Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

Ah kedekut ilmu la!

Ada orang, bila tanya sikit rahsia. pastu bila minta ajar, dia nak caj.

Memang kedekut ilmu. Satu wa cakap wei, dalam kubur salah satu yang di bawa adalah ilmu yang berma'anfaat yang di amalkan secara berterusan. Yang nak kemut sangat bila orang minta ajar ni kenapa?

Sabda Rasulullah SAW, yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

"Sesiapa yang ditanyakan tentang sesuatu ilmu yang diamalkannya (yang dimilikinya), kemudian dia menyembunyukan ilmu itu , dia akan direjam pada hari kiamat dengan rejaman api neraka"

Ha, camne nak jawab tu...?

(ai banyak pula wa post hari ni)

Pelik ke puase hari selasa?

Alhamdulillah, dapat juga wa berpuasa untuk hari ni.

Hari selasa.

Ramai yang tanya wa tadi nape wa puasa hari selasa. Semalam kan isnin, tak pula puasa. Actually hari ni wa teman wife wa puasa. Dia puasa ganti. So wa puasa sunat je. Lagi pun wa buat takut-takut ada yang wa nazar tapi tak buat.

Penat gak hari ni wa puasa. May be sebab tengah hari gua workout kat gym kot. Ah, puasa wajib pun dulu wa selamba je workout. Kira mental dah biasa la.

Cam  ambil iktibar semangat Nabi Muhammad s.a.w masa peraang badar dulu.

Hari ni kat putrajaya ada  pasar malam. Wa cekau keuw teow goreng dengan ayam rangka. Air soya cincau. Kembong beb perut gua tadi. Nak buat camna, lapa sangat kan.

Bila lapa tadi , wa teringat. Ni sikit je yang wa rasa. Agak-agaknya camne la saudara islam kita kat palestin yang berjuang dalam keadaan lapar dan dahaga.

Hati kecik

Semalam tengok Juvana tak?

Macam nak lempang je wa tengok si botak tu. Apasal minat pula tetiba drama melayu ni? Wa memang selalu layan drama melayu. Nora Elena pun wa layan tau tak. Jiwang plak wa rasa.

Berbalik pada botak dan daim dalam juvana. Daim yang si pengecut tu. Pada gua orang yang tak melawan ni bukan dia takut pada orang yang pukul die tu. Die kesian je. kalau dia balas balik, mau lagi teruk kena.Haha, menagarut je.

Gua rasa orang yang hati kecik ni sebenarnya baik hati. Die tak nak buat orang sakit hati. Tak apa la die pendam je perasaan sakit hati dia. Asalkan orang gembira.

Orang yang sakit tu dan sentiasa mengharapkan ehsan Allah sembuh, adalah terlalu dekat dengan Allah. Sebab tu orang sakit selalu merintih..ya Allah..ya Allah...asyik ingat Allah je.

Adakah bila  sembuh, dia akan terus merintih nama Allah..?

Kagum dengan mereka ini

Nabi Muhammad s.a.w kata, tiap-tiap sakit ada ubatnya kecual tua dan mati.

Hujung minggu yang lepas, wa bersama istri tercinta membawa abah gua da di temani oleh bro gua pergi ke klinik Darussyifa' cawangan melaka. Walaupun klinik ni punya HQ ada di bangi tapi dah parent gua ada di Melaka wa bawa la yang kat melaka punya cawangan.

Abah gua kan kena strok. So kami bawanya untuk rawatan susulan strok tu. Ihktiar melalui kaedah perubatan Islam.

Wa sempat la snap sikit kawasan persekitaran darussyifa ni. Jom kita usha.

Ni kawasan luar. Klinik berada di Ma'had ar-Rahmah kampung solok gaung, ayer molek melaka.
Ini pula gambar-gambar bilik rawatan Ada bilik untuk mulimat sekali. Jadi tak jadi masalah untuk pesakit wanita datang membuat rawatan.

