Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

Kami sayang abah...

Clip ni kakak gua buat. Sebok mesej wa tadi soh tengok clip ni.

Lepas wa tengok, wa harap wa dapat bawa abah gua pi terawih nanti bila wa balik melaka.

Apa yang abah gua sedang hadapi ni, adalah satu anugerah buat die . Kerana ujian yang die dapat ni, sangat hebat. Macam kita belajar, ujian yang berat2 ni hanya di beri pada orang yang hebat. Syifa' itu milik Allah, sakit juga dari Allah.

Semoga Allah sembuhkan abah. 


Mahfumnya: Dan Kami turunkan di atas (isi) al-Quran, sesuatu yang boleh menyembuhkan dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.

Anak bulan

Anak bulan..sumpah wa tak pernah tengok..camner ek bentuk die?

OK, teh last two dey kan tempat ade buat majlis sambut ramdhan. SO walaupun wa terloncat-loncat nak tengok bola, tapi wa pi juga sebab, wa tak tau. Sebab terasa nak pergi. Nak dapat sikit bekalan ilmu untuk sambut ramdhan. Lagi satu dapat jumpa dengan Ustz Hassan Mahmood al-hafiz.

Wa pi kejap je. Tapi wa dapat sesuatu yang boleh di kongsi. Ape tu?

10 ramadhan pertama adalah rahmat.
10 ramadhan kedua adalah ma'firah(keampunan)
10 terakhir adalah rahsia yang bakal membebaskan kita dari neraka..

Lu orang describe sendiri ek 3 tu, insyaallah berguna untuk kita jadikan panduan. Bestnya tahun ni tahun pertama puasa dengan isteri tercinta.


Selamat menyambut ramdhan!

Lagi 4 tahun Safee sali boleh main dalam kempen kelayakan piala dunia 2018 ke?

Comfirm kecewa dengan kalahnya team kita harimau malaya. Tapi nak buat macam mana. Terkilan sampai gigit jari kaki pun, hakikatnya kita dah kalahkan.

Wa macam sedih beb pasal kes ni. Mana taknya, wa rasa prestasi team M'sia kali ni adalah terbaik. Tapi nak buat macam mana. Defend lemah. Kita ni defend memang lemah. Gua pelik la, nape saat-saat genting ni ramai player star kite injured? Wa tengok player EPL tu, ok je. Tak lah injured ramai-ramai. Lagi satu, team kite semalam terlalu harap sangat dengan safee sali. Kenapa player lain tak try shoot kat gol singapore.

Cakap bebanyak pun, kalah tetap kalah. Memang dorang main mati-matian, tapi satu la. Main sampai mati pun, kalau taktikal tak ada, sampai bila pun kite kena ayam juga. Gua sayang team kita sebab tu wa cakap macam ni. Kita kena ada ramai player yang boleh buat shoot kat gol lawan . Jangan terlalu bergantung dengan sorang je player.

Takpe, kita cuba lagi. Tapi, persoalannya wa kesian kat Safee sali. The next world cup qua…

Kasi pijak itu singa KOW-KOW!

Malam ini , kita ade ape? Kita game la dengan singapore!

Kasi gegar bukit jalil, kasi goyang itu singapore. Malam ni malam keramat untuk bola sepak malaysia. Gua tak boleh tahan la wei, tak boleh bayang kalau Malaysia kalah malam ni. Mau nangis satu malaysia beb. Pening memikirkannya.

Satu malaysia mengharapkan kemenangan. Yang paling wa pening , malam ni kat surau wa ade event menyambut ramadhan. Ustaz jemputan pula bukan calang-calang, Pengetua Imam Muda, Ustaz Hassan Mahmud. Cam ne ek, game start 8.45. Gua ingat nanti tepat 8.45 wa cow balik. Kena guna win2 situation. Kalau tak pergi ceramah Ustaz Hassan Mahmood tu rugi beb. Bukan senang nak jumpa Ustad tu.

Gua suka la gambar dari Ultras Malaya FB. Cun2 beb poster die.

Ni ha pesanan rakyat malaysia yang muslim yang pegi stadium malam ni. Jangan lupa, senjata orang muslim adalah DOA'.

Satu Malaysia bagi tumpuan kat perkara ni

Berita, tv, paper, radio, blog picisan or blog handalan, facebook, twitter..semuanya tertunggu tarikh ni. Macam tarikh amergaddon pula wa rasa.

