Jumaat, 26 Ogos 2011

hari ni last keje

Ogos 26, 2011
Last keje weh..

Petang ni wa akan bergelut dengan jamme . Entah macam mana la rupenye jalan raya petang ni. Wa akan ke temerloh dulu sebelum ke terengganu sebab nak buka puasa kat rumah abang ipar gua. Hopefully sempat la wa buka puasa kat sana.

Rasanya masa cuti raya ni wa akan agak lama tak update blog. Tau jela sebok beraya. Pastu wa tak tau samada sempat atau tak wa menyentuh internet masa kat terengganu. Wa dah tak pakai berukband. So agak payah la sikit.

Sempena nak raya ni wa nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin. Semoga ramadhan yang bakal pergi ni harap-harap kite sesama dapat apa yang di panggil takwa.

So raya tahun ni wa beraya di rumah mertua gua. 1st time sejak wa di lahirkan beraya tanpa ibu dan abah gua. Macam-macam perasaan ade, sedih , excited, heppy semua ada. Biasanya malam raya lepas takbir, wa lepak dengan member-member bukit beruang. Lama tak jumpa diorang. Ade yang dah jadi bapa da. Raya tahun ni wa tak dapat join dengan luorang. Rindu betul nak dok stable dengan lu orang. Kalau wa nak tulis nama lu orang satu2, wa rasa panjang sangat plak. So wa minta maaf zahir dan batin. Insya Allah wa sampai melaka nanti wa calling lu orang.

Untuk family wa yang tercinta, Abah ibu, adik minta maaf sebab tak dapat beraya dengan abah tahun ni. Halalkan makan minum adik. Jangan la sebab adik tak raya kat melaka , ketupat tak buat pula nanti. Angah pandai anyam. Boleh back up ibu. Anak-anak angah ngan along pun boleh tolong ibu masak kat dapur tu. Semoga ibu dengan abah sihat dan setiasa mendapat rahmat Allah.

For my sibling, along. Ni kakak aku yang paling payah aku nak jumpa. Maaf zahir batin ek untuk along sekeluarga. Tak tau sempat jumpa ke tak raya nanti. Kalau tak sempat, tak dapat la anak-anak along duit raya adik. Jangan lupa tolong ibu kat dapor tau.

Angah, maaf zahir batin ek untuk angah sekeluarga. Jangan lupe beli lemang mase raye nanti. Beli tu banyak le sikit. 100 batang ke. Jangan lupa juga beli daging lembu. Perut pun sekali. Rendang perut ibu sedap tau. Paling penting jangan lupa bawa abah pi sembahyang raya. Jage die kat masjid nanti.

Acik, maaf zahir batin juga kat ko. Ko awek yang paling aku respek la. Ko dah buktikan yang ko adalah anak yang terbaik dan terhebat. Tahun ni tak dapat la nak ajak ko pi beli lemang ek, gantung kat raya, kemas depan rumah. Nanti ko tolong ibu kemas rumah tau. Raya tahun bagi le anak-anak buah ko duit raya lebih sikit, kan ko dapat bonus banyak.

Tu je la kot nak cakap . Rasanya posting ni payah betul gua nak tulis. Gua ucap selamat hari raya la kat korang. Doakan perjalanan wa dan nono ke terengganu selamat pergi dan selamat pulang. Hepy2 time raya.

Wa teringat abah gua cakap dulu," dik , bila nak raya ni orang alim-alim menangis tau..."


Selasa, 23 Ogos 2011

Golapnyo putrajaya di hening pagi ini

Ogos 23, 2011

Mendung dan gelap bagaikan malam yang masih menyelimuti hening pagi di Putrajaya.

Cuak juga wa  berdesup naik motor ke opis. Ok enough for the intro. Gua terbaca satu hadith yang menarik bagi gua untuk share dengan lu orang. Tak de kene mengena dengan hujan.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan Umar RA:

"Jauihilah makan dan minum berlebihan, sesungguhnya ia penyebab kepada rosak diri ( tubuh badan), mewarisi penyakit , menyebabkan malas solat, dan hendaklah kamu menjaga makan dan minum, kerana ia paling baik kepada jasad (tubuh badan), dan hindarilah daripada berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah SWT bencikan orang alim yang gemuk."

ruj: Ali ibn Husam al-Din al-Muttaqi al-Hindi (1989 M), Kanz al-'Ummal Fi Sunnan al- Aqwal wa al-Af'al, no hadith: 41713, Beirut: Mu'assah al-Risalah ,,j.15 h. 433.

