Rabu, 30 Mac 2011

Futsal malam tadi

Mac 30, 2011

Malam tadi gua men futsal...

Lutut gua boleh d katekan hampir 60% ok dah. Sebab tu gua turun main futsal malam tadi. Ok la walaupun main setakat boleh cover-cover je tapi kire fun la. 

Rasanya musim futsal gua untuk tahun dah bermula la. Lepas ni boleh bergiat balik macam Casilas...Kalau tahun lepas gua aktif dengan team zizou gua, tahun gua main dengan budak opis gua je. Kalau tak ada halangan dan lutut gua okey, cam nak masuk tournement futsal lagi la tahun ni..

Lu orang tau tak, masa kolej dulu orang samakan gua dengan victor valdes tau. Kenal  tak sape tu.. kalau ade yang tak kenal mamat tu adalah tukang buat roti canai kat kedai mamak precint 8 putrajaya..haha..keeper bacelona la.

Risau je nono , takut2 gua balik dengan kaki tempang lagi..

Selasa, 29 Mac 2011

my bad memory in sport

Mac 29, 2011

Satu hari di tahun 1998. Lame kesah ni. Mase tu gua form 1.

Beb masa tu badan gua kureng sikit je bentuk dari doraemon. Senang cakap, montel la. Time tu sekolah gua nak buat sukan tara. Lu orang tau tak sukan tara. Ala, mencari bakat-bakat olah raga untuk dijadikan wakil rumah sukan.

Lu orang bayangkan la, gua memang tak pernah main olah raga ni. Mase tu puas gua cuba sembunyi belakang member gua yang bertubuh macam apek.Tapi sebab pinggang gua besar gua kantoi dengan cikgu rumah sukan. " Ha zul, jangan nak sembunyi. Lepas ni awak pula masuk 100meter."

Gua ? Pucat beb. Masa tu gua macam nak terkencing. Mana la gua pernah berlari 100 meter masa tu. Main kejar-kejar pun gua penat.

Tiba time gua untuk ujian 100meter. Gua pun cangkong macam orang nak lari kat balapan tu. Preeeetttt...!!! Bunyi wisel. Gua pun lari la. Gua tengok semuar kat depan gua.Gua pun percepatkan langkah gua. Dada gua kedepan. Seolah nampak gua macam mendada. Ramai penonton time tu. Gua tengok , awek pun usah gua lari. Berselisih gua dengan awek tu, masa gua sampai kat die, gua terdengar," eeeiiii..budak ni tak pernah lari ke...selow sangat...ni joging ke jalan ni...?"

Lu orang rasa ape perasaan gua. Dah la gua rasa masa tu 100 meter macam 10km! Boleh pula awek yang tak cun tu kutuk gua macam tu.

Dow gile beb..down gile gua mase tu! Tapi gua habiskan juga . Ingat lagi kiraan masa gua masa tu adalam 32.12 saat.

Sampai sekarang gua tak boleh lupa kenangan yang menggamit jiwa raga gua tu...

Isnin, 28 Mac 2011

Macam mana gua maintain perut tak buncit selepas kawen?

Mac 28, 2011

Ade orang tanye, ko kawen dah tige bulan, tapi badan maintain je. Ape rahsia ek?

Gua cakap ," ikut sunnah nabi, 'makan mase lapar, berhenti sebelum kenyang"

Boleh ikut tak? Kengkadang kita ni dah set, time wajib makan kan. Walaupun time makan tu perut kita tak lapar, tapi tetap nak makan juga. Tu la punca buncit atau gemuk. Actually banyak lagi sunnah nabi s.a.w yang menyentuh pasal kesihatan.

Contohnya macam buku ni.


Gua baru beli buku buku ni. Serius gua cakap, ianya sangat bagus. Tak rugi kalau lu orang baca. Banyak bagi info pasal kesihatan . Gua belum habis lagi baca. Nanti gua habiskan dulu. Tapi setakat yang gua dah baca kebnanyakkan info kat situ membuka mata gua. Satu lagi yang gua suka buku ni, ayatnya tak terlalu saintifik sangat. Kira tak macam buku biologi la. Ayatnya ringan dan mudah di faham. So, tak membosankan la.

Satu info yang menarik yang gua dapat dalam buku ni adalah, kesihatan yang fizikal ni ada dua benda yang utama untuk di jaga. Perut dan juga hati.  Kalau pandai jage dua ni, insya Allah sihat wa'alfiat.

Cari la buku ni..

Gua selalu kena ayat ni," sampai bila lu boleh maintain zul....." Dorang jeles pinggang gua kecik!

Sebelum mengakhiri post ni , meh gua jamu mata lu orang dengan gambar seksi gua masa lawatan ke Jabatan Akauantan Melaka...!











Sabtu, 26 Mac 2011

Ade ke sesapa yang bahagia dengan maxis brodband?

Mac 26, 2011
Meh bagi tahu gua sape pakai brodband Maxis dengan keadaan penuh gembira?

Gua susah betul la nak upload gambar. Pastu nak buka blog punya la slow, pastu nak buat blogwalking memang tak dapat la.

Haiyo, gua rasa gua dah bayar semua bil gua kat maxis ni, yang kes tukar kontrak maxis tu pun dah setel dah. Apeha selow sangat ni brodband?

Gua nak syorkan la satu suruhanjaya di raja menyiasat masalah gua ni. Suruhanjaya di raja tu pula biar la terdiri dari pakar-pakar dari amerika ataupun yahudi yang lain. Bole tak? Apesal pula tak boleh? Orang lain boleh tubuhkan suruhanjaya di raja untuk menyiasat clip video lucah, takkan gua tak boleh untuk siasat kelembapan maxis broadband?

Kat paper sekarang ni hari2 cerita clip video lucah...

Rabu, 23 Mac 2011

Syakir - Bersyukur, pengenang budi

Mac 23, 2011
Sambil duduk atas  riba..

Macam orang nak tidur..pastu ade plak orang bercerita..aa'ah..macam bed time story...

Ceritanya begini..

Ada seorang hamba- Allah, selalu berdoa untuk melihat malaikat proses doanya. Ya la, dia khuatir yang doanya tak sampai kepada Allah.