Abah gua tengah lepak . Masa ni wa tengah buat pendaftaran untuk dia.
Memula sampai , masa daftar tu tak la ramai. Wa ingat hari tu mesti tak ramai yang datang. Tapi rupanya memang ramai gila. Sampai sesak dalam klinik tu. Bilik rawatan fullybook…

Ending Mantera Anjasmoro cam haram je

Menyirap betul wa dengan ending citer mantera anjasmoro.

Bila tengok ending tak seperti di harapkan, rasa macam tak berbaloi follow tiap-tiap minggu. Buat la citer tu habis tanpa persoalan. Ini tidak, gua tenganga bila citer tu habis camtu je. Macam idea tersekat je. Ni mesti nak buat mantera anjasmoro 2

Ala cam citer susuk tu. Kan ade susuk 2.

Lepas ni wa nak tengok adi putra belasah orang dalam KL gangster. Dari komen manusia-manusia yang pi tengok pra tonton, sumenye  kata best. Cam citer young and dangerous. Kalau wa tengok tak best citer tu, wa cari sekor-sekor blogger yang kate citer tu best.

Pastu wa betul-betul kasi lu diam!

Wa tengok trailer KL gangster tadi....wa perasan style gado dorang cam tomoi...hmmm bila la orang melayu nak bawa naik silat...

Tomoi...asalnya buah silat juga...

Lu orang tengok demo silat ni, hebat ke tak? Sampai sekarang wa rasa ni demo silat terbaik..


Hope sangat pasni ade la pembikin filem ke tengahkan stykle gado pusaka melayu ni.

Lantai Merah - 8

Baca kosmo pagi ni.

Geleng kepala pasal kes maknyah nak tukar nama perempuan . Siap fight kat mahkamah. Pastu saja wa taip kat google image perkataan maknyah.

Wa terjumpa gambar ini.


Wa terkejut beb tengok gambar ni. Serius istigfar panjang gua bila tengok gambar ni. Terpegun dengan kecantikan dorang? Yes memang dorang cun..

Yang kanan tu gua langsung tak pandang. Tapi yang kiri tu.Gua tatap lebih lame lagi. Wa tak geleng kepala. Cuma dalam kepala wa terlintas semua kenangan dengan dia.

Gua kenal dia ni. Kenal sangat beb.


Dia, adalah sahabat gua yang gua panggil fizi. Satu kampung satu sekolah. dan gua pernah satu kelas dengan dia. Wa pernah makan di kantin sekolah dengan dia.

Memang cantik lu fizi. Lama wa tak jumpa lu. Sejak lu pindah dulu.

Gua tak nak cakap apa-apa pasal lu sekarang. Sebab wa tau hati budi lu sejak dari kecil. Lu memang best fren. Gua teringat lagi lu pernah cakap kat wa masa form 1. Masa form 1 wa kan montel. Lu ingat tak? Lu cakap kat gua ," zul , kalau kau …

Dugaan bebe..

Bulan ni, memang dugaan.

Kalau pikir wa akan mengeluh. Rasa bengang, pastu nanti mesti wa kecewa atau menjerit ketidakpuasan Tapi adalah lebih baik gua heppy di timpa dugaan.

Sebabnya...

Islam ajar, " di sebalik hujan lebat , ada pelangi yang bakal muncul selepas itu."

Indoor Tug Of War - the next.....

Lu orang taukan salah satu sukan yang wa aktif adalah tug of war atau malaynye adalah tarik tali.

Lepas game Pesta Sukan Perbendaharaan minggu lepas, wa akan di panggil untuk main tarik tali dalam dewan. Ha, camner tu. Serius wa pun tak pernah main. Tapi wa rasa experiencenye mesti lebih best dan mencabar.

Wa tanya teammate wa dari MOF. Katanya, satu team akan tarik 8 orang, berat satu team adalah 640kg. Makna katanya, purata berat untuk setiap pemain seharusnya 80kg. Alamak, wa punya berat dah cecah 90kg. Camne wa nak reduce weight ni.

Game start 26-27 jun. Sebulan je lagi beb!


Setelah wa kaji game indoor, ini la gayanya. Rasanya cam lebih tough dari game tarik tali yang pernah wa join ni. Banyak kena belajar ni beb.

Actually indoor tug of war baru lagi di Malaysia. Tapi kat oversea, meletop beb game ni.


Ok, wa copy clip ni kat youtube untuk lu ,wa dan semua orang yang baca blog wa review ni pasal indoor tug of war. Camner, menarik tak?

Excited juga wa dengan game ni. Nampaknya wa da…

halamak..wa ingat dah book da...

Bini wa cakap , air asia ade  jual tiket terbang sana dan sini dengan harga seposen.

Panjang gak la bini wa story tadi. Wa pun layan je sambil melayan audit quiry. Bizi le katakan.

Petang tu wa lepak dengan rangka tulang. Lu orang kenal tak rangka tulang? Ala bukan mamat yang jual rangka ayam kat pasar malam tu. Member wa la, owner blog http://rangkatulang.blogspot.com/ . Tu ha blog address die kalau lu orang berminat.

Bukan main melopong die bila wa cakap, " ju, bini wa dah book tiket pi bandung. Tiket harga seposen je."

Ape lagi bergegas die call bini die. Teringin nak booking sekali le tu. Tapi sayang, dari raut wajahya wa tau, bini die tak sempat nak book.

Siap gua cakap kat die, nanti pi bandung wa nak pergi snokerling..lagi la die berasap.

Balik rumah wa tanya nono," best la nanti pi bandung."

"Bandung bendanya, tadi tanya b, b kata nanti dulu. Tak la booking," statement bini wa.

Terkedu wa sambi drift kat jambatan putrajaya...

Kami ni jiwa atlet

Dah dua hari nono teman gua p gym. Cam seronok je bila die teman. Semangat sikit wa nak angkat besi berat-berat.

Sebelum tu , meh kita posing dulu...

 Gua dah ready nak angkat besi 100kg niH!
 Eyah....!terkeluar urat leher gua..
 Tak nampak penat pun muke setelah jog 2km selama 15 minit!
 Kami jiwa atlit
Dah jom balik..jap posing dulu... 
Habis separuh sabtu kitorang dengan gym. Alamatnya jadi budybuilder la bini wa ni nanti. Haha..nak wat cam ne, dah kitorang ni minta bersukan.  Ayuh, lu orang semua. Mari kita cergaskan badan, dan cerdaskan minda dengan bersukan.

Posting poyo - Gaya lelaki urban

Gaya lelaki urban.

Lu orang tau tak apa yang di katakan lelaki urban? Kalau tak tahu cuba lu orang tengok mereka-mereka ini. Yang lelaki tu jangan tatap lelame pula.

Takut hormon lu orang bertukar nanti.





Dorang ni semua ada muscle. Tak keding dan tak boroi. Maknanya senaman menjadi rutin diorang. Dan yang paling penting dorang ni cam seiras dengan mamat ni....


Betul tak?

Pemegang Panji

Dulu, gua benci kawad. Ingat lagi masa zaman kursus pengawas.

Begitu degil lagi gua nak berkawad. Andai di beri pilihan samada mau terjun kolam berendam 7 jam atau berkawad, gua tetap akan memilih terjun kolam berendam selama 7 jam.

Masa kolej pun ada ujian kawad. Gua rasa nyampah betul . Masa tu wa tak boleh terima yang gua kena lalui ujian kawad. Tapi nak buat camane, gua belasah je kawad macam askar jerman. Nasib baik lepas ujian tu. kalau tak lepas gua dendam sama itu pemeriksa kawad.

Sekarang gua dah kerja. Kerja di Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Comfirm tak ada kawad.

Hampeh, jangan harap la.

Sukan hari tu, gua di suruh menjadi pemegang panji jabatan gua. Pemegang panji beb, kawad pun gua terkengkang-kengkang. Sudah la kena berbaris di tengah panas. Mau melecur kuli gua yang halus malus ni. Tension gua masa tu.


Tapi apa mau buat, demi maruah Jabatan, gua perkasakan diri gua jua...Hitam beb muka gua pastu.

