Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

hari ni last keje

Last keje weh..

Petang ni wa akan bergelut dengan jamme . Entah macam mana la rupenye jalan raya petang ni. Wa akan ke temerloh dulu sebelum ke terengganu sebab nak buka puasa kat rumah abang ipar gua. Hopefully sempat la wa buka puasa kat sana.

Rasanya masa cuti raya ni wa akan agak lama tak update blog. Tau jela sebok beraya. Pastu wa tak tau samada sempat atau tak wa menyentuh internet masa kat terengganu. Wa dah tak pakai berukband. So agak payah la sikit.

Sempena nak raya ni wa nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin. Semoga ramadhan yang bakal pergi ni harap-harap kite sesama dapat apa yang di panggil takwa.

So raya tahun ni wa beraya di rumah mertua gua. 1st time sejak wa di lahirkan beraya tanpa ibu dan abah gua. Macam-macam perasaan ade, sedih , excited, heppy semua ada. Biasanya malam raya lepas takbir, wa lepak dengan member-member bukit beruang. Lama tak jumpa diorang. Ade yang dah jadi bapa da. Raya tahun ni wa tak dapat join dengan luorang. Rindu betul nak dok sta…

Golapnyo putrajaya di hening pagi ini

Mendung dan gelap bagaikan malam yang masih menyelimuti hening pagi di Putrajaya.

Cuak juga wa  berdesup naik motor ke opis. Ok enough for the intro. Gua terbaca satu hadith yang menarik bagi gua untuk share dengan lu orang. Tak de kene mengena dengan hujan.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan Umar RA:

"Jauihilah makan dan minum berlebihan, sesungguhnya ia penyebab kepada rosak diri ( tubuh badan), mewarisi penyakit , menyebabkan malas solat, dan hendaklah kamu menjaga makan dan minum, kerana ia paling baik kepada jasad (tubuh badan), dan hindarilah daripada berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah SWT bencikan orang alim yang gemuk."

ruj: Ali ibn Husam al-Din al-Muttaqi al-Hindi (1989 M), Kanz al-'Ummal Fi Sunnan al- Aqwal wa al-Af'al, no hadith: 41713, Beirut: Mu'assah al-Risalah ,,j.15 h. 433.

Ha, macam mana tu...? Lu jangan cakap banyak orang alim yang gemuk2 tau..pasal masih terlalu ramai orang yang alim2 wa jumpa tidak gemuk.

Hadith ni untuk motivasi gua sup…

Letih cari baju raya

Hujung minggu yang baru je jap lepas. Wa di temani nono pergi cari baju raya. Kerja cari baju raya ni memang payah beb. Bukan senang nak cari yang betul2 berkenan. Kang kalau dah beli, lepas bile jalan lagi, ternampak pula yang lagi cantik, rasa menyirap pula.

Yang gua pula. Baju susah nak cari. Sebab mesti wa ada masalah dekat bahagian lengan. Badan ok dah, tapi bile masuk tangan je, mesti ketat.

Agaknya macam mana aoron aziz tu cari baju raye ek? Die pun mengalami masalah macam wa ke, masalah baju ketat di lengan. Lepas ni main gym, nak kasi kecikkan lengan pula la.

Pasni nak bawa nono pi cari tudung plak.

Persediaan untuk pembebasan dari api Hell!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya kami turunkan ia (Al-Quran) itu pada malam Al-Qadr (1) Dan apakah yang kamu tahu tentang malam Al-Qadar itu? (2) Malam Al-Qadr lebih baik dari 1000 bulan. (3) Padanya turun malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhan mereka dari segala urusan (4) Sejahtera ia sehingga terbit fajar (5) Dari 'Ubadah bin Samit r.a, Sabda RasuluLlah s.a.w:

"Malam Al-Qadr adalah pada 10 malam terakhir (Ramadhan). Barangsiapa berdiri (untuk solat) untuk mendapat ganjaranNya, maka sesungguhnya Allah akan mengampunkan semua dosa lampaunya dan dosa segala dosa yang akan datang. Ia adalah malam yang ganjil; ke-9, 7, 5, 3, atau malam terakhir Ramadhan (Hadith Riwayat Ahmad)
Sesungguhnya, tanda malam Al-Qadr adalah terasa bersih dan bercahaya seolah-olah terdapat bulan yang terang, nyaman dan tenang pada malam itu. Ia tidak sejuk atau panas dan tiada tahi bintang dibenarkan sehingga pagi. Tandanya diwaktu pagi adalah matahari naik tanpa…

#Thursdey@spontenous#

#Semoga ramadhan kali ini adalah terbaik dalam hidup ku..#
Nak jadi body builder terbaik, kena ade makanan tambahan .Makanan tambahan, adalah solat sunnat dan perbanyakkan membaca dan memahami al-quran serta zikirullah. Baru la badan jadi mantap, tegap, kuat dan sasa. Baru la tepuk dada tanya iman.