Biar apa orang kata, tarikh ni adalah traikh hidup dan mati impian setiap rakyat Malaysia yang tendang bola sepak. Tak kira umur mahupun bangsa, tarikh ni pasti akan mendebarkan peminat harimau malaya. Ya ini tarikh hidup dan mati impian peminat bola sepak malaysia.

Jom support team Malaysia! (alamak date kat gambar tu salah la. Patutnya 29.7.2011. Haiyo)

Sedang meratah almond london NONO

Ahad lepas wa pi kelas. Seharian wa meninggalkan nono keseorang kat rumah. Nono dengan penuh kasih sayang dekat wa telah pun menjadi superwife membuatkan kuih almond london.

Wa teruja beb , maklum la b4 ni mana ada orang buat kuih raya untuk gua.

Masa buat kuih, nono wa ni sempat la juga amik sikit pic  sikit.

 Ni wa rase bahan2 die la...
 Ni wa rase tepung yang dah di adun secara lemah lembut dan lemah gemalai..
Ni..the nono almodn london..
Rasanye? Kalau wa cakap nanti lu orang kate wa puji sendiri. Pada gua la, this is the best almond london in the world. Sebab, ia terhasil dari perasaan kasih sayang seorang isteri pada suaminya..
Wa nak balun lagi last 10 lagi ek..

Perbuatan hari sabtu

Hari ni lagi seminggu nak puasa.

Shopping complex masih tak berapa penuh , sebab minggu adalah minggu tersengket bagi manusia yang makan gaji macam wa.

Tapi wa ingat bawa bini wa pergi giant, cari barang-barang nak buat kuih raya la. Nak buat kuih almond london. Yes, kuih peberet wa dari kecik. Gua ingat kalau bini wa buat kuih ni esok , proses nak siapkan maybe dalam 2 or 3 hari. Mesti sebelum puasa siap.

Dengan yakin wa rasa kuih tu tak boleh bertahan sampai raya nanti, sebab gua akan mengigit almond london tu sehebat mungkin. Tak caye tengok la nanti.

Pantang mengalah!

Power la team malaysia tadi. Walaupun wa tengok size player Chelsea semunta gedabak tinggi dan besar kalau nak di bandingkan dengan malaysia, tapi dorang tak boleh nak ayam-ayamkan player malaysia.

Chelsea nyari malu seri dengan Malaysia tadi. Wa rasa kalau seri tadi, mau dorang repeat balik dengan Malaysia pasni. Gol dorang pun nasib je tadi. Bola atas line. Tapi wa puji betul semangat player harimau muda tadi. Melawan je. Rasanya lepas, player2 lame tu keluar, baru harimau muda dapat tunjuk skill dorang. Baru ade counter attack.

Memang wa salutttt harimau muda! Kite orang Malaysia patut berbangga dengan team bola kita.

Opis wa bagi tiket untuk game ni, tapi wa malas nak ambil. Bagi orang lain je. Baik wa layan bola kat TV sambil berbaring di riba nono.

Gagahnya harimau muda!

Spontenous for today...

Satu hari, tak lame dari sekarang.

Waktu nak solat maghrib. Wa ajak abah gua solat. Wa imamkan solat mase tu . Dalam hati, alangkah kurang ajarnya gua sebab patut abah yang jadi imam masa tu. Sayu hati gua masa tu. Tak pernah seumur hayat gua solat mengimamkan abah gua..dan tak pernah termimpi oleh gua untuk situasi itu.

Lepas wirid, gua terfikir, gua nak baca doa ke nak abah yang baca. Gua meminta abah baca doa, sebab doa ibu bapa makbul untuk anak-anaknya. Sayu gua mendengar abah membaca doa, tersekat-sekat nadanya. Dulu masa kecik-kecik wa selalu ikut abah solat jemaah.

Sekarang sejak abah di timpa ruhul ahmar, abah solat sendiri sendiri, acik gua pernah cakap, kengkadang abah lupa die solat berapa rakaat. Gua tanya sendri pada abah, abah kata betul. Sayu gua dengan kata abah macam tu. Sebab tu gua rasa terpanggil untuk jadi imam masa solat berjemaah dengan abah. Supaya abah kembalik ingat bacaan, dan tertib dalam solat.