 Ini kontinjen gua
  Dari jauh ku lihat hijau
 Tegak berdiri

Sampai hari ni…

Nani terbaik...?

Nani mane yang terbaik ni?

Buat awek2 yang bernama nani, wa bukan puji lu. Wa baru tengok Man utd player award. Lebih kurang macam anugaerah bintang popular la juga. Tapi ni adalah anugerah untuk kelab man utd je. Tak kua tv beb citer ni.

Alex fegurson pilih Nani sebagai pemain terbaik Man Utd musim ni .


Ni lu rupe si nani. Gelap hitam, dan pekat macam nescafe kan kulit die.

Kakak gua perasan . Die ingat die sorang name nani. Wa baru tulis kat FB, tetibe boleh pula die bergolek-golek ke komputer ribenya lalu mengomen," aku ke? bile pula aku main?"

Perasan betul la. Haha..

Apesal tetiba wa terupdate pasal Man utd ni? Lame dah wa tak menyokong kelab setan merah ni. Beb, rumah wa pasang unifi.

Cume chanel MUTV je ade...

Acid splasher bodoh!

Re-post: Someone saw the acid splasher were rounding in Seri Kembangan as well as Cyberjaya MMU. Those who notice these 2 assholes with the no. Plate of WPV 4963 pls contact your nearest police station asap. They had just splashed 15 of the victim while shouting 'Bohsia'. Most of them are in Serdang - They even got the plate number... what are the police doing?Ni a copy dari FB kakak wa. Beb ni bukan kes main-main. Dah dekat dah dengan putrajaya ni.Wa cakap terus terang la, andai kata la kes ni jadi depan mata gua, tak ada belas kasihan lagi untuk si acid splasher ni.Gua akan belasah sampai die lembik, pastu baru wa hantar pi balai . Ape hal yang dorang ni nak main-main simbah asid ni. Dah hilang akal ke ape. Cuba muka dorang yang kena simbah. Patutnya sebeum dorang nak main simbah-simbah asid ni, celup dulu kepala dorang kat dalam asid tu. Baru tau rasa bestnya asid tu. Bdoh betul la.Menyusahkan orang ramai betul.

Mengapakah ini semua terjadi pada ku?

Semalam gua pi tukar tayar motor..tukar taya je beb. Kat equine.

Lepas tu, gua pecut balik putrajaya. Sebab na kejar masa takut budak2 unifi tertunggu2 gua. Di pertengahan jalan, motor gua terhenti, lantas jantung gua berderai. Berderai beb. Berderai peluh gua menolak motor ke kedai motor precint 9.

Gua soh die cek, nape tak leh start. Gua nak cepat kena balik. Sebab bebudak unifi tu nak pasang unifi kat umah gua. So gua tinggalkan motor gua tu di kedai sementara pomen cine tu repair.

Sampai umah, cina kedai motor u call gua. " Motor jem, kalu mau repair mahal oo..."

Gua tanya," brapa kalau mau repar?"

"rm 1700!," logik ke wa nak repair motor tu?

Selamat pagi cek egu!

ni gambar gua masa form 1, cari le...comfirm tak perasan..
Orang asyik caka pasal copy paste da ciplak. Ala ni kes yang suke copy entry la...

Gua, kalau gua cilok, wa minta permission dulu ek..cet, kengkadang gua sebat je.. tapi la kan, tulis pasal diri sendiri lagi best. Banyak citer sebenarnya pasal kita sendiri.

Contoh la, kenangan gua di sepak oleh cikgu akibat beri salam sambil baring terkangkang atas kerusi. Lu orang ade.

Gua dah tak ingat nama cikgu tu. Pasal die tak hensem. Tapi...ade tapi la. Die orang pertama yang ketengahkan bakat bola gua. Momfarid, hah gua dah ingat nama lu. Berbekas lagi kesan tamparan lu pada pipi gua.

