Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

ko santau orang

Santau...

Ni memang ujud . Kalau ada yang kate, menatang ni ngarut, silakan tu hak lu. Tapi bila kena pada batang tengkok sendiri, gua cuma ucap takziah dah nasihat gua, baca la surah al-baqarah selagi termampu.

Perkataan santau ni adalah datang dari hasad dengki manusia. Mereka menggunakan  jin dan syaitan sebagai medium perkara ni. Betul, gua dah banyak kali dengar dan tengok dengan mata kepala sendiri. Cis, gua hina mereka yang suka buat macam pada orang lain. Memang hina doh.

Abah gua pernah terkena buatan orang hari tu, gua cakap satu je," tak apa la dorang nak buat abah. Kalau abah mati pun, tempat abah kat sana insyaallah syurga. Tapi orang yang buat abah ni, tunggu la balasan Allah.

Gua selalu bayangkan, kalau wa pandai santau, ada dua orang yang gua nak santau. Presiden Amerika dan Perdana Menteri Israel.

Tu dua je. Bagi sesiapa yang tengah suffer dek santau, sabar la. Banyakkan baca surah al-baqarah. Insya-Allah.

sport is begin

Bulan ni dah start dah sukan jabatan gua. Gua pun mula la buat sibuk ambil part dalam acara-acara yang bersesuaian dengan wa.

Cam tahun-tahun sebelum ni, wa masih lagi main bola dan juga tarik tali. Tu dah kira wajib la tu. Wa ingat tahun ni nak torai men lempar cakra ngan lontar pluru la sekali. Mana tau dengan tangan wa yang macam arnold susahnakeja ni boleh membuahkan pingat . Haha, tu pun kalau dorang bagi. Ya la, semua wa nak masuk, nanti orang lain nak main ape plak?

Latihan bola dah start dah. Sejak minggu ni gua balik umah 3.30 petang . Syok gak. Rasa macam atlit life pula.

Cilakak, dorang risau wa tombang kat tiang gol. Dorang ingat sume bodybuider akan tombang kat tiang gol masa main bola. Dont worry beb, gua akan makesure apa yang patut di makan sebelum men bola.

Memadangkan lutut wa ni masih tak berapa ok, wa rasa lagi baik wa duduk di bangku simpanan. Sebab kang kalau wa main 1st nanti , injured plak, nyesal tak sudah. Baik wa relax kat tepi padang nanti, sambil maki2 beb…

Saper setuju awok bakor food court kat precint 8?

Pak Anuari Joko-salah satu lagend, tapi hati cute

Hujung minggu ni perit wa rasa. Kesengsaraan yang wa alami tu membuatkan hampir memusnahkan syoknye hujung minggu.

Hari Jumaat, wa di landa food poisonning. Cakap melayunya, keracunan makanan. Siap pakej dengan demam panas gile. Wa kalau demam memang akan jadi demam panas. Agaknya masa tu badan gua tak boleh tampung kot. Ni semua gara-gara gua makan nasi campur dekat food court presint 8 tu. Kalau ikut hati, wa nak bakor je kedai dia.

Bukan cirit beret je tau, demam panas yang melampau sekali. Mana tahan bai. Nasib la nono ada. Sian dia jage wa. Banyak kali kena bangun pagi2. Tak merungut langsung.

Lepas kes ni, wa jadi seriyau nak makan kat luar. Minta nono masak je la.

Wa dapat detect sakit foof posoinning wa ni sebab makan nasi kat precint 8 sebab , pagi tu wa muntah banyak. Semua yang wa muntah adalah apa yang wa makan. Nasib gua muntah. Sebab wa muntah la sakit wa ni beransur baik.


Wa kira start dari pukul 3 hari jumaat tu, samapa…

Migrain...ngeluh je ke?

Member gua ada ngomel-ngomel kat gua," zul, sekarang ni aku tak boleh putus makan ubat migrain."

Gua pun hulurkan tangan untuk berjabat salam. Die pelik , lalu menanya gua," nape ko tetiba salam aku plak ni?"

Gua cakap, " salam dulu. Takut-takut nanti lepas ni ko terlupa makan ubat, pastu aku tak sempat jumpa ko."

Menyirap je member gua tu dengan karenah kenakalan gua.

Semalam gua terjodoh pula dengan kes migrain ni. Bukan gua yang kena migrain. Tapi gua terbaca dalam buku 365 tips gaya kesihatan rasulullah.

Jap, bia gua comfirmkan sikit info pasal migrain. Bila kena migrain mesti cam pening dan mualkan. Bagi kita yang belum kena lagi ni cara nak elak dan menepisnya senang je. Jangan selalu tengok cahaya matahari yang berterusan. Pastu, rajinkan senaman.

Bagi yang terkena migrain tu macam member gua tadi tu, caranya mudah je. Ni cara islami, masuk bilik tidur. Pastu baring. Kemudian pejamkan mata. Ops sebelum tu buka la kipas. Kalau tak lu orang panas pu…

Budak jadi gemuk, nasi lemak pula di salahkan

Kelakau la...ape kah dosa nasi lemak? Kesian dia. Sudah lah sedap nasi lemak tu. Kalu di banjiri dengan kari ayam, peh, memang mantap.

Kecoh la semalam nasi lemak nak di haramkan.

Malas ulas panjang pasal tu, ni patik pacal yang hina mau beri usul. Nak lahirkan modal insan siha dari sekolah. Apa kata, setiap budak yang nak masuk sekolah di nilai dari segi akedemik siap deangan pakej kecergasan sekali.

Misalnya macam ni.

Tak semestinya kelas yang pertama tu untuk pelajar yang pandai je. Tapi untuk masuk kelas yang pertama, pelajar tu mesti lepas ujian kecergasan dengan cemerlang dan juga ujian akedemik yang cemerlang. Jadi seimbang la budak tu. Payah tau nak dapat jadi macam tu. Tapi memang terbaik la kalau sekolah tu susun kelas macam tu.

Sebenarnya banyak sekolah sukan yang buat macam tu. Jadi, ape salahnya terapkan teori ni kat sekolah-sekolah lain.

Bebudak ni minat bersukan, lagi pun otak yang cergas boleh buat depa jadi lebih kreatif lagi.

Jadi, perlukah nasi lemak di anak tirikan…

Life mulai tenang

Sebelum ni, pukul 7 pagi je dah kelam kabut nak pergi keje. Berlari nak pi kat kete. Nak berak ke, nak kencing ke, tahan je.

Pastu pula, bila jem hati menyirap tak hingat. Mula nak maki hamun je pepagi ni.

Tapi pagi tadi, bangun tido, gua siap boleh exercise dengan chin up bar. Pastu pumping 3 set. Lepak dengan no2 jap. Pegi kerja pun pukul 7.20. Relax je jalan pula tu. Hati gua pelik. Naper cepat sangat sampai opis ni. Agaknya sebab teratak gua cuma 1km je dari opis.

Kehidupan mulai tenang.

Hujung miggu yang bizi bakal tiba

Biasanya orang tulis macam ni seolah-olah nak bagi signal yang dia bakal tak post. Tapi gua? Sama je.

Esok gua nak kena hangkut tv, kosi, meja, lemari, dan semua khazanah pondok buruk gua tu ke teratak yang baru. Gua bukan rasa je, memang yakin gile yang gua tak sempat nak buka blog mahupun tenet. Wa tau tak ada yang akan merindui gua sebab gua ni bukannya salman khan atau ameer khan untuk lu orang rindu.

Tak pe janji bini wa sentiasa rindui gua.

Mesti penat esok kan. Gua boleh bayangkan yang esok gua akan lebih penat dari pergi gym. Haiyo...malam ni wa nak tido awal la. Nak simpan tenaga untuk esok. Luorang doakan wa selamat segalanya..

Melawat orang sakit umpama melawat taman Syurga

Semalam gua tengok bersamamu. Best la. Sebab bagi gua banyak pengajaran. Bila gua tengok orang sakit, gua rasa bersyukur sangat.

Bertuahnya gua tak kena macam tu. Ujian yang dorang dapat , kalau terkena kat gua, tak tahu la boleh tanggung ke tak. Kesiankan. Gua teringat ayat dalam buku 365 gaya hidup sihat Rasulullah. Sakit itu datang dari Allah, sihat juga datang dari Allah. Doa adalah ubat kepada sakit.