Suatu hari dia bermimpi. Dia terbang ke langit. Bukan macam supermen, spidermen? lagi la bukan. Its like an angel. Dia terbang ke atas langit. Terpegun dia melihat setiap aras langit tu. Dia tengok, sebuk betul malaikat ni. Tak ada pun masa untuk minum kopi atau pun lepak sambil blog walking. Kesemua malaikat sibuk memproses doa.

Situasinya lebih kurang macam pejabat pos la, cam ada yang tukang susun, ada yang tukang cop, ada yang tukang daftar. Banyak betul permintaan dari hamba-hamba Allah.

Dia terbang lagi ke langit yang lain. Kat aras lain pun macam tu juga, setelah dia penat memerhati umpama supervisor, die terlihat ada satu malaikat yang macam sedih je. Tak banyak keje. May be department die tak sibuk kot. Sebab malaikat tu siap ada masa untuk menunggu kerjanya sampai. Tak macam malaikat lain. Busy je memanjang. Agaknya kalau malaikat tu main FB sempat je kot. Lalu hamba-Allah ini dengan perasaan ingin tahu p la usha , keroje ape yang malaikat ni jaga sampai sedih dek kerana terlalu sikit kerojenya.

Rupanya departmen doa kesyukuran...tak ramai yang hantar doa mengucapkan syukur pada Allah.

Kenapa ek..rezeki kita minta hari-hari, tak minta pun dapat.

Andai Allah kurniakan gua seorang anak lelaki, akan gua namakan dia, Mohd Syakir...

Selasa, 22 Mac 2011

kesian gua tengok depa merintih..

Mac 22, 2011

Kesian gua tengok dorang ni..

Lu orang tak kesian ke? Dah la tebiar tepi laut. Dengan tak pakai baju..Nak-nak yang tengah tu..

Persoalannya mengapa mereka di biarkan begini? Ke mana mak bapa dorang? Apa tak ada hati perut ke tinggalkan dorang separuh bogel macam ni? Kita sebagai rakyat Malaysia tak patut jadi macam ni. Bukankah setiap anak-anak itu adalah anugerah Allah?

Ish...teruk la..kesian gua tengok dorang..masa gua ambil gambar ni, gua tengok dorang tengah kelaparan.
Merangkak-rangkak atas pasir. "Dik kenapa sampai begini nasib mu ," tanya gua.

Lalu yang besar sekali tu cakap," mana la tau pasir-pasir ni boleh jadi nasi..."

Ah..hampir menitis air mata gua ke bumi..mendengar kata-kata itu.

Ayuh! marilah bantu mereka, ya mereka ini bukan anak-anak dari negara Libya, Palestin, Afganistan, mahu pun pakistan...tapi mereka ini kesemuanya adalahhhh.....

,
,
,
,
,
,,
,
,
,
,
,,
,
Anak kakak dan abang gua- kire anak buah gua la...hahaha..femes anak buah pakdik ni masuk dalam blog pakdik

Paper hari ni buat gua menyirap nak baca

Mac 22, 2011
 
Sambil bawa keta lepas hantar nono pergi opis..gua nyanyi laugu. Sambil memerhatikan ade kereta yang kureng hajau memencong gua dengan secara mengajut 

Namun gua tak tekan pun hon sekuat hati...
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

Tajuk entry tu memang benar dan terlalu benar belaka...isu bom gadaffi dan dakwaan blue clip...

Isnin, 21 Mac 2011

Sebelum tido buat ape

Mac 21, 2011
Ngantuknya..no2 tengah study..nak ajak tidor, kesian pula . Dia macam tengah pulun je study. Mata gua semakin kuyu..

Lalu gua baca ayat keagungan...tau tak ayat keagungan..? Ayat qursi la..nak kasi halau setan supaya tak kacau gua masa tengha tidur. Biasa la setan ni suka kacau orang tengah tidur. Pernahkan lu orang dengar ade orang msa tidur rasa kene hempap la, mimpi buruk-buruk la. Ha kalau tak nak , better lu orang baca ayat qursi..

Lepas tu baca, doa sebelum tidur..ngantuk dah gua ni.... tu je nak tulis..moral entry pendek ni adalah ingat tuhan sebelum tidur...

Kantoi...

Mac 21, 2011
Tengah hari tadi ada jamuan makan di opis..

Ramai yang cari gua. Entah la kenapa depa dok cari gua. Gua bukannya banyak makan. Setakat makan sepinggan dua je.

Tapi mereka semua mencari gua.. gua buakan nak hilangkan diri dari makan jamuan, malah gua ni memang suka kalau ada makan-makan..

Bos besar dept lain tanya bos kecik gua," mana zul?"

Bos kecik gua cakap....." zul pegy gym."

Bos besar pun sinsing lengan tengok jam....

Lalu sahabat gua mencelah.." zul puasa la..bukan dia taknak join.."

Lalu bos kecik gua menutup mulut, tanda macam terlepas cakap....

Haiyo..kan udah kantoi..gua selalu kuar rehat awal sebab pi gym..takpe nasib bos kecik gua ni baik dan salalu bagi permission gua pi gym...

Kan dah gua cakap, banyak pengorbanan gua nak pi gym ni..nak buat camne.. hobi...

Jom kutuk US !

Mac 21, 2011
Dah hagak dah. Memang dah gua jangka.

Lambat laun US akan letupkan Libya juga. Memang laknat la US ni. Lu orang perasan tak, masa husni mubarak punya kes, berdentam-dentum obama dan kuncu-kuncunya suruh Mubarak pertahankan demokrasi di Mesir. Supaya tak turun takhta. Cakap demontsrasi jalanan adalah pengikis hak demokarasi la.

Tapi kes Gadaffi....? what the hell? Siap serang Libya untuk suruh Gadaffi turun takhta.

Mula-mula US hasut rakyat untuk demonstrasi lawan Gadaffi. Sebar fitnah bagai nak rak pasal gadaffi. Pastu bile hanjing ni tengok Gadaffi masih degil tak mahu turun takhta, hanjing US ni serang Libya pula. Apa kes? US memang kejam. Dulu kini dan selamanya.