Ha, macam mana tu...? Lu jangan cakap banyak orang alim yang gemuk2 tau..pasal masih terlalu ramai orang yang alim2 wa jumpa tidak gemuk.

Hadith ni untuk motivasi gua supaya sentiasa jaga permakanan..

Isnin, 22 Ogos 2011

Letih cari baju raya

Ogos 22, 2011


Hujung minggu yang baru je jap lepas. Wa di temani nono pergi cari baju raya. Kerja cari baju raya ni memang payah beb. Bukan senang nak cari yang betul2 berkenan. Kang kalau dah beli, lepas bile jalan lagi, ternampak pula yang lagi cantik, rasa menyirap pula.

Yang gua pula. Baju susah nak cari. Sebab mesti wa ada masalah dekat bahagian lengan. Badan ok dah, tapi bile masuk tangan je, mesti ketat.

Agaknya macam mana aoron aziz tu cari baju raye ek? Die pun mengalami masalah macam wa ke, masalah baju ketat di lengan. Lepas ni main gym, nak kasi kecikkan lengan pula la.

Pasni nak bawa nono pi cari tudung plak.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Persediaan untuk pembebasan dari api Hell!

Ogos 19, 2011

  • Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 
  • Sesungguhnya kami turunkan ia (Al-Quran) itu pada malam Al-Qadr (1) 
  • Dan apakah yang kamu tahu tentang malam Al-Qadar itu? (2) 
  • Malam Al-Qadr lebih baik dari 1000 bulan. (3) 
  • Padanya turun malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhan mereka dari segala urusan (4) 
  • Sejahtera ia sehingga terbit fajar (5) 
Dari 'Ubadah bin Samit r.a, Sabda RasuluLlah s.a.w:

"Malam Al-Qadr adalah pada 10 malam terakhir (Ramadhan). Barangsiapa berdiri (untuk solat) untuk mendapat ganjaranNya, maka sesungguhnya Allah akan mengampunkan semua dosa lampaunya dan dosa segala dosa yang akan datang. Ia adalah malam yang ganjil; ke-9, 7, 5, 3, atau malam terakhir Ramadhan
(Hadith Riwayat Ahmad)

Sesungguhnya, tanda malam Al-Qadr adalah terasa bersih dan bercahaya seolah-olah terdapat bulan yang terang, nyaman dan tenang pada malam itu. Ia tidak sejuk atau panas dan tiada tahi bintang dibenarkan sehingga pagi. Tandanya diwaktu pagi adalah matahari naik tanpa terik kepanasan seperti bulan yang mengambang. Syaitan tidak dibenarkan untuk keluar bersama matahari pada hari itu."

Ulamak berselisih pendapat tentang bilakah berlakunya Lailatul Qadr. Di dalam Kitab Fath al-Bari fi Syarh Sahih al-Bukhari menyebutkan ada 46 pendapat ulamak berhubung bilakah berlakunya Lailatul Qadr. Ada yang menyatakan ianya berlaku setiap 7 tahun sekali sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muhammad bin al-Hanifah, ada yang menyatakan ianya berlaku pada setiap bulan, ada yang menyatakan ianya berlaku pada awal Ramadhan, sebahagian lagi mengatakan ianya berlaku pada setengah bulan Ramadhan yang kedua, ada mengatakan ianya berlaku pada malam ke-17 Ramadhan dan jumhur mengatakan ianya berlaku pada 10 malam yang terakhir bulan Ramadhan.

Imam Syafie mengatakan Lailatul Qadr itu terkandung dalam 10 hari yang terakhir Ramadhan pada malam yang ganjil iaitu malam ke 21 dan malam ke 23.

Formula Ulamak Tafsir Yang Semasa,

Lailatul Qadr berlaku pada malam ke 27 Ramadhan. Hal ini berdasarkan kepada 2 perkara dalam Surah al-Qadr iaitu:
   Allah mengulang-ulangkan perkataan ( لَيْلَةُ القَدْرِ  ) pada 3 tempat dan perkataan ( لَيْلَةُ القَدْرِ ) terdapat 9 huruf. Sehubungan dengan itu 3 x 9 = 27.

Formula Imam Ghazali,

ii Surah al-Qadr mengandungi 30 patah perkataan. Perkataan هِيَ pada ayat yang terakhir surah ini berada di kedudukan yang ke 27.

