Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Gambar ni best la


Gambar ni wa copy dari muka buku sambil nyanyi lagu cinta muka buki. Dari mana datangnya gambar ni sehingga tersebarnya di muka buku, lu orang boleh tengok nama editor die..

Bagus editor die buat macam ni. Tambah ilmu gua yang serba tak gheti ni.

4 buah fikiran!!!:

Pelik juga mimpi wa tadi.

Wa mimpi wa kat melaka tadi. Wa lalu depan umah yang wa rasa bukan rumah gua. Tapi design rumah tu adalah rumah melaka. Seingat wa rumah tu memang wujud. Entah pehal design umah tu masuk kat mimpi wa tadi.

lebih kurang macam ni la rumah tu


Kat depan rumah tu ade letak banner advertise pasal santau. Kire die promote perkhidmatan nak buat santau. Kat tangga rumah tu ade sorang mak cik. Muke tu agak familiar tapi wa tak kenal.  Dia panggil wa umapam seorang pelacur memanggil pelanggannya. Memang macam haram.

" Adik nak buat santau?" tanya makcik tu.

Tetiba datang seorang awek yang wa rasa macam seta yang saje nak goda wa. "Marilah buat , kita buat kat kaki, bagi kuat kaki adik ni," ajakan wanita yang beriya-iya ajak gua.

Dalam kepala wa pikir, ok gak kalau pasang, nanti kalau tak best buang je la, wanita tu joinventure dengan makcik tadi letak santau (santau ek, bukan susuk) kat kaki wa.

"Ha cuba adik hentak kaki," asking from that gurl..

Wa cuba, memang kuat la...rasa kebas tiga bulan pun ade(macam lawak jozan dalam Maharajalawak).

Lepas tu wa pun terjaga. Actually, mimpi ni mainanan tidur. Jangan kita percaya.  Anggap je ia sebagai hiburan yang Allah anugerahkan pada kita masa tidur. Jadi cukup sekadar wa share ngan lu orang hiburan lenaan mimpi wa. Ni fresh punya mimpi, baru je kejap tadi wa bangun tidur.

Malam ni malam jumaat......

1 buah fikiran!!!:

#wednesdey@wordless#


Kalau gua tempah banner ni letakkan kat tempat perumahan gua amacam..wokey tak....?

3 buah fikiran!!!:

Ni saham ni..

Sekang ni asyik citer tambah incom je kan...meh gua bagi sikit pasal tambah income yang sangat berguna.


Diambil dari sumber asal di SINI : Rujukan Neslo


MEMOHON SUMBANGAN TABUNG PEMBANGUNAN MTAQA (Pembelian Van Rasmi MTAQA)


MTAQA telah pun melewati enam tahun penubuhannya. Potensinya sudah mula membuahkan hasil. Namun, komitmen untuk menjalankan aktiviti masyarakat dan sekolah agak terbatas kerana ketiadaan sumber kewangan yang kukuh dan kenderaan bagi tujuan tersebut. Sehubungan itu rayuan sumbangan ini dilancarkan untuk meningkatkan potensi MTAQA supaya lebih terkehadapan dan cemerlang.
Jadi, Tabung Persatuan Ibu bapa dan Guru Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah, Banggol Chicha (PIBG MTAQA) untuk pembelian Kenderaan Rasmi MTAQA (Van) telah dilancarkan untuk mengembangkan potensi tersebut.
Sumbangan anda boleh disalurkan terus melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 03027010037358 atau cek atas nama “Tabung Pembangunan MTAQA (PIBG)”.
Sumbangan yang bakal anda salurkan didahului dengan jutaan terima kasih dan jazakumullahu khairal jaza’. Hanya Allah yang mampu membalasnya.
Maklumat lanjut anda boleh hubungi pihak MTAQA, tel :
09-7922560 atau melalui email : maahadmtaqa@yik.edu.my
" Sumbangan Anda amatlah dialu-alukan "

2 buah fikiran!!!:

Singgah jap KUD- putrajaya

Kat putrajaya ade event KUD.

Event yang mengumpulkan usahawan desa. Memacam produk usahawan kampung dari segala cerok Malaysia ada kat sana.

Wa, dah kate dok kat Putrajaya, kalau tak pi macam tak sah la pula jadi penduduk putrajaya. Asalnya wa ngan nono nak pi beli barang dapaur. Alang-alang lalu kat area event KUD, singgah la kejap. Macam-macam ada kat sane.

Paling 1st wa cari kat sane, adalah tempat makan. Sebab budak opis wa cakap, kat KUD ada pesta makanan masakan dari semua negeri. Jumpa tempat tu. Memang macam-macam makanan ade kat situ. Melaka, dengan asam pedas tetelnya, negeri lain dengan masakan negeri tersendiri. Wa lalu kat masakan negeri johor, terbau me bandung muar. Sepintas lalu wa sapu semangkuk mee bandung. Nono pula aim pulut lepa dari terengganu. Mengidam kot lame tak makan pulut lepa.

Kat depan kitorang ade port autoshow. Kete semua memang cun2. Semua make-up macam tak hingat punya.

Meh kite usha sikit gambar..







Hari ni nono pi kelas, wa sorang kat umah. Wa tak ada kelas minggu ni. Wa ingat nak pi gym la. Nak aktif balik la main gym.

Sejak-sejak fokus untuk jadi ahli bina badan di lupakan, wa dah macam tak serius main gym. Gym untuk wa adalah tempat untuk riadah sahaja. Sebab nak jaga kesihatan, kesihatan itu anugerah Allah . Jadi adalah sangat rugi kalau wa tak jage.

Ok, chow dulu..."ingat ALLAH, Allah pasti ingat kita,"  kata Tn Guru Dato' Dr Haron Din.

5 buah fikiran!!!:

Baru nak melangkah

Sebelum ape...meh layan doraemon final episode. Lu orang mesti pernah membesar dengan kartun doraemon kan? Kalau tak pernah makna katanya telah rugi satu sisipan memory kanak-kanak lu orang..

Jom usha dulu. Wa tak tau sape yang buat ni. Pasal Writer die kalau tak silap dah mati. Writer asal die Akira Torayama.


Bila wa layan clip dorameon ni wa rasa sayu. Pasal Time Paradox. Wa sebelum ni tak faham langsung. Nobita terlalu sayang pada doraemon sehingga dia bagai nak gile usaha nak pulihkan doraemon. Before ni mase doraemon hidup, nobita ni memang mangkuk gile. Lembab dan bodoh. Tapi hati baik, tetap senyum bile   di maki.

Pengajaran yang paling best bagi gua dalam doraemon ni adalah, perasaan yang tak boleh di gambarkan apabila kita berjaya menyelamatkan orang yang paling kita sayang.

Alangkah baiknya kalau kita jadi hamba yang apabila kita berdoa pada ALLAH, ya Allah sembuhkan ibu dan ayahku yang sedang menerima ujian -MU , lalu Allah sembuhkan. Kesembuhan itu dari Allah. Sakit itu juga dari Allah.

Tapi Allah masih KIV lagi doa itu. Sebab tu kita kene berusaha sedaya upaya supaya Allah makbulkan dan dengar rayuan kita.

Gua rasa gua sedang lalui time paradox la.

5 buah fikiran!!!:

Nak makan gear box?


Wa suka makan gear box. Tapi adalah sangat jarang gua melantaknya. Kalau ada member baru wa makan. Kalau tak, wa tak berani. Takut lepas makan nanti wa tumbang pula.

Kolestrol die, memang tinggi gile. Siape yang ade darah tinggi, atau sakit yang berkolestrol tinggi, andaikata dah cukup tobat, boleh la bantai semangkuk seorang. Silap hari bulan, tu last lu orang tengok dunia. Benda sedap pasti ada bahayanya.

Kenapa Allah jadikan begitu? Sebabnya, Allah nak kita sentiasa beringat akan Dia ketika kita asyik dengan kesedapan. Makan ikut adab yang betul. Jangan berlebih. Kalau berlebih tu yang undang sakit tu. Orang Islam makan cuma 1/3 perut. Kalau makan sampai penuh perut tu, boleh jatuh haram.

Ha..sikit la macam tazkirah.

Masa di kelas gua minggu lalu, teacher gua ada cakap, minum la air jus saderi yang di blend bersama epal hijau. Ia sangat baik untuk mengawal dan mengurangkan kolestrol. Selain tu, sebelum nak makan makanan yang berkolestrol tinggi, di galakkan kita makan bawang  putih. Tak payah la banyak, sikit sudah la. Kang muntah pula makan bawang putih bebanyak.

Ok la tu je. Ape-ape pun makan baca bismillah dulu dan di akhiri dengan alhamdulillah. Semoga apa yang kita makan dapat keberkatan dari Allah.

Kan cantik Islam tu, nampak indah je...rugi mereka yang tak masuk Islam ni..Allahurabbi..

