kalau khatib tu baca meleret-leret macam orang ngantuk, mau tidaknye makmumnya tertidur.

Khutbah punya pengisian dah cantik dah. Cuma gaya penyampaian je. Sebab tu gua amat memilih tempat untuk bersolat jumaat. Jauh sikit tak apa, biar beerti solat jumaat dan khutbah tu untuk gua. Biar khutbah tu bagi input dekat gua.

Kebiasaannya gua akan bersolat di surau al-munir. Khutbah dia terbaik.

Die heart!

Hati..

Orang selalu cakap, hati ni umpama pantai yang berubah bila di pukul ombak. Gua teringat sesuatu yang ada la sikit pasal hati.

Mase tu gua goreng ikan, relaks je gua tengok isi-isinya di mamah minyak panas. Gua pun fikir. Kenapa la ikan ni boleh jadi masin. Ikan ni bukan ke selalu dalam laut yang masin. Masa gua mancing ikan laut dulu, saja gua colek rasa isi yang baru di kelah. Tak masin pun.

Tapi, bila ikan tu di gaul dengan garam, jadi masin pula isinya. Garam ni masin dia tak la hebat macam masinnya air laut tu. Tapi itu pula jadinya pada ikan.

Ikan hidup di laut yang masin bila rasa isinya tak masin, ikan mati di gaul garam yang masin akan masin isinya.

Itu la beza hidup dan yang mati. Sama la macam hati. Kalau hati kita ni hidup , datanglah apa jua halangan , godaan dan juga cabaran. Pasti akan kita jaya untuk atasinya. Namun kalau hati tu mati, senang gila nak pengaruh hati tu.

Macam mana hati boleh mati? Kang kalau lu gua kata lu pikir sendiri, tak baik pula. Hati akan…

Rindu nak main bola

Seyes, rindu gile nak main bola.

Gambar atas tu masa wakil Jabatan Akauntan gua. Main untuk game jabatan. Gambar bawah pula kat kompleks kampung pandan.

Actually kompleks kampung pandan banyak sejarah dengan gua. Masa kat kolej dulu la. Gua main bola tournement kolej. Gua main position gol keeper. Gua lupe pula nama team gua masa tu ape. Tapi yang gua ingat gua main sampai final. Dalam tournement tu gua hanya bolos sebiji je. Tu pun masa final. Kalau tak bolos dah comfirm team gua champ.

Masa separuh akhir team gua seri 0-0. Terikat sampai la penalti. Disebabkan kecekapan dan ketangkasan gua, pihak team lawan tak mampu memboloskan walau sebiji dalam sepakan penalti. Bila sepakan terakhir dorang gua safe, teamate gua semua lompat kat gua. Nasib tak patah riuk gua masa tu. Gua ape lagi buka baju lari kan fan team gua yang gurl(awek-awek kolej) .Memang poyo masa tu. Bajet macam beckham la tu.

Terkenang gua time tu. Sekarang gua kena slow sikit bab bola. Pasal siku gua plak tulang dia ad…

Mas Cool Lean

Lelaki muskulin...

Dari dulu gua tak paham ape maknanya maskulin. Siap kat kedai mamak yang jual majalah tu pun jual majalah maskulin.

Lelaki macho ke?

Once upon time a go, gua di offer jadi cover magazine...nak tau magazine ape... one dey gua akan bagi tahu..

Gua tengah poning ni sebab terpakse bawa balik keje kat rumah, tu yang mengarut sikit ni malam ni. Tak pe, walau sebanyak mana pun gua tetap akn cuba menghabiskan kerja gua.

Jap nak ngaru sikit...

Sekarang ni gua tengok mat rempit ramai yang dah convert jadi gengster.

Pulak tu, gua tengok ramai gangster-genster melayu gemuk-gemuk. Gua terfikir, kalau la kene kejar polis, tak ke semput nak lari.

Cube la kempiskan perut.

Beb, ade satu benda yang menarik pasal perut kempis. Muhammad bin Abdullah s.a.w berperut kempis. Jadi mari kita ikut. Sunnah tu.

Tengok, ngarut lagi. Keje tak juga siap juga.

Orang Melayu ni suke sangat ke Hantu?

Sejak bermenjak-menjak ni, wayang asyik hot pasal citer hantu. Kalau gua senaraikan, mesti berjela-jela. Ape orang melayu ni memang suka tengok hantu ke?

Itu baru pasal tengok hantu, ni yang suka cari hantu lain pula ceritanya. Seekers the hantu. Lagi macam haram gua rasa. Kalau hantu muncul depan mate, mau 9.2 saat 100 meter dorang lari. Pastu, time dah kena rasuk baru la dengan mesrenya panggil Ustaz. Ape keroje ustaz ni ada ke adalam senari tugasnya menghalau hantu. Haiyo..

Pastu, boleh pula cakap orang dah mati boleh datang balik kat bumi ni, ish kene kaji pasal ni semua.

Ni gua ada jumpa sesuatu yang menarik kat websit darussyifa'.

Meh kita share same-same.

