koma



Semalam, iaitu ahad petang...gua ke hospital tawakal..

Menziarah seorang sahabat. Bukan dia yang sakit. Wifenya , koma. Sakit apa, doktor tak tahu jawapannya. Banyak cerita di sebalik kejadian tu. Wa tak tertarik dengan sakit apa, sebab pada gua, sakit Allah beri, kesembuhan jua Allah yang beri.

TTerpulang dengan ikhitar yang di lakukan serta pengaduan kita pada Allah. Pada yang sangat menarik adalah, situasi di mana seorang suami setia berada di tepi katil. Setiap saat, dok mengadu. Mengadu pada Allah supaya isterinya di sembuhkan.

Bila kehebatan kuasa kasih sayang anugerah tuhan terlihat di depan mata, hati gua rasa sayu. Yup sebab gua sendiri alami situasi di mana abah gua terlantar di tepi katil. Cuma abah gua tak koma. Just major stroke.

Setiap kejadian ada hikmahnya. Gua pasti sahabat gua ini di sayangi oleh Allah kerana, ujian yang berat selalu Allah beri pada orang yang hebat. Semoga isteri sahabat gua di sembuhkan.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

3 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Abah cakap..

Flasher bodoh!

Takbir raya