Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Gua tak terkilan melepaskan rm 1000!

Sepatutntya hari ni wa pergi game tarik tali yang menawarkan rm 1000. Memang gua yakin boleh menang. Tapi wa rase aktiviti yang gua buat hari ini lebih bernilai dari rm 1000.

Nono, bini wa la, sape lagi.

Die ajak wa join charity projek. Kat rumah anak-anak yatim. Seyes, before ni wa tak pernah join benda ni. Die minta wa jadi fotgrapher untuk projek die. Lokasi, di bandar utama. Tak jauh dari Sri Pentas office TV3. Seawal pukul 7 kitorang dah gerak.

Ah, wa rasa cam panjang pula kalau story, lets the pic tell the story..

Ini lah tempatnya tadi!

Ayuh kita menuju ke padang untuk enjoy!

eh bukan main heppy lagi PUAN Nono

Bersih je wa tengok muka dorang

jangan di telan bola ping pong tu sudah le

nak main sekali le tu

budak tu tengah gigit tangan bro ni

Lunch time..tersentuh wa tengok, cara mereka duduk makan ..adab rasulullah s.a.w

b4 blah, bergambar dengan budak laki dulu

pic denga ustazah , salah seorang penjaga mereka.

Masa kat rumah tu, baru wa tau. Bebudak kat sini bukan semuanya anak-anak yatim. Tapi mereka ada sebahagiannya di hantar oleh ibu bapa mereka untuk mempelajari ilmu tahfiz.

Allahurabbi.

Dulu masa bulan puasa gua selalu tengok rancangan Kalamullah kat TV3. Rancangan yang meng'upkan para tahfiz-tahfiz cilik dan pusat pengajian tahfiz. Dan hari ini, gua berdepan dengan mereka. Memang gua terharu , teruja bila gua tengok mereka. Seyes beb. Luorang tak rasa apa yang wa rasa. Kalau lu orang diri kat tempat wa tadi, baru lu orang tau.

Mana taknya, gua berdepan dengan anak-anak yang hatinya selalu menyatakan rindu pada Allah dan Rasulullah s.a.w. "Perbentukkan mereka semuanya berpandukan ilmu solat", kata salah seorang ustaz yang menjaga mereka.

Paling wa tersentuh, time solat. Mereka akan ambil masa 5 minit untuk berselawat. Secara berejamaah mereka melaungkan selawat badwi.

Masa lunch, wa naik segan nak lunch dengan dorang. Semuanya duduk mengikut adab Nabi Muhammad. Gua, selamba je makan bersila sambil menatang bungkusan makanan. Bila minum, mereka pastikan akan duduk. Bukan macam gua, main minum je walaupun wa berdiri. Bukankah makruh? Kagum dengan dorang, kecik-kecik lagi dah sebati dengan sunnah Nabi. s.a.w. Gua pula baru nak belajar untuk itu semua.

Semoga Allah sentiasa bersama  mereka.

Teruja juga tadi . Bebudak ni siap perform nasyid dan persembahan silat untuk kitorang. Steady la dorang. Bagus punya sambutan depa bagi.

Gua tersentuh melihat ustaz dan ustazah yang jaga mereka. Mereka ni buat kerja macam ni, bukan dapat tambah kekayaan pun. Tapi mereka tak kesah berpenat lelah untuk ini semua, menjaga anak-anak yatim. Mengajar mereka menjadi para penghafaz al-quran. Allahurabbi...mereka memang dahsyat.

Besar ganjaran mereka nanti di akhirat. Gua doakan mereka sentiasa di bantu oleh Allah di dalam perjuangan mereka.

Gua rasa, banyak perkara gua belajar hari ni. Pelajaran yang gua dapat memang tidak ternilai. Andai ada lagi projek macam ni wa tak akan rasa serik untuk join lagi.

Badan sudah letih, mata sudah kuyu. Wa nak rest dan lay down kat atas katil dulu ye..

Penat memang penat, tapi nilai kepuasan itu adalah harga kepenatan gua...
Firman Allah swt yang bermaksud;

"Siapakah yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik ( menafkahkan hartanya ke jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayarannya dengan gandaan yang banyak"


Jika lu orang semua mahu hulurkan sumbangan  boleh hulurkan pada;

SUCI ROHANI MANAGEMENT & CONSULTANCY 

AKAUN MAYBANK : 562759111871

8 buah fikiran!!!:

Blogger...sejauh mana pun die pergi..di akan menulis

Wa tengok , semakin ramai blogger yang wa follow senyap dan menyepi entah ke mana. Hopefully tuan badan masih bernyawa.

Kenapa tetiba wa caring pasal depa?

Tah, sekadar teringat akan blog mereka pernah buat wa tersennyum, menangis, gelak sorang-sorang. Itu je. Kengkadang wa terfikir, rakyat malaysia ni banyak yang berbakat menjadi writer. Tak payah wa tulis siapa blogger2 tersebut. Biar mereka dan gua je tau.

Dulu orang buat blog bukan sebab nak berniaga. Dorang buat blog cuma nak meluahkan isi hati. Maklumlah, dari zaman P.ramlee lagikan fenomena surat cintatu telah tercetus. So, zaman IT ni ramai yang meluakan perasaan melalui blog. Macam-macam story. Syok-syok semuanya.

Tapi hari ini, kebanyakkan blogger muncul atas sebab nak bisness. Tu yang cam bosan tu.

Adakah zaman sekarang ni zaman materialistik? Sincerity tu dah jadi satu perkara yang jelik dah nampaknya.

Huhu..jarang wa tulis camni..dah la sekarang ni jarang menulis, ni tertulis plak macam ni.

Tak apa, apa kite nak buat dalam dunia ni , kita buat je. Yang penting kite terlepas dari azab Allah...

5 buah fikiran!!!:

Trend yang baik

Actually wa mulanya cam tak percaya.

Tapi bila ingat balik apa yang gua pernah belajar dulu, benda ni memang betul. Credit kat pereka fesyen yang merintis fesyen ni.


Tapi..ha ada tapinya juga. fesyen ni untuk lelaki ek..bukan untuk tomboy. Wa sangat menentang mereka yang mengubah jantina. Tomboy ke,pengkid ke, waima bapok mahupun maknyah.

Paling tak boleh blah wa dengar maknyah cakap," Allah tu maha pengampun,"

Memang Allah maha pengampun, tapi bila nak minta ampun?

Yes esok cuti. Agenda utama nak potong rambut. Rasa nak demam je rambut dah mula nak panjang.

7 buah fikiran!!!:

Trauma


Satu keluarga..

Hidup tenang di dalam rumah.

Dengan 3 orang anak. Anak yang ketiga baru je lahir. Ibunya masih di dalam pantang. Si ibu sedang mandikan anaknya di bath tab baby.

Si abang dengan si adik yang tengah sedang main kejar2 di bilik parentsnya.

Si ayah, duduk sila panggung sambil membelek paper.

Adik tengah dan abang sulung yang sedang asyik main di bilik parentsnya. Tetiba ternampak keris ayahnya. Biasala, keris tu tak ada apa-apa. Cuma sekadar di jadikan senjata untuk mempertahankan diri.

Si abang tadi ambil keris di tepi katil itu, dan bermain tika-tikam dengan adiknya yang tengah. Wah, dah macam jebat dan tuah. Namun bebudak, mana la tau sangat main keris. Si abang yang sulung dengan secara tak sengaja tertikam adik tengahnya.

Auw! jeritan dari adik tengah. Ibu berlari dapatkan kedua anak mereka. Menjerit panggil ayahnya. Ayahnya meluru pecut ke atas sambil tak perasan anak sulungnya sudah berlari ke bawah.

Melihat anaknya dalam keadaan keris terpacak di perut, di cuba untuk cabut keris tu. Tapi tak boleh.  Bergegas di bawa anaknya yang sedang nazak di tikam itu ke dalam kereta dengan harapan sempat sampai ke hospital. Ayah pulas kunci kereta untuk hidupkan enjin.

Enjin kereta hidup, tapi kereta tak jalan . Tayar seolah di sekat sesuatu. Di usahakan juga untuk menggerakkan tayar. Akhirnya berjaya.

Tapi terlihat darah terpancut di tepi kereta. Kucing ke yang di lenyek?

Keluar dari kereta, lalu membongkok ke  bawah dengan perasaan cemas ingin melihat benarkah kucing?

Terkejut bukan kepalang, yang di lenyek itu adalah anaknya yang sulung yang berusia 5 tahun. Mati di situ, di lenyek oleh si ayah itu sendiri.

Anak yang di tikam, mati di dalam kereta sebab tak sempat hantar. 2 kematian berlaku?

Tidak! ada 3. Anaknya yang baru lahir, mati lemas di dalam besin mandi kerana ibunya tinggalkan baby itu dalam keadaan tergesa-gesa sebab mendengar jeritan anaknya yang kedua ketika situasi tikam berlaku.

Ulang balik analisis cerita ini. Anak kedua, mati ditikam si abang yang sulung.

Anak yang sulung mati di lenyek oleh ayahnya ketika mahu bawa keluar kereta kerana ingin membawa anaknya yang di tikam ke hospital.

Anaknya yang baby mati lemas, sebab ibunya terlupa dan bergegas ketika terdengar jeritan anak yang kedua itu di tikam anaknya yang sulung.

Sepagi dengan kematian.

Siape yang salah?

Trauma ibu bapa tu. Allah nak bagi, bila-bila pun dia bagi, Allah nak ambil, bila-bila pun dia boleh ambil.

Ni cerita betul dari keluarga di seri kembangan.....

2 buah fikiran!!!:

Sunday..

Sekarang ni..asal hujung minggu je ade kenduri kawen.

Nak buat macam mana, kenduri kawen kan perkara baik bagi mereka yang kawen dan mereka yang di jemput. Makan pre..pastu boleh karaoke pree..pastu lepak dengan sedara.

Same la gua hari ni. Tapi wa tak karok. Malas la. Gua pi kenduri kawen anak sepupu gua hari ni kat bandar tun razak.

Sampai je, terus ke arah tempat makanan..lapar beb...

anak mithali sedang mencedokkan bubur kacang untuk abahnya
bodyguard abah
ibu pose dengan kembar aoron aziz
Kerepek ubi...feveret gua beb...
Pasni bulan 12 kenduri kakak gua pula. Dalam pergi kenduri tadi kitorang pun ambil kesempatan untuk jemput sedara untuk kakak wa punya kenduri.

Jap..wa rasa macam dah makin tembam la..kenapa ek?

2 buah fikiran!!!:

Gua dan karaoke..

Karaoke..

Pernah jadi kegilaan gua. Wa start minat sejak gua mula menetap di KL(nampak sangat tu mula start zaman jahiliyah) Betul kata orang..sesape yang iman senipis kulit bawang akan tenggelam dek arus lagho di KL. Wa tak terkecuali.

Rasanye fenomena ni bermula since AF mula di perkenalkan..

Wa pernah story, pasal wa nyanyi kat makan malam akaun awam last month kalau tak silap.

Wa dah decide..itu adalah the last. The end untuk dunia karaoke di majlis formal.  Cukup la. Bukan ape wa rasa diri wa yang macam tak sesuai untuk menanyi dan menghiburkan orang. Wa mula rasa, macam wa ni dah tua.  Tak pe la..cukup la tahun ni terakhir untuk semua tu.

Ini adalah kenangan terakhir wa dengan dunia kaaraoke....

Nyanyian terahir wa..cinta kristal

hadiah terakhir untuk segalanya..Akauantan Negara  Malaysia tau Makcik yang bagi hadiah tu
dikerumuni  peminat
fan club wa
Semoga kenangan ini menjadi satu sisipan sejarah  hidup gua. No more mrfeckry on da stage forever and ever.Biar wa di jemput atau di undang..lepas ni wa akan menolak untuk itu semua.

Dalam hidup kita banyak kenangan kan. Itu lah hidup, bila kita memaling ke belakang , kita ternampak siapa kita. Bile kita ke depan kita kabur akan nasib kita. Bila kita memandang ke atas, baru kita tau yang diri kita ip['ni hamba. Bila kita tunduk..itu lah diri kita sebenarnya.

Gua suka kenang life wa yang  lepas, sebab itu semua adalah anugerah .....dari tuhan.

3 buah fikiran!!!:

World karate!!


Karate world champaion ....

Tak tersengaja wa tersangkut di melaka untuk menonton game  ni. Actully minggu ni kan wa balik melaka. Masa cari coconut shake tadi, wa dan sibling tersinggah kat temapat ni. Mulanya wa tak excited sangat . Ye la kalau silat may be wa excited nak tengok.

Tapi bile dah sampai , wow! walaupun junior, tapi power beb. Wa hampir terlupa yang wa menonton game yang bertaraf dunie.

Wa sempat tengok team egypt lawan dengan italy dalam acara pattern. Respect gile dekat team egyipt. Outstading performance beb dorang tu. Gerakan die sharp. Pastu, gerakan maut diorang pun memang best. Teruja juga wa tengok.

Sebeblum belah dar tempat tu, ape lagi..pic time la...!

masa tengok game, sempat lagi ade peminat minta wa satu pose

memenuhi imian peminat untuk bergambar dengan wa..

masae ni ade, reporter nak interview, dorang ingat wa adalah salah satu peserte
Wa, teringin wa nak join competition macam ni. Rasanya kalau wa trainning balik cam ade chance je nak masuk satu contest silat kat perak. Kalau ade masa la.

Rindu la nak hidupkan zaman silat. Tapi masa sentiasa mencemburi..

3 buah fikiran!!!:

Himpunan Sejuta Umat!





layari website ini http://himpun.org/

Himpunan Sejuta Umat 2011

1 buah fikiran!!!:

Hujung minggu

Agak lame juga la wa tak hupdate blog wa secara tru...seminggu ni wa cuma copy and paste artikel dan gambar..sendiri punya ayat wa tak buat.

Wa ni dah kurang kreatif ke? kelemahan tu dari wa, kesempurnaan tu milik Allah.


Ok nak komen pasal tahajud cinta, wa actually tak puas hati tengok ending citer tahajud cinta. Lu orang yang tengok tau la kan citernye. Jakan citernye best, tapi ending die macam tak puas je wa tengok. Bagi la si Ustaz  shauki tu kene lepok ke, setidak-tidaknya biar la nampak die menejerit dalam jel.

Pastu citra pula cume setakat datang bawa lari seri ngan solah, buat la report polis, pastu ade serbuan dari pejabat ugama ke. Baru la terkesan di hati penonton macam wa ni. Ni tidak, ending termenung kat depan pinta bile orang katoi main urut2.

Cerita ni bagus sebenarnya. Membuatkan pengajaran bagi orang yang mendalami ilmu agama. Di mana, iblis akan menggoda dengan apa cara sekalipun untuk menyesatkan para alim ulama'. Dia goda dengan, takbur, angkuh, hawa nafsu. Yang gua dapat tangkap moral citer tu adalah, sika berhati-hati dan sentiasa bijak di dalam menangani godaan iblis itu penting.

Usaz Shauki tu handal dalam bidang agama. Tapi tewas dengan godaa syaitan apabila di uji dengan pujian, takbur dan hawa nafsu. Jenis godaan ni sangat bahaya. Ramai ahli sufa' yang tewas dengannya. Sebab jenis iblis yang datang uji pula bukan calang-calang. Pangkat jeneral punya. Jadi bila ending die terkesan dan boleh buat jiwa tersentap, maka di situ pengajaran utama penonton boleh dapat dari citer tahajud cinta tu adalah berhati-hati dan sentiasa bijak di dalam menangani godaan iblis.


Semalam dapat juga impak tu, tapi sikit sangat. Macam tak berapa klimaks sangat..


Selain tu, pengajaran yang ade kat citer tu, senaman rimau di komersialkan. Sebelum ni mana ada klip pasal senaman rimau. Ni ha clip die.

video

By the way, its ok. Sekurang-kurangnya, ada ma'anfaat dari cerita tu untuk penontonnya. Ish agak jarag juga wa komen drama melayu.

Tapi sekali sekale , ape salahnya.

0 buah fikiran!!!:

Cerita panjang hari ini untuk bakal hari Jumaat...!



Ni cerita panjang...seyes wa baca bende ni kat profile fb anak buat gua yang sudah berusia 13 tahun..namanya luqmanul hakim. Lepas wa baca, wa rasa story ni amat baik untuk gua share kat blog gua. Semoga lu orang rajin bacanye ye. Yang penting ada sesuatu yang boleh lu orang dapat manfaat.


Insya Allah..


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.




☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

0 buah fikiran!!!:

#Thursdey@spontenous#


satu hari berape kali kite sebut ek?

1 buah fikiran!!!:

The fren

Mereka...

Dulu, pernah kene tahan polis bile nak pergi rumah gua...

pernah makan nasi goreng burger dengan gua

pernah ponteng tuisyen same2.....

Mereka..ah..banyak kenangan dengan dorang. Banyak benda susah, benda senang gua buat dengan dorang..

Itu la the fren..seribu kenangan gua dengan dorang....

Super sunday..yang lepas, wa pi main futsal. Ops, tonement futsal...member lama wa ajak, member yang gua anggap sedarauh6 sehidup semati wa dulu..

Game tu jumpe kan wa dengan member yang dulu-dulu , yang pernah men basikal dengan wa.. Gua tau game tu kitorang takkan menang. Dan gua tau, semuanya datang sebab dengan satu tujuan. Nak main bola macam dulu, nak enjoy same2 sambil main bola, nak gelak-gelak sesama.

Memang game tu kitoang tak menang, tapi kitorang menang di hati masing-masing...gua panggil ini semangat best 99. Tahun 1999, segalanya bermula..kitoang kenal..

Mase tu sangat budak-budak..

Sekarang masing-masing dengan life masing-masing.. Semuanya hidup perjuangkan nasib sendiri..

Life berkawan sangat seronok, lu orang takkan rasa masa lu orang tengah njoy dengan kawan lu orang..tapi luorag akan rasa seronok apabila korang rindu kenangan lu orang dengan fren luorang.

Hakim, fariz, kulop, nik , fahmi, amin..bagi aku, kita baru lepas satu  ahad yang sangat best, aku tau korang tak pikir pasal menang game futsal tu, tapi pasal frenship kite kan, nak borak, gelak2 sama, bakar2...

Aku doa..korang berjaya dalam hidup korang...thanks a lot to be my fren..


kami..ada di antara gambar ni..

Kehadiran gua di tournement futsal anjuran bendera yang ade kat belakang tu bukan sebab gua suport, tapi sebab gua naak main bolla dengan member gua.. itu sahaja..

0 buah fikiran!!!:

Terlalu teringin, terlalu rindu


Rukun Islam yang ke 5, menunaikan haji ke baitullah...

Pada gua, biarlah gua cukup kekayaan gua itu setakat dapat pergi ke mekah menunaikan haji setiap tahun. Biar rumah gua tak besar, biar kereta gua tak best, tapi cukup sekadar gua mampu pergi ke sana setiap tahun bersama keluarga.

Terlalu teringin sangat gua nak pergi...Allahurabbi.

Jumaat lepas wa hantar abang ipar gua pergi KLIA untuk berlepas ke Mekah, ya Allah, dia dapat bertugas di mekah selama 2 bulan. Cemburu sangat gua pada dia. Best gile dapat ke sana. Semoga Allah beri gua peluang sebegitu untuk ke sana.  Hepy je wa tengok die. Hepy seorang muslim tidak perlu melonjak, cuma sekadar senyuman yang tenang tanda tawaduk.

Sepanjang di KLIA gua tak mahu lepas beg die, seakan nak beritahu ALLAH yang gua nak sangat pergi.
Yang bespectical itu orangnya, nampak senyuman tenang di wajahnya
Abah in law gua sedang meniup semangat gua untuk sentiasa meluap azam untuk ke baitullah.
Ah, tahniah para jemaah dan petugas haji. Lu orang sangat beruntung. Sayu gua melihat lambaian mereka ke arah keluarga. Ya la, dalam dunia ini apa lagi yang penting selain dari menerima redha Allah. Apa lagi yang penting selain dapat bebaskan diri dari azab Allah.

Ya, Allah aku, terlalu rindu akan Mu, terlalu rindu ingin ke baitullah....Allahurabbi...

4 buah fikiran!!!:

67 Great Famous People Who Converted To Islam 2011


Menarik beb..banyak muka-muka idola kat sini...

Mahasuci Allah..

2 buah fikiran!!!:

Misi di Parlimen selessai...! Gaji naik tak?

Debat...

Itu la kereje yang wajib di parlimen. Menyuarakan hak rakyat, perjuangkan nasib rakyat, itu tugas utama. Itulah namnaya pemimpin.

Kata mereka..
Gaji kena naik, !

Duit mana cukup bro , macam mana nak bagi gaji naik...?

Rezeki itu milik Allah...Dia yang beri..kita berdoa saja..
Tula sedikit part yang sempat nak usha kat dewan parlimen. Menteri-menteri sibuk dok bertegang urat , laung sana laung sini.

Begitu juga hp gua, asyik berdering . Member2 kat kampung asyik2 call. Yang tak pernah kol gua pun ade. Memula buat-buat tanya khabar, pastu last2 baru tanya, "amacam , gaji naik tak tahun."

Kalau lu orang nak tau gaji naik ke tidak, meh wa bagi tau. Gaji bakal.........tuuutttttttt...buka tv pukul 2.30 petang nanti ek..

Misi di parlimen tamat, sampai pagi beb wa buat kerja kat parlimen. Tak caya? ni bukti die.

Nampak tak jam kat parlimen tu tulis ape?
Ok wa nak chow dulu..badan dah masam, muka dah penat. Mata wa dah layu gile macam brad pitt. I have to rest, esok banyak lagi perkara wa kena buat.

Semoga besok ade berita gembira bagi penjawat Awam.

Andai la wa jadi ahli parlimen, wa ingat nak usulkan wujudkan Akta Jenayah Sihir la, pasal zaman sekarang ni, gejala masyarakat terlibat dengan sihir terlalu banyak. Ramai yang berhasad dengki pada orang lain mengenakan sihir pada orang yang die dengki. Pada gua sihir tu satu jenayah berat. Mau tak berat, dah berapa ramai orang mati akibat sihir? Berapa ramai orang bercerai pasal sihir? Berapa ramai rang menderita akibat sihir?

Betul tak?


Alamak dah azan subuh! stop dulu la..lain kali kita sembang lagi...!

-:tazkirah hari ini: apa yang penting menjadi mukmin yang sejati, adalah kita lepas dari azab Allah..:-

4 buah fikiran!!!:

Life todey


Design baru baju koprat untuk team Perbakti.

Wa rasa macam baju kilang sony. Haha, tadi wa di paksa untuk test wear baju ni. Wa dah komplen dah, nape baju ni nampak macam baju kilang. Design die tak cun pun Tak nampak macam baju koprat. Cuba la design yang stylo sikit.