Malam Lailatul Qadr ditentukan berdasarkan bilakah hari awal Ramadhan itu jatuh.
Bil1 RamadhanLailatul Qadr
1IsninMlm 21 Ramadhan
2SabtuMlm 23 Ramadhan
3KhamisMlm 25 Ramadhan
4Selasa/JumaatMlm 27 Ramadhan
5Ahad/RabuMlm 29 Ramadhan

Justeru, al-Syeikh Yusuf Khattar Muhammad menyatakan hikmah tidak ditentukan Lailatul Qadr secara yakin adalah supaya kita sentiasa melakukan ibadah kepada Allah pada setiap malam dalam bulan Ramadhan khususnya pada 10 malam yang terakhir. Sabda Nabi S.A.W,
فَالتَـمِسُوهَا فِى العَشْرِ الأَوَاخِرِ فِى الوِتْرِ
Yang bermaksud, Maka kamu carilah ia (Lailatul Qadr) pada 10 malam terakhir (bulan Ramadhan) iaitu pada malam yang ganjil.

Rujukan
Al-Nafahat al-Nuraniyah fi Fadhail al-Ayyam wa al-Layali wa al-Syuhur al-Qomariyah, al-Syeikh Yusuf Khattar Muhammad, Matba’ah Nadhr, 2001, bab Lailatul Qadr hlmn 201.

Fath al-Bari bi Syarh Sohih al-Bukhari, al-Hafiz Ahmad bin Ali bin hajar al-Asqolani, Dar al-Fikr, 1996, Kitab Fadl Lailatul Qadr, Jld 4, 786

Khamis, 18 Ogos 2011

#Thursdey@spontenous#

Ogos 18, 2011

#Semoga ramadhan kali ini adalah terbaik dalam hidup ku..#

Nak jadi body builder terbaik, kena ade makanan tambahan .Makanan tambahan, adalah solat sunnat dan perbanyakkan membaca dan memahami al-quran serta zikirullah. Baru la badan jadi mantap, tegap, kuat dan sasa. Baru la tepuk dada tanya iman.

Sekuat-kuat manusia adalah manusia yang kuat menundukkan diri pada Rabbnya kerna mengakui dirinya adalah cuma sekadar hamba..

Kata imam 2 masjid Shah Alam Ustaz Firdaus Subhi, antara faedah qiamulail adalah dapat menyembuhkan sakit darah tinggi kecing manis, sakit jantung dan pelbagai sakit kronik...

Sekarang ni, gym cuma sekadar riadah je..

Selasa, 16 Ogos 2011

Beb malam ni nuzul Quran le..

Ogos 16, 2011

Ape tu nuzul quran..

Kalau anak lu tanya cam ne? Nuzul..maknanya turun..kalau tak paham sesuatu yang dari atas ke bawah. Al-Quran pula ?

Kalau tanya gua, agak tercengang juga nak jawab. Ape tah lagi bagi mereka yang tak pernah buka quran. Gua rasa ungkapan jawapan al-quran ni ape boleh lu orang lihat dari jawapan seorang hamba Allah ni. Lebih kurang macam ni jawapannya, Al-quran adalah himpunan. Apa yang terhimpun di dalamnya? Macam2, antaranya ia memperjelaskan soal sains, tauhid, ibadat, jinayat, muammalat. teknologi , masa depan, dan macam-macam lagi tentang segala yang di dunia dan di akhirat. Semua penerangan untuk setiap apa yng dipersoalkan , semuanya  ada jawapa kat Al-quran.

" Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor burung pun yang terbang dengan kedua-dua sayapnya, melainkan mereka umat-umat sperti kamu. Tiada kami tinggalkan seseuatu pun di dalam al-Quran ini, kemudian mereka semuanya akan dihimpun kepada tuhan mereka (untuk di hisab dan menerima balasan)

(AL-an'am ayat 38)

Al-quran adalah rahmat, hidyat, syifa, nur, fuqan dan menjelaskan segalanya pada manusia. Percaya atau tidak manusia hanya akan berjaya jika dia berpandu dengan Al-quran dan sunnah.

Ha tu la serba sedikit penjelasan apa tu Al-quran dan apa tu nuzul. Bulan ramadhan ni dah berbuih mulut ostat2 nasihat kite supaya baca dan fahamkan al-quran. Kang kalau wa citer panjang lagi pasal ni, lu orang ingat wa ni ostat plak .

Just sharing je pasal ni, sebab zaman sekang ade yang masih bertanya, nuzul quran tu ape? Tu yang jadi kes umat islam murtad tu..

Quran pun diorang tak baca, mana nak datang hidyah ALLAH..