Memang macam kes Afganistan dulu... Kalau dah jahat tu memang jahat juga la US ni.!

Kite ni mampu kutuk je, sekali sekale, meh le doakan untuk umat Islam kat sana bangkit dengan semangat jihad fi sabilillah..

Ahad, 20 Mac 2011

Gua semakin risau

Mac 20, 2011
Risau..ibu dan adik kata abah tak nak makan apa2 langsung sejak seminggu ni..dia macam dah give up; katanya dah nampak malaikat maut intai2..
6 hours ago ·



Gua risau dengan abah gua. Makin gua dengar berita pasal abah, macam sentapan dan degupan kat jantung gua kuat sangat. Macam mana ye...


Benda allah kat atas tu adalah posting dari profile FB kakak gua yang sulung. Teruknya sakit abah kali ni. Memang gua tengok abah dah berubah. Gua percaya sangat kalau abah cakap, die nampak apa-apa. Gua cuma mampu doa je. Dalam dunia ni kita hamba Allah. Tanpa bantuan dan pemberian ALLAH , apa la daya kita. Gua takut apa-apa yang tak baik jadi kat abah gua.


Ya, gua dah makin dewasa. Dan abah semakin tua untuk tanggung sakitnya. Last gua jumpa abah, abah banyak termenung. Keceriaan kat muka dia singgah kejap-kejap je.  Kalau senyum pun gua tau senyuman itu sebab nak sambut anak-anaknya. 


Gua tau kisah 100 hari sebelum sakarat, gua tak nak cakap pasal tu. Ajal maut tangan tuhan. Tapi gua kena telan apa saja perasaan gua ni. Kalau apa-apa jadi kat abah gua, gua kena terima. Sebab ni semua dah tersurat dalam setiap kehidupan manusia. Gua gagah angkat besi, berpuluh-puluh kg gua boleh angkat, tapi satu masa nanti gua akan hadapi apa yang abah gua tengah rasa sekarang. Ya Allah, ini semua adalah kehendak-MU. Segalanya hanya Allah saja yang tahu...


Dalam hati, gua sedih mengenang abah yang sedang sakit ni...

Sabtu, 19 Mac 2011

Kenapa gua macam tak puas hati tengok merong mahawangsa?

Mac 19, 2011

Entah, gua rasa macam kurang garam la cerita KRU ni.

Gua pikir balik, mana Melayunya di dalam filem tu? Adakah Merong mahawangsa ni memang bukan cerita melayu? Memang la kesahihannya untuk diclaim sebagai sejarah melayu masih di ragui. Tapi bukankah ia di terima sebagai khazanah negeri kedah. Apakah negeri kedah dulu bukan meayu. Tetapi lebih pada adat siam.

Kalau betul adat siam, mana siamnya di dalam Merong mahawangsa?

Yang gua nampak adalah orang putih di dalam Merong mahawangsa. Sudahlah pelakon merong tu sendiri pelat bercakap melayu. Sadist betul gua tengok stephen tu speaking melayu. Kenapa la Yusri pilih dia. Kalau Jehan Miskin jadi merong pun boleh.  Taough juga kan Jehan tu.

Bab aksi berlawan, memang kecewa la. Tak ada langsung silat. Kalau tak silap, dulu KRU pernah buat cerita yang bertajuk arjuna. Penuh dengan aksi. Tapi di kutuk sebab no silat there. Kali ini di dalam merong mahawangsa is same like before. Macam lanun je Merong ni berlawan. Kalau merong tu bersilat, nampak sikit melayunya.

Silat adalah khazanah melayu, kalau hilang ilmu tu, seurat identiti melayu hilang.

Satu lagi, Langkasuka ni kaum mana. Kalau melayu, mana melayunya pada pemakaian? Kenapa macam orang asli kat hutan amazon. Make up Rahim Razali tak payah cakap la, gua rasa nak tergelak je. 


So may be apa yang gua rasa ni tak betul. Tapi, sudah selama ni dalam sejarah gua di momokkan dengan elemen sejarah melayu. Jadi tanggapan gua setiap sekelumit sejarah melayu, pasti ada elemen kemelayuan. Jika tidak, ia bukan sejarah melayu.

Melayu datang dari mana? tu kita kena belajar sejarah.  Hopefully, lepas ni gua sangat mengharapkan KRU akan merealitikan dengan baik filemnya. Memang tokok tambah tu umpama penyedap, namun sejarah tidak boleh di ubah, kerana ia bakal di baca dan di kaji oleh anak bangsa.

Ai...rasanya gua boleh bagi 2 dari 5 bintang la untuk cerita ni.

Jumaat, 18 Mac 2011

Gua nampak setan merah!

Mac 18, 2011
Masa katy masjid tadi gua terserempak dengan setan Merah!

Betul....! Eh tak percaya pula. Serius, yang bawa setan merah tu pula orang kita. Orang islam. Gua ingat setan merah yang di bawa tu tak boleh masuk masjid. Tapi masuk juga.

Yang peliknya, semua buat dekkkk...je. Macam tak kesah pun setan merah tu masuk dalam masjid Melekat je setan merah tu kat badan mamat tu. Hai.....

Ni ha gua bagi lu orang tengok gambar setan merah tu........
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,


,
,
,
,
,,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,

Nampak tak kat sisi dada baju tu ade setan merah...?

Ya, memang setakat baju. Dan ia cuma logo saje. Namun gambar itu adalah gambar setan. Kenapa mesti pakai baju berlambang setan mengadap Allah?

Pakai la pakaian yag baik untuk kita mengadap Allah...(ni yang berlogo setan, yang berlogo air kencing setan pun ade juga)

Program Jumaat

Mac 18, 2011
Ayo, macamana boleh tertinggal.

Handhone gua tertinggal kat rumah. Rasanya gua tak berapa kelam - kabut pagi tadi. Dah sampai opis baru sedar yang handphone gua tak ada kat poket. Haiyo..Boleh ke gua hidup tanpa handphone untuk hari ni?

Hari ni gua nak pergi tengok Merong mahawangsa. Asek dengar orang komen cerite tu je. Biar gua pergi bertandang kat wayang. Gua ni memang minat cerita sejarah. Sejarah ye bukan epik. Tak silap gua cerita epik yang gua tengok di wayang tanpa tidor adalah lord of the ring.- return of the king.

Ok, gua mengharapkan filem Merong Mahawangsa yang bakal gua tengok  malam ni mampu membuat gua teruja. At leasts penceritaannya boleh membuatkan gua balik cerita kat anak cucu gua nanti.

Dah lama tak bawa nono tengo wayang..

Khamis, 17 Mac 2011

Langgar pantang

Mac 17, 2011
Dulu gua selalu cakap. 'pantang laki masuk dapor'

Hawau je. Padahal memang dari kecik gua yang paling selalu tolong ibu gua masak kat dapor. Potong bawang, gunting cili, goreng ayam eh pendek kata semua boleh la.

Annddd...kalau lu orang nak tau, gua pernah siang itik tau. Cume sembelih je gua tak pandai. Kalau pegang tu berani la. Tapi yang gua pelik, kenapa gua tak pernah siang ikan. Kalau ikan je gua serender. Tapi gua suka makan ikan. Sampai hari ni, memang gua tak pernah siang ikan. May be sebab dulu ibu gua tak pernah suruh kot.

Dan hari ni, gua menemani nono masak kew teow sup..sempena juadah berbuka sunnat kitorang...uh..so sweet..hahaha..

Pagi yang gelap kini sudah terang

Mac 17, 2011

Morning every body...haha..

Amacam, pagi hari ni. Heppy tak?kena heppy beb. Lu orang jangan mulakan pagi lu orang dengan muka masam. Kalau tak satu hari le suwei..

Gua ada terbaca satu sunnah rasulullah s.a.w . Ini pasal diet la. Saranan Baginda s.a.w , mandi pagi yang ideal adalah sebelum subuh. Sebab kesejukan air di waktu pagi tu akan mememcahkan lemak tepu dalam badan. Kemudian, lepas solat subuh, di haruskan sujud selama lebih kurang seminit. Benda bagus sebab, dalam otak kita ada urat yang tidak mengalir darahnya. Ketika sujud barulah darah tu mengalir. Kalau tak buat benda ni may be berpotensi kene stroke. Sebab darah tak jalan kat otak.

See, 2 perkara ni bakal mempengaruhi mood kita di permulaan pagi. Pendarahan dalam otak jadi lancar, lepas tu badan jadi segar.

Macam kete la , pepagi kena panaskan enjin. Baru boleh jalan...

Rabu, 16 Mac 2011

Cis perokok!

Mac 16, 2011

Telah bersabda Nabi SAW: "Wahai Abu Hurairah akan datang beberapa kaum diakhir zaman yang mengekalkan menghisap rokok (pohon tembakau ini) dan mereka berkata: kami sekalian termasuk sebagian umat Muhammad SAW, dan padahal mereka bukanlah termasuk daripada umatku dan aku tidak mengakui mereka sebagai umat, tetapi mereka itu merupakan sebagian umat yang liar. Berkata Abu Hurairah: "Aku bertanya kepada Nabi SAW dari apakah tumbuhnya?. Rasulullah menjawab: "Sesungguhnya tembakau itu tumbuh dari kencing iblis . Apakah tetap iman di hati seseorang yang menghisap kencing setan? maka di laknat orang yang menanamnya, yang memindahkannya, dan yang menjual belikannya. Telah bersabda nabi SAW Allah akan memasukan mereka kedalam api neraka Bahwasanya pohon tembakau itu pohon yang keji. "

Macam mana ni....gambar kat atas tu bukan nak meletakkan ayat ' pakai tudung tapi hisap rokok'. Tapi jangan la kerna nila setitik habis susu sebelanga.

Samada wanita atau lelaki, jika lu orang merokok...fikir-fikir la. Ada sebab kenapa rasulullah berkata begitu di dalam hadithnya.

Interuoted!

Mac 16, 2011
Perkara yang paling menyirap adalah bila tengah syok nak update blog ada badai dan garuda datang mengahalang gua nak tulis.

Idea tengah banyak, jalan cerita tengah sedap dalam kepala. Tapi bila ion + nak gua alirkan ke keybord, ada je ion (-) yang cube intrerupt.

Lu orang boleh bayangkan tak perasaan gua......?

Selasa, 15 Mac 2011

eh tetiba brodband laju

Mac 15, 2011

Pelik juga brodban gua laju. Maklumla, maxiskan suka pedajalkan gua. Bar line gua tanpa sebab la, pastu bil caj melampau2 padahal tak guna pun.

Agaknya yang dorang caj pasal termination fees tu dah di tarik balik la kot.

Lately ni gua macam kureng sikit mood untuk blogging. Tak tau kenapa. Sebelum ni memang rancak. May be sebab gua penat kot. Penat pun cuma pasal trainning kat gym tu je. Sebelum gua trainning juga tapi ok je. Tidur pun sekarang lame. Kengkadang sambil tunggu bini gua kuar ofis, boleh terlelap kat dalam kereta.

Adakah ini akibat kesan radiasi...?

ape kes?

Mac 15, 2011

Dulu, gua pergi sekolah naik beskal.

Bukan sorang-sorang. Tapi segerombolan. Sambil kayuh sambil borak, sambil ketawa. Bawa basikal pun kengkadang lepas tangan.Tak payah pegang handle. Parents gua tak pernah marah pun gua bawa basikal lepas tangan. Haha, sebab dorang tak nampak.

Pastu, sambil bawa basikal siap nyanyi-nyanyi lagi. Kengkadang lagu sejati, kengkadang lagu isabella. Kira penduduk taman tu dah tak payah buat alarm clock la. Sebab, gerombolan gua biasanya akan bertolak pukul 6.45 pagi.

Tapi sekarang..........ni........................pukul 6.45 baru gua celik mata....ape kes...?

Ha..macam dalam gambar tu la basikal gua..ingat lagi nama basikal tu...fatboyslim..!

Isnin, 14 Mac 2011

Ikan bakau lagi

Mac 14, 2011
Minggu balik melaka lagi.

Balik melaka cam biasa la, ziarah mak bapa. Malam sabtu tu, gua dan family pegi lagi ikan bakar. Asyik ikan bakar je kan. Abah gua memang suka ikan bakar. Lagi pun ikan bakar kat situ sedap. Cuma servis ada selow sikit.

Malas cite panjang, biar the pict tell the story..

Jumpe singboard ni, masuk je .

Ni bukan gambar penjual ikan la

 Ni pun bukan awek yang jual ikan, bini gua la.

 Along dengan abang shidi tengah pilih ikan

disebabkan ikan kami lambat sampai, jadi gua hantar no2 soh diorang bakar cecepat.

Ni baru suku menu yang sampai. ade lagi yang belum sampai.

So, makan besar gua hari tu. Hancus diet gua beb...

Jumaat, 11 Mac 2011

Bagaikan berkuntau awal pagi tadi

Mac 11, 2011

Tajuk tu besau benau la. Nampak umum sangat.

Padahal story die sikit je. Hari ni opis gua buat potluck. Kalau dulu masa bujang, gua cuma seorang budak pembacuh kopi je di ketika adanya makan-makan macam ni.

Tapi sekarang dah lain.

Gua dan no2 secara berjemaah pukul 5 bangun . Kami dengan bertungkus lumusnya membuat satu lauk untuk di bawa ke potluck opis gua hari ni. Gua bagai bersilat sendeng, no2 pula umpama membuka langkah taekwando yang bertali pinggang dan 2.

No2 membelah ayam dengan begitu dasssat sekal. Sekali tetak, terus terbelah 20 ketul ayam tu. Begitu hebat sekali gaya tetakan no2.

Gua tak mau kalah. Lalu gua mempergayakan jurus seni silat sendeng yang ke tujuh yang di beri nama, gaya awan berarak mendung berlalu untuk menumis rempah asam pedas asli karya ibu gua. Gua tumis sehingga naik bau teratak kami.

Ketika tiba masa untuk memasukkan asam keping, no2 memasang kekuda taekwandonya yang ampuh. Lalu no2 pun mencampakkan asam keping...gedebuuuuusssss! macam tu bunyinya ketika asam keping tu mencecah kuah asam pedas.

Maka kami berdua umpama uda dan dara, hang tuah dan puteri gunung ledang, bersilih ganti mengacau asam pedas ayam sehingga siap untuk di bawa ke opis gua.

Amacam style tak story gua?

Haha, buat asam pedas ayam je. Gua takut gak orang komplen lauk gua bawa tu tak sedap. Tapi alhamdulillah, komen yang diberikan semuanya positif. Malah itulah lauk yang pertama habis.

Len kali wa bawa pi opis lagi ye kengkawan. Opss, gua dah cite tak tadi saat no2 mengelap peluh di dahi gua? ade kan..kalau tak ade maknanya terfoward le tu...

Bezakan dah kawen dengan belum kawen..

Khamis, 10 Mac 2011

Akasia pukul 7 ni gile la

Mac 10, 2011

Dulu-dulu la gua layan. Pastu lama dah gua tak layan drama melayu.

Seingat gua, last citer akasia or drama melayu yang gua layan adalah manjalara. Akan tetapi, sejak dua menjak tiga menjak ni, gua boleh pula terlayan cerita akasia yang bertajuk 'begitukah cinta'.

Pula tu yang bestnya citer ni, layan dengan no2. No2 pun minat juga citer ni. Gua pasti no2 pun dah lama tak layan cerita macam  ni. Best la citer ni.

Ada orang kata, citer melayu tak best. 'Cam orang kampung la layan drama melayu ni'..begitu sinisnya sindiran yaang di berikan pada pelayan cerita drama melayu. Hello, kalau anak kuning langsat yang cakap camtu, gua boleh buat bodoh je. Tapi ni, yang gelap sawo matang yang cakap macam tu. Hagak-hagak la, ko ni umat bangsa ape ek tak sedau diri.

Solut pada pencipta cerita ni. Pasal buat gua terpaku depan tv setiap hari isni sampai khamis pukul 7 petang sampai pukul 8.

Imbas balik kes lutut gua ni

Mac 10, 2011

Pasal lutut gua ni, dah letih juga gua mengeluh. Gua rasa tahun lepas 4 kali jadi macam ni.

Actually tak semua jadi bila gua main futsal.Kalau gua lari pecut 9 second /100 meter, mesti kena. Gua cuba kaji ape le puncanya lutut gua dah tak boleh sekuat dulu.

Orang tua-tua kata, lutut ni kena jaga. Pasal nak pakai lama. Abis tu kepala , tangan kaki dn anggota lain tak payah jaga ke?

Masa kejadian lutut gua injured kelmarin, gua rasa cam ada different sikit dengan kejadian sebelm ni. Member gua kata , masa tu tempurung lutut gua beralih. Dia yang alihkan ke tempat asal. Gua tak tau betul ke tak, sebab masa tu gua tengah tahan sakit. Sebenarnya, memang sakit gila beb. Masa time kena tu, gua saje gelak-gelak. Ia la, sakit ni klau di layan akan jadi makin sakit.

Kene buat tak endah je. Jadi kurang la sikit sakitnya.

Hari ni, sakit dah kurang. May be sebab semalam gua dah pi urut. Tapi bengkak pula. May be malam ni gua kena sapu dengan air halia.

Sakit lutut gua ni macam kira sakit tahunan untuk gua pula.

Rabu, 9 Mac 2011

Lutut gua kembali injured

Mac 09, 2011
Malam tadi.

Dah hampir 3 bulan gua tak main futsal. Saja semalam nak lepas gian. Sebab member gua semua cakap, kalau gua tak main tak best. Tak ada orang boleh buat skill macam cristiano ronaldo yang silang-silang tu, pastu tak ada orang bole jaga gol macam iker casilas..

So untuk gua tak hampakaan kengkawan gua, gua turun le malam tadi. Sejam pertama, gua punya perfomance memang memukaukan pihak lawan. Masa tu gua jadi keeper je. Malas nak naik atas. Nak cari tune.