Dalam buku tu cakap, kalau kita sakit, baca la Al-quran. Insya Allah pasti akan sembuh. Kerana di dalam Al-quran ade syifa'.

Betul, kita usaha dengan prubatan moden, jangan pula kita lupa dengan perubata islami. Kerana perubatan moden itu juga di ketengahkan atau di pelopori oleh ilmuan Islam. Nak contoh, wa bagi sikit la, ibnu sina, ibnu khuldum, khwarizmi, al-biruni dan ramai lagi la.

Minta jauh la gua dari sakit-sakit yang berat ni. Sebab tu gua dah mula jaga permakanan , kesihatan dari sekarang. Dan sebab tu la gua rajin bersukan. Gua tengok abah gua sendiri. Tapi apa-apa pun…

Unifi ke astro ke

Ade satu masalah yang gua tengah pikir.

Nanti kat rumah yang nak duduk tu nak pasang Unify ke, nak pasang astro ha? Kalau pasang astro, gua kire balik expenses utiliti bill cam meningkat sikit. Tapi, kalau gua guna  unifi, kurang sikit. Cuma bila wa pasang unifi wa tak boleh tengok bola live. Kalau movie, boleh download atau tengok terus dari internet.

Dari semala wa pikir. Masih di dalam pertimbangan lagi. No2 tak kisah kalau pasang unify. Lagipun internet sangat penting bagi kami berdua yang merpati sejoli ni.

Macam mana ek?

Pasang dua-dua? Membazir. Jangan terlalu mengejar hiburan.

hari ini adalah perjuangan, esok adalah pengharapan, lusa adalah kejayaan!

Sehari tapi post ape adalah sesuatu yang tak best bagi seorang blogger.

Hari ni bizi skit la, ni pasal kes kad atm gua chipnya rosak. Pastu masalah cip rosak tu berjangkit dengan cip IC gua. So kena la buat IC baru. Nak buat IC bukan sehari boleh siap, mesti tunggu keesokannya.

Semalam gua buat ic, hari ni wa amik terus chow ke Mybank. Macam haram, punya la lama. Rasa cam nak belah je dari bank tu. Kalau wa  belah nanti kang tak dapat pula gua nak cocok duit. Mas gua tunggu giliran tadi , gua terbaca la peper kosmo. Masalah sidrom metabolik. Orang muda sekarang ramai yang mati muda pasal masalah kegemukan. 64% adalah pompuan.

Ai pelik pula, gua rasa laki lagi ramai. Biasanya pompuan memuda ni sibuk nak jaga badan.

Tapi gua rasa betul, orang Malaysia ni kuat makan. Sebab tu la banyak yang bersaiz besar. Apa salahnya kalau bergaya hidup sihat, nak idup panjang kan. Nak merasa ada cucukan, nak merasa dapat buat amal ibadah lelame kan. Kene jaga kesihatan. Jangan makan sembrono je.

-: seg…

Nak pindah rumah nihh..

Adoi, cam penat pula nak pindah. Wa lepas ni akan jadi penghuni tetap nagara putrajaya. Tapi alamat ic wa tetap mengekekalkan alamat anak melaka jati.

Tempat asalkan.

Kalau tak ada aral melintang, dalam minggu ni gua akan angkut semua pekakas dan perabot gua ke pondok burok wa ke putrajaya. Selamat tinggal la kota warisan. Lepas ni tak ada la wa nak kelam kabut pergi hopis. Bedesut je 5 minit boleh sampai ke opis.

Nampaknya macam lama lagi wa nak menetap di Putrajaya.

Lagi satu yang gua suka, senang sikit wa nak pergi gym kat KBS tu. Dekat je. Lagi pun gym kat putrajaya ni bersepah. Depan rumah baru gua je ade dua gym. So tak tersekat la minat gua yang urban tu.

Wa dan no2 dah planning da, nanti hujung minggu nak naik beskal berdua-dua'an macam awie dan erra dalam filem sembilu tu di tepi tasik putrajaya....