Kalau ingat kes ni, gua mesti cakap, betapa kureng ajaunya gua. Gua adalah ketua tingkatan kelas 2 canggih. Jadi ,dah jadi tanggungjawab rasmi bagi gua kalau cikgu masuk wa akan bagi salam dulu, kemudian di ikuti dengan gemaan suara dari pelajar lain. Tapi nak di jadikan cerita, gua dengan relax je bagi bebudak mengabadikan kelas umpama zoo negara. Tetiba…

Pesta Sukan Perbendaharaan Malaysia ke 21

AG champ!
 AG tug of war
 AG football team
 my queen heart!
Muka wa bertambah itam legam sebab sukan ni.

Hari ni KSP bagi wa cuti. Wa nak pi facial putihkan balik muka wa. Nanti tak macam bruno mars pula. Haha, berangan la.

Penat, tapi seronok. Itu la sukan. Bagi mereka yang minat sukan, tak ada segalanya melaikan keseronokkan sukan tu. Pahit getir suka duka semuanya ada. Pemenang adalah bonus untuk usaha mereka. Event mereka adalah hadiah sebenar untuk mereka.

Wa, dua event wa masuk tahun . Macam tahun lepas juga. Bola dan tarik tali. Bola, mengejutkan sebab berjaya jejak kaki ke final. Tapi rasa sedih gak wa tak dapat main final. Sebab final tarik tali pun berlansung serentak. Wa lebih di perlukan pada tarik tali. Tapi ok la kan, kite tak menang gold, silver pun dah terbaik.

Tarik tali, this year kite memang rock beb. Gua memang saje susun dua team. Team 'a' totally wa cakap, wa letak yang tak kuat. Wa main team 'b'. Tapi team 'a', wa bangga dengan lu orang seb…

The terreto

Dah tengok fast five tak?

Semalam wa tengok ngan nono dan meber opis gua. Best beb citer die. Walaupun banyak action , tapi nilai-nilai murni tu memang ade.

The rock pun berlaku dalam filem tu. Cumenya, van diesel dengan the rock nampak macam hero tua a beb. Due-due mamat ni dah boroi. Cuma nampak lengan je besar. Haiyo, dah jatuh ke badan...

Tu tak  penting, yang penting penceritaannya best. Lepas ni gua dah susun movie yang wa nak tengok. Pas ni nak tengok kongsi. Harap-harap tak menghampakan. Pastu Pirate of Carrieben. Tu pun sama. Movie die sebelum ni wa tengok dan semuanya best. Hopefully yang ni pun sama.

Tadi member wa pi pertama. Dorang kata, dorang jumpa kembar van diesiel Siap amik gambar pula tu...


Memang tak boleh di sangkal...

Selamat hari ibu!

Selamat hari ibu untuk ibu...

Thanks sebab lahirkan anak yang kacak hensom lagi bergaya ni. Ramai yang kata anak ibu ini kembar fahrin ahmad. Tapi ternyata dorang silap.

Fahrin Ahmad tidak sekacak anak ibu ni..

Semoga Allah sentiasa memberi kesihatan dan kesejahteran untuk ibu dan abah!

Mereka ini ada tempatnya.....

Osama bin Laden- Al Qaeda
 Sheikh Ahmed Yassin-Hammas
surah al- imran ayat 169-170 (jgnlah engkau menyangka orang yang mati shahid itu mati..bahkan dia masih hidup disisi allah dan dilimpakan rezeki dan bersukacita dengan kurniaan allah)

Satu ketika dulu, gua pernah print satu cerpen..gua simpan dalam satu file. Tapi entah ke mana. Gua cari di internet balik, alhamdulillah gua dapat jumpa. Baca la cerpen ini dengan penuh pengamatan, gua pasti ada sesuatu yang lu orang akan ungkapkan selepas nokhtah yang terakhir. ..
Baca la....
Untuk pertama kalinya dia tumpahkan airmata kesedihannya saat usianya belum genap sepuluh tahun. Saat itu, di depan matanya dia menyaksikan kedua orang tuanya dan ratusan ribu bangsanya dibantai dan diusir dari Deir Yasin. Itulah saat pertama dia mengenal langsung kekejaman Yahudi yang selama ini hanya didengarnya dari cerita ibunya, dan saat itu pula tergambar bayang-bayang penderitaan bangsanya. Kemudian tangis kesedihan itu secara beruntun menerpanya, ket…

Trainning sukan treasury + Perlawanan pembukaan Acara bola sepak Tresury

Hari ni wa pepagi dah bangun.