Sekuat-kuat manusia adalah manusia yang kuat menundukkan diri pada Rabbnya kerna mengakui dirinya adalah cuma sekadar hamba..

Kata imam 2 masjid Shah Alam Ustaz Firdaus Subhi, antara faedah qiamulail adalah dapat menyembuhkan sakit darah tinggi kecing manis, sakit jantung dan pelbagai sakit kronik...

Sekarang ni, gym cuma sekadar riadah je..

Beb malam ni nuzul Quran le..

Ape tu nuzul quran..

Kalau anak lu tanya cam ne? Nuzul..maknanya turun..kalau tak paham sesuatu yang dari atas ke bawah. Al-Quran pula ?

Kalau tanya gua, agak tercengang juga nak jawab. Ape tah lagi bagi mereka yang tak pernah buka quran. Gua rasa ungkapan jawapan al-quran ni ape boleh lu orang lihat dari jawapan seorang hamba Allah ni. Lebih kurang macam ni jawapannya, Al-quran adalah himpunan. Apa yang terhimpun di dalamnya? Macam2, antaranya ia memperjelaskan soal sains, tauhid, ibadat, jinayat, muammalat. teknologi , masa depan, dan macam-macam lagi tentang segala yang di dunia dan di akhirat. Semua penerangan untuk setiap apa yng dipersoalkan , semuanya  ada jawapa kat Al-quran.

" Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor burung pun yang terbang dengan kedua-dua sayapnya, melainkan mereka umat-umat sperti kamu. Tiada kami tinggalkan seseuatu pun di dalam al-Quran ini, kemudian mereka semuanya akan dihimpun kepada tuhan mereka (untuk di hisab dan me…

Gua dah jumpa fomula hilang ngantuk

Hari tu kan wa kate, wa asek ngantuk je kan bile nak pi teraweh.

Wa cari care macam mana nak elak ngantuk masa teraweh. Serius beb, ramadhan ni sekali je setahun. Kalau lu terlepas tahun ni, tahun depan belum tau lu boleh jumpa lagi dengan bulan ramadhan. Sebab tu wa macam iye2 nau nak cari formula kasi hilang ngantuk.

Banyak beb yang bagi cadangan. Thanks la, semoga mereka yang bagi cadangan Allah lipat kaligandakan pahala mereka.

Tapi wa ni suka makan banyak masa buka. Nafsu mase tu macam kerbau la katekan. Maklum la, tengah hari wa main gym. Tu yang bile masabuka tu wa dah lewai gile. Jangan terkejut wa main gym mase bulan puasa dan tengah hari pulak tu.

Ok ape tekniknya?

Mudah, sangan mudah. Lu orang perlukan sikit je ayaq kosong. Dan lu orang perlu tahu ayat kursi.


Ni ha ayat kursi.

Ok, formula gua pakai untuk hilang ngantuk ek. Cara wa buat macam ni.

1- Baca bismillah
2- Baca ayat LAA TA'KHUDZUHUU SINATUW WA LAA NAUUM yang maknanya;  tidak mengantuk dan tidak tidur sebanyak …

Gua ingat blogger ni dah nak tutup...

Dari pagi tadi, wa buka blog guna pc opis. Terkejut gua. Serius punya terkejut macam kene kejutan elektromaya je.

Mana taknya, blog gua dah jadi cam ape tah. Setiap yang ade gambar wa , semuanya hilang. Pastu keluar simbol pangkah. Puas gua refresh. Sampai berjuta kali gak la wa tenyeh button refresh yang dekat atas tu. Dalam kepala gua mesti blogger ni dah kene heck tak pun dorang dah tutup company pasal sangkut paut dengan kejatuhan saham US.

Hati gua ade bunyi dup-dup. Mana wa nak curahkan karya agung gua lepas ni? Guna facebook? mana boleh taip pepanjang. Nak guna domain sendiri? tak berbaloi, sebab no return pun kalau wa labur 100 kat yahudi punya domain tu.

Hati mula gundah gulana..

Jiwa mula kacau...

Perlukah gua meraung untuk semua ini. Oh blog, setakat tak tayang gambar sudah la, yang di ganti dengan menatang pangkah pehal pulak?