Kalau cakap lebih pun dorang bukan nak dengar. Ha, esok ada misi penting. Lu orang tau kan jumaat ada perbentangan bajet kerajaan Malaysia kan. Wa dengan 5 orang lagi skuad khas dari jabatan Akauntan Malaysia telah di tugaskan untuk ke Parlimen.

Before ni memang every year wa akan pergi sebelum bajet di bentang, tapi tahun wa kena standby malam sebelum bajet di bentang.

Wa ulang ek, khamis malam jumaat esok wa akan berdiri tegak di parlimen, dan wa kan berada di atsa kerusi empuk PM malaysia.

Tugas ape wa kena buat, tu wa kena rahsia. (Kalau wa baca yassin dan buat solat hajat kat kat meja PM malaysia bersidang ok tak? Minta pada Allah, bajet kali ini di berkati Allah)

Ramai yang kat Malaysia nak duduk kat dalam parlimen, nak rebut kerusi, wa every tak payah nak rebut-rebut kerusi. Dengan senyum wa duduk kat kerusi parlimen.

Meh wa imbas sikit..

2009- wa jajah kerusi ketua pembangkang
2010 - wa main ketuk kat meja Yang Di pertua Parlimen
Tahun 2011, ape plak yang buat kat parlimen nanti? Gua harap wa dapat duduk kerusi pemimpin ulama' satu hari nanti, macam kerusi Dato' Dr Harun Din..

6 buah fikiran!!!:

interference

Teringin wa nak dengar ceramah beliau
Gangguan...memang gangguan..

Pelik juga wa memikirkannya..

Semalam, wa pergi kuliyah. Lepas isya' my teacher pun start intro.

Tengah khusyuk wa mendengar, tetiba hp wa yang bersilent tu gigil-gigil. Wa tengok, bini wa yang call. Wa pelik nape die call ni. Wa mesej supaya die baigtau dalam mesej je. Last2 wa angkat juga. Die baru pas amek in law untuk ziarah rumah gua. Tetiba dorang tak boleh buka pintu rumah.

Aik, ada kunci , tapi pintu tak boleh buka. Pelik wa ni, in law wa pun dah torai bagai nak gila, but to no avail.

Wa dah bingung, wa da dok betul-betul placekan diri wa kat depan teacher gua tu. Actually, wa memang nak sangat dengar syarahan dari teacher gua. 3 minggu wa menanti die balik dari US dari operate jantung. So malam tadi adalah kuliyah pertama teacher gua sejak die jejak kaki ke Malaysia. Tu yang wa excited tu.

Pening pale wa, nak belah dari kelas ke tak? Nak belah cam ne? Wa dok place yang agak depan. Kalau wa tak belah, takkan in law wa ngan bini wa nak tunggu sampai kelas wa habis. Kelas wa habis 11 malam.

Dengan hati wa redha akan ketentuan-Nya , wa blah dengan secara senyap.

Wa perasan teacher wa nampak wa belah, tapi apa kan daya, wa berada di dalam keadaan yang tersepit. Dan memerlukan wa mengutamakan keluarga wa. Dalam hati wa berkata," insya-Allah ade rezeki, minggu depan teacher wa ni hidup lagi dan wa boleh lagi dengar kuliyah die".

Wa tak salahkan sesiapa, sebab wa tahu tu ujian di dalam menimba ilmu. Ceh ayat, macam syahdu je.

0 buah fikiran!!!:

Need some.....

Mondey yang never tak blues..

Setiap isnin , kepala gua mesti nak biru. Bukan biru yang ngarut. Tapi hari ni tersentak pula dengan prob motor gua . Tak boleh start pula.

Sabar je la. So, gua memerlukan sesuatu yang boleh ubah mood blues gua ni supaya gua punya mood sepanjang minggu ni ok. Sudah la gak lambat wa bangun tadi. Tak apa jangan mengeluh.Mengeluh tu perangai setan. Ape ek gua nak buat supaya minggu ni gua ceria...

Green button please...where are you..

0 buah fikiran!!!: