Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

Kembali ke padang

Sejak dari sukan treasury hari tu, mood bersukan gua menjadi sangat down. Gua pun tak tahu la kenapa. May be masa tu dah terlebih trainning kot.

Gym? Dah macam asing bagi gua. Seminggu dapat 3 kali tu dah boleh di kire bertuah dah. Lagi pun sekarang ni badan gua cam tak berapa kuat cam dulu la. Rasa lemah je. Ni yang wa risau ni. takut nanti naik badan kang. Sekarang ni nak maintain je.

Ok petang ni start trainning bola . Wa tak tau tapi dah boleh rasa dah, stamina gua sedang berada di zon merah.

Kepala wa selalu ngantuk je. Pehal ek.

Banyakkan la perkara seperti ini...

Hebat...gua suka dengar doa ni. Banyakkan lagi nasyid ni. Bukan bebudak je boleh hafal. Gua yang dah berjanggut pun memang tak tahu makna doa ni, boleh tahu bile dah dengar  unic alunkan doa ni secara nasyid.

Terharu betul la dengar doa ni. Itulah bezanya jika doa atau ayat doa kita dengan ayat doa Rasulullah. Nabi s.a.w dah ajar kita cara berdoa.

Penuh rasa rendah dan rasa diri tu hamba. Ayat doa ni penuh dengan pengharapan.

Penulisan yang jujur

Dalam blog, lu boleh bohong, lu boleh letak gambar brad pit and claim gambar tu adalah gambar lu masa muda, tapi hati lu yang nulisnya yang tarak syiok..

Kalau menulis dengan emosi , kire feeling la, rasa cam best je. Kengkadang tak sabar nak tengok orang komen ape ek.

Wa tulis macam ni bukan nak kata wa selalu kencing dalam post blog. Tak , tapi kengkadang ada juga niat nak kencing dalam penulisan blog. Wa try....tapi tak boleh. Idea tu tersekat di tengah jalan. Entry dah superb, bila jauh sikit je, dah rasa macam bosan nak tulis..

Ya, jujur itu ada ikhlas. Bila kita buat dengan jujur, kita akan rasa puas. Kita akan puas. Itu yang kakak gua cakap masa gua baru nak buat blog dulu.

Tapi kengkadang tu jujur dan ikhlas tu kelat betul la kan?

Asal baring depan TV je tertido

Semalam gua perhi rumah kakak ipar gua. Nak tengok live final Maharaja Lawak.

Seperti yang di rancang, gua dah setting baik depan TV . Baik punya baring la. Biasala, tempat VIP kan, mesti depan TV. Openning Maharaja Lawak...okkkk....

Mata wa pejam celik-pejam celik. Gua rasa cepat benar show raja lawak tu. Gua pejam kejap je. Kejap je wa rasa. Tetiba , wa buka mata, dah habis dah show tu. Aik ape ke cepat beno habis? Wa tengok jam dah pukul 12 lebih. Aiseh, wa terlelap la pulak. Punya la semangat tadi wa nak tengok, boleh pulak wa lelap.

Memang gua masalah besar la kalau baring depan TV. Sape menang ek Maharaja Lawak tu?

"Dia adalah mentor..kemana saja cd dia ku bawa ke mana-mana.."

Ya aziz, Ya  Jabbar , Ya Muttakbir.....

Hari ni gua rasa bertuah. Sangat bertuah.

Sebelum gua nak post panjang-panjang , gua nak ucap terima kasih yang amat sangat pada CC gua sebab beri gua peluang untuk pergi kursus hari ni. Memang semua ni takdir Allah. Tapi Allah beri petunjuk melalui CC gua.

Kursus ape ni?

Beb, kursus ni penceramah dia Dr Fadzilah Kamsah. Orang lain memang tak heran. Orang lain mesti cakap ek eleh...tapi pada gua, gua rasa sangat beruntung. Sangat beruntung beb. Selama ni gua selalu kagum dan hangguk2 bila dengar cd motivasi die. Kali ni Allah jumpakan gua dengan dia face to face.

Alhamdulillah.

Ok stop pasal tu. Meh gua share salah satu ilmu yang gua dapat dari Dr Fadzilah Kamsah ni.

Syukur....ada hadis yang mengatakan ' barang sesiapa yang tidak bersyukur maka tunggu azab Allah, tetapi barang siapa yang bersyukur , Allah akan beri lebih dan lebih.'

Macam mana kita nak tahu kita ni bersyukur punya orang? Ini KPI syukur.

Sentiasa ucapkan terima kasih pa…

For the 1st time main volley ball

Sebelum ni bola tampar sangat asing pada gua.

Tapi malam ni buat pertama kalinya gua menampilkan diri di dalam gelanggang bola tampar. Beb, kelam kabut beb gua main. Sumpah sebelum ni wa langsung tak pernah main. Ni semua pasal budak opis wa ajak. Why not try je kan. Suke-suke je.

Tapi seronok la main volley ball ni. Kira ok la , percubaan pertama malam ni tak kelakau sangat wa main.

Kenapa ek wa tak main volley ball. Sebab sekolah wa dulu mana main volley ball. Yang ade cuma bola sepak dengan bola jaring.

Maklum la sekolah kampung. Masuk keje ni banyak juga ek sukan wa belajar..

Kl gangster ade, putrajaya gangster tarak ka?

Asyik kecoh je pasal KL gangster...putrajaya gangster tarak ka?

Putrajaya.

Nampak indah dan tenang. Tapi menyinpan seribu satu cerita. Gua Zul bukan malek, bertapak kat putrajaya ni dah dekat 3 tahun. Bukan sebelum 3 tahun ni wa masuk jel tau. Tapi sebelum ni wa tengah kembangkan sayap dekat bukit beruang.


 Bila dah kembang, wa di hantar oleh ayahanda gua alias bapa kandung gua ke putrajaya untuk lebarkan lagi sayap kongsi gua.

Biasa la gangster kerjanya memeras dan mengugut kedai-kedai sayur di pasar. Tapi wa tak buat macam tu. Tu dosa tu. Tapi wa pow budak2 sekolah yang bwah darjah tige je. Dalam wa tengah pow sana pow sini...tetiba...tetiba saja wa telah jatuh cinta dengan seorang gadis...gemersik suaranya...keayuan raut wajahnya...membuat muka gua ganas terus berhati cute...


Ni ha gadisnya. Nampak tak muka ganas wa yang telah di sentap hatinya menjadi cute oleh sang puteri di sebelah gua ni.

Haha..mengarut betul la karya agung wa pagi ni..Ni semua pengaruh KL gangster la ni.

Santapan d' raja

Yang bulat2 dalam dulang tu bukan cekodok la.

Ia merupakan makanan  tradisional orang terengganu. Selain daripada itu ada yang mengatakan ianya adalah menu untuk raja-raja saja. Jadi rakyat jelata tak nyempat la nak rasa. Ada juga yang mengelentonkan bahawa barang sesiapa yang masih berdara , jika makan benda ini akan menemui jodoh dengan putera raja yang lagi hensom dari prince william yang tak cukup rambut tu.

Nama pun kelentongkan. Ape benda ni? Lu orang pernah makan satahkan. Gua pun pelik mula-mula'in bini wa cakap ni satah goreng.

Sebelum ni wa pernah jumpa sata panggang je atau lebih dikenali'in satah panggang. Ha ni la satah goreng. Tak ada tau kat kl kotaraya metropolitan ni. Haha. Rasanya? enak sekali. Memang bagai di kata enaknya adalah seperti makanan santapan diraja.

Senang cakap lu orang pi la cari kat terengganu tu..

My Father is a hero

Selamat hari bapa buat abah gua.

Sampai sekarang gua benci engan umal-mildam yang berperwatakan strok yang tengah melekat kat abah gua.

Yup strok masih menginap di badan abah gua. Alhadulillah fizikal abah dah mula nampak ok. Alhamdulillah. Tapi hakikatnya pada wa mental dan rohani abah gua tak sama macam dulu.

Agak kasar wa cakap, badan abah yes mr jalil. The memory still mr jalil. Tapi karetor abah tak seperti dulu. Perasaan, emosi, sifat ketahanan tak sama macam abah gua 5 bulan lepas. totally different. Tapi wa bersyukur atas segala nikmat yang Allah beri. Sedikit demi sedikit proses pemulihan abah gua tu nampak. Mana mampu doktor jadikan semua. Semua Allah yang beri.

Gua sedih bila mengenang abah gua setiap kali tergiang-giang ingatan gua bila dia akap," abah dah tak kuat.." Rasa runtuh hati gua. Sedih bila wa tengok abah termenung jauh...sayu gua bile abah tidak dapat menahan emosinya. Tapi gua postifkan pemikiran gua.

Pada gua, abah adalah orang yang hebat. Allah tid…

Pengharapan

Orang kata, budak-budak muda ni hati panas macam air teh yag panas kat mapley. Kalau sound mesti nak melenting.

Nak buat macam mana itu la anak muda, darahnya panas. Eleh, orang tua tu berdarah sejuk ke....?

Betul tak?

Pengharapan pada Allah dengan penuh berharap itu adalah ruqyah. Apa lagi kita nak harapkan kalau bukan pada-Nya. Berat macam mana pun masalah kita, kalau Allah berkehendak ia selesai, pasti selesai. Ia adalah pasti. Al-Quran adalah panduan. Pengharapan hidayah Allah adalah melalui Al-QUran.

Bayangkanlah, orang yang nak mati pun boleh tak jadi mati dengan hikmah al-quran. Inikan  pula kita yang gemuk akibat kekenyang duniawi.

Ingat Allah, ingat Al-Quran, jika yang bukan islam bertanya ,"  apa ada pada al-quran?"

Maka, kita berikan jawaban ini...


Mahfumnya: Dan Kami turunkan di atas (isi) al-Quran, sesuatu yang boleh menyembuhkan dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.
Surah al-Isra':82).


Gua main bedmenton le

Tak pasal-pasal wa main bedminton plak.

Saje je beb. Sebab budak-budak opis wa ni dorang main badminton kat dewan depan umah gua. Kalau tak join tak sedap la pula.

Tapi bila gua start main sedap pula. Walaupun tak sehandal haryanto arbi, tapi boleh la kalau nak di banding dengan kakak gua yang kat umah tu ataupun anak perempuan die yang bernama syafikah tu. Haha, bakar anak sedara sindiri. Saje bikin panas.

Serius la, bila start main rasa macam nak main lagi. Tetiba terlinta je kat kepala otak wa ni. Nak kena beli raket agaknya.

Perlukah?

Pencapaian terbaik wa dalam sukan badminton adalah mengikuti permilihan untuk mewakili pasukan rumah merah bawah darjah 4.

Gegar punya gegar..

Semua orang kata gegar-gegar. Pening-pening.

Sampai bos gua pun mesej gua melalui telefon bimbiit pasal gegaran. Bini wa pun mesej wa cakap ade gegaran. Opismate gua cakap ada gempa bumi kat sumatera.

Allah maha besar. Gempa kat sumatera yang jauh tu boleh terasa gegaran kat Malaysia. Ia seolah nak bagi kita rasa dan sedar akan kekuasaan Allah. Dunia akhir zaman. Dunia sedang menghampiri kiamatnya yang tidak di ketahui bila.

Tapi gua agak pelik. Gegar punya gegar, gua tengok akak kat depan meja gua relax je boleh meletakkan kepalanya di atas meja sambil ada sedikit bunyi dengkuran..

Ilmu apa dia pakai ek...

Dari terengganu ke putrajaya..singgah sebentar ke negeri melaka?

Cam pelik bunyi. Apesal boleh singgah kat melaka? Ade keje sikit. Keje tu wa silent dulu la.

Now i'm back from long fever holiday. So hari ni nak kumpul energy banyak-banyak. Nak rest kaw2, sebab esok gua nak tengok ape dah jadi kat meja opis gua tu. Ntah-ntah dah roboh di timbunkan kerja yang menimbun kot.

Pasal bercuti ke terengganu..? Ade tak words yang boleh di sama tarafkan dengan mahabest? Sebab memang best la.

Pulau kapas tu memang best. Akhirnya tercapai juga hajat abah nak pi terengganu.

Snokeling, memang best siut. Cume tak boleh blah anak buah gua yang terlalu excited tu. Dia yang terjun dulu masa nak snok. Alih2 die yang menjerit2. Takut dalam ar tu..

Eh jap, bini wa nak aiskrim. Wa pause jap, nak pi kedai beli askerim pedelpop. Nanti sambung balik.. Usha gambar dulu jom..





dorang sampai da

Akhirnya abah gua jejakkan kaki ke terngganu juga.

Bukan sebelum ni tak pernah pergi, tapi kali kesemua ahli family gua bercuti kat terengganu. Destinasi , Pulau Kapas.

Dorang baru je sampai. So gua ajak dorang menjamu selera kat umah mertua gua. Thanks la kat family in law wa yang bertungkus lumus menyambut kedatangan mereka. Malam ni dorang gua bagi relax dulu kat Kg To' Jiring. Besok baru pi ke Pulau Kapas. Ye la, dorang mesti penat kan.

Actually, picnic ni sangat penting. Sebab gua tak rasa yang lepas kitorang satu family secara besar-besaran holiday. Ye la, bukan senang nak adakan masa free untuk semua orangkan.

Ok, gua blah jap. Nak gunting suar jeans levi's gua untuk bawa pi snokeling.

dalam darah daging kalau ada duri, lagi payah nak obatkannya

Senyum, tanpa perlu kata apa-apa.

Badan wa ni kalau tercocok duri tajam, wa akan jerit ,"adoi! sakit siut.....!"

Tertambah lagi kalau duri tu beracaun, mau merebak satu badan. Tapi, andai kata ada duri di dalam daging badan gua ni. Ini yang akan buat lebiih derita untuk di tanggung. Sakit beb. Sebab tu la orang kata sakit luaran tak sesuffer sakit dalaman.

Kalau sakit luaran, boleh la kita pi sapu minyak gamat. Tapi kalau sakit dalaman, silap-silap mau kena bedah oooo.....

Khianat, kalau orang luar buat kita boleh tahan lagi. Siap boleh melawan. Tapi kalau darah daging sendiri yang buat, pilu rasa hati. Pilu gila de...

Untuk abah gua - Allah swt memuliakan orang-orang Islam yang sakit atau ditimpa musibah dengan menggalakkan orang-orang beriman yang lain agar mendoakan keselamatan , kesejahteraan dan kesembuhan bagi muslim tersebut.

:-Gua balik kampung terengganu...

Itu pun nak hangin

Gua tengah bizi membaya bil secara online. Sambil tu wa tekan la new tab. Taip le perkataan Facebook. Saje buka. Kira, nampak la wa tengah online FB. Tak jengah mana-mana pun.

Tetiba anak buah wa ajak chat. Kang kalau tak layan die nangis tak berlagu.

Memacam la die tanya kat gua. Gua pun cuba la menjawab secepat mungkin sambil online maybank tuyu tu. Lebih kurang camni la perbualannya

hi Report · 17:56 semekom Report · 17:56 wassalam :) x keje ke?? Report · 17:56 baru balik Report · 17:57 makdik?? Report · 17:57 tengh tido Report · 17:57 ouh.. Report · 17:58 umi mane Report · 17:59 pegi pasar Report · 17:59 beli ape Report · 18:00 mknn utk mlm lerr.. Report · 18:00 contohnye Report · 18:00 mknn la!! mee sup ke atau lain2.. Report · 18:01 selain dari tu

Sejak bila pula wa minat tengok Showdown ni?!

Dah macam bebudak remaja pula. Syok pula tengok bebudak ni terghenjut-ghenjut atas stage tu.

Teringat dulu umah sewe wa kat pandan perdana. Masa wa muda belia dulu. Masa umur wa sweet 21ke 22. Ade member wa gile shuffle. Nak masuk bilik air shuffel. Nak tidor shuffel. Nak pi makan kat kedai mamak pun nak kena tunggu die shuffel pula. Eh, siap wa pun terikut terhenjut shuffle dalam umah siap pakai stokin. Kononnya nak bagi licin la.

Memang kelakar la time tu. Dulu kan ada so you think you can dance kan. Time tu kalau tak silap wa, alam champ. Time citer tu je, penuh depan tv umah sewa gua. Macam tengok bola pula. Wa, join sekaki juga la.

Sekarang ni wa terbaring juga. Sambil baring atas riba bini wa, wa buat headspin. Sebab terikut bebudak showdown tu la.