Pastu tetiba gua nak sprint sambil menggelecek bola macam ronaldinho, lutut berbunyi poom-pomm..tergolek gua masa tu akibat momentom kelajuan sprint gua.

Adoi, lutut gua terkehel balik.

Pagi ni gua nak pi hospital, nak buat x-ray. Kalau teruk, gua nak soh doktor tu operate macam cristiano ronaldo operate kaki die dulu.

Ceh, terpaksa gua cuti sakit hari. Sakit tau lutut gua..hati menangis siapa tahu..huhu..

Selasa, 8 Mac 2011

Lantai Merah - 7

Mac 08, 2011

Warung Pak Jabit. Pukul 3 petang.

Biasanya, pukul 3 petang mesti di kaitkan dengan bad luck. Sambil kene nes cafe 3 layers..gua teguk perlahan-lahan.

Lepak warung tak buka laptop. Bukan macam tren budak-budak sekarang, asal lepak je kuarkan notebook atau pun laptop. Kononnya buat reseacrh and developement. Ya, research in Facebook developement. Kalau mamat misti nak search awek. Kalau minah, misti nak search balaq's.

"Nak bagi ke tak nak ni," gua terdengar keriuahan dari sisipan kiri telinga gua.

"Pak cik tak de duit nak. Meniaga tak untung lagi. Mana la pak cik ade duit nak bayar duit perlindungan tu," rayuan si tu yang bernama Jabit kepada 3 orang mamat yang nampak macam style ganster yakuza.

Pang! di tampar kepala pa' Jabit oleh salah seorang gangster tadi sehingga jatuh terseret. Terseret beb...!kalau jatuh terduduk tak ape. Ini terseret. Takkaan punggung gua tak panas tengok benda Allah ni lalu camtu je depan gua.

"Bro, tak boleh ke amalkan budaya 'yang tua di hormati yang muda di kasihi ' yang di sarankan oleh kerajaan kita ha?" bingkas gua bangun dengan lagak sang pembela pa' Jabit.

"Lu ape hal, mau jadi hero ka? Manyak langsi ha...!" aik sleng cina pula gangster melayu kampung dusun (bukan tempat sebenar) ni.

Mamat yang macam muka spark dalam filem KL menjerit - 1 tu datang ke arah gua, lalu mencekak koler baju gua. Ala macam  samseng cekak baju orang la.

"Bro, baju gua ni bukan lu bagi bro. Bukan juga mak ngan bapa gua bagi ataupun bukan pa' Jabit yang bagi. Jangan la main sesuka hati  cekak je," sahut gua lepas tindakan gangster tu.

"Ooo, lu loyar buruk sama gua ye. Nah amik ni!," mamat tu melancarkan tumbukan tangan kirinya yang gua rasa itu lah tumbukan terkuat yang dia .

Dengan spontan, tangan kanan gua menangkap tumbukan tangan kirinya. Kire macam silang la. Dia kiri, gua kanan. Dush..dush...dush! gua lutut kelengkang mamat tu macam dalam citer filem ong bak, lalu jatuh tertonggeng dan tersujud gangster tu depan gua.

"Ini baju gua, yang beli, lu tak ada hak nak sentuh walau secebis sekali pun!" amaran keras dari gua dan bukan dari kerajaaan.

Lalu 2 ekor gengster yang jadi pendamping mamat tadi mengepung gua. Ingat gua takut . Gua apa lagi, buka la kekuda sambil mempamerkan seni silat harimau berantai. "Heyaaaa!, takkan ku harungi lautan berapi kalau tidak ilmu di dada," laungan gua pada dua ekor mamat tadi yang tengah standby nak pukul gua, tapi tak standby dengan kekuda.

Masa tu orang ramai mula beri tumpuan pada situasi gua, pa' Jabit? entah. Dah sembunyi tepi meja lipat agaknya.

Gua kelek ke kiri dan ke kanan. Pepatah guru gua, ' menyerang sebelum diserang'. Belum sempat mamat2 tu menumbuk, gua pun melancarkan serang yang di panggil, ' rimau berantai menerkam helang'. Eyaaaah!

Bedeeeeebush!!!!!!! gua di simbah air sejuk. Gua rase serangan gua tadi belum kena kat mamat2 tadi . Kenapa penonton simbah air pula ni? Terbantut pula serangan gua

Tiba- tiba gua seolah  terdengar seorang wanita yang gua kenal sangat suaranya, Laungan suara itu berkali-kali dan bergema." Adiiiikkkkkk...bangun...sekolah...pukul berapa dah ni.... ko tak bangun-bangun....!'

Suara ibu gua la...Mana pa' jabit dan 3 ekor gangster tadi.?

Oh..ah..gua mimpi rupanya..

Isnin, 7 Mac 2011

Teori Positif pasal perut- Male kene amik endah!

Mac 07, 2011

Semalam gua tengok mentor 5.

1st time gua layan mentor dengan seriusnya. Sebelum ni, sebelah mata pun tak pandang. Dalam bebanyak peserta, erra punya yang gua rasa paling best. Vokul sejibik macam Jacklin Victor. Erra sendiri pun tak boleh nak lawan.

Rasanya, dah boleh agak dah sape menang nanti.

Satu benda yang menarik semalam, rahim maarof tu dah tua kan? Tapi nampak macam muda je. Setelah gua kaji dengan teliti macam  rahim ma'rof ni sentiasa nampak muda, gua dapat tahu rahsianya.

Perut!

Orang tua kalau perut kempis, memang nampak macam muda. Tapi orang muda perut buncit, memang nampak tua.

Tu teori positif gua. (gambar kat atas tu contoh hero tua tapi nampak muda)

Sabtu, 5 Mac 2011

Gua tengah kerat 18 berukband Maxis

Mac 05, 2011

Bengang gile gua dengan berukband Maxis ni. Selow gile. Signal dia HSDPA da. Tapi nak buka blog pun nak kene tunggu 10 minit.

Gua pun pelik. Kenapa gua di timpa dugaan berbentuk internet ini. Adakah maxis tu sengaja menghisap darah gua dengan menyelowkan couveragenya kat gua. Ni mesti pasal kes termination fees yang gua tak bayar tu. Memang dasar penipu la maxis ni.