SJ001: Benarkah Ruh orang yang telah meninggal dunia boleh menziarahi anggota keluarganya, menziarahi rumahnya atau kampung halamannya? Soalan Ustaz, suami saya telah kembali ke rahmatullah kira-kira tiga bulan yang lalu. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini ada sesuatu yang pelik berlaku pada diri saya, iaitu pada set…

Mauludil Rasulullah

Assalamualaikum..

Jom kita kenal Rasulullah s.a.w. Tak kenal maka tak cinta. Semoga kita akan sentiasa di gelar umat Nabi Muhammad s.a.w sehingga di akhirat.. 

Y Allah..aku sungguh beruntung kerana aku di jadikan umat Nabi Muhammad s.a.w. Ya Allah..jadikan aku hamba-Mu yang sentiasa mengamalkan dan mengagungkan sunnah Rasulullah..

BIODATA RASULULLAH S.A.W.
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya…

KL Tug of War 2011

Gua dah hampir 2 tahun main tarik tali. Memang, dulu gua anggap tarik tali macam game bebudak. Time sukaneka je yang main game ni.

Tapi lepas gua join team Tarik tali MOF, mata gua hampir terjojol dengan game ni. Dahsyat beb, dari segi latihan sampai ke game. Memang terlali mencabar. Lagi dahsyat dari main bola sepak. Pertarungan kekuatan yang tulen.

Kunci kemenangan hanya pada semangat kedegilan yang mahukan kemenangan. Teknik dan perlu selari dengan permainan yang bijak.

Gua dah join banyak tournement tarik tali, tapi semalam adalah kejohan tarik tali yang terbesar. Di mana ia terbuka seluruh Malaysia.

KL Tug Of War 2011 beb!

Satu Malaysia turun siut!! Untuk kategori terbuka, seramai 25 team ambil bahagian. Gua punya team salah satu darinya. Gua main untuk Jerung KL. Kelab gua hantar 2 team. Satu team mewakili Locvest Security, satu team lagi mewakili Kementerian Kewangan (MOF). Gua main untuk MOF. Kira cam Jerung B la.


Team MOF masuk 3 ketegori. Lelaki, wanita, dan campuran. Gua ma…

Dah banyak da

Sekarang kat tengah jalan, dah ramai yang pakai jersey Malaysia. Tak kira la samada bawa pi tenngok wayang ke , pi date ke, mane2 la.

Gua dan nono pun dah beli sepasang. Tapi tak sempat plak nak snap gambar bersama.

Tahniah beb, buat Malaysia yang sekarang ni dah power team bola dia. Gua proud beb bila pakai Jersey Malaysia bawa pi jalan-jalan. Selama ni asyik pakai negara orang punya jersey je kan. Apa kata kita semua tukar, pakai jersey Malaysia pula.

Kita Malaysian citizen...! Kan lawa jersey Malaysia tu..tahniah menang dengan Hong Kong 2-0 semalam.

Syifa'

Kalau sakit makan ubat.

Kenapa mesti makan ubat? Sebab nak baikkan. Sebab tu makan ubat. Tapi kengkadang untuk sesetengah penyakit, kita makan ubat pun still tak baik .Contohnye kanser. Ramai yang temui ajal sebab kanser.

Mati juga salah satu ubat.

So macam mana. Kengkadang kita lupa, sakit tu datang dari mana. Kita tahu penyebab atau faktor, tapi kita macam lupa atau buat-buat lupa dari mana datangnya sakit itu. Kate Dr Fadzilah Kamsah , sakit itu adalah mahkluk. Hati yang kotor adalah makannanya.

Kita minta dan berdoa pada Allah. Walau apa jua kenis sakit waima sakit yang simple, minta la pada Allah supaya di sembuhkan.

Setiap kali nak makan ubat baca la selawat ini.

Bagi yang sedang menerima ujian  Allah tidak kira sedang sakit apa pun, doa untuk sembuh dan selawat syifai' ini, usaha la tidak kira samada makan ubat atau lain-lain alternatif dan kemudian, bertawakal pada Allah.
Insya-Allah..

MengeCHEST

Beb, dulu orang selalu cakap gua ni eksen, sebab jalan mendada. Nak buat macam mana dah memang gua ni mempunyai dada maca onot susah nak eja. Chewah!

Gua dari form 4 dah main gym. Sebab tu dada gua memang boleh di katakan sejak azali tegap. Haiyo angkat bakul sendiri pula...hehe..tak la may be sebab posture dada gua macam tu, sebab tu gua jalan macam mendada. Tapi jalan mendada yang di buat-buat tu memang nampak berlagak. Badang keding pastu jalan mendada. Mau sesak jantung dorang naikkan dada tu sambil jalan.

Pehal citeer pasal dada ni? Dah tu ilham yang datang ...

Penat gila semalam, tengah hari main gym. Petang trainning tarik tali. Hari ni bebudak opis ajak main futsal. Rasa macam tak larat je. Kesian dorang. Sebab tahun lepas gua yang beriya-iya ajak dorang main tiap-tiap minggu. Sekarang, dorang dah istiqomah main futsal, gua pula yang asyik tak datang.

