Kalau tutup akaun FB ....

Dua tiga hari ni asek nak terfikir nak buat macam tu je.

Apesal ? Tak payah la gua cakap. Bukan nak buang semua friend or nak putuskan hubungan alam maya ni dengan sesape. Tapi gua cuma terdetik je.

Salah satu sebabnya , kat fb tu banyak sangat yang buat gua tercegat depan laptop. Cam jadi gian plak. Entah dadah ape tah yang si Mark Zukerbek ni letak kat FB sampai gua pun jadi gian. Ade juga wa dengar, orang kata FB ni di adaptasikan oleh si Mark ni dari ilham tembok ratapan.

Gua search ar ape menatang tembok ratapan.

Rupanya salah satu tempat atau cara yahudi beribadat. Mereka mengadu, berdoa, menangis dengan meratap pada tembok.

Pikir balik , betul juga. Cam same je dengan function Wall Post. Camno ni.

Penah tengok tembok ratapan?

Meh wa tunjuk..


Lepas tu, boleh pula jadi gian nak nulis kat wall post..gian, ape-ape je ngadu tulis kat wall post. Sampai nak tido pun tulis. Itu wa la, tak cakap orang lain.

Camner ek..nak delete FB, sekarang ni FB dah jadi medium penyebaran maklumat. Kalau tutup nanti, tak news atau tak dapat clip terbaru Ceramah-ceramah. Tapi kalau tak tutup, jadi gian pula . 24hours ngadap lappy.

Ape ek yang harus wa buat..oh tidak, wa di dalam dilema...
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

9 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Band Rimba Bara

Silat Pengantin