Macam mana gua nak blogwalking, macam mana gua nak update blog, macam mana nak buka FB, Haiyo, mau mendidih gua dengan maxis ni. Gua tak kira , lepas gua berjaya post entry ni, gua nak lumat berukband ni kat dalam lesung batu gua. Pastu gua nak pijak-pijak berukband ni sampai jadi abu.

Pada manusia rakyat Malaysia kat luar sana, kalau pi ade promotion maxis berukband yang cakap kalau renuew contract without termination fees, lu kasi pecah muka promoter tu. Menipu je dorang tu.

Gua nak tukar broadband. Ada cadangan tak ?(nampak gambar atas tu, gua da ready nak hempuk maxis ni)

Jumaat, 4 Mac 2011

the arrivals-6

Mac 04, 2011
video

Lama dah gua tak letak clip teh arrival ni.

Mesti lu orang ingat gua dah lupa atau buat kerja separuh jalan. No, biasala kita insan, maka idea kurang. Pastu clip ni panas sikit . Yahudi kat sana tu dah mula pandang tentang kewujudan clip ni.

Jap sebelum  tu gua nak tunjuk ni...



Apa pendapat lu orang. Yang rm 1 tu gua jumpa kat blog ohtidak.com. Tengok kat link bawah ni

http://www.ohtidak.com/oh-lambang-segitiga-dan-mata-illuminati-pada-design-rm1/

Yang dollar tu, gua amik dari google. Tu senang sikit. So macam mana. Kebetulan? Hampir 99% ulasan orang yang tengok benda ni akan cakap kebetulan. Ye ke?

Gua tanya 1 la, lu orang lahir sebagai agama Islam, budha , kristian, hindu tu adakah secara kebetulan? Jawab sendiri..

Bagi yang islam, percaya akan kita Allah kan, dalam kita al-quran ada pelbagai yang tersurat dan tersirat. Malah kewujudan kitab tu bukan atas dasar kebetulan. Semuanya bersebab. Kenapa dan mengapa. Cuma kita saja yang tidak tahu sebab kita tidak mengkaji.(Tapi yahudi dan orang kafir lain kaji)

Pandang la diri kita..pandang betul...kita ni ke mana lepas hembuskan nafas yang terakhir...?

Clip the arrivall ni memang boring..sama macam al-quran, bosan kalau baca. Tapi kalau hati kita letak kat Al-quran baca dengan ikhlas, pasti keseronakkannya melebihi segalanya. Jadi, cuba teliti dan ihklas cari apa yang tersirat kat clip tu..

Sebelum gua full stop kat post entry ni , mari kita baca mutiara ilmu ni..

Ertinya:
Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; "Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, diantaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, "Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat "La ilaha illallah", lalu kami pun mengatakannya juga". Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah), "Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah (apa gunanya La ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah"? Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya). Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, "Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka" (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali).

H.R Ibnu Majah

Assalamualaikum..

Khamis, 3 Mac 2011

DI SEBALIK TABIR BLOG ..

Mac 03, 2011

Bro ben..gua join segmen lu....pada blogger lain yang teringin nak join pi usha blog bro ben. Ikut le apa yang bro ben ni nak..pastu lu orang taip le puas2..

 Bro..this 1st gua join segmen lu..so wa ucapkan assalamualaikum..luorang nak join..click here.


Gua mrfeckry..umur gua genap-genap sweet 26. Asal gua dari negeri hang tuah. Ala tempat yang parameswara jumpa kancil bertendang..ha..kat situ la asal gua. Sekang ni gua tengah menadah rezeki Allah kat Putrajaya. 

Gua ni memang minat dengan gym , lebih kurang dengan bro Ben ni la. Lengan gua pun lebih kurang je dengan dia, kalau ajak lawan arm wrestling sure berentap ni..hehe gurau je..bro ben tu lagi otai main gym. Di sebabkan minat gua sama, so gua suka hati join segmen bro ben ni. Sebelum ni tak pernah pun..tapi gua tengok gua dan bro ben ni ada persamaan yang sangat ketara...

Apadia persamaan gua dan Ben Ashari....?

Gua dan dia lelaki. Dan gua dan dia peminat tegar besi kat gym.

Jumlah follower gua...ciput je..around dalam most 70 je. Ciputkan..

Soalan dari bro ben Ashaari :

Jika anda tak punya blog , apakah yang akan anda lakukan di dunia maya ini ?

Ni jawapan gua..layan youtube dan Facbook dan semua suratkhabar di alam maya

Ceritakan kepentingan blog kepada anda

Ni jawapan gua. Tak ada tempat nak mengadu kasih...hahaha..writing is my hoby la..kalau tak menulis ni umpama macam tidor tak berdengkur..

Blog feveret yang wajib singgah hari hari .. Kenapa dan mengapa ?

Ni jawapan gua...blog hilang punca. Ni address die..mistisfiles.blogspot.com. Sebabnya blog tu banyak story pasal sejarah. Gua adalah peminat sejarah.

Dah tu je..lain hari kite jumpe lagi...

Rabu, 2 Mac 2011

Gua di cabar?

Mac 02, 2011

 Gua kene cabar?.

Betul ke? Eh macam yeye je ni..

Pasal tak puas hati ke ni ?Dan bukan gua yang tak puas hati. Tapikan, ada seseorang yang tak puas hati dengan gua. Serius, so hari ini gua di cabar.

Gua sahut cabarannya...Jom kita tengok game tu. clisk link ni, lihat sape orang yang tak puas hati dengan gua.

http://diarigym.blogspot.com/2011/03/today-workout-back.html

Asam Pedas

Mac 02, 2011


Asam pedas, memang glemer kat Melaka.

Kalau datang melaka, tak makan asam pedas, maknanya rugi le beb. Gua orang Melaka, darah gua ni pun rasanya macam asam pedas.

Orang ramai tak tahu asam pedas ni boleh di masak dengan macam-macam lauk dan ingredient. Contohnya, kangkung, kobis, limau...ceh ngarut..la. Macam-macam daging, ayam ke, ikan ke lembu ke, kambing ke atau lain-lain. Semuanya boleh. Bukan ikan je beb.

