Terlalu teringin, terlalu rindu


Rukun Islam yang ke 5, menunaikan haji ke baitullah...

Pada gua, biarlah gua cukup kekayaan gua itu setakat dapat pergi ke mekah menunaikan haji setiap tahun. Biar rumah gua tak besar, biar kereta gua tak best, tapi cukup sekadar gua mampu pergi ke sana setiap tahun bersama keluarga.

Terlalu teringin sangat gua nak pergi...Allahurabbi.

Jumaat lepas wa hantar abang ipar gua pergi KLIA untuk berlepas ke Mekah, ya Allah, dia dapat bertugas di mekah selama 2 bulan. Cemburu sangat gua pada dia. Best gile dapat ke sana. Semoga Allah beri gua peluang sebegitu untuk ke sana.  Hepy je wa tengok die. Hepy seorang muslim tidak perlu melonjak, cuma sekadar senyuman yang tenang tanda tawaduk.

Sepanjang di KLIA gua tak mahu lepas beg die, seakan nak beritahu ALLAH yang gua nak sangat pergi.
Yang bespectical itu orangnya, nampak senyuman tenang di wajahnya
Abah in law gua sedang meniup semangat gua untuk sentiasa meluap azam untuk ke baitullah.
Ah, tahniah para jemaah dan petugas haji. Lu orang sangat beruntung. Sayu gua melihat lambaian mereka ke arah keluarga. Ya la, dalam dunia ini apa lagi yang penting selain dari menerima redha Allah. Apa lagi yang penting selain dapat bebaskan diri dari azab Allah.

Ya, Allah aku, terlalu rindu akan Mu, terlalu rindu ingin ke baitullah....Allahurabbi...
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

4 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Band Rimba Bara

Filem susuk

Silat Pengantin