Holidey sabah final - Ladang lembu...macam kat New Zealand!

Ok ni entry last pasal sabah. Lepas ni tak ade dah.

Tempat ni wa lupa namanya. Wa rasa macam area kundasang juga la. Sebab tak jauh dengan gunung kinabalu tu. Ni tempat terenak lembu itam putih. View sebiji macam kat Nez Zealand. Kalau wa kencing orang wa cakap wa pi Nez Zealand pun orang caya. Actually lembu-lembu kat sini semuanya di import.

Wa cari juga mana tau ada lembu coklat. Memang tak ada.

Ok, jom usha pic yang wa snap kat sana.





Masa on da way ke airport , wa tak henti2 tengok pemandangan di Sabah. Holiday wa kali ini betul membuka mata wa tentang keindahan flora dan founa. Ya la bagi anak muda zaman sekarang dorang tak minat akan bende ni semua. Dorang lebih suka fun and enjoy.

Ala dulu wa pun macam tu, tapi sekarang ni mungkin usia gua telah mempengaruhi. May be wa nak tua dah kot.

Sekali sekali mengamati permandangan yang cantik-cantik ni, boleh buat kita rasa ta'jub dengan kekuasaan Allah s.w.t..

sekian story de sabah...

Holidey Sabah 6- Poring....jambatan gantung terbaikkkk laaa!

Wa ni macam nak promote pasal Sabah plak kan. Dah banyak dah wa post pasal Sabah ni. Ok, kali ni wa di bawa ke poring.



Poring ni ada keunikan tersendiri.

Mula-mula sampai wa dah terpegun dengan air terjun. Wa memang dah lama tak mandi air terjun, tu yang gian semacam je. Kat poring ada air panas juga. Lebih kurang kolam air panas yang dekat gadek. Lu orang pernah pi kolam air panas tak? ala nama orang putihnya adalah hot spring. Best juga tu.


Namun begitu, apa yang betul beri pengalaman yang best pada gua adalah jambatan tergantungnya. Beb, tinggi gile jambatan tergantung tu. Lebih kurang 400 meter. Kalau jatuh, sure mati tau tak. Die punya jalan dah la sebesar sekping papan. Mau tak cuak.

Tapi wa cover macho je.

Ok meh wa sajikan lu orang dengan pic yang gua sempat snap sambil gigl tangan wa kat atas jambatan gantung tu.












Penat juga nak sampai kat titian canopy tu Sebab dia betul2 kat dalam hutan. Tapi kitorang panggil ni kira ujian pra nak naik puncak kinabalu la.

Masih ada lagi temp…

Holidey Sabah 5- Nice la puncak kinabalu tu

Hari kedua wa di Sabah, wa tidor kat kundasang. Sejuknya, bagai nak gile. Macam kat genting highland juga la. Bayangkan la macam mana lu nak melabor di pagi hari. Masa sabah lebih cepat 1 jam dari semenanjung.

Gua mase tu pelik no2 kejut wa pukul 5. Awal gila. Dah la sejuk.

Lepas solat subuh, wa lepak luar. Peh, mase tu baru wa dapat tengok dengan jelas puncak kinabalu tu. Memang cantik. Selama ni wa tengok dalam gambar je . Bila depan mata hanya ungkapan " subhanallah" je yang boleh wa ucapkan.


Amzah, kenalan baru wa kat Sabah ajak pi satu tempat ni.

Wa lupa la apa nama tempat ni. Dia kata kat sana view memang cun gile. Memang kalau sape nak ambik gambar berviewkan puncak kinabalu kat situ le tempatnya.

Apa lagi terojah sana bergambar la puas2...









Amacam, gua dan Nono macam salman khan dan kareena kapoor tak..adoh kantoi wa minat hindustan...

Holidey Sabah 4- Mount Kinabalu

Gunung kinabalu memang ada daya tarikkannya tersendiri. Bila tengok gunung tu, macam terasa ada yang melambai dari atas puncak tu. Seolah mengajak gua untuk memanjat ke puncak gunung kinabalu.

Kagum gua tengok keindahan gunung tu. Terdetik di hati gua," wa akan ke sini lagi untuk menawan puncak kinabalu..."