Ibu gua , telur ayam pun die bedal buat masak asam pedas. Rasanya, memang ump!



Semalam no2 masak asam pedas ayam, best siut...orang terengganu masak asam pedas...power tak no2 gua.

Nampak tak gua dah matang

Mac 02, 2011

Gua pelik sikit la. Sikit je. Tak tahu la lu orang ada rasa pelik ke tidak.

Lately ni gua suka sikit baca perkembangan kat arab tu. Gaduh sana-gaduh sini, demo sana demo sini. Dulu mesir, sekarang Libya, Oman, Turnisia pasni tah ape negara pula yang nak begelojak.

Masa nak rakyat Mesir demo soh Mubarak turun, US bukan main bangkang. Hak demokrasi tercalar la, berkeras suruh Mubarak pertahankan demokrasi la. Ni time Gadaffi kat LIbya, bukan main pula dia suruh Gadaffi tu turun takhta . Pastu siap boleh hantar kapa perang letak kat tepi pantai Libya.

Macam ada muslihat je ni.

Gua rasa la US punya perancangan macam ni. Mula-mula depa hasut rakyat . Burukkan Gaddafi, cakap la gadaffi ni macam-macam, contohnya kencing berdiri la, berak lap pakai tisu la atau lain-lain. Senjata hasutan yang US guna adalah media. Biasa la beb, US kan memang terror buat fitnah-fitnah macam ni. Pastu US ni pergila kecoh kat negara lain, Gadaffi ni jahat la, itu la, ini la..macam-macam lagi yang buruk.

So bila rakyat percaya, dunia percaya, maka tersenyum lebau le mangkok hayun jahanam think tanker yang dari US. Senang la dorang nak jatuhkan Gadaffi. Tabur lagi minyak kat api kemarahan rakyat.


Satu lagi ek, haritu paper kate, Gaddaffi bom kan rakyat. Pastu paper cakap, yang kene bom tu adalah pengkalan senjata. Eh , bodoh sangat ke Gadaffi nak suruh tenteranya sendiri bomkan senjata sendiri. Apa motif gadaffi kalau dia nak buat macam tu. Tak logikkan. Ke.............? US senyap-senyap menyamar bagi arahan suruh bom pengkalan tentera? ataupun ada jet pejuang yang di cat macam jet tentera LIBya tapi hakikatnya adalah kepunyaan US tu pergi bom pengkalan senjata Libya? Kan-kan...?

Kes ni gua rasa sama je dengan kes Afghanistan dulu, sama beb. US laga sedara mara kat Afghanistan, pastu tengok depa dok syok gaduh , US pun bom kan dua-dua. Mana yang pro US tu, dapat la support senjata dari US.

Nampak tak lu orang? Ke tak nampak? Ke gua mengarut.. ni?

OK la, gua bagi sikit pearl of edu kat lu orang:

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Hari qiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku 'al-Harj'". Sahabat bertanya, "Apakah al-Hajr itu hai Rasulallah"? Nabi saw. menjawab, "Peperangan demi peperangan demi peperangan".

H.R. Ibnu 

 Fuh...nampak sikit ada kematangan kat entry ni. Nampak macam gua ni dah berumur 26 tahun..eh hari ni gua genap ek umur 26 tahun..?

Selasa, 1 Mac 2011

Silent le hanphone tu...

Mac 01, 2011

Gua tengah khusuk solat jemaah kat masjid. Sembahyang jumaat kot..

Rilex je khusuyuk masa tu. Teratur gua punya bacaan al-fatiha. Ya la, nak jaga juga tajwid. Kalau silap lain maknanya.

Tetiba tengah gua rukuk, ade bunyi kat sebelah gua..."jinger bell..jinger bell..jingger all the way...."

Haram terbantut kekhusukkan gua..lagu krismass pula tu..

Moral of the story, nak solat jemaah tu, silentkan hanphone tau. Kalau terbatal makmum lain, tanggung la dosa tu. Tu kalau makmum, kalau imam macam mana..?

Ish..tak boleh belah lagu tu buat ringtone..buat le lagu maher zain.

BLOGGER IDOL ANJURAN TIAFAZUNIA KINI BERMULA!BLOGGER IDOL ANJURAN TIAFAZUNIA KINI BERMULA!

Mac 01, 2011

Gua, mrfeckry. Nama kat ic gua Mohd Zulfikri. bin Abdul Jalil. Tajuk lagu gua nyanyi ni, kepadamu kekasih nyanyian M nasir Jamal abdillah, dan Hattan (old skool punyer lagu). Nampakkan gua dah menuju zaman ketuaan.

Clip ni gua letak untuk blogger idol bukan untuk lu orang jerit dan teruja dengan gemersik suare gua, atau bukan nak cakap wa ni M.Nasir wannabe..tapi ni owner blog - http://crayzeebaybiey.blogspot.com akan tembak dengan senapang gajah kalau gua tak masukkan clip gua.

Beb, gua tak ada clip lain. Takkan gua nak letak clip body builder or trainning kat gym gua pula. Ni clip yang member gua rekod masa dinner opis gua. Kira ok la ek.. saja je ngade-ngade nak join. 

Amaran keras!- jangan dengar lagu ni time menyirap. Nanti memang lu orang akan betul2 menyirap. Dengar clip ni kalau lu orang takleh tido. Comfirm tido punye. Tak percaya? try la. Kalau tak jadi, claim kat gua. Satu lagi, lu orang jangan gelak sampai nampak anak tekak. Pasal ni bukan clip raja lawak tau tak! Haha, kalau ta pendek umur le jawabnya.

Citer banyak plak gua, mana clipnya? Ni ha kat bawah ni...

10

9

8

7

6

5

4

3

2

1


video

BLOGGER IDOL ANJURAN TIAFAZUNIA KINI BERMULA! DENGAN KERJASAMA AKMALHILMI DAN ANDYHOWTT

Ok gua rasa dah ekot da term contest ni. Kalau ade yang tak cukup, biasala kesempurnaan tu milik Allah, salah dan silap tu dari kita hambanya yang hina ini..