Dua minit tadi, lepas tolong bini wa sidai baju, (mithali x?) wa open la blog wa ni. Akhirnya blog wa kembali pada rupa asal. Oh..alhamdulillah...ma…

Tersentuh beb gua tengok clip ni

Klip ni masa game Malaysia lawan singapore kat bukit jalil hari. Wa baru jumpe. Lu orang tengok la macam mana semangatnya rakyat malaysia menyokong harimau malaya.

cer play jap..


Masa lagu negaraku berkumandang, wa rasa macam nak menitik air mata beb. Punya la semangat time ni. Pasal kalah tu, kite lupakan je la ek. Lain hari boleh cuba lagi kan. Cuma wa rasa situasi ni sangat mahal beb. Kalau wa ade, maybe airmata seth tan gua akan mencurah.

Wa rasa macam ni punya semangat, rakyat malaysia dah bersiap sedia nak pi perang dah ni.

Tapi sebelum pergi perang, kita kena isi dada dulu dengan ilmu perang harimau malaya. Jangan main sondol je. Takut kecundang di tengah jalan plak nanti.

Ni ada satu clip wa dapat , memang sesuai nak belajar cara perang harimau. Kalau harimau malaya guna atau berlatih skill ni, may be lepas ni singopore tak menang dengan harimau malaya..

Saksikanlah..


Amcam?

Masalah berat ni

Sehari due ni gua teraweh tune ngantuk saje.

Kengkadang tu, lepas sembahyang isyak kan imam baca doa, wa tadah tangan sampai terlelap. Bila bilal jerit assolatu tarawih baru wa terjaga. Semalam pun lebih kurang. Masa tahiyat akhir solat isya' wa dah habis baca tahyiyat, kepala wa dah goyang dah macam nak terlelap.

Lepas imam bagin salam wa terus bangun ambil wuduk. Semalam je masa taraweh, wa amik wuduk sampai 3 kali.

Macam mana ek nak bagi tak ngantuk. Wa kena cari fomula berbuka yang tak buatkan wa rasa segar masa teraweh. Susah nak khusyuk kalau ngantuk.

Kata orang minum air suam masa bebuka. Nak try  la.

Puasa kat melaka

Hujung minggu, gua balik melaka.

Kalu berpuasa kat melak, mesti wa akan pergi ke Bazar Ramdhan yang dekat dengan pantai peringgit. Siapa yang tahu, mesti takkan  miss untuk pi bazar ramadhan kat sana. Seingat gua la, tu adalah bazar ramadhan yang tertua kat melaka.

Masih mengekalkan muka2 lama yang berniaga kat sana. Juadah pun masih maintain. Pak Cik paling riuh dengan tagline ' lambat tak dapat ' tu pun masih hebat membuat murtabak. Cuma taglinenya sudah mula di curi oleh peniaga-peniaga lain. Kelebihan bazar kat situ yang gua suka la, cara diorang promote makanan diorang tu, siap berlagu2. Kengkadang nak tergelak juga dengar.

Seronok juga jenjalan kat sana sambil berpegangan tangan dengan nono, wife gua ek.

Bila sebut pasal bazar ni, wa teringat satu tazkirah dari Ustaz Faisol, Katanya," mendidik takwa ini adalah dengan cara lapar. Para salafulsolleh dulu tidak pernah memikirkan apa yang nak di makan masa berbuka. "

Gua termenung, camne ek, kalau gua lepas sahur …

Terkedu seketika..

Gua terkedu bila baca artikel ini...

KUALA LUMPUR: Agak mengejutkan dan membimbangkan apabila kajian mendapati ramai pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) tidak memahami maksud surah al-Fatihah yang menjadi salah satu daripada 13 rukun solat.

Klik sini untuk full artikel. 1 blog 1 Informasi.

Beb, wa terkedu bukan pasal wa terkejut, dahsyatnye bebudak sekarang ni , itu pun tak tau. Gua terkedeu terkejut, sebab wa pun tergolong dalam golongan tu. Cepat-cepat wa hafal tadi.. Rasenye macam mana agaknya solat wa sebelum ni. Gua taknak  cakap, anak2 or adik2 luorang. Wa nak cakap wa punye diri sendiri. Serius, wa tergolong dalam masalah tu...bukan sahaja pengertian al-fatiha, malah pengertian dalam bacaan dalam solat pun wa masih merangkak untuk paham maknanya.

Jom kita sama2 hafal bacaaan dalam solat.

Allahu Akbar
Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wa…