No2 ada final exam. Ala dia kan amek e-pjj. Ni bukan paper 1st die. Rasenya dah yang ke 3. Before die gerak dalam pukul 6.30. Pastu sangkut kat jem di hicom. Paper sebelum ni die masuk dewan lambat. Biasa la, masuk dewan lambat untuk paper caculation memang cuak la kan. Gua dah rasa dah dulu.

So, kali ni wa soh die gerak 6.16. Awal sikit. Mana tahu boleh lepas jem. Sementara die bersiram tadi, wa pun mengorek-ngorek peti ais. Wa cekau nugget. Gorengkan, pastu letak dalam bekal untuk die. Nanti bile sangkut kat jem, boleh le die makan. ( cam promote diri sendiri je)

Hari ni wa akan ke cyber untuk trainning sukan treasury punya olahraga. Wa kena ajau budak main tarik tali. Wa tak kira, wa nak mencelah juga main olahraga. Last year dorang tak bagi. Lantak la.

Petang ni pula wa ada game bola. Game bola padang untuk kejohanan sukan perbendaharaan 2011 kat UKM bangi. Memang pewai la wa petang. Dalam kepala wa pikir, sempat tak nak pi gym tengah hari ni?

Bila d…

Al-fatiha buat pejuang Islam...Osama bin Laden..

Berita mengejut pasal kematian Osama bin Laden. Kalau nak ulas kenapa dan mengapa beliau syahid, rasanya lu orang boleh dengar dalam berita malam ni.

Gua cuma sedih dan harap semua umat Islam sedekah kan al-fatiha pada pejuang Islam ini. Ingat la US, satu osama syahid, akan lahir berjuta lagi pejuang fisabillah  untuk pertahankan Agama Islam..

Umat Islam bukan pengganas, tapi US dan yahudi Israel yang pengganas..

Mereka gunakan media sebagai medium fitnah...fitnah adalah senjata dajal. Mereka la tentera dajal.


Ni pic jenazah syuhada Osama bin laden..

Yang gua pelik, kenapa White house nak simpan jenazah die? Kenapa? Nak hina umat Islam lagi ke? US ni terlalu menghina umat Islam..

Satu lagi pemimpin pejuang Islam gugur syahid..masih ada lagi...Muammar gadaffi...

Joging,,umur gua 26..tapi energy macam sweet 16

Pagi tadi gua sarung kasut jogging wa yang berjenama brook...mahal beb, tapi sponsor punya kasut. Gua peergi jogging buat pertama kalinya untuk tahun 2011 ni. Lama dah gua tak jog. Gua rasa mesti pancit jap lagi. Maklum lah, umur wa pun dah meningkat belia.
Rumah gua kat presint 8. Ala yang dekat food court tu. Belakang food court tu je rumah gua. Gua mulakan step pertama. Dalam hati gua bajet gua akan u-turn kat jambatan putrajaya yang macam jambatan pulau pinang tu. 
Bila sampai kat jambatan tu, gua tak rasa kaki gua puas berjogging. Wa tak berhenti. Terus jogging. Dalam tak sedar, wa dah sampai di depan Masjid putra yang warna merah tu. Pelik, kaki gua tak penat lagi. Malah makin bertenaga. Gua teruskan. Lalu JPM. Gua pusing kat jambatan di rounddabot bukit tu, menghala ke presint 8. Sampai di kelab tasik wa dah start rasa penat.
Baru niat nak berhenti, aisey nampak seorang makcik sedang berjogging sambil memandang gua. Kalau gua stop mesti makcik tu kata wa dah pancit.
Tak berhenti, t…