Ahad, 14 Ogos 2011

Gua dah jumpa fomula hilang ngantuk

Ogos 14, 2011
Hari tu kan wa kate, wa asek ngantuk je kan bile nak pi teraweh.

Wa cari care macam mana nak elak ngantuk masa teraweh. Serius beb, ramadhan ni sekali je setahun. Kalau lu terlepas tahun ni, tahun depan belum tau lu boleh jumpa lagi dengan bulan ramadhan. Sebab tu wa macam iye2 nau nak cari formula kasi hilang ngantuk.

Banyak beb yang bagi cadangan. Thanks la, semoga mereka yang bagi cadangan Allah lipat kaligandakan pahala mereka.

Tapi wa ni suka makan banyak masa buka. Nafsu mase tu macam kerbau la katekan. Maklum la, tengah hari wa main gym. Tu yang bile masabuka tu wa dah lewai gile. Jangan terkejut wa main gym mase bulan puasa dan tengah hari pulak tu.

Ok ape tekniknya?

Mudah, sangan mudah. Lu orang perlukan sikit je ayaq kosong. Dan lu orang perlu tahu ayat kursi.


Ni ha ayat kursi.

Ok, formula gua pakai untuk hilang ngantuk ek. Cara wa buat macam ni.

1- Baca bismillah
2- Baca ayat LAA TA'KHUDZUHUU SINATUW WA LAA NAUUM yang maknanya;  tidak mengantuk dan tidak tidur sebanyak 3x.


3- Tiup pada air , pastu minum air tu sampai habis. Yakin pada Allah yang kita tak akan mengantuk.(ini yang penting)


Wa tak buat pada ayar asam boi atau air bandung cincau atau yang berkaler lain. Sebab air yang baik adalah air mineral. Terpulang pada lu nak minum seteguk atau nak minum sebaldi. Janji air yang lu dah baca tu lu minum. 


Alhamdulillah  formula ni berkesan pada gua. Powerkan ayat quran ni. Maunye tidak, mukjizat nabi Muhammad s.a.w tu. 

Khamis, 11 Ogos 2011

Gua ingat blogger ni dah nak tutup...

Ogos 11, 2011
Dari pagi tadi, wa buka blog guna pc opis. Terkejut gua. Serius punya terkejut macam kene kejutan elektromaya je.

Mana taknya, blog gua dah jadi cam ape tah. Setiap yang ade gambar wa , semuanya hilang. Pastu keluar simbol pangkah. Puas gua refresh. Sampai berjuta kali gak la wa tenyeh button refresh yang dekat atas tu. Dalam kepala gua mesti blogger ni dah kene heck tak pun dorang dah tutup company pasal sangkut paut dengan kejatuhan saham US.

Hati gua ade bunyi dup-dup. Mana wa nak curahkan karya agung gua lepas ni? Guna facebook? mana boleh taip pepanjang. Nak guna domain sendiri? tak berbaloi, sebab no return pun kalau wa labur 100 kat yahudi punya domain tu.

Hati mula gundah gulana..

Jiwa mula kacau...

Perlukah gua meraung untuk semua ini. Oh blog, setakat tak tayang gambar sudah la, yang di ganti dengan menatang pangkah pehal pulak?

Dua minit tadi, lepas tolong bini wa sidai baju, (mithali x?) wa open la blog wa ni. Akhirnya blog wa kembali pada rupa asal. Oh..alhamdulillah...masih lagi ade ruang buat gua untuk mencurahkan karya agung...

Gua agak mengarut, kan? Salah ke orang terpanggil wa seth tan?





Kami bukan kembar, tapi adekah simpulan bahasa planduk 2 serupa itu benar?

Selasa, 9 Ogos 2011

Tersentuh beb gua tengok clip ni

Ogos 09, 2011
Klip ni masa game Malaysia lawan singapore kat bukit jalil hari. Wa baru jumpe. Lu orang tengok la macam mana semangatnya rakyat malaysia menyokong harimau malaya.

cer play jap..


Masa lagu negaraku berkumandang, wa rasa macam nak menitik air mata beb. Punya la semangat time ni. Pasal kalah tu, kite lupakan je la ek. Lain hari boleh cuba lagi kan. Cuma wa rasa situasi ni sangat mahal beb. Kalau wa ade, maybe airmata seth tan gua akan mencurah.

Wa rasa macam ni punya semangat, rakyat malaysia dah bersiap sedia nak pi perang dah ni.

Tapi sebelum pergi perang, kita kena isi dada dulu dengan ilmu perang harimau malaya. Jangan main sondol je. Takut kecundang di tengah jalan plak nanti.