Lepas game tarik tali ni gua ingat gua turun la main futsal..

Merana

Balik cuti raya cina.

Gua ke Melaka. Selama 4 hari gua jaga Abah. Tengok abah gua yang kena stroke tu. Sayu je hati ni. Bila kita tengok orang sakit, kita rasa makin ingat pada tuhan.

Teringat gua akan kata-kata ni," Allah tidak akan menguji hamba-hamba-Nya tanpa kemampuan hamba-Nya itu."

Dari ayat tadi, gua renung balik. Dahsyat betul abah gua ni. Ujian yang diterima sangat berat beb. Kalau gua, belum tentu gua sanggup tanggung. Kat sini gua tengok, akan kemampuan abah gua dari segi ujian yang sedang di hadapi. Ya , tuhan uji hamba-Nya ikut kemampuan hamba-NYa.

Gua tengok abah, gua dah rasa sakit. Apa tah lagi bahu dan hati yang menanggung. Kita hanya mampu berdoa.

Ya Allah, Ku pohon ke hadrat-Mu. Sembuhkan lah sakit abahku itu. Ya Rahman...Ya Rahim..

Pelakon

Kelmarin ke bila tah, gua tak hingat.

Acik beli dvd citer Lembing Awang pulang ke dayang. Gua sebagai peminat cerita silat ni, cam excited gak. Sekali layan, effect die macam kurang memuaskan la. Pasal style silat dia kureng. Farid Kamil gua rasa macam tak best pula gaya persilatam die. Zulhuzaimy je gua rasa ok. May be sebab di ni pesilat silat lincah, nampak la seni sikit gerakan dia.

Kalau sebut pasal filem or drama silat, mesti teringat Eman manan , Ebby yus, rozaidi Abdul rahman, dan geng-geng depa. Syok wo tengok dorang silat.

Mana la pelakon-pelakon macam dorang lagi ek. Agaknya zaman sekarang, pelakon lebih pada muke je. Bile berlakon citer-citer macam ni, macam kayu je.

Beb, gua penggemar filem dan drama genre macam ni. Jangan kata ia kolot, sebab orang china, jepun masih berbangga dengan manaikkan martabat martial arst dorang melalui filem. Tapi kita...macam dah tendang jauh seni warisan ni...

Teringat lagi , dulu kayuh basikal laju-laju balik rumah pasal nak tengok cerita …

Pagi Gong xi fa cai!

Gua suka makan nasi goreng, bini gua pun.

Pagi ni bini gua rasa macam taksihat. Kesian pula kat dia. Perut gua dah lapar, berbunyi cam biasa la lagu kroncng untuk nono.

Nak suruh nono masak juga, rasa cam kejam pula pasal dia tak sihat. Jadi gua rasa adalah sepatutnya gua goreng nasi sendiri, ops! untuk dia sekali. So gua masak nasi goreng paprik pataya ladna daging merah la , apa lagi. Feveret gua tu.

Bertuah la kalau gua tau buat nasi goreng cam tu. Gua buat nasi goreng kampung je.

Tengah Sedap

Tengah sedap cuti, tetiba hari gua kerja pula. Sok cuti lagi. Kalau dipikirkan memang cam nak pi kedai beli MC. tapi disebabkan sifat kejujuran hati yang kudus ini, gua tak buat keroje camtu.

Hari ni datang keje, blogwalking je. Keje banyak. Tapi ketepikan semua tu. Mood keje tak ade beb. Sok balik Melaka tengok abah. Camno la abah gua tu. Hopefully ada perkembangan positif. Setakat ni kalau tengok dari minggu ke minggu abah gua ada perubahan setiap minggu.

Ok, nak buat ape sekarang ni? Chow pergi gym senyap-senyap la....

:- Ramai tanya, kenapa gua tak letak status or gambar kahwin kat FB, gua pun tak tahu kenapa...)

Bila dah jadi

Dah jadi apa?

Laki orang la, kena pikir macam-macam. Apa yang tak cukup kat rumah, bajet camane, dan yang sewaktu dengannya.


Tadi gua ape gacoma. Lu orang tahu ape kebenda tu. Sumpah sebelum ni gua pun tak tahu. Gua mula-mula ingat tu fun fair ke, atau macam mid valley. Rupanya kilang buat pinggan mangkuk. My parent in law bawa. Kat situ ada jual macam-macam. Bukan baju beb, pinggan mangkuk la.

Sebelum ni gua tak pernah shopping bende-bende tu. Tapi dah jadi laki orang kena la biasa-biasa. Ni gua tengah tunggu lori datang hantar meja makan kat rumah gua.

Rumah gua, gua deco ala basic je. baru kahwin beb, nak complete mana dapat. Gua bukan anak raja . Semua kena sendiri punya. Tapi hadiah masa kahwin tu memang sangat membantu kelengkapan dapor gua. Thanks pada yang memberi. Jasa lu orang sangat gua hargai.

Bila jadi laki orang ni banyak benda nak kena belajar ni...fighter hooo!

-:gua baru habis layan gokusen part !