Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2012

Gambar pre weading tu perlu ke?

Dah jadi tren ke gambar pre weadding ni?

Wa tengok, kat facebook banyak gile yang buat camtu. Kalau dah dalam facebaook dah comfirm2 la kengkawan gua.

Bukan wa nak bebel lebih pasal dorang amek, duit dorang la kan. Tapi wa risau trend ni pada cam tak elok je. Andai takdir Allah dorang tak jadi kahwin, apa agaknya kesannya nanti. Amek gambar majlis sudah la. Tak perlu kot untuk amek gambar pre-pre ni. Nanti dah kahwin amek la gambar puas-puas.

Camner boleh terfikir pasal ni. Sebab wa teringat peristiwa semalam. Member wa baru tunang, pastu wa photoshoot cam tu.

Pastu ade la salah sorang staffmate gua yang dah nak pencen tengok kat Facebook member wa. Apa lagi, merah telinga je la member wa kene kata-kata semangat daripada makcik tu.

Tergelak gua masa tu. Orang lame ni kalau sound memang banyak betulnya, tapi pedas!

The road not taken...

Lu orang pilih yang mana?

Wa, dua2 wa tak pergi. Kalau boleh nak pi yang Ustaz Azhar Idrus..tapi risau pula nak tinggalkan nono sesorang. So wa pilih alternatif duduk kat umah. Duduk kat pun still tengok juga. Tengok guna livestream . Kalau nak tunggu kuliyah ni ade live kat TV, amat mustahil la.

ok ni link die.http://www.tvsnews.net/

Tapi malam ni TV rumah gua, agak2 buka juga TV 3..kot..

Ape beza kedua2 event ni...? Ni gua copy dari FB

Tempat dikerumuni MALAIKAT atau tempat dikerumuni SYAITAN? HIBURAN melalaikan atau MAJLIS ILMU yang mentarbiah diri? Ke arah SYURGA atau ke arah NERAKA? Mahu pulang dapat DOSA atau mahu pulang dapat PAHALA? Dunia yang SEMENTARA atau akhirat yang KEKAL SELAMANYA?

Update semalam...

Kagum seungguh wa tengok gambar2 kuliyah Ustaz Azhar semalam kat Masjid shah alam. Wa tengok kat FB. Masa layan livestream tu wa dah nampak dah, memang ribuan yang datang ke kekuliyah Ustaz Azhar ni. Wa yang layan streaming pun rasa terkesan dengan kuliyah Ust Azahar.

Paling …

Lame dah tak tengok wayang

Tadi wa jenjalan ngan nono kat JJ balakong..

Saje je cakap," lame kan kite tak tengok wayang..."

Seyes memang lama. Wa lupe dah citer ape yang last kitorang tengok. May be buat mase sekarang ni susah sikit kot nak tengok. Takut baby dalam perut tu terkejut dengan sound effect kat wayang. Tetambah lagi, kat wayang  tak banyak citer best.

Cite hantu banyak la.

Hish, pasal citer hantu ni. Wa dah berape kali hangin pasal ni. Kat TV3 tu, asyik iklan citer hantu je, sekang ni yang citer sumpahan Kum2 tu. Tak pun iklan citer hantu yang malam jumaat. Memang bodoh wa rasa.

Orang selalu cakap, zaman sekarang ni dah ramai orang percaya pada sihir, saka, dan benda-benda khurafat. Pada wa, bukan itu fenomenanya, tapi pengaruh TV3 yang secara istiqomah menayangkan citer2 camtu. Kononnya citer genre macam ni banyak menarik penonton.

Menggalakkan orang takut pada hantu betullah TV3 ni.!

UPSR....

Sayu je wa dengar.. apa la kita ni selalu lupa akan asal usul.

Kita datang ke dunia untuk ape ha? jadi hamba Allah. Betul kata Ustaz ni, berapa banyak masa kita habiskan untuk Allah. Rupanya, kita secara hakikatnya lebih mementingkan dunia..

Allahurabbi..

#Thursdey@spontenous#

Welcome to the mummy world....

Suke wa tengok perut nono dah makin besar sekarang ni. Tak macam dalam gambar ni. Baru nampak wajah keibuan nono. Dah nak jadi mak dah.  Sabar ye, masih ade 6 bulan lagi untuk survive. Semoga segalanya di rahmati Allah.

Sejak nono pregnent ni, wa pleik sikit, kenapa perut wa pun cam dah naik sikit secara spontan? Adakah ini di namakan alahan atau pembawakan budak...?

Habis dah cuti gaye cine

Gua tak amek cuti tambahan untuk raya cine. Pasal nak simpan. Tahun bini wa insyaallah nak bersalin nak dekat raye nanti. Sebab tu wa nak budget sikit cuti. Takut la jarak time bersalin tu jauh sket dari cuti raya.

Wa spend cuti kali ni kat terengganu. Lepak rumah family nono yang cool. Abah nono selalu nak bagi jubah atau baju die pada gua. Jubah best2 tu. Tapi bile wa pakai, mesti kat lengan gua rasa ketat. Huhu rasa cam nak kecikkan lengan je. Maklumlah lengan gua kan besar lengan Malek Nor. Tu yang kuciwa tu.

Hari ni dah start keje. Rasa berat nak pi kerja tu memang ade. Gua rase mesti ramai yang cuti lagi kat opis gua.

Eh kat terengganu wa tak nampak lion dance la. Teringat dulu masa kecik-kecik gua ngan acik gua pi kejar lori lion dance...

Untuk member wa yang wa kenal berbangsa cina. Heppy Chinese New Year!

Hanya nak tengok balik kat mana gua

Mana gua time ni....hai...

Silat...bukan nak buat gaduh!

Gua ...pernah belajar silat. Gua tak tak ada pencapaian terbaik dalam silat. Gua tak pernah masuk silat olahraga macam abang gua.

May be gua belajar pun dulu sebab ikut abang gua.

Atau, maybe wa dulu arwah atuk seorang guru silat.

Tapi, jau dari sudut hati gua, gua bangga jadi anak melayu yang pernah belajar silat. Sebab itu adalah warisan melayu. Budaya melambangkan bangsa.  Pada gua, silat cukup untuk budaya. Guna bila perlu. Perlu apa? pertahankan diri.

Orang cakap, ala belajar martial art lain pun bleh jadi self defence. Tapi silat itu datang dari bangsa Melayu. Dan pada gua, silat hanya salah satu warisan yang wa sayang. Itu saja.

Budak sekarang guna untuk gaduh. Guna nak tunjuk kuat. Saranan gua, gunalah untuk apa pun, tapi get ready  untuk jawab dengan Allah di padang mahsyar nanti.

Sebagai menghargai ilmu silat yang pernah gua pelajari, gua doakan semoga semua guru-guru silat gua, menjadi hamba Allah yang sentiasa di rindui oleh Allah.

Rindu nak tengok cikgu mohkar buka langk…

Kalau tutup akaun FB ....

Dua tiga hari ni asek nak terfikir nak buat macam tu je.

Apesal ? Tak payah la gua cakap. Bukan nak buang semua friend or nak putuskan hubungan alam maya ni dengan sesape. Tapi gua cuma terdetik je.

Salah satu sebabnya , kat fb tu banyak sangat yang buat gua tercegat depan laptop. Cam jadi gian plak. Entah dadah ape tah yang si Mark Zukerbek ni letak kat FB sampai gua pun jadi gian. Ade juga wa dengar, orang kata FB ni di adaptasikan oleh si Mark ni dari ilham tembok ratapan.

Gua search ar ape menatang tembok ratapan.

Rupanya salah satu tempat atau cara yahudi beribadat. Mereka mengadu, berdoa, menangis dengan meratap pada tembok.

Pikir balik , betul juga. Cam same je dengan function Wall Post. Camno ni.

Penah tengok tembok ratapan?

Meh wa tunjuk..


Lepas tu, boleh pula jadi gian nak nulis kat wall post..gian, ape-ape je ngadu tulis kat wall post. Sampai nak tido pun tulis. Itu wa la, tak cakap orang lain.

Camner ek..nak delete FB, sekarang ni FB dah jadi medium penyebaran maklumat. Ka…

Renungan di pagi Isnin

Setiap hari mesti ade renungan. Tak kira di mana nda berada.

Seiap pagi isnin mesti orang rasa malas nak keje. Liat nak mandi la. Tangan rasa gatal je nak sms bos untuk mengesahkan ketidak hadiran.

Gua merenunng sejenak.

Renungan yang mula di basahi ngantuk.

Renungan di bawah shower..

Lame juga gua renung. Ape hal air tak menucurah lagi ni.

Gua buka semua paip kat rumah gua, ces, air tarak ke? Aduh, hati gua rase ditikam di tambah lagi dengan perut gua sudah bergendang memulas.

Pepagi ni tension betu rumah tak ade air la!

Tahap 4

Hari ni, hati wa amat tersentuh sekali.

Member wa ajak pi ziarah serorang pesakit kanser. Tahap 4. Bila dah tahap 4 ni, semua orang tahu yang ia adalah tahap kritikal. Pendek cerita, orang mesti cakap tak ada harapan.

Pesakit tu dah tua. Lelaki. Tak ubah macam abah gua. Sayu je wa tengok die. Die tunjuk treatment yang dah di buat pada badannya. Allahurabbi. Sayu sangat. Dia minta wa doakan die. Insyaallah, gua cuba doa. Tapi wa yakin , amin yang die sebut itu adalh lebih ikhlas dari doa yang wa baca.

Bila wa doakan die, wa rasa tak ubah macam wa doakan abah gua. Allahurabbi..kesembuhan itu adalh milik-MU.

Semoga abah gua juga di beri kesembuhan seperti pakcik tadi. Wa pernah terdengar satu hadith, bila kita menziarah orang sakit, ia umpama kita melawat taman syurga...Ya Allah, itu terlalu benar..

Menurut buku ikhtiar Penyembuhan  Penyakit keluaran Darussyifa' doa untuk rawatan penyakit kanser adalah seperti berikut;
Al-FatihaAl-ikhlas 4xDoa Pengecil bengkakSurah Al-Qalam ayat 1-2.Cu…

Kalau kita mengajar akhirat....

Pepatah melayu ada kata, akhirat dan dunia biarlah seiring. Tapi kata Tuan Guru Dato Dr Harun Din, kalau kita mengejar akhirat, dunia akan kejar kita. Kalau kita kejar dunia, akhirat akan meninggalkan kita.

Semoga lu , gua dan semua dapat sedikiti ilmu dari kata-kata hamba Allah ni..

#Thursdey@spontenous#

Gua nak basuh kete...secara sponta wa apply cuti sehari sambil di sokong oleh bos gua...itulah spontaneous yang hakiki...

Blog kene block

Kat opis wa, pihak IT dah buat sailang dengan gua.

Depa dengan beraninnya block setiap lalaun ke blogspot. Tak kire la nak nengok blog orang atau nak masuk blog sendiri. Gua malas nak tomah ape2 sebab tak ade paedah rasanya. tapi bile pikir balik, kalau setakat membaca blog je, boleh terjejas ke sistem pengurusan perakaunan negara.

Sebab tu wa dah tak dapat nak blogwalking atau post. Balik rumah kalau sempat wa buka blog. Takkan kat uma nak mengadap lappy je kan. Baik wa ngadap nono ke...

Huhu..sungguh tenssy..kalau FB munasabah ar depa nak block..

Allahurabbi..adakah aku ini aset terbaik untuk ibu dan abah ku...

Benar..aku ni aset terbaik untuk ibu dan abahku ke? ..ahhh..niat solat jenazah pun dah lupe..cara solat jenazah pun aku dah lupa.

Macam mana aku nak kafankan, ibu dan abahku sedangkan aku pun tak tahu malah tak pernah kafankan orang. Macam mana aku nak buat semua tu...Macam mana aku nak mandikan jenazah mereka, sedangkan aku tak pernah buat kerja macam tu..Allahurabbi..

Bagaimana agaknya keadaan aku jika , aku sendiri yang membaca talkin untuk ibu dan abahku...Ya Allah..jangan la kau biarkan aku terlambat untuk pelajari semua ni..Mati itu benar, apakah persediaan aku sebagai anak mereka, dan paling penting....

Bersediakah aku untuk tika dan saat aku sendiri menghadapai....mati..

Weekend ni balik Melaka..

Minggu ni balik melaka.

Wa nak cari coconut shake la. Nono kate teringin nak makan lala. Lala tu sejenis hidupan laut k.. bukan lalalala cam melodi lagu tu.

Sekarang ni dah 2 bulan lebih Muhamad Syakir Iyad dalam perut mak die ..ceh dah siap nama tu. Cam yeye je dapat baby boy nanti. Eh, jangan lupa Allah bertindak mengikut apa yang hamba-Nya niat. Jadi adalah sangat baik jika wa berniat dan berangan dalam perut nono tu baby boy.

Wa agak risau, lately ni dah hampir 2 minggu nono cam tak berapa selera nak makan. Makan pun sikit. Pastu masa checkup tu doktor cakap, tekanan darah nono rendah. Allahurabbi..

Berserah pada Allah. Gua yakin, Muhammad Syakir Iyad dalam perut nono tu gagah. Dan gua pasti Allah akan beri kesihatan yang sempurna pada Nono dan baby dalam kadungan tu.

Sebelum balik , gua nak pi gym dulu sementara nono jawab exam kat uitm pagi ni...

Ape hukum main gym dalam Islam

Ape agak2-agaknye?

Selama ni asyik main gym je, tak tahu ape hukumnya. Sejak dua menjak ni, wa rase cam geli pulak nengok orang pose kat bina badan punya contest.

Cam orang minyak ade gak.

Eh cakap orang, dulu wa pun minat nak tengok. Bila dah tak minat , baru wa tau ape rase bagi orang yang tak minat tengok orang bina badan.

Berbalik pada soalan, apa jawab nye? Kite bagi pakar yang jawab.

Beratnye pedang Conan..

Tadi mase wa pi gym KBS, ade pameran starwars dan seangkatan dengannya kat lobi KBS.

 Banyak la patung besar-besar starwars, iron men, pastu banyak pedang-pedang dorang show. Ade pedang Lord of the ring, Conan, thunder cat, pastu banyak lagi la cam topi gladiotor.Memang teruja wa tengok, especially yang pedang tu.

 Beb, wa tanya bro yang jaga tu. Boleh tak wa nak amik gambar sambil pose dengan pedang-pedang tu. Die kata," sorry, tak boleh. Pedang ni mahal. Harga pedang Conan ni je dah cecah rm 8k. "

So wa tak kesah la die tak bagi. Wa pun amek la gambar benda-benda yang ade kat situ.

Tetiba mamat yang jaga pedang tu, panggil wa. Die kate wa boleh amek gambar dengan pedang Conan. Eh, tadi tak bagi. Wa tak tanye ape pun, so wa pun bergaya je la dengan pedang Conan.






Member wa tanya," Zul, ape ko jampi sampai mamt yang jage tu bagi ko pose dengan pedang Conan tu, orang lain sume tak dapat."

Wa jawab ," tu la untung orang badan tough.....! Ade je yang soh jadi model…

Lantai Merah - 9

Budak sekolah.

Gua tengok budak sekolah huha-huha, wa teringat zaman wa sekolah dulu. Ah, wa bukan baik sangat dulu. Kalau kat sekolah tu nama Karl Zafran Ahmad Daniel, umpama mimpi ngeri je buat cikgu-cikgu. Sape kata, zaman dulu cikgu garang bagai nak gile.

Berdepan dengan gua la dulu, baru tau sape kucing sape rimau tiger!

Gua tengok budak sekarang, kena sebat sikit je, line adidas pun tak ada kat kaki dorang dah mak bapa datang sekolah nak pukul cikgu.

Zaman gua, cap adidas kat kaki tu macam salam sejahtera dari cikgu.

Orang tanya, apa benda paling ganas gua buat kat cikgu? Gua cakap, tak ada yang ganas. Cuma gua pernah buat Pengetua kena buang sekolah je.......

#Wordless#

Gambar ni mase baru masuk form 4......skoll memmory...what a tough scene...

Gua lupe ek, last year wa ade tulis citer berjudul Lantai Merah..?

Dulu masa bujang, banyak masa main lappy..

Sekarang, masa main lappy ade. Tapi, idea je yang dah kering. Tumpah ke mana idea ni ek. Wa belek post lelama wa, terjumpa pasal lantai merah. Sampai episod 8 je?

Hero citer tu name yang wa create adalah Karl Zafran Ahmad Daniel. Entah macam mana la wa boleh dapat nama tu. Main beduk je. Oh, idea kreatif, kembali la pada ku. Semakin aku jauh meniti usia, ketandusan idea kreatif, umpama gurun sahara yang gersang dan hangit.

I will finish the story!

Tahun ni citer ni mesti tamat. Mesti ade ending yang buat orang rasaWOW! Hah, menggelabah la. K, posting ni wa tulis heart to heart tau. Tarak selindung punya.

Karl Zafran Ahmad Daniel?  Nak hidupkan balik la watak tu, jap wa nak mula dari mana ek. ..?

Gua tak pernah tengok di malaysia ade sambutan tahun baru macam ni..adakah kebangkitan Islam sudah bermula?

Ya Allah...

Dataran selangor ke ni? Kat Malaysia  ke ni? Gua sumpah macam tak percaya. Rasa sebak bila dengar Asma ul husna di laungkan ketika countdown tahun baru. Bergegar dataran merdeka Shah Alam apabila 80000 limpahan manusia berzikir memuji nama Allah.

Apakah ini di namakan semboya kebangkitan Islam sudah bermula? Gua harap fenomena ini berterusan, sampai bila-bila.

Lets the pic tell us story...







Gambar ni semua wa grab dari FB JKK fan club....(jangan lu orang cari muka wa plak kat celah-celah gambar)

New Year...2012 dah!

Fuh, hari ni adalah 1.1.2012.

Pagi ni wa pergi kerja. Beb gua kena keje tau setiap new year. Kol 9 lebih tadi wa dah sampai opis. Tapi tak le lame mane. Sampai kol 12 je. Keje pun tak ar banyak. Tapi kene buat dan siap time tu juga.

Apa azam tahun baru? Azam tahun lepas aper citer?

Kalau tak ada azam, nanti kita akan dikecam manusia yang tak berwawasan. Penting sebenarnya Azam ni. Apa azam tahun ni dan per citer azam tahun lepas, biar gua saja yang tahu. Kang kalau open kang cam tak syok plak.

Semoga tahun ni wa lebih succes dari tahun lepas.

Ops, hari ni besdey nono. Selamat hari lahir pun Nono@Mrs Zul....semoga semakin cute dan comel.