2 buah fikiran!!!:

Ramai yang dah bosan dengan blog ke?

Dulu, masa redmummy dapat fulus banyak dari blog, ramai yang terkial-kial taip perkataan www.blogger.com kat google.

Macam-macam blog mucul time tu. Yang blogger otai pula, ape lagi. Berkepak la macam  urung helang. Lame gak la fenomena tu. Business blog la, personel blog la, blog novel la. Macam-macam muncul. Gua pun tak lari juga cuba wujudkan beberapa blog. Tapi pk balik, maintain satu blog je lagi baik. Mase rajin memang la setiap second tangan tu gatal nak menaip. Tapi bila malas, mula bersawang blog tu.

Ade juga wa perasan, hampir 50% blog yang wa follow n selalu komen, dah mula sepi. Bagaikan mati tanpa nesan. Tah mana tah perginya penulis blog tu. Kengkadang frust juga sebab posting dorang best. Boleh wat kite tersengeh sorang-sorang.

Gua pun terkena tempian malas menulis juga sekarang. May be sebab sibuk sikit dengan masa sendiri. Kalau dulu boleh pulak kan cari time nak buat posting..

Aduiii...yai.....

Jap ah, wa nak buat nes cafe jap...ayuh, kembalikan kepower'an kita dalam berblogin'!

6 buah fikiran!!!:

Penat ahh!

Seyes....!

Penat. Lu orang pernah dengar tak pasal 5s. Kalau sape yang keje gomen tu tau la 5S tu ape. Senang citer 5S tu adalah sesi gotong royong yang mengarut.

Seyes. Mengarut. Stor kene kemas, setiap inci opis tu perlu di ceriakan.

Pagi wa kat stor.. Angkat sane, buang sane, tagging sane. Eh macam-macam lagi. Keje kat meje , toksah cakap..makin bertingkat. Tapi lunch our wa sempat juga ke gym. Jiwa gym , nak buat camne. Balik dari gym, kene kemas stor lagi.

Esok ade lagi...adui...

Lame gak wa tak hupdate blog...macam makin kurang quantiti dan quality blog gua ni..hopefully ia tak berpanjangan...

1 buah fikiran!!!:

Ape makna Merdeka pada gua?

ikon perjuangan merdeka-P. Ramlee

Gua pernah tanya anak buah gua," apa makna merdeka?"

Dia cakap," cuti satu hari .."

Hahah tu adalah realiti la wa rasa Bebudak zaman sekarang ni memang tau tu je. Tak macam orang dulu-dulu. Ibu gua dengan cerita nya tersendiri. Mesti dia akan bercerita yang die dulu pergi sambut Tunku Abdul Rahman turun dari Kaapal terbang kalau di tanya pasal merdeka. Tu pengalaman die.

Wa? zaman wa sekolah dulu, merdeka ni tak ade lain. Kalau zaman basikal, gua dengan member wa akan berbasikal dari rumah secara gerombolan ke dataran pahlawan untuk tengok bunga api. Masa tu, semua sepakat spray basikal warna sama. Kalau tak silap nama team gua dulu BLACK BEAR CYCLE CLUB. Haha, kenangan juga la. Pagi sebelum hari merdeka tu kitorang akan spray basikal secara bergotong royong. Pastu, setiap basikal mesti ada berdera . Baru jiwa merdeka.

Masa naik motor dulu pun sama gak. Ingat lagi wa dengan member rearamai naik motor pergi tengok bunga api. Acara wajib apa lagi kalau bukan mengejar malaikat maut. (rempit le). Pikir balik , pengalaman tu memang best.

Masa baru datang KL dulu, kalau merdeka wa ngan member excited betul nak tengok bunga api kat KLCC. Nak ke sana tu memang penat. Kena menapak jauh ke LRT. Lepas tu pula LRT penuh dengan manusia. Bau masing-masing jangan cakap la. Memang macam haram. Tapi bila nampak bunga api meltus pom-pom..hilang juga penat berjalan kaki. Ye la, dulu tengok kat tv je bunga api KLCC.

Bile terkenang balik, memang rasa rindu semua tu. Zaman nakal, memang terejal la kata orang melaka . Tapi sekarang, hari merdeka, wa lebih selesa duduk di rumah bersama keluarga. Beb, kebahagian bersama orang tersayang adalah kemerdekaan yang sebenar beb.

Apa makna merdeka bagi gua?

Merdeka adalah satu tanggungjawab untuk masa depan! Selamat menyambut hari merdeka dan Hari Malaysia!