Bukan abah tak solat sebelum ni, tapi angin ahmar buat abah …

Nak buat IC pun susah

Gua nak tukar gambar ic wa. Wa ni bagus. Tak suka nyusahkan orang. So gua wat la persiapan awa. Bawa gambar sendiri. Siap cuci sendiri gambar tu. Cam dulu2, nak wat ic kite ambil gambar kat kedai kan. Bebudak sekarang mana tau kan.

Sampai JPN wa bagi la gambar wa. Dorang rejek. Wa pelik la, penat penat wa cuci 20 keping, boleh plak dorang rejek.

Salah ke wa bagi gambau ni?


Tak menjolok matakan gambar ni?

Kengkadang jalan kat taman bunga pun careee juga

Malam minggu yang lalu, bawa bini pergi tengok bunga api..

Kat seminggu putrajaya ade event floria. Dan setiap malam dalam seminggu yang lepas, langit putrajaya meriah dengan bunga api. Teringin juga wa nak intai dari rumah, tapi apa kan daya pokok-pokok dan pasar di precint 8 ni menghalang pandangan gua.

So, gua ngan nono pun decide la nak pergi malam minggu tu..


Nampak wa macam dah tembam sikit ek..
Sungguhpun wa tembam lagi, tapi masih lagi macho di mata nono
Gaya hero hindustan dulu kala
Senyum, tanpa kata apa-apa
Akhirnya dapat juga menyaksikan bunga api yang berdentum-dentum kat putrajaya.
Ni 1st time wa pergi pesta floria. Dalam keindahan bunga api, dengan adanya joget lambak, pastu ade lagi joget dengan api , joget tepi tasik, eh banyak juga la show joget-joget malam tu memang meriah tepi tasik putrajaya tu.
Cuma satu je, lepas ni management event2 camni beware la dengan tarikh2 istimewa dalam kalender islam.

Jangan kalah sorak, tapi biar menang bertanding

Liberpool...masuk kampug gua juga. Sebelum ni tak boleh pasal depa punya penaja calrsberg. Sekarang ni baru la boleh jejak kaki ke sini.

Gua tak kesah kalau kalah malam ni. Biar kita tahu ukur badan sendiri dari berangan setinggi kayangan. Tapi walau kita kalah, biar kalah bermaruah. Liberpool nak belasah harimau malaya lagi teruk dari arsnel belasah ek, lu tunggu malam ni. Jangan lu sendiri tersentak. Hey...harimau malaya, kua lu punya kuku, kita calarkan muka liberpool malam ni.

Biar kkta tunjuk orang putih cara anak melayu main bola. Ingat, jika kalahpun malam ni, biar melawan!

Gua barau habis game futsal MAKSWIP. Letih tu tak la juga. Tapi agak kecewe la juga kalah dengan lambungan coin . Tapi fun la game tadi. Wa pun dah lama tak join tournement futsal. This year ni yang 1st. Ingat dah kureng kdrat gua, rupanya wa ni legend la juga ek.

Teringat teamate wa yang dulu-dulu masa wa aktif gile main futsal, team Hemp, team Tak Datang lagi team Azzuri , Team Zizaou..tu semua team-team…

Ai..muda lagi..

Camne ek, muda-muda dah ade darah tinggi.

Dulu masa wa kecik, selalu wa dengar orang darah tinggi ni 40 ke atas. Tapi nowaday, every people can easily get high blood presure. Why?

Member-member gua yang sebaya dengan gua punya usia pun banyak yang tengah menggigil bila nak melahap daging kambing. Bila tanya, " nape tak makan kambing? mesti jawabnya, darah tinggi bro. " Muda lagi ada darah tinggi. Lu orang macam mana. Jangan tanya orang la..kita sendiri camne?

Rugi beb ade darah tinggi ni. Kena memang senang, nak jaga bukan main payah lagi. Gua terbaca satu cara yang mudah untuk treatent darah tinggi atau kalau nak elak la. Cara ni di ajar oleh Muhammad bin Abdullah s.a.w. Cara ni mudah je. Tidur kejap lepas solat zohor. Ia dapat menghilangkan stress. Tapi jangan la sampai 2 , 3 jam. Cukup le 1/2 jam. Amalan ni di panggil dalam Islam 'Qailulah'. Pastu rajinkan la diri tu berpuasa sunat.