Serius, itu perasaan gua. May be sesetengah orang tak paham akan nilai keindahan alam. Terutamanya anak buah gua yang nama syafikah tu. Haha.. saja bakar die sikit kat post ni.

Kali ni gua di bawa ke ranau. Tempat ape tu? Kaki gunung kinabalu la. Sejuk beb kat sini. No2 asek peluk gua je haha.

Ok, lets teh pic tell the story...









Ade lagi story pasal keindahan mount kinabalu, nanti sambung la. Sakit perut plak...

Holidey Sabah 3 - Jambatan tamparuli

Pernah dengar tak lagu Jambatan Tamparulli. Ala yang dulu misha milan londoh dok nyanyi kat AF tu. Wa dengar lagu tu time tu le.

Camni lagu tu;
Pak pak kang ku doh
Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Bakasut tinggi oku

Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Pak pak kang ku doh
Bakasut tinggi oku

Silaka nodi kasutku
Naratu lo jambatan
Tinggal poh doh sutakin
Nowid ku di numuli

Ontok di hari 3
Tamu lo Tamparuli
Mingusuk poh hilo kadai
Mogihum doh kasut tinggi
Melodinya wa tak tahu. Pepandai la lu orang download kat tenet. 
Wa nak cakap, wa dah main kejau-kejau dengan nono kat Jambatan tu. Kira macam dalam filem hindustan la. Macam salman khan dengan kareena kapoor..hahaha..








Holidey Sabah 2 - Sabah ni femes dengan Mutiara kan?

Tempat pertama wa da clik gua berpeleseran masa kat Sabah adalah Pasar Filiphina. Masa dorang cakap nak pi pasar filiphina, gua dah menggelabah. Beb wa tak ada pasport. Dalam hati wa cakap," ade le nanti gua kene tunggu kat imigresen ni."

Rupenya pasar filipina tu kat tengah town KK tu. Nama je pasar pilipina. Bukan kene pi pilipina. Jangan tanya gua kenapa dorang bagi nama pasar tu pasar filipina. Wa tak tau.

Kat situ bukan macam pasar biasa. Pasar pada tanggapan gua cuma jual barang dapor. Tapi ghupenye jual mutiara. Punya la banyak mutiara kat pasar tu. Macam-macam dorang buat dengan mutiara tu. Ade yang buat gelang, ade yang buat rantai, ade yang buat cincin, ade yang buat baju, ade yang buat makan...yang buat makan tu gua ngarut je.

Bagi kaum wanita, dorang memang minat la . Sebab kan dorang nak buat perhiasan body. Kitorang borong habis mutiara kat situ.

Wa cari juga, mana tau ade mutiara naga kat situ. Tapi tak jumpa, agaknya Goku dah ambil semuanya kot..

Holidey Sabah - 1st time pi sabah, 1st time naik flight

Wa tak cakap bohong, kan minggu lepas wa pi holidey ke Sabah..tu la kali pertama wa pi sabah dan tu la kali pertama wa naik burung besi.

Memang macam ja'kun beb. Masa nak naik kapal terbang, hati dan jiwa gua bercampur baur. Yela 1s time. Macam-macam wa pikir, kalau nak kencing nanti macam mana, nak berak nanti macam mana. Ye la, gua sek terbayang cerita game plane. Dalam citer tu, tengah dorang dalam toilet tetiba mangkuk tandas tu tercabut. Tu yang gua fobia tu.

Macam budak-budak je kan. Padahal biasa je naik flight ni. Dari dalam fligth tu nampak keindahan dan kebesaran Allah. Kepulan awan yang cantik. Seolah-olah ada satu lagi aras dunia lain di awan tu. Betul. Tak percaya, lain kali naik fligt  tu jengah-jengah la kat luar. Jangan le kome tido je.



Kejap-kejap gua tengok luar. Ambil gambar lua la. Rasa cam best je.

Dalam bebanyak yang best. Cuma satu je yang wa rasa tak best kat flight tu. Makanannya, mak ai..mahal bebeno. Meggi kap rm 7. Kalau kat kedai depan umah gua tu sing…