1 buah fikiran!!!:

Sambutan Raya 2011 kat opis

Hari ni ade sambutan raya kat opis gua. Memang kemeriahannya masih seperti tahun2 sudah. Makanan toksah citer le, melimpah ruah. Mase ni ramai le makcik2 yang dress up macam artis. Anak-anak dara dan teruna, apa lagi, time ni la cari calon.

Wa? simple je. Berbaju raya pink yang cute tu. Haha..ayat macam gegurl je. Gua belasah macam-macam makanan tadi.

Meh usha pic yang wa curi dari fb member wa.

Ni time tengah tinggu pengumuman serbu makanan
belasah ketupat dulu
ha mamat ni solo lagi..yang merah pekat tu tau

basah tekak dengan cendol

penyamun tarbus..!

Esok MOF pula buat jamuan hari raya. Kan Ag antara agensi bawah MOF. So esok kami di jemput berkampung di sana.

Raya ade lagi berapa hari ek? Seluar wa cam dah ketat je ni..

3 buah fikiran!!!:

#Wordless#

 Wa baru balik dari dinner opis wa..makan malam akaun awam 2010..masih letih untuk bercerita..biarla gambar yang speaking pasal dinner tu..

Mari gua show lu orang the band yang perform malam tu.

ni the grand stage

drummer yang cute
gitarist yang ala man kidal

the mantops vokalis
memang konsert wa la tadi
Rasanya ini adalah performance last gua untuk event-event macam ni. Sebab rasanya sudah sampai masanya wa bagi peluang kat bakat-bakat baru.

Rasa macam artis legend pula gua ni.

2 buah fikiran!!!:

Agak bermonlog sikit.


"Mampus lu la, pehal wa nak jaga hati lu. Hati wa sendiri pun tak terjaga. Hati lu wa nak jaga."

Mungkin kita pernah berfikiran macam tu. Bohonng la wa tak pernah pikir camtu. Pernah juga wa terfikir macam tu. Kengkadang kita letih nak bebuat baik. Sebab , kengkadang baik kita tu di ambil kesempatan oleh orang yang suka amek kesempatan.

Sudah la tak di hargai, tapi ambil kesempatan pula di atas budi baik kita. Hmmm..jarang gua post cam ngeluh macam ni.

Saidina ali pernah berkata," jadi la seperti pohon yang sarat dengan buahan yang ranum. Apabila di baling dengan batu atau kayu, di jatuhkan buah yang enak dan ranum untuk di makan."

Perlu ke kita jaga hati orang? Berbaloi ke kita jage hati orang sampai hati kita sendiri jadi sakit dek balasan orang yang tak tahu nak hargai budi baik kita?

Gua teringat akan ada sepotong ayat quran di dalam surah al-hajr. Gua lupa ayat ke berapa. Ayat tu mengisahkan bagaimana iblis di halau dari syurga Allah. Iblis berjanji akan sesatkan umat manusia. Kecuali mereka yang ikhlas.

Ikhlas...maknakata buat tanpa mengharap sebarang balasan.

Huuu..susah tu...tapi boleh belajar cara nak ikhlaskan hati...

Gua bermonolog malam ni ye...

1 buah fikiran!!!:

Tengok juga hantu bonceng

Hari tu, acik gua ajak pi  tengok hantu bonceng. Tapi tak dapat pegi, sebab dah lewat sangat.

Wa ni kalau tengok wayang tengah malam memang comfirm lelap. So adalah wajar wa ni di sunatkan tengok wayang waktu siang.

Hari sunday wa dengan nono. Relax je, cuaca pun cantik. Sejuk je. Ujan rintik2 je. Memang relax gile la. Maklum la, susah juga nak dapat masa relax puas2 dengan nono.

Hari wa dan nono p beli barang dapur kat Alamanda. Lepas rayakan, dapur dah mula kekurangan bahan. Takkan nak makan kuih raye je. Alang-alang beli barang dapor, usha sikit kat wayang. Hari ni pun tak ade plan nak ke mana2. Pe lagi, tengok wayang la. Lama gak tak tengok wayang.

Citer hantu bonceng. Nak review ke pasal hantu bonceng...?

Tengok sendiri la. Nanti tengok, lu orang tau la.

Wa nak pi cari baju couple la. Macam ni...
'
'
'
'
'
''
'

2 buah fikiran!!!:

#Thursdey@spontenous#


Masa raya tu, anak abang gua tanya gua.."pak dik, betul ke orang kate pak dik ni macam seth tan?"