Amacam, boleh buat? Gua bukannya pandai dalam medic, tapi wa dah kebetulan gua bac…

wordless wednesdey..

tiada kata seindah smile gua!
dah berjangkit dah virus wordless kat wa skang ni....

Gua bukan senang nak terlelap kalau dalam wayang!

Pehal semalam gua boleh terlelap tengok transfomers 3D?

Adekah pasal gua tengok banyak sangat benda terbang dekat-dekat dengan gua? Ataupun adakah teknologi 3D telah membuat daya ketahanan mata gua menjadi lemah? Tak pun, adekah cerita Transformers tu jalan ceritanya membosankan?

Tu semua yang tengah berlegau-legau dalam kepala gua. Apa yang best transfomers malam tadi bagi gua? Gambar cantik. Gua rasa lori optimus prime macam nak langgar gua. Dan gua berjaya menyeludup bergur Mc D masuk ke dalam panggung. Pasal jalan cerita, pada gua tak best. Sebab gua terlelap. Di sebabkan wa terlelap, gua tak tahu macam mana sebenarnya cerita Tranformers semalam.

Cet, sekarang gua tengah terfikir....Rm 35...berbaloi dengan sewa cermin mata 3D dan lena lelap di kerusi empuk GSC...

Negaraku...

Negaraku (Lagu Kebangsaan)
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta.

Gua dan bersih.......

Last weekend..gua balik melaka.

Lama juga gua tak lepak melaka. Kalau dulu wa balik melaka, mesti lepak dengan member, tapi sekarang masa wa bersama keluarga amat la terhad.

Gua kalau boleh nak spend time balik melaka cuma dengan family gua lebih-lebih lagi dengan parents gua. Dari jauh gua merenung mereka, gua nampak mereka dua sangat. Abah dengan sakit strokenya, dan ibu nampak dah makin kurus. Sayu je wa tengok mereka, pada gua melihat wajah mereka umpama melawat taman syurga.

Abah minta wa urut tangan die. Tangan yang kena stroke. Gua urut dengan minyak panas, dalam hati wa sayu. Tangan abah lemah sangat. Tak kuat lagi. Boleh di katakan lumpuh. Tangan yang gua urut ni la yang telah membesarkan gua. Dulu tangan abah yang gua urut tu, sangat gagah bagi gua. Tapi hari ni, nak pegang cawan pun dah tak boleh. Gua akan terus berdoa dan berharap pada Allah akan menyembuhkan sakit abah.


Gua dan bini gua bersama acik pergi tengok wayang.

Haha, pada awalnya ingat nak pergi jonker walk. Last…

Nasi Arab mara bahaya

Semalam, gua ada pewel party . Bos wa pindah.

Ah pasal bos wa pindah tu tak penting langsung. The paling penting wa nak nyampaikan beberapa perkara yang menggugat antibody wa.

Beb , kami orang semalam buat kat kedai arab presint 15. Actually ni kali kedua makan nasi Arab. Kali kedua bukan sebab wa tak ade duit nak makan. Gua kureng sikit dengan masakan dorang. Wa lebih suka kalau steamboat.

Masa wa kat kat restoran tu. Wa bajet nak makan sikit je. sekali...ayo...dorang order macam nak bagi kanak-kanak palestin makan la.


Terkejut beruk wa tengok dorang order makanna. Memang macam nak bagi makan anak jin. Gigil jap la tangan wa semalam. Segalanya menu yang memeningkan. Beriayani kambing la, kebab kambing la. Nasib wa tak ada darah tinggi. Nasib juga wa tak makan breakfast semalam.


Tengok wa dah pening dah masa makan ni. Kelabu la kejap mata gua sebab banyak sangat makanan. Terkebil-kebil gua nak menyumbat dalam mulut gua.Memang sedap makanan dorang. Tapi banyak sangat la nasi tu dalam ping…

Show down dah habis!

uuuhhhh.....ahhhhh!!!!!!!!!!!!

Cam tu la wa nengok bebudak tu dok jerit kat I-city. Pelik tapi benar, hampir setiap minggu wa dengan bini wa tak terlepas nak nengok showdown. Memang cam tak caye.

Adoi..silap-silap tahun depan wa ngan bini wa pulak masuk ni kang.

Wa suka tengok bounce of stepper. Memang cun juga bebudak ni menari tarian tradisi. Respect la sebab orang dok terenjut tarian barat, lu orang enjut tarian tradisional. Last performance lu orang yang bawa lagu mentera semerah padi tu, gua suke beb. Walaupun nampak cam lu orang bukan pesilat, tapi...lu orang cuba dan hampir 99% macam pendekar berpencak!

Takpe beb lu orang tak menang, at leaste, you all guys are the top three in Malaysia....! Champ showdown 2011 elecoldxhot .

Usia gua ni masih boleh lagikan meminati perkara-perkara seperti ini?

Lame betul tak pergi gym petang2

Dulu, wa dengan ni boleh di katakan sangat la obses. Sehari dua kali. Ye la, dulu ada target. Target nak bagi badan cun dan body berketak2.

Yang penting masa tu pikir nak naik pelamin badan cun . Ala standard la semua orang yang nak kawen mesti mengimpikan raut wajah serta susuk tubuh yang tercantik. Maklum la, sekali seumur hidup.Lagi pun masa tu wa banyak join sukan. Join Mr fitness la, nak nok join game strongest men la, macam-macam lagi.

Tapi hari ni, gua hanya ke gym sekadar untuk bersenam dan mengeluarkan peluh di samping menjaga kesihatan. Dan paling penting kekalkan susuk tubuh yang mantap. Actually, bersenam ni sunnah nabi s.a.w. Kalau benci sunnah nabi s.a.w jangan mengaku kita ni umat Muhammad.

Yes, dulu keinginan nak jadi ahli bina badan tu ada, tapi sekarang pikir2 balik cam geli pula rasanya nak berspendar di khalayak ramai.

Cukup sekadar untuk sesi riadah gua. Tapi peliknya, berat wa dah mula jatuh?

Cayalah Harimau Malaya!

Kami sekeluarga menyokong pasukan harimau malaya!

Ayat sekema tu..aha..perdulikan apa orang kata. Wa suka tengok game malaysia dengan Chin taipei tadi. Superb beb. Rasanya Liverpool datang Malaysia kali cuak, Arsenal datang Malaysia kali gegau la !

Bengang betul wa tengok ref tadi. Mangkuk tu datang dari negara mana ha? Macam sudah di bayar dengan buah duku je oleh pasukan cina taipei. Gile sampai 3 kali penalti die bagi kat tuan rumah. Memang la, dari dulu lagi. Kalau game Malaysia kat luar, selalu di dengki oleh pengadil.

Kalau cakap pasal semangat, huh rasanya orang Malaysia ni berjiwa perwira la. Wa rasa ada kemungkinan Malaysia cipta rekod lagi lepas ni. At least la lepas ke pusingan kedua Piala Dunia. Tapi teringin la nak tengok Malaysia main dekat Brazil masa world cup 2014. Rasanya semangat dan game Malaysia macam dah boleh je.

Lepas ni kita lawan singapore beb! Gud lucks Harimau Malaya...!

Menziarah orang sakit umpama melawat ke taman Syorga

Jarang sekali gua dengar ceramah untuk kesihatan. Rasanya ni 1st time.

Ceramah dekat opis. Pasal kesihatan, dan ada derma darah.

Kali pertama wa dengar talk pasal kanser. Especially dari MAKNA. Sebuah ngo yang memperjuang nasib pesakit-pesakit kanser. Terbuka mata gua beb. Betapa beruntungnya gua kerana masih dapat menghirup udara segar , makan sedap-sedap, bersukan sepuas-puas dan bebas buat apa saja. Benar la apa yang di kata, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul

Selama hampir 1 jam 1/2  wa dengar , banyak imbasan kat kepala gua, pasal mak sedara gua yang dah meninggal sebab kanser, sahabat gua yang dah pergi di sebabkan kanser, dan rakan-rakan gua yang sedang di hidapi kanser.

Sayu kat hati gua. Gua rasa mereka yang mengidapi penyakit kanser ini adalah orang yang terpilih. Gua teringat akan kata seorang ulama' manusia yang sedang di uji dengan sakit yang berat jangan di keluh, kerana Allah mahu mengangkat darjat seseorang itu dengan sakitnya.

Teringat gua dengan k…