Ni ada satu clip wa dapat , memang sesuai nak belajar cara perang harimau. Kalau harimau malaya guna atau berlatih skill ni, may be lepas ni singopore tak menang dengan harimau malaya..

Saksikanlah..


Amcam?

Masalah berat ni

Ogos 09, 2011
Sehari due ni gua teraweh tune ngantuk saje.

Kengkadang tu, lepas sembahyang isyak kan imam baca doa, wa tadah tangan sampai terlelap. Bila bilal jerit assolatu tarawih baru wa terjaga. Semalam pun lebih kurang. Masa tahiyat akhir solat isya' wa dah habis baca tahyiyat, kepala wa dah goyang dah macam nak terlelap.

Lepas imam bagin salam wa terus bangun ambil wuduk. Semalam je masa taraweh, wa amik wuduk sampai 3 kali.

Macam mana ek nak bagi tak ngantuk. Wa kena cari fomula berbuka yang tak buatkan wa rasa segar masa teraweh. Susah nak khusyuk kalau ngantuk.

Kata orang minum air suam masa bebuka. Nak try  la.

Isnin, 8 Ogos 2011

Puasa kat melaka

Ogos 08, 2011
Hujung minggu, gua balik melaka.

Kalu berpuasa kat melak, mesti wa akan pergi ke Bazar Ramdhan yang dekat dengan pantai peringgit. Siapa yang tahu, mesti takkan  miss untuk pi bazar ramadhan kat sana. Seingat gua la, tu adalah bazar ramadhan yang tertua kat melaka.

Masih mengekalkan muka2 lama yang berniaga kat sana. Juadah pun masih maintain. Pak Cik paling riuh dengan tagline ' lambat tak dapat ' tu pun masih hebat membuat murtabak. Cuma taglinenya sudah mula di curi oleh peniaga-peniaga lain. Kelebihan bazar kat situ yang gua suka la, cara diorang promote makanan diorang tu, siap berlagu2. Kengkadang nak tergelak juga dengar.

Seronok juga jenjalan kat sana sambil berpegangan tangan dengan nono, wife gua ek.

Bila sebut pasal bazar ni, wa teringat satu tazkirah dari Ustaz Faisol, Katanya," mendidik takwa ini adalah dengan cara lapar. Para salafulsolleh dulu tidak pernah memikirkan apa yang nak di makan masa berbuka. "

Gua termenung, camne ek, kalau gua lepas sahur je terus pikir, petang nak buka apa. Dan paling dahsyat sekali, Imam As-Syafie sendiri menghabiskan masa ramadhannya dengan khatam quran sebanyak 2 kali sehari. Hebat betul. Sekali di waktu siang, dan sekali di waktu malam. Makna katanya 60 kali dalam bulan ramadhan. Manakala aidifitri itu pula adalah hari kemenangan bagi mereka yang berjaya mendapat takwa hasil dari amalan di bulan ramadhan, itu lah erti kemenangan.

Itu la serba sedikit intipati tazkirah dari Ustaz Faisol pengerusi Darussyifa' negeri Melaka.

Allahuakbar, semoga lu gua dan kita semua dapat mencari erti takwa yaang sebenar. Gua bukan nak jadi ustaz bila post macam ni, cuma gua nak share je ape yang gua dengar dari tazkirah tu.

Selasa, 2 Ogos 2011

Terkedu seketika..

Ogos 02, 2011
Gua terkedu bila baca artikel ini...

KUALA LUMPUR: Agak mengejutkan dan membimbangkan apabila kajian mendapati ramai pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) tidak memahami maksud surah al-Fatihah yang menjadi salah satu daripada 13 rukun solat.

Klik sini untuk full artikel. 1 blog 1 Informasi.

Beb, wa terkedu bukan pasal wa terkejut, dahsyatnye bebudak sekarang ni , itu pun tak tau. Gua terkedeu terkejut, sebab wa pun tergolong dalam golongan tu. Cepat-cepat wa hafal tadi.. Rasenye macam mana agaknya solat wa sebelum ni. Gua taknak  cakap, anak2 or adik2 luorang. Wa nak cakap wa punye diri sendiri. Serius, wa tergolong dalam masalah tu...bukan sahaja pengertian al-fatiha, malah pengertian dalam bacaan dalam solat pun wa masih merangkak untuk paham maknanya.

Jom kita sama2 hafal bacaaan dalam solat.

Allahu Akbar
Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan Ketika Rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


Mari kita berdoa dengan doa ini..


"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup keNerakamu... .kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"