Moralnya of the story..budak2 tak pandai menipu..

5 buah fikiran!!!:

Air mata syawal

Beb, 1st wa cakap bukan air mata wa yang meleleh di pagi syawal ek.

Ni citer pasal lagu raya yang bertajuk air mata syawal ek yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza. Sumpah tak la minat bebenor mak cik ni. Tapi tetiba je wa bole feel dengar lagu ni. Lagu mulenya nono yang nyanyi kat gua. Cam saje je nak kasih wa sadist beraya di perantauan hari tu, tapi jiwa wa kental.

Mana wa pegi mesti ade lagu ni. Kat pasaraya ke, kat bazar ke , kat dalam kete wa rase berjuta kali gak la radio main lagu ni. Sampai wa pun minat pula. Ni sambil menaip sambil dengar lagu ni la.

Memang sayu betul la lagu ni. Meh dengar sikit lagu ni.


Layan beb lagu ni. May be memang sayu bila jadi perantau dengar lagu ni sambil mencicah lemang dengan kurma ayam.

Gua rasa tak puas la cuti raya. Ye la biasanya tahun2 sudah, beraya sampai seminggu. Ni raya ke 6 dah kat putrajaya. Kan best gua dapat cuti dua minggu. Seminggu rumah mertua, seminggu rumah ibu abah gua. Pengalaman pertama kali beraya di rumah mertua memang best. Mak mertua gua masakkan gua kurma. Pastu bapa mertua gua sanggup pergi carikan lemang untuk menantu bongsu die ni.

Takut gua kempunan. Pastu adik beradik gua pula beli lemang bebanyak. Cam tahu2 je yang gua ni hantu lemang. Gua rasa , kat terengganu sehari sebatang lemang wa tokak.

my father in law..
Terasa kecik je wa berdiri sebelah bapa mertua gua. Terkenang time wa ikut die pi surau berteraweh. Katanya masa malam akhir ramadhan hari tu," habis dah ramadhan tahun, semoga panjang umur tahun depan jumpa lagi dengan ramadhan."

My abah is a hero..
The old man who is my hero...

Wa harap tahun depan wa masih boleh memimpin tangan abah naik tangga surau untuk berteraweh. Betul kata orang , ibu bapa ni mutiara naga...opss bukan mutiara hati.

Kat melaka ibu anyam ketupat . Pastu buatkan gua kurma ayam. Seorang ibu memang sungguh arif dengan makanan peveret anaknya.

Raya, betul la kata para ulama' . Ia untuk meraikan kemenangan kita di dalam perang ramadhan. Sebab tu kita akan rasa, heppy, sayu, bahagia bila menyambutnya. Ini la salah satu kelebihan Islam. Perayaan yang benar-benar memberi rasa kemenangan untuk umatnya.

Gua belum puas beraya lagi ni. Episod open akan di buka pula lepas ni...

2 buah fikiran!!!:

Dah pulang ke putrajaya lepas beraya dari timur ke barat

Tahun ni raya dari timur ke barat Malaya.

Dari terengganu ke melaka. Gua sambut 1st syawal kat Terengganu. Best raya tahun ni. Penat berjalan raya mahupun berjalan di atas highway. Walaupun perjalanan jauh, tapi ia tetap seronok sebab celeb raya la.

Gua dah sampai kat rumah gua kat putrajaya. Wa tengok jiran wa dah ramai yang dah balik.

Esok pergi opis ke? Ayo, malas nye. Rase nak sambung lagi cuti raya. Mood nak keje macam tak muncul lagi je gua rasa. Ok, la . Naik taip pasal raya gua pepanjang memang tak larat. Penat lagi beb. Biarla gambar saja yang menceritakan segalanya.


Senyuman 1 syawal

Oh my father in law...maaf zahir dan batin..

Jambuuuuuu!

Bergambar sambil menunggu bapa in law hantar periuk nak tempah nasi dangang.

Ini keluarga hashim...!

Twin remy ishak?

My luvly parent!


Anak-anak buah yang gua sempat bergambar.
Tu je sikit pasal eid 2011. Cuma tak sempat nak lepak raya dengan member2 bukit beruang. Masa gua sangat mencemburui kat melaka.

Insya Allah ada masa kite jumpe ek nanti.

Raya di kampung sudah tamat. Sekarang ni raya di opis dan kat putrajaya pula yang bakal mendatang. Mari weh kiter teruskan raya kita weh..

Perut wa rasa senak la..banyak makan kot raya ni..

1 